Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Saturday, June 07, 2008

Kembara ke Negeri Sembilan... Akhirnya, makam Raja Melewar... Pada waktu malam!

Ya! Rasanya tajuk ini sudah cukup menerangkannya... Kiranya sambungan daripada artikel Kembara ke Negeri Sembilan... Makam Sheikh Muhammad Said Linggi .

Setelah meninggalkan makam Sheikh Linggi di Seremban sekitar jam 6 petang, hajat di hati mahu sampai ke makam Raja Melewar di Astana, Rembau sebelum waktu Maghrib... Moga-moga masih ada cukup cahaya matahari untuk mendapat gambar-gambar yang terang dan baik. Tetapi kami terlupa akan keadaan trafik yang melambatkan perjalanan. Dan kami juga tersilap perkiraan... Walaupun bandar Rembau terletak sekitar 30km sahaja di selatan Seremban, kami perlu bergerak dalam sekitar lagi 20km untuk sampai ke Astana seterusnya makam Raja Melewar...

Internet Cafe tempat saya menulis mahu tutup. Maka lihat sahajalah video-video klip ini ya... Sila!

video
Makam Raja Melewar...



video


Sedikit kata-kata penutup. Selamat malam! :]

9 comments:

PerpatihTulus said...

assalamualaikum..

semalam aku dah balik ke KL semula, malam tadi pergi zikir.. semalam pun aku dah masuk blog kau ni.. aku tengok ada coretan-coretan yang kurang senang nampaknya.. takpelah tu.. aku tinggalkan topik tu (macam biasa).

video kau yang aku play ni nampaknya tak keluar suara.

buat pengetahuan kau, aku dah dapat video cam yang lebih baik dari dvd cam yang ada sekarang. video cam tu guna digital tape, dan features dia 3ccd lagi.. memang baik punya. diameter lense dia pun besar, jadi cahaya lebih banyak dapat masuk.. format video avi, jadi taklah besar sangat macam format dvd..

senang kita takyah convert. nak cut pun senang, cuma masa download ke pc aje yang akan memakan masa.. tapi tu..takpe.. yang penting kita senang nak cut dan qualitynya pun sangat bagus.. jadi mengikut pengalaman yang kita sudah ada, banyak kerja akan jadi mudah nanti. Insyaallah.. cuma masa kita nak mengembara tu belum tetap lagi.. nanti aku call lah kita cakap via phone aje..

okey radzi.. wassalam.

PerpatihTulus said...

ohh.. kena guna ie7 rupanya.. baru boleh run video. sekarang kat opis, test guna browsers semualah..

Radzi Sapiee said...

Hmm... Tadi aku baru sempat test tengok video upload tu... Memang ada part sangkut-sangkut, tak tau le pasal line lambat ke sangkut ke hapa. Tapi bila dah full buffering, boleh main elok. So kira OK le kot.
Untuk sesi seterusnya, Insyaallah kita akan mulakan daripada makam Raja Melewar pagi hari seterusnya ke Pengkalan Kempas, pegi ke Tanjung Tuan, mungkin juga ke Kuala Linggi dahulu sebelum masuk Port Dickson pas tu pegi Kota Lukut, amacam?
Dan untuk projek akan datang... Pasir Salak dan Peristiwa Perjanjian Pangkor 1874... Amacam? Mungkin akan di open juga pada sesiapa yang nak ikut tapi belanja dan tanggungan serta risiko sendiri le, hehe! :]

Anonymous said...

AKU NAK IKUT...
tp xde cuti daaa
bila nak gi..

ALI

Anonymous said...

assalamualaikum,

belanja dan tanggungan x kesah. tapi ayat "risiko" tu agak menyeramkan sikit. heheh.

sahaya

Anonymous said...

salamssss .. .. open tender?! .. .. hehe .. .. kalau sesuai pada waktu dan bajet pasti boleh raih satu team merah silu punya nie .. .. dan suasana pasti berbeda bila satu pengembaraan/perjalanan itu sudah berteman .. . ;-) .. ..




Jiwa

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Nanti le, datang gerak jadi le ia. Sambungan perjalanan Negeri Sembilan pun tertangguh lagi. Settle part ni baru le tunggu open tender pi Perak tu... Insyaallah...
Sesapa nak ikut boleh le sekurang-kurangnya melihat kawasan Pasir Salak juga Bandar Baru yang dah jadi hutan tapi asalnya ibunegeri Perak tahun 1820an... Kat situ ada kubur Birch, makam Sultan ke 19 juga sebuah masjid lama... Menarik tu!
Bab risiko tu biasa le... Berjalan tempat-tempat cam ni kadang-kadang ada le gangguan. Tapi kalau kena cara dengan tawakal pada Allah, semuanya selamat belaka. Insyaallah! :]

Zam said...

Salam..

Menariknya.. Nak ikut!
Kalau sekitar Pasir Salak moh le singgah rumah teman... Boleh makan tengahari/makan malam. :)

Jalan2 cari makam... hoho

Kayla said...

Wassalam. Nanti le, datang gerak jadi le ia. Sambungan perjalanan Negeri Sembilan pun tertangguh lagi. Settle part ni baru le tunggu open tender pi Perak tu... Insyaallah... Sesapa nak ikut boleh le sekurang-kurangnya melihat kawasan Pasir Salak juga Bandar Baru yang dah jadi hutan tapi asalnya ibunegeri Perak tahun 1820an... Kat situ ada kubur Birch, makam Sultan ke 19 juga sebuah masjid lama... Menarik tu! Bab risiko tu biasa le... Berjalan tempat-tempat cam ni kadang-kadang ada le gangguan. Tapi kalau kena cara dengan tawakal pada Allah, semuanya selamat belaka. Insyaallah! :]