Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, November 28, 2008

Projek buku masjid - Dari Kota Bahru ke Kuala Lipis, kembali ke Kuala Lumpur

OK. Alhamdulillah, setelah meluahkan beberapa cerita melalui artikel-artikel terbaru di blogspot ini juga di blogspot BERPETUALANG KE ACEH barulah cerita sambungan perjalanan projek masjid untuk belah Pantai Timur dapat dibuat secara kronologi sebenar atau menurut urutan masa seperti mana ia berlaku. Maka bersambunglah cerita di sini daripada artikel Projek buku masjid - Terengganu dalam kurang 24 jam yang dibuat seminggu lepas...


Setelah selesai mengambil gambar-gambar masjid di Kuala Terengganu termasuk gambar Masjid Kristal dari seberang iaitu dari Pulau Duyung sekitar jam 6 petang kami pun menghala ke Kelantan. Memandangkan hari masih siang, Shamsul bertanya jika ada apa-apa lagi masjid menarik di Terengganu dalam perjalanan ke Kelantan. Jawab saya, ada masjid lama yang menarik di Kuala Besut. Maka kami bercadang untuk singgah ke sana.

Ternyata itu hanya cadangan sahaja. Kami sampai ke Jertih di mana terdapat persimpangan untuk ke Kuala Besut pun dah lepas jam 8 malam sedangkan kami harus bermalam di Kota Bahru, lagi 50-60 km perjalanan. Jika dalam perjalanan ke selatan yang dibuat 3 minggu sebelum itu, kami tak berapa kisah di mana kami tidur, kali ini kami perlu mendapatkan sebuah bilik hotel memandangkan Shamsul turut membawa 2 orang anaknya yang paling sulung tetapi masih kecil, seorang berumur 8 tahun, seorang lagi 6 tahun.

Lalu kami terus ke Kota Bahru. Di atas adalah gambar pintu gerbang di sebuah kawasan utama bersejarah di bandaraya itu, berhadapan hotel untuk kami bermalam.


Ini adalah gambar pintu gerbang yang sama pada siang hari. Tak ingat pula nama tempatnya.

Sebenarnya membawa budak-budak berjalan memerlukan banyak kesabaran apalagi dalam perjalanan begitu jauh yang kami lalui - lebih 400 km dari Kuala Lumpur ke Terengganu sehingga tidur dalam kereta sahaja kemudian setelah mengambil gambar di beberapa buah masjid di Terengganu, kami pergi ke Kota Bahru sekitar 200 km lagi ke utara, barulah dapat bermalam di bilik hotel.

Siangnya hari Ahad, kami perlu pergi ke beberapa buah masjid lagi dan ada di antaranya terletak begitu jauh, misalnya Masjid Brunei Darussalam di Danau Tok Uban kemudian masjid lama di pekan Kuala Lipis seterusnya sebuah lagi masjid di Dong, Raub, Pahang. Shamsul perlu pulang ke Kuala Lumpur sebelum hari Isnin sedangkan melayan kerenah budak-budak sahaja memakan begitu banyak masa yang mengganggu waktu dan gerak kerja.

Bayangkan... disebabkan budak-budak sibuk melayan cerita kartun kemudian lambat nak mandi maka kami keluar hotel jam 12 tengahari. Kemudian apabila sampai ke kereta, ternyata tayarnya sudah dikunci majlis bandaraya kerana diletakkan di luar kawasan petak tempat letak kereta yang diwartakan...

Kami terlupa hari Ahad adalah hari kerja di Kelantan sedangkan kereta pula diletakkan Sabtu malam Ahad di ruang hadapan hotel sebaik sahaja ada peluang. Kebetulan kawasan sepanjang ruang yang ada garisan kuning itu juga dipenuhi beberapa buah kereta sedangkan kawasan yang diwartakan di seberang jalan langsung tidak ada kekosongan. Kami pula kepenatan setelah berjalan jauh, sampai di Kota Bahru dah hampir jam 10 malam, belum pun makan malam kemudian terpaksa lagi berjalan keliling untuk mencari hotel yang sesuai sedangkan budak-budak dah mula merungut nak buat perangai. Mana nak fikir ia akan jadi kesalahan...


Kalau ikutkan, saya ada hak untuk marah kerana disebabkan melayan kerenah budak kerja jadi tergendala. Dari satu segi, Shamsul cuma bertindak sebagai seorang bapa yang baik membawa anak berjalan. Ya, itu ada kebenarannya. Tetapi kita tidak harus mencampur-adukkan kerja dengan urusan peribadi hingga mengganggu kelancaran kerja apalagi jika ia menyebabkan gerak kerja orang lain turut tergendala. Bagaimana ini? Sehingga jam 12.30 tengahari kami masih tersangkut sambil menunggu pihak majlis bandaraya datang melepaskan kunci pada tayar kereta. Bagaimana sedangkan kami perlu mengambil gambar lagi di beberapa buah masjid sebelum kembali ke Kuala Lumpur sekitar 480 km dari Kota Bahru malam itu juga?

Sempat ke kami sampai ke Kuala Lipis kemudian Dong di Raub untuk mengambil gambar-gambar masjid di sana pada siang hari sedangkan kami juga perlu pergi ke Masjid Brunei Darussalam yang juga terletak agak jauh? Allah... dalam hati saya mula mengamuk.

Akhirnya saya membuat keputusan untuk pergi berjalan kaki ke sekitar lain untuk sarapan. Ya, saya belum lagi makan. Sekurang-kurangnya Shamsul sempat menjamah sedikit makanan bersama-sama anaknya tadi apabila seorang penjual makanan dengan gerai bergerak lalu di sebelah kereta. Mana ada masa nak peduli orang lain juga lapar.

Dalam rasa marah yang mula membara itu saya cuba sejukkan hati dengan melihat Sungai Kelantan. Kemudian saya fikir tentu ada hikmah ini semua berlaku. Sekurang-kurangnya untuk menguji kesabaran saya. Lalu saya bertekad begini... kita lihat bagaimana Shamsul menangani masalah ini sementara saya menyejukkan hati di tempat lain.



Alhamdulilah, sekembalinya saya ke kereta, masalah sudah selesai. Dapatlah kami memulakan kerja di masjid jamek lama Kota Bahru yang sebenarnya terletak sepelaung sahaja daripada tempat kereta kami dikunci tadi.

Sambil itu saya melepaskan segala rancangan yang sudah dibuat dalam hati dari perkiraan. Nampaknya saya tidak boleh berharap untuk sampai ke Kuala Lipis yang terletak lebih 200km dari Kota Bahru dalam waktu siang. Ah... kita tengoklah macamana nanti.



Kami juga mengambil gambar Masjid Muhammadi dari atas hotel berdekatan. Dapat juga melihat persekitaran Kota Bahru dengan lebih jelas. Untuk lebih banyak lagi gambar dan cerita, sila lihat artikel New trip to the East Coast - Muhammadi mosque revisited and some views of Kota Bahru di blogspot BERPETUALANG KE ACEH .

Selesai itu, saya meminta Shamsul dan anak-anaknya supaya dapat bersabar sedikit dalam bab makan tengahari. Kalau boleh biar diambil gambar dahulu di Masjid Tok Kenali. Nasib baik ada gerai-gerai makanan ringan berdekatan Masjid Muhammadi. Dapat juga mereka mengisi perut buat sementara itu.

Inilah Masjid Tok Kenali. Hmm, nampaknya saya harus ringkaskan cerita kerana perlu berkejar untuk satu urusan selepas ini. Baca sahaja ya artikel Projek buku masjid - Melihat lagi masjid dan makam Tok Kenali seterusnya "sekolah pondok" yang dibuat di blogspot ini semalam.

Kemudian kami ke Masjid Kampung Laut. Sila baca artikel New trip to the East Coast - Masjid (mosque of) Kampung Laut revisited di BERPETUALANG KE ACEH .


Selesai itu baru kami makan...




Seterusnya kami menyeberang Sungai Kelantan menghala ke Pasir Mas.



Terus menghala ke Tanah Merah sebelum masuk jalan kampung...




Lihat sawah padi yang menghijau, nyaman...



Dan sampailah kami ke destinasi seterusnya, Danau Tok Uban...




Untuk dikaitkan dengan Masjid Brunei Darussalam di seberang.





Kemudian baru ke seberang mengikut jalan-jalan kampung yang lain untuk ke masjid itu. Baca artikel Projek buku masjid - Lagi, Danau Tok Uban dan Masjid Brunei Darussalam yang baru dibuat di sini tadi.




Cukuplah, dapat ambil gambar masjid ini waktu malam. Ketika itu saya dah mengalah. Jika awalnya saya mahu sampai ke sini malah Kuala Lipis dan Raub siang, sekarang saya cuma dapat berada di Masjid Brunei Darussalam selepas jam 8 malam.

Alhamdulillah, rasa marah saya sebab lambat kerana beberapa perkara termasuk melayan kerenah budak-budak sudah dapat diketepikan. Semuanya sudah ditakdirkan Allah terjadi begini dan saya redha...



Malam itu, ketika menghala ke Kuala Krai, kelihatan bulan mengambang penuh begitu besar tetapi merah. Saya cuba mengambil gambar dalam keadaan kereta bergerak tetapi inilah saya dapat. Dipendekkan cerita, kami sampai ke Kuala Lipis selepas jam 1 pagi. Nak ambil gambar masjid pun dah tak berapa sesuai. Sampai di Dong pula sekitar 2 pagi. Lalu Shamsul menawarkan akan mengambil gambar-gambar masjid-masjid ini sendiri nanti.

Harap-harap begitulah. Saya telah menjalankan kerja saya menunjukkan di mana masjid-masjid yang sesuai untuk projek ini. Saya faham, sebagai bapa kepada 6 orang anak dan ada pula banyak kerja, Shamsul harus terkejar-kejar. Tetapi saya juga ada tanggungjawab kepada keluarga dan kerja-kerja saya sendiri. Harap semuanya berakhir baik nanti. Sekian! :]



2 comments:

aiz said...

salam..

nak tanya..kenapa bro merah silu suka ke danau tok uban -kuala lipis erk?

ada apa kat sana..tetiba teringat dua2 tempat ni..

-to uban (kg. saya)
-kuala lipis (tempat lahir saya)

waa..windunye

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Bukan setakat 2 tempat ni je Abg suka, kan banyak lagi tempat yang Abg akan cuba bertandang kalau kebetulan lalu dekat2 macam Gunung Jerai di Kedah dan Pulau Besar di Melaka?