Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Wednesday, February 11, 2015

Misi HIKMAH Beruas - Faktor Tok Sego Aceh

OK. Sedikit cerita daripada perjalanan di Perak hujung minggu lepas.


Pagi Sabtu 7 Februari 2015. Setelah bermalam di rumah seorang kawan di Kampung Teluk berdekatan pekan Kampung Gajah kami keluar menghala ke utara.


Sebelum sampai ke pekan kami singgah di tanah perkuburan ini. Ziarah ke makam pahlawan Perak yang dikenali sebagai Tok Jabor. Lihat artikel Makam (Tomb of) Tok Jabor, Kampung Gajah di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Tengah malam ketika menuju ke Kampung Gajah daripada Selangor kami ada tersilap jalan masuk ke Batu Gajah yang terletak 40 km ke timur-laut. Ketika itu kami sekadar mengekori kereta yang dinaiki kawan pemilik tempat kami bermalam di Kampung Gajah itu. Entah kenapa beliau boleh tersilap jalan menyebabkan kami melilau lebih 70 km (campur perjalanan naik ke utara menghampiri Ipoh).

Yang saya pasti perjalanan itu menyebabkan kami lalu di pekan Gopeng juga sebelah makam seorang tokoh yang dikatakan berbangsa Mandailing. Saya anggap ini sebagai petunjuk bahawa tokoh tersebut dan Tok Jabor sememangnya adalah orang yang sama, cuma ada memakai identiti berbeza mengikut keadaan dan masa. Lihat artikel lama Makam (Tomb of) Imam Perang Jabarumun.



Adapun tujuan utama perjalanan ke Perak kali ini dibuat adalah untuk menghadiri satu mesyuarat di Beruas berkenaan penganjuran acara HIKMAH di sana. Kami bermalam di Kampung Gajah kerana ia sudah tidak berapa jauh daripada Beruas. Kawan yang memiliki rumah ini berasal daripada keluarga Tok Sagor, panggilan ringkas untuk pangkat pembesar lama istana Dato' Sri Agar Diraja. Dalam sejarah Perak sering disebut tentang Tok Sagor yang bersama Dato' Maharajalela bertanggungjawab membunuh residen pertama British ke Perak, J.W.W. Birch tahun 1875. Ia sebenarnya merujuk pada Dato' Sri Agar Diraja Ngah Kamdin, salah seorang pemegang jawatan tersebut,



Kaitan kawan dengan keluarga Tok Sagor membuat saya ingin menunjukkan sebuah makam lama yang rasanya ada kena mengena tapi beliau belum pernah sampai. Letaknya sekitar 9 km ke utara pekan Kampung Gajah. Lihat artikel lama Makam Tok Sego Aceh di siang hari (Tomb of Tok Sego Aceh during daytime) Oh, Tok Jabor atau Ngah Jabor yang makamnya diziarahi lebih awal dikatakan salah seorang waris keluarga Tok Sagor. Namun ada menyebut beliau lebih rapat dengan keluarga Maharajalela (ini juga satu jawatan turun-temurun). 


Yang pasti keluarga Tok Sagor dan Maharajalela ada pertalian persaudaraan. Katanya kedua-keduanya ada darah Aceh-Bugis. Seterusnya kami ke makam Sultan pertama Perak di Telok Bakong. Kelihatan bangunan makam telah diperbaiki cantik, mungkin sebagai persediaan untuk pertabalan Sultan baru Perak yang dijangka berlangsung kurang 3 bulan lagi. Lihat Rupa baru makam Sultan Muzaffar Syah I Perak (New look of the tomb of Sultan Muzaffar Syah I Perak).



Kawasan sekeliling juga lebih bersih menyebabkan buat pertama kali (saya telah beberapa kali menziarahi makam Sultan Muzaffar ini) saya dapat melihat kewujudan sebuah tasik berdekatan makam. Lihat artikel The lake besides the tomb of Sultan Muzaffar Syah I Perak di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Kawasan sekeliling yang lebih bersih juga menyebabkan saya dapat melihat kewujudan sebuah makam lain bersebelahan tasik. Nampaknya seperti ada pembukaan dalam saya membuat persiapan untuk mengadakan acara di Beruas. Lihat Makam di tepi tasik Teluk Bakong (Tomb besides lake at Teluk Bakong)
.


Tengah hari sebelum masuk Zohor kami singgah di Masjid Kampung Kota, Beruas.



Kami singgah di masjid untuk membersihkan diri sebelum menziarahi makam Raja-raja Beruas di Kampung Kota.



Oh. Sebelum itu kami sudah singgah di rumah tempat mesyuarat HIKMAH Beruas diadakan. Cuma ketika ini sedang diadakan tahlil arwah untuk seorang tokoh tempatan. Katanya jam 2.30 petang baru mesyuarat, maka itu kami keluar dahulu berjalan-jalan.





Dari Kampung Kota kami ke muzium di pekan Beruas. Ketika itu, sekitar jam 1.30 saya mendapat panggilan mesyuarat dipercepatkan kerana orang-orang yang terlibat sudah berada di rumah sedia untuk berbincang. Oh. Baru teringat. Tuan punya rumah dan keluarganya juga adalah waris-waris Tok Sago atau Dato' Seri Agar Diraja. Malah katanya beliau memiliki salasilah besar di mana Tok Sego Aceh itu termasuk di dalamnya. Teringat juga bahawa ketika mahu meninggalkan makam Tok Sego pagi itu, seorang penduduk tempatan menegur lalu menyebut dirinya seorang waris. Katanya beliau tahu Tok Sego Aceh itu ada kaitan dengan Sultan Malikus Saleh yang mengasaskan kerajaan Samudera dan Pasai hampir 800 tahun lalu!


Petang itu saya dan keluarga pergi sebentar ke Lumut.


Sempatlah menikmati pemandangan indah muara Sungai Dinding berlatarbelakangkan Pulau Pangkor sambil memikirkan kaitan semuanya dengan Aceh...


No comments: