Pagi Khamis 7 Februari 2018. Hari dimulakan dengan persidangan tertutup Majlis Penasihat Antarabangsa ISTAC yang terdiri daripada cendekiawan-cendekiawan terpilih 9 hingga 11 pagi. Jam 11.30 baru sesi ke-3 seminar (sesi pertama dan kedua sudah diadakan hari Rabu). Moderator adalah Profesor Madya Dr Danial Mohd Yusof daripada ISTAC.
Pembentang pertama adalah Profesor Dr John L, Esposito daripada Georgetown University, Amerika Syarikat. Beliau membawa tajuk "Islam and Societal Reform in the Contemporary World : Western Responses". Saya terjemahkan ini sebagai "Islam dan Reformasi Kemasyarakatan dalam Dunia Semasa : Maklum Balas Barat".
Pembentang kedua (duduk kiri), Profesor Ulung Dr Amin Saikal daripada Australian National University pula membawa tajuk "Islam and Politics in Afghanistan : Its Implications for Central Asia" - "Islam dan Politik di Afghanistan : Kesannya terhadap Asia Tengah". Setelah beberapa lama asyik mendengar orang Islam harus berubah jadi begitu jadi begini supaya lebih diterima dan difahami orang bukan Islam baru terdengar suatu yang lebih menghampiri realiti kesusahan dan cabaran hidup sebenar manusia. Tentunya ramai sedia tahu bagaimana Afghanistan pernah dijajah British awal abad ke-20 Masihi. Masuk zaman moden ia diceroboh kuasa komunis Soviet Union kemudian diratah Amerika Syarikat atas alasan mahu memerangi keganasan Islam. Walhal Afghanistan juga merupakan pengeluar besar narkotik/dadah, ditaja oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
Masuk sesi ke-4 yang diadakan di bilik persidangan, bukan dewan utama ISTAC seperti pada sesi-sesi sebelumnya saya merasakan baru suara Islam dapat berkumandang lebih tegas, bukan diasak-asak sehingga terhimpit ke dinding seperti kita pula terasa melukut di tepi gantang.
Pembentang pertama sesi, Profesor Dato Seri Dr Md Salleh Yaapar daripada Universiti Sains Malaysia (USM) bercakap tegas tetapi lembut tanpa perlu bersuara lantang. Tajuk yang dibawa adalah "Islam and Reforms of Tertiary Education : The Malaysian Case" - "Islam dan Reformasi Pendidikan Tinggi : Kes Malaysia".
Hala tuju yang mahu dibawa, bagaimanakah komponen-komponennya disuarakan dan dipaparkan begitu jelas.
Walaupun mungkin akan ada suara-suara sumbang mempersoalkan ini bukan benda baru. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diketengahkan Salleh sudah disebut banyak pihak. Pada saya dan rakan-rakan seperjuangan ia tetap kedengaran segar dan bertenaga dalam seminar.
Jelas wawasan keIslaman yang mahu dibawa. Termaktub dan terhias buah-buah fikiran cendekiawan besar Tan Sri Profesor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas yang mula disuarakan dengan lantang tahun 70an masih relevan berkumandang. Untuk makluman Naquib mengasaskan ISTAC pada tahun 1987 untuk mengangkat aspirisi tinggi pendidikan dan pembentukan golongan intelektual Islam bagi memakmurkan ummah sejagat. Sudah sepatutnya warga institut berhempas pulas untuk mengangkat wawasan.
Disebut bahawa falsafah pendidikan yang ingin diangkat memang bukan perkara baru tetapi formula kejayaan ummah yang pernah digunakan universiti-universiti atau pusat pendidikan tinggi klasikal pada zaman kegemilangan Islam sejak lebih 1,000 tahun lalu.
Paradigma yang betul mengikut turutannya harus dilaksanakan untuk menerbitkan golongan pemikir yang penuh hikmah.
Soal peradaban, pembentukan masyarakat beradab harus dijunjung tinggi demi kebaikan ummah, pembinaan negara/kerajaan juga untuk kesejahteraan masyarakat dunia sejagat.
Pembentangan diakhir dengan saranan bahawa pemisahan antara subjek-subjek sains dengan subjek-subjek seni/sastera dan kemanusiaan harus dibuang kerana ia menghalang penerbitan pelajar yang lengkap dan seimbang. Untuk reformasi pendidikan berjaya penekanan harus diberikan kepada insan.
Moderator sesi Profesor Dato' Dr Ahmad Murad Merican, juga dari USM kemudian memperkenalkan pembentang atau ahli panel kedua bagi sesi.
Naiklah Profesor Dato' Dr Zaleha Kamarudin daripada Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membawa tajuk "Legal Reforms and Gender Equity in New Malaysia" - "Reformasi Perundangan dan Keadilan Jantina dalam Malaysia Baru".
Beliau merujuk kepada reformasi perundangan yang katanya mahu dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat setelah memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018.
Janji Pakatan dalam manifesto mereka pun diingatkan - tentang reformasi terhadap segala macam undang-undang yang dilihat tidak adil, bersifat kuku besi dan sebagainya.
Satu persoalan besar dan penting yang diangkat adalah kenapa Pakatan tidak menyebut tentang reformasi Udang-undang Syariah? Apakah ia sengaja dibuat-buat lupa? Atau ia tidak disebut demi menghormati bidang kuasa negeri-negeri dalam melaksanakan Undang-undang Syariah Islam menurut takrif dan kefahaman masing-masing?
Tumpuan khusus pun diberikan terhadap undang-undang melibatkan wanita. Misalnya had umur minimum 18 tahun untuk seorang wanita dibenarkan berkahwin. Pada Zaleha biarlah seorang wanita itu sekurang-kurangnya memiliki pendidikan peringkat SPM sebelum berumahtangga. Ini kerana telah berlaku banyak kes perceraian yang menyebabkan kebajikan kaum hawa terabai.
Disebut juga tentang cadangan mengadakan satu suruhanjaya tetap untuk mengadakan reformasi Undang-undang Syariah di bawah Parlimen.
Pembentang ketiga dan terakhir, En Habib (lupa nama penuh) dari Indonesia membawa tajuk "Synergy between Islamic Thought and Societal Reform in Contemporary Indonesia" - "Sinergi antara Pemikiran Islam dan Reformasi Kemasyarakatan dalam Indonesia Semasa". Untuk itu diceritakan sejarah kebangkitan pemikiran Islam di Indonesia pada zaman penjajahan Belanda sehingga zaman presiden pertama Indonesia iaitu Sukarno membawa kepada zaman presiden kedua Suharto dan seterusnya.
Sesi soal jawab dibuka dengan Syeikhul Kulliyyah ISTAC, Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar menerangkan bahawa sesi ke-4 ini memang dibuat khas untuk menangani isu-isu dalam negara Malaysia. Namun dimasukkan sekali Habib dan isu Indonesia kerana tajuk beliau itu asalnya harus dibawa oleh Profesor Dr Azra Azyumardi daripada Universitas Islam Negeri, Jakarta pada sesi ke-2 iaitu pada hari Rabu. Tapi Azra tidak dapat datang lalu slot beliau digantikan oleh oleh Profesor Dr Kamar Oniah Kamaruzaman daripada ISTAC yang membawa tajuk "Societal Reforms of Tertiary Education : The Malaysian Case" - "Reformasi Kemasyarakatan dalam Pendidikan Tinggi : Kes Malaysia" sehari lebih awal. Sepatutnya Kamar membawa tajuk itu pada sesi ke-4.
Apapun Osman mencadangkan agar para cendekiawan mengambil kesempatan atas komitmen kerajaan Pakatan yang mengatakan akan memberi universiti otonomi untuk menentukan hala tuju sendiri. Untuk itu setiap fakulti atau kulliyyah itu sendiri harus diberikan otonomi untuk bertindak dan melaksanakan apa yang dirasa terbaik buat mereka tanpa perlu terlalu mengikut telunjuk pentadbiran pusat universiti.
Dalam sesi soal jawab ini saya mengambil peluang untuk bertanyakan soalan-soalan berikut :-
1) Kepada Salleh - Apa pendapat beliau tentang pendidikan sekolah vernacular (saya tak pasti terma tepat dalam bahasa Melayu) merujuk kepada sekolah kebangsaan Cina dan India (Tamil). Bukankah ini penghalang kepada pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan?
2) Dalam konteks sama kepada Zaleha - Apakah benar kata sesetengah orang bahawa kewujudan sekolah-sekolah vernacular ini melanggar Perlembagaan Negara?
3) Kepada Zaleha lagi tentang Perlembagaan - Saya teringat dalam satu majlis di Pusat Islam tahun 2012, mantan Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz pernah menyebut bahawa berdasarkan sejarah dan kaedah yang membawa kepada Perlembagaan negara maka Undang-undang Syariah sebenarnya secara semulajadi mengatasi Common Law iaitu undang-undang Barat versi British yang kita anuti selama ini seolah-olah lebih tinggi daripada Undang-Undang Syariah. Seingat saya Ahmad menyebut bahawa penggunaan Common Law (tahun 1965) berlaku kerana Undang-Undang Syariah yang telah digunakan sekian lama oleh setiap negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu kemudian Malaysia tidak diatur bertulis secara sistematik seperti hal-halnya undang-undang Barat. Ia wujud dalam kitab-kitab agama dan didapati tidak selari pula, ada perbezaan antara negeri. Hal inilah yang menyebabkan Common Law digunakan sebagai ganti. Pertanyaan saya adakah perkara ini benar?
Untuk menyokong pertanyaan tersebut saya Google kata-kata kunci "Ahmad Fairuz Common Law 1965" lalu terjumpa satu artikel yang keluar dalam akhbar The New Straits Times pada 25 Mac 2017. Saya bacakan beberapa perenggan berkenaan pada seminar. Di sini biar dicopy paste keseluruhan artikel tersebut :-
Laws in contradiction to Islamic laws are void, says former Chief Justice
KUALA LUMPUR: Islamic law is the second most supreme legislation in Malaysia and any other laws that run contrary to it are void said former Chief Justice Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim.
In his interpretation, Ahmad Fairuz said that anything that is in contradiction to Islam or anything that went against Islamic laws’ main sources, which are the Quran and Sunnah, is unconstitutional.
He said it is similar to laws that contradict the Federal Constitution, which will deem it unconstitutional.
“I feel that anything which is in contradiction to Islam is unconstitutional. The Privy Council has ruled in a case in Singapore that a law, to be valid, must conform to the fundamental rules laid down by the English law.
“As Islam is the religion of the federation, surely the fundamental principles of the law should be based not only on the English Common law but on the Syariah,” he said when giving a lecture on “Islam as the Law of the Land” at Majestic Hotel here today.
The reason for this opinion, he said was because the Quran, Sunnah, and the traditions and practices of Prophet Muhammad are the main source of Islamic laws.
Hence, he said, reading Article 3 and 4 of the Federal Constitution together means that any laws contradicting to Islamic scriptures are void.
Article 3 stated that “Islam is the religion of the Federation”, while Article 4 stated that “Constitution is the supreme law of the Federation” and any law passed after Independence and inconsistent with it shall be void.
“Hence, laws that are against the Quran and Sunnah will also be void.”
When asked on Pas’ Private Member’s Bill dubbed RUU355, Ahmad Fairuz said since there’s a cap on the punishment, the bill will not lead to the implementation of hudud in Malaysia.
Commenting further on RUU355, he said he couldn’t fathom why non-Muslims disagreed with the bill as it has been guaranteed that the amendment would not affect them.
“When it involves a non-Muslim, we can’t use Syariah law, only civil law. This is a Muslim’s right to follow his or her own religion and the Muslims are not asking for equality in that sense. So it shouldn’t be an issue isn’t it?” he added.
Pas President Datuk Seri Abdul Hadi Awang had last year sought to amend the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965 which has been listed on the Parliament’s Order Paper for this sitting.
On Nov 24, Hadi read out a motion to amend the Bill by inserting the punishment caps of 30 years’ jail, RM100,000 fine, and 100 lashes. Syariah courts’ sentencing powers are currently limited to three years’ jail, RM5,000 fine and six lashes.
Asked further on some Malaysian Muslims expressing concern on the punishment and if there’s an exit for those who are against it, Ahmad Fairuz said no Muslims can opt out of this.
“Pertaining on whether or not Muslims can opt out from this, the Federal Court has stated that, Muslims in Malaysia cannot run away with the two laws – the Federal and the State – and State laws have the right (power) on Muslims, so you cannot opt out as there are two laws in which you are bound.”
The lecture today was co-organised by the Malaysian Lawyers Circle, Malaysian Muslim Lawyers Association, Concerned Lawyers for Justice, Ikatan Muslimin Malaysia’s legal arm iPeguam, and the Centre for Human Rights Research and Advocacy.
(rujuk artikel asal di
sini)
Jawaban untuk soalan-soalan saya itu adalah seperti berikut. Biar ditulis menurut ingatan dan faham saya, bukan word by word seperti dituturkan mereka tetapi secara essence atau isi dan makna...
1. Ya kata Saleh. Memang sekolah vernacular menjadi halangan kepada aspirasi pendidikan kebangsaan. Menurut Perlembagaan Negara pendidikan formal atau rasmi sepatutnya dijalankan dalam Bahasa Malaysia. Namun kelonggaran telah diberikan untuk sekolah vernacular wujud itupun selama 10 tahun sahaja sebagai bentuk peralihan memandangkan kaum-kaum Cina dan India yang telah dibawa secara beramai-ramai oleh British untuk kepentingan mereka baru diberi peluang untuk berasimilasi setelah sengaja dipisahkan daripada bergaul bebas dengan orang Melayu.
Itu adalah DASARnya. Tetapi PERLAKSANAANNYA? Selepas 10 tahun diminta 10 tahun lagi untuk sekolah-sekolah vernacular terus berdiri. Sekarang dah 60 tahun berlalu. Bukan sahaja tiada tanda-tanda sekolah vernacular akan diluputkan malah ditambah jumlah dan peringkat/tahapnya lagi. Siap diminta pula mahu dilaksanakan peperiksaan UEC yang berdasarkan kurikulum Cina Taiwan sebagai syarat boleh masuk universiti awam di Malaysia. Sebab apa? Sebab menjaga kepentingan politik pihak tertentu. Itulah realitinya.
2. Dengan jawaban Salleh ini Zaleha tidak perlu menerangkan hal sama panjang lebar menurut Perlembagaan Malaysia. Cukup sekadar bersetuju dengan Salleh. Terus kepada perkara seterusnya...
3. Tentang perkara ketiga. Ya. Zaleha berkata memang benar apa yang dikatakan Tun Ahmad Fairuz. Malah ini pernah disuarakan oleh pakar undang-undang lain sebelum itu (saya lupa nama). Zaleha memberikan beberapa contoh bagaimana memang Undang-undang Syariah dirujuk oleh orang seperti mantan Peguam Negara, Tan Sri Datuk Abdul Gani Patail dalam meluluskan suatu kes untuk tindakan jabatan. Kata Zaleha memang jelas inilah termaktub dalam Perlembagaan. Tetapi sekali lagi ia adalah soal PERLAKSANAAN.
Dengan itu dicadangkan agar ISTAC boleh mengadakan satu forum untuk merangka jalan bagaimana Undang-undang Syariah boleh diangkat kembali agar mengatasi Common Law Barat menurut interpretasi atau terjemahan Perlembagaan yang sepatutnya, bukan sebaliknya seperti dilihat telah dipraktikkan selama ini.
Oh. Tadi saya rujuk balik artikel-artikel lama untuk mencari kenyataan Ahmad yang saya kata didengari tahun 2012. Sebenarnya ia adalah pada satu majlis awal tahun 2013. Lihat
Seminar Memartabatkan Islam Agama Negara di Pusat Islam. Sebagai mengakhiri artikel ini ingin diketengahkan kembali satu resolusi berkenaan yang pernah saya buat bersama kawan-kawan aktivis dalam siri majlis ilmu yang kami adakan sendiri secara sukarela sehingga meliputi hampir semua negeri di Semenanjung membawa ke luar negara di Aceh. Begini bunyinya :-
6. Memohon undang-undang syariah diangkat mengatasi common law dan muamalat Islam berdasarkan penggunaan dinar dan dirham mengatasi sistem ekonomi konvensyional seperti pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan