Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Disember 09, 2022

Misi keluarga Laksamana part VII

Salam pagi Jumaat. Melengkapkan perkongsian cerita-cerita perjalanan Perak minggu lalu iaitu dari 29 November hingga 1 Disember dengan artikel kompilasi.


Sekali lagi saya perlu ke Ipoh untuk menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah melibatkan harta pusaka Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin iaitu pada pagi Rabu 30 November 2022. Maka bertolaklah ke sana lebih awal iaitu pada petang Selasa 29 November. Sampai di Ipoh berlaku sesuatu yang tidak disangka memberikan lapangan ruang waktu. Lalu ia pun digunakan untuk menyelesaikan beberapa hajat tertunda sebelum kembali ke rumah Khamis malam Jumaat 1 Disember.


1. Lawatan baru ke Masjid Chenderiang (New visit to the Chenderiang mosque)

2. The waterfall at Sungai Salu

3. The caves of Gua Kandu

4. Misi keluarga Laksamana part VII - Antara Sungai Salu dan Gua Kandu

5. Lawatan baru ke Masjid Bota Kanan (New visit to the mosque of Bota Kanan)














Sekadar memberitahu. Ini adalah artikel ke-2,345 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.


Rabu, Disember 07, 2022

Misi keluarga Laksamana part VII - Menyelesaikan hajat ke Pos Tenau

Salam hari Rabu malam Khamis 11 Jamadilawal 1444 Hijriah. Setelah tidak begitu lama pergi kita pada hari ke-3 dan terakhir perjalanan baru Perak. Kali ini harus menyediakan terlebih dahulu cuma 2 buah artikel sokongan dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) tetapi 14 di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Dengan itu bersambung cerita daripada artikel Misi keluarga Laksamana part VII - Melengkapkan misi Kota Lumut dan jejak nenek moyang di Bandar.



Awal pagi Khamis 1 November 2022. Setelah menumpang bermalam di surau ini saya bangun untuk menunaikan solat Subuh berjemaah. Lihat Surau (Praying hall of) Ulu Slim.



Jam 7 pagi. Setelah berzikir dan membaca beberapa muka surat Al-Quran baru bersedia untuk menyambung perjalanan.




Singgah dahulu ke kolam air panas berdekatan. Lebih 4 bulan dahulu, saya pertama kali sampai ke kawasan ini pada waktu malam. Lihat artikel lama Misi Keluarga Laksamana part II - Dari Lubuk Merbau ke Kuala Kangsar membawa ke Ulu Slim.




Kali ini baru dapat melihat kolam dan sekelilingnya dalam keadaan terang. Lihat The hot springs of Ulu Slim.



Sejak pertama kali sampai itu iaitu pada 26 Julai 2022 saya menyimpan hajat untuk meneroka lebih dalam ke kawasan-kawasan di sekitar.



Bersarapan di warung terdekat dengan surau. Dahulu saya sampai ke kawasan ini lewat petang Selasa.



Ketika itu tidak sedar di manakah kedudukan sebenar kolam air panas. Setakat ada ternampak papan tanda sebelum masuk ke Ulu Slim. Lalu saya memilih untuk meneroka dahulu ke dalam. Sampailah ke tempat yang kelihatan ini dalam kegelapan malam.



Ketika itu, di tempat ini yang terletak lebih 8 km dari kolam air panas saya mandi sungai seorang diri dalam kegelapan malam kemudian menjamakkan solat Maghrib dan Isyak di kawasan lapang yang kelihatan. Selepas itu baru berpatah balik untuk melihat kolam air panas. Sekarang baru dapat melihat persekitaran dalam keadaan terang. Lihat The road to Pulau Tibang diikuti The waters and island of Pulau Tibang.




Saya mengambil kesempatan untuk berehat di persekitaran sungai. Sekitar 3 jam kemudian baru menyambung perjalanan. 




Menariknya jalan bertar masuk begitu jauh ke pendalaman kawasan pergunungan. Ternyata nasib saya baik kerana sampai pada waktu yang cukup bersesuaian. Rupa-rupanya banyak bahagian jalan dilanda tanah runtuh. Saya lalu ketika tinggal satu sahaja bahagian perlu dibersihkan. Sambil itu dapat melihat kampung-kampung Orang Asli juga sebuah air terjun. Lihat artikel-artikel berikut :-








Sejurus selepas jam 12 tengah hari sampailah ke destinasi utama yang mahu dituju iaitu kampung Orang Asli bernama Pos Tenau. Inilah tempat yang sudah lama ingin dijejaki, selepas mendapat tahu tentang kewujudan juga jalan bertar sehingga ke atas, ketika pertama kali sampai ke Ulu Slim 26 Julai.




Letaknya sekitar 770 meter atau lebih 2,500 kaki dari paras laut. Tengok-tengok ada lagi kampung-kampung lebih tinggi selepas itu. Siap ada sungai berjeram lagi. Lihat :-






 


Dari Pos Tenau ada jalan balak boleh merentas Banjaran Titiwangsa untuk keluar ke Sungai Koyan di negeri Pahang. Dalam perjalanan turun kembali ke Ulu Slim tengok-tengok ada lagi kerja pembersihan jalan.



Semasa naik tadi jalan ini tidak tersekat walaupun ada tanah runtuh. Nampaknya kerja-kerja pembersihan dibuat untuk memastikan tanah runtuh itu tidak melarat. Sementara ada jentera biar dibuat apa yang patut untuk memastikan jalan tidak akan tersekat sekurang-kurangnya buat waktu terdekat.



Kali ada lebih setengah jam menunggu. Sempatlah habis mengaji setengah juzuk Al-Quran lalu selesai juz ke-6.



Selesai kerja-kerja pembersihan sambunglah perjalanan kembali ke Ulu Slim. Sempatlah singgah lagi dua kampung Orang Asli. Lihat :-






Selepas jam 3 petang baru sampai ke Ulu Slim. Selepas itu singgah di sebuah masjid lalu bergerak menghala ke Hulu Behrang. Ternampak jalan-jalan membawa ke kawasan pergunungan yang ada sungai dan air terjun. Pergi le masuk sat singgah. Lihat :-








Dekat jam 5.30 baru menyambung lagi perjalanan.




Tergerak untuk singgah di pekan Tanjung Malim.




Pergi ke Sarang Art Hub lalu makan sambil berbual panjang dengan ahli keluarga arwah sutradara terkenal Mamat Khalid.




Selepas jam 8.30 malam Jumaat baru sampai ke rumah. Didapati perjalanan kali ini memakan jarak pemanduan 585 km.


Isnin, Disember 05, 2022

Misi keluarga Laksamana part VII - Melengkapkan misi Kota Lumut dan jejak nenek moyang di Bandar

Salam petang Isnin 10 Jamadilawal 1444 Hijriah. Pergi pada hari ke-2 perjalanan baru Perak. Kali ini harus menyediakan terlebih dahulu 11 buah artikel sokongan dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan 8 di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Bersambung daripada artikel Misi keluarga Laksamana part VII - Antara Sungai Salu dan Gua Kandu.



Pagi Rabu 30 November 2022. Setelah menginap bersama beberapa orang saudara mara daripada keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak di Manjoi, Ipoh kami keluar untuk bersarapan pagi.




Pekena mee rebus di Medan Kidd. Selepas itu ikut rancangannya harus ke Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh untuk urusan melibatkan harta Laksamana Muhammad Amin di Mekah.




Tetapi lewat petang Selasa baru mendapat berita bahawa perbicaraan pada pagi Rabu ditunda disebabkan peguam kena virus COVID. Sedangkan sejumlah antara kami sudah bergerak ke Ipoh. Malah ada yang datang dari Pontian, Johor iaitu sekitar 520 km perjalanan dari selatan.




Saya datang tidaklah begitu jauh, cuma 160 km lebih sahaja dari Bandar Sungai Buaya di Rawang, Selangor. Namun tetap mengambil masa, tenaga dan belanja. Kalau tahu awal tentu tak ke Ipoh. Tak mengapa. Alang-alang dah berada di sana bergeraklah le ke Bota untuk menziarahi beberapa makam Sultan Perak.




Cukuplah ke makam Sultan ke-13 iaitu Sultan Muzaffar Syah III (bertakhta 1728-1752) diikuti Sultan ke-10 iaitu Sultan Muzaffar Syah II (1636-1653) dan Sultan pertama iaitu Sultan Muzaffar Syah I (1528-1549).







Ini boleh dianggap mewakili ziarah ke semua makam-makam Sultan Perak yang berada di bermacam tempat sepanjang aliran Sungai Perak.







Di celah-celah itu pergi ke tempat-tempat seperti berikut :-








Sampai ke Lambor Kanan tergerak untuk mengambil jambatan baru menyeberangi Sungai Perak ke Lambor Kiri sebelum menyambung lagi perjalanan ke selatan lalu singgah ke tempat-tempat berikut :-







Ambil jalan kecil menyusuri Sungai Perak ke Pasir Salak kemudian bergerak lebih jauh ke selatan lalu singgah di tempat-tempat ini :-







Adapun tujuan utama saya bergerak jauh ke selatan Pasir Salak itu adalah untuk melengkapkan apa yang didapati tidak cukup daripada perjalanan sebulan sebelum itu. Dalam perjalanan tersebut saya cuba mencari lokasi Kota Lumut iaitu sebuah kota lama di mana Sultan pertama Selangor, Sultan Salehuddin @ Raja Lumu ibni Daeng Chelak pernah ditabalkan menggunakan nobat kerajaan Perak pada tahun 1766. Rujuk kembali artikel Misi keluarga Laksamana part VI - Harta pusaka di Mekah dan hal kebenaran salasilah yang dipersembahkan pada 9 Nov.




Berdasarkan kedudukan kota yang ditandakan dalam sebuah peta lama berbanding peta sekarang melalui Google Map saya menyangkakan telah berjaya sampai ke tempat tersebut. Kemudian baru dapat maklum balas menyatakan harus pergi lebih jauh ke selatan lalu mencari setakat dapat dicapai melalui jalan darat. Lihat artikel-artikel berikut :-





Lihat juga rakaman-rakaman video berkenaan di sini dan sini.




Di satu bahagian lain tepian Sungai Perak sempat membaca beberapa muka surat Al Quran kemudian mencari jejak nenek moyang berdasarkan ada cerita keluarga mengatakan bahawa moyang atau lebih tepat datuk kepada moyang saya Laksamana Muhammad Amin berasal dari Teluk Penadah. Sedangkan anaknya Orang Kaya Arshad yang merupakan datuk kepada datuk saya pernah menetap dan memiliki rumah di Bandar. Lihat artikel-artikel berikut :-













Dengan itu keluarlah saya lewat petang itu dari kawasan berkenaan dengan rasa lega. Kiranya misi untuk mencari tapak Kota Lumut dan jejak nenek moyang di Bandar boleh dikatakan lengkap.




Pergi pula di kawasan lain bersebelahan untuk mencari tempat bernama Sungai Buaya. Seperti ada kesinambungan dengan perjalanan hujung minggu yang dilakukan cuma 4 hari sebelum itu. Lihat Dari Sungai Buaya Rawang ke Sungai Buaya Banting : Asbab balik kampung isteri pada hari lahir ke-52




Sebagai pelengkap jejak singgahlah di masjid atas nama tersebut. Lihat Masjid (Mosque of) Sungai Buaya, Perak.