Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Mei 20, 2008

Kampung Relong di Kuala Lipis dan makam Raja Ahmad

OK... Tadi telah saya letakkan beberapa gambar sekitar pekan Kuala Lipis, Pahang di sebuah blogspot saya yang lain. Selepas meninggalkan Kelantan, ternyata terasa sungguh penat di badan akibat pengembaraan termasuk memanjat sebahagian Gunung Stong di Dabong dalam keadaan sakit perut yang belum betul-betul reda lalu saya bermalam di Kuala Lipis satu malam.

Ketika itu terasa juga mahu menamatkan terus pengembaraan terbaru ke Pantai Timur yang sudah pun memakan masa 3 minggu dan segala penat-lelahnya... Tetapi memikirkan akan harapan serta saranan seorang pembaca blogspot ini agar saya pergi ke Kampung Relong sekitar Kuala Lipis untuk menziarahi makam seseorang yang dikenali sebagai Raja Ahmad @ Datuk Linggi, saya melawan segala kepenatan dan bisa-bisa badan untuk ke sana juga.

Di Kampung Relong, nasib baik saya terserempak dengan seorang remaja lelaki Tingkatan Empat yang sudi membawa saya ke makam... Kalau tidak jenuh juga mahu mencari sedangkan letak makam ini boleh tahan jauh ke dalam kawasan kampung.

Selepas memasuki sebuah kawasan di belakang rumah orang kelihatan sebuah makam yang sedikit bersemak. Tetapi kata remaja ini, makam Raja Ahmad bukan yang itu sebaliknya langsung tidak kelihatan lagi akibat sekitarnya telah dipenuhi semak hutan belukar...

Nasib baik dia tahu kedudukannya di sebalik semak iaitu di pangkal sebuah pokok... Katanya dahulu dia dan keluarga selalu menziarahi makam Raja Ahmad kerana mereka adalah anak cucu keturunannya... Tetapi mungkin sekarang kurang dipedulikan. Kali terakhir dia menziarahinya adalah 3 tahun lalu!

Petang itu, saya terpaksa berjalan kaki sedikit untuk kembali ke Kuala Lipis kerana perkhidmatan bas sudah tamat. Dalam perjalanan itu, kelihatan sebuah bukit batu kapur yang mungkin adalah tempat asal calon presiden Amerika Syarikat yang terbaru iaitu Barack Obama! Sekian... :]
















12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..
pertualangan saudara MS memang membuka mata.
itukah kubur datuk linggi yang terkenal tu?
kenapa tak terurus benar makamnya..
tidak seperti tokoh-tokoh yang lain.. orang kita memang selalu 'melupakan' tokoh-tokoh dari bangsa sendiri. tahu namanya sahaja. dan sebut di merata tempat.

ke mana waris dan anak cucu (almarhum) beliau?
takkanlah seorang pun tidak peduli melihat keadaan itu?
saya pernah terbaca kisah mengenai datuk linggi ini, tak sangka kuburnya sangat semak dan tersorok, mungkin lebih semak dan lebih tersorok dari cerita mengenai beliau sendiri..
saya merasa sedikit sedih.
mana warisnya, mana??
mana orang yang sering menyebut-nyebut namanya?
mari kita buka mata dan ambil pengajaran.

sekian, wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Terimakasih sebab perihatin. Ana sendiri terkejut dengan keadaan makam tersebut. Menyedihkan. Ana sendiri baru tahu dan baru dapat menjejaki salasilah Raja Ahmad atau dato Linggi sebenarnya yang merupakan keturunan di raja Johor Riau.

InsyaAllah, ana akan usahakan untuk mengembalikan kesegaran makam ini kembali. melihat pohon Kundang yang telah berdiri beratus tahun lamanya menaungi makam tersebut, membuat ana terfikir, alangkah setianya sebatang pokok meneduhi makam tersebut tetapi alangkah lalainya manusia untuk mengenal peribadi yang mulia ini. Apapun, kekadang alam perlu jadi panduan dan pengajaran bila manusia sudah mula hilang jati diri.

PUTERI.

Tanpa Nama berkata...

Salam MS,

Jalan BAMA menghala ke bukit kapur.
Hmmmm ... BAMA ni di negeri jiran adalah singkatan kepada Yayasan Bahan Makanan.

Bagai mimpi sang raja 7 lembu gemuk dan 7 lembu kurus.

Dengan krisis makanan sedia ada, perlu agaknya simpanan sebesar bukit. heheheh

Apa pulak cerita jalan Caruk Membebek tu ... bagaikan bahasa Flores dgn senjata Charoknya, dan berbentuk seperti kelewang di Patani dan Empayar Chermin.

Salamsss
-awanbadai-

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Bagus le jika ada keprihatinan akan nasib makam-makam sebegini. Harap ada usaha menyeluruh untuk membersihkan dan maintain warisan-warisan sebegini satu sebagai tanggungjawab anak cucu dan mereka yang berkaitan terhadap peninggalan orang-orang penting dahukala, kedua untuk memartabatkan sejarah Melayu yang sebenar versi tempatan, bukan versi Orientalist ataupun Mat Saleh sebagai tunjang jatidiri generasi sekarang yang akan membentuk tindak-tanduk kita akan datang.
Bab nama Bama dan sebagainya, seronok gak bila jalan-jalan jumpa nama-nama pelik ni. Macam kat Negeri Sembilan, ada Bongek, Sepri dan entah apa-apa lagi...
Tapi bila jumpa nama jalan macam Caruk Membebek tu terus tak terkata apa... Cam ni punya nama jalan pun ada? Apa daaa.... :]

Tanpa Nama berkata...

caruk tu maksudnya kolam air atau tempat yang berair kalau dalam bahasa phg..

membebek tu, hehehe..maksudnya OBES (membebek saiz badannya) atau tersgt besar..

jadi kalau digabungkan maknanya,

Satu Kolam Air yang Luas...

cute aper nama tu..

PUTERI

Tanpa Nama berkata...

a'kum saya sebagai anak jati kg relong di sini ingin membetulkan fakta yang salah datuk linggi bukan raja ahmad yang di warwarkan oleh saudara penulis en radzi sapiee cara en radzi menulis artikel ini salah awak sepatutnya buat research dan rujukan dengan orang yang lebih tua, itu baru betul jangan main hentam je you cakap guide you seorang budak tingkatan 4 dia tu tau ke cerita yang sebenar dan pulak you cakap bas tak ada wah terer betul awak berjalan kaki sejauh 10km dari kg relong ke kuala lipis hebat betul awak lalu kawasan hutan, di sini tuan tuan kalau setakat nak tunjuk handal sebagai ahli sejarah tak buat research inilah akibatnya beri fakta yang salah dan cakap merapu. saya di sini ingin jelaskan bahawa en radzi bukanlah ahli sejarah dan cara en radzi ini akan menimbulkan rasa marah orang kampung sebab en radzi dah menghina kampung saya,dan nama-nama tempat seperti gua bama ia ada sejarah tersendiri sudahlah en radzi janganlah buat sesuatu kerja itu tampa rujukan dan research,awak tu orang melayu cakap tu biar beralas, apa perasaan en radzi kalau orang hina awak dan tempat awak dilahirkan awak marah tak ???

gambar kubur tu pun salah, u cakap semak samun sebenarnya ada gotong royong membersihkan tanah kubur tetapi 3 bulan sekali, time awak datang memanglah semak

kepada sesiapa yang masuk yang masuk blog ini semua artikel mengenai datuk linggi ini adalah salah dan tidak betul

kalau nak tahu sila datang ke kg dan bertanyakan kepada orang tua -tua kg ini


sekian wassalam




arkib relong (anak Jati Kg Relong)

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,
saya pun naik hot juga apabila en radzi dok komen pasal makam tok linggi tu. namun saya lebih hot apabila baca komen anak jati kg relong ni. Saya pun anak jati relong gak tapi bukan itu caranya nak tegur kesalahan orang!Sebenarnya, di kg relong ni tak ramai dah penduduknya yang berdaya... hampir semua orang tua. Dah nama orang tua... manakan daya nak pergi membersihkan kubur hari-hari...masa en radzi datang tu mgkin hari sebelum makam dibersihkan semula..tapi semasa en radzi datang tu , ada ke tolong-tolong bersihkan sedikit ke pandai bagi komen aje?

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Terimakasih kerana teguran yang membina ini. Semoga maju jaya! :]

Tanpa Nama berkata...

Salam, hahaha...Salam buat Tuan Blog. Terima kasih kerna membuat entri berkenaan dengan Makam Raja Ahmad/Raja Linggi dari Riau Lingga. Teguran dari waris2 baginda mungkin bertempat, tetapi kerna hati yang bersih membuatkan tuan lebih bersabar. Entri ini boleh diteruskan utk pengetahuan bersama, boleh dapatkan lebih lanjut sejarahnya, ia tertulis juga dalam karangan penjajah singapore suatu masa dulu.

Juga dari darah daging Baginda Ahmad Al-Linggi.

Tanpa Nama berkata...

Raja Ahmad al Linggi adalah seorang anak raja dr Kesultanan Johor Riau yang pernah ditabal sebagai Raja Johor Riau selepas kemangkatan ayahandanya, Paduka Sri Sultan Abd Jalil V. Disebabkan berlaku pertelingkahan kuasa di antara orang Melayu Riau dan orang Bugis, maka tersingkirnya Raja Ahmad dari Riau ke Tanah Melayu dan akhirnya menetap di Pahang. Keturunan beliau kini masih ada di Kg Relong Kuala Lipis Pahang dan makam Raja Ahmad juga ada di sana. Dr Aminuddin Abd Karim salah seorg waris Raja Ahmad turut menghasilkan kajian beliau mengenai sejarah Kg Relong dan Raja Ahmad melalui bukunya yang sudah diterbitkan iaitu : Menyingkap Sejarah Lembah Bama DiNegeri Pahang Sebagai Pusat Perdagangan Terawal Bagi Asia Tenggara Mengesan Sultan Pemerintah Riau-Lingga-Johor Yang Menetap DiLembah Bama(Kg.Relong). Beliau boleh dihubungi dgn emel : aminrelong@yahoo.com.my

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Tanpa Nama berkata...

Wow, fantastic blog layout! Ηow long have ʏou been blogging fߋr?
you make blogging lolok easy. Ƭhe overаll look of ʏour website іs excellent, ɑs welⅼ as the cօntent!

Tanpa Nama berkata...

Wow, fantastic blog layout! Ꮋow long havе yօu been blogging for?
yoս makе blogging look easy. Ꭲһe oνerall look
of your website is excellent, ɑs well aѕ the content!