Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Julai 11, 2012

Qeqah Johan di Jelai dan jalan Negeri Sembilan hingga ke Broga

Allah! Tadi saya menyemak fail-fail gambar untuk memilih sejumlah gambar yang sesuai agar dapat ditonjolkan dalam satu ceramah yang akan diberikan kepada satu jabatan kerajaan dalam masa terdekat. Dalam pada itu baru saya tersedar ada sekumpulan gambar dari satu perjalanan yang saya mahu dikongsikan di blogspot ini lebih 2 bulan lalu tetapi terlupa lantaran terlalu banyak yang berlaku ketika itu. Adapun perjalanan yang hendak diceritakan ini bermula 21 April. Kiranya ia bersambung cerita daripada artikel Bengkel penulisan buku kanak-kanak dan makam Parameswara di Tanjung Tuan yang dibuat 28 April, 3 hari sebelum perjalan pusing Pulau Jawa 1-14 Mei bermula.


Cerita Bengkel penulisan buku kanak-kanak dan makam Parameswara di Tanjung Tuan meliputi kisah ketika bengkel tajaan Dewan Bahasa dan Pustaka itu berlangsung Rabu hingga Jumaat, 18-20 April 2012. Sebaik sahaja kursus tamat tengah hari saya pun berkejar untuk kembali ke rumah di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Selepas tengah malam pula memandu kereta membawa anak-anak dan isteri ke Jelai, Negeri Sembilan untuk satu majlis di rumah kakak ipar.


Majlis itu adalah qeqah untuk anak kecil kami Muhammad Alauddin Johan yang ketika itu baru melepasi umur 2 bulan.




Ia dibuat seiring kenduri syukur abang ipar yang baru selesai menjalani satu pembedahan. Lihat artikel Johan's qeqah ceremony di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Esok sebelum tengah hari kami meninggalkan Jelai lalu ke Bahau.


Bahau adalah antara bandar yang biasa dilalui untuk kembali menghala ke Lembah Klang. Biasanya dari sini kami akan ke Kuala Pilah lalu ke Seremban. Kali ini saya memilih untuk mengambil laluan ke Kuala Klawang.


Ia adalah satu jalan yang belum pernah dijejaki isteri. Sejurus sebelum sampai ke Kuala Klawang, ada dua tempat bersejarah di tepi jalan. Lihat artikel Family visit to the tomb of Moyang Salleh dan Canon of Dato' Undang Abdullah.


Lebih dekat ke Kuala Klawang ada simpang untuk masuk ke satu lagi tempat bersejarah.


Ia adalah masjid terawal di daerah Jelebu. Lihat Mosque of Kuala Dulang, Jelebu. Di sebelahnya ada sejumlah makam lama dengan batu hidup. Lihat artikel Makam (Tombs of) Bilal & Pawang (of) Jelebu di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).

Kemudian baru kami ke bandar Kuala Klawang.


Selepas makan kami memilih untuk menghala ke Lenggeng.


Terlihat masjid ini dalam perjalanan. Lihat Masjid (Mosque of) Kampung Mendum, Lenggeng.


Laluan membawa ke satu simpang. Kami menyambung dengan menghala ke Broga...


Saya tak ingat pekan apakah ini. Rasanya Ulu Beranang. Yang pasti tidak jauh dari sini ada masjid dengan nama tersebut. Lihat Masjid (Mosque of) Ulu Beranang, Lenggeng.


Bermula dari pekan itu kami dapat melihat sebuah gunung yang bernama Gunung Tok Wan kalau tak salah. Di lereng gunung ada bukit dipanggil Bukit Broga.



Zoom in camera. Teringat kami anak beranak memanjat hingga ke puncak bukit tanpa dirancang, saya memakai kasut yang sudah haus teruk, isteri yang sedang mengandungkan Johan dekat 2 bulan memakai kasut pejabat diikuti seorang lagi anak kami, Muhammad Al-Aminul Rasyid yang ketika itu baru berumur 1 tahun 9 bulan gitu. Lihat artikel lama Dari Central Market ke Bukit Broga.


Tidak lama kemudian kami pun meninggalkan Negeri Sembilan lalu masuk ke Selangor. Cukuplah cerita ya. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke 1010 di blogspot ini.



Tiada ulasan: