Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Februari 13, 2023

Perjalanan pertama restu ibu bapa ke Perak tahun 2023

Adapun kali terakhir saya berkongsikan cerita suatu perjalanan adalah melalui artikel kompilasi Kompilasi cerita perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 yang dipersembahkan pada 22 Januari. Tetapi itu bagi perjalanan yang dilakukan tahun lalu. Untuk perjalanan tahun ini belum ada lagi cerita dikongsikan. Biar dimulakan dengan ini...



Sejak tahun baru 2023 bermula saya dan keluarga ada membuat dua kali perjalanan pergi balik ke Janda Baik dan sekali ke kampung isteri di Tanjung Sepat. Semalam pagi Ahad 12 Februari 2023 kami ada membuat perjalanan balik hari (day trip) ke Perak. Yang ini baru tergerak hendak berkongsi cerita.




Perjalanan dilakukan bersama ibu bapa saya, seorang bapa saudara juga seorang adik saya dan isteri serta anaknya. Mereka datang dari Muar dan sampai hari Sabtu 11 Februari sejurus selepas masuk waktu Maghrib.




Selepas bermalam di rumah saya kami pergi ke Teluk Intan dengan dua buah kereta.




Ada majlis perkahwinan adik sepupu saya, anak kepada adik bapa.




Dapatlah berjumpa sejumlah saudara mara yang berasal daripada keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak. Kiranya sangat relevan dengan usaha terbaru saya. Rujuk artikel Buku "Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad" sedia untuk tempahan yang dipersembahkan lewat petang Jumaat 10 Februari lalu.




Majlis diadakan di Dewan Perbandaran Teluk Intan. Dari situ dah tak jauh ke Durian Sebatang lalu kami diikuti dua lagi kereta saudara mara yang datang dari Raub pergi ke makam Sultan ke-22 Perak, Sultan Abdullah Muhammad Syah I (bertakhta 1851-1857).




Kami pergi menziarahi saudara yang rumahnya terletak betul-betul di sebelah makam. Untuk pengetahuan kawasan ini dan sekeliling dahulu terletak di dalam kota Laksamana.



Selepas itu baru masuk ke pusat bandar Teluk Intan...




Itupun setakat lalu untuk ke Batak Rabit.




Pergi ke masjid warisan keluarga, masjid jamek Batak Rabit yang sedang dalam usaha menukarkan nama menjadi Masjid Laksamana Raja Mahkota.




Dan tentunya menziarahi makam nenek moyang di sebelah masjid.




Sesungguhnya perjalanan ke Perak kali ini terlebih istimewa kerana beberapa perkara. Antaranya :-


1. Perjalanan pertama ke Perak, lebih tepat ke tempat-tempat yang terkait dengan keluarga Laksamana di Teluk Intan seperti Durian Sebatang dan Batak Rabit bagi tahun 2023.

2. Kerana ibu bapa yang menetap di Muar ikut sekali. Kali terakhir bersama mereka ke Teluk Intan malah seingat saya kali terakhir bersama dalam mana-mana perjalanan adalah pada penghujung 2018. Lihat  Majlis tahlil ad hoc keluarga Laksamana Raja Mahkota di masjid lama Batak Rabit.

3. Perjalanan dibuat dalam keadaan banyak perkara yang tidak diketahui tentang keluarga Laksamana iaitu daripada nasab belah bapa sudah diketahui. Itu yang akan diceritakan dalam buku (rujuk artikel Buku "Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad" sedia untuk tempahan).



Misalnya, walau sudah banyak kali ke Batak Rabit baru kali ini sampai dalam keadaan tahu bahawa tanah di seberang Sungai Perak betul-betul menghadap masjid adalah sebuah tanjung berdekatan Sungai Durian yang memenuhi deskripsi satu tempat bernama Tanjung Medan. Nama tersebut sudah hilang dalam peta namun ia menepati ciri-ciri dalam catatan-catatan berkenaan. Dengan itu di hadapan sana harus terdapat makam Laksamana kedua Perak, Laksamana Tok Chik yang dikenali sebagai Keramat Tanjung Medan. Beliau adalah anakanda kepada Laksaman pertama, Nakhoda Hitam yang makamnya telah dialih dari Kampung Bahagia (dulu dalam lingkungan tempat bernama Kuala Bidor) ke Batak Rabit...



Dari masjid kami ke rumah seorang saudara yang duduk berdekatan tetapi tiada orang di rumah. Kami pun bergerak ke arah Hutan Melintang, lalu di hadapan Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) di mana isteri saya pernah belajar 1983 hingga 1992.



Selepas itu masuk ke pekan Sabak Bernam kemudian ke Sungai Besar. Singgah di sebuah warung menjual hidangan istimewa mee udang lipan. Kemudian ke Sekinchan diikuti Tanjung Karang lalu pulang ke rumah melalui laluan Bestari Jaya (Batang Berjunta) dan Ijok membawa ke lebuh raya LATAR dan PLUS. Sampai ke rumah sekitar jam 9.30 malam.

Tadi jam 1 petang ibu bapa, bapa saudara dan adik serta isteri dan anaknya baru meninggalkan rumah untuk kembali ke Muar. Pada saya perjalanan ke Perak yang merupakan kali pertama bagi tahun 2023 adalah perjalanan dengan restu ibu bapa dalam saya menangani pelbagai perkara melibatkan keluarga Laksamana Raja Mahkota. Hal ini boleh dirujuk dalam artikel Misi keluarga Laksamana dan mencari jejak melalui dokumentasi lama yang dipersembahkan pada 22/12/22. Dengan itu semoga yang bathil akan hilang dan sendirinya. Yang haq akan terserlah tanpa banyak kerenah dan masalah.

Oh. Ketika menyemak kembali penulisan ini baru ternampak satu corak menarik. Adapun baru sahaja disebut dalam perenggan atas bahawa artikel Misi keluarga Laksamana dan mencari jejak melalui dokumentasi lama dipersembahkan pada 22/12/22. Satu nombor yang cantik. Bila melihat pada pembukaan penulisan didapati ada disebut tentang  artikel kompilasi Kompilasi cerita perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 dipersembahkan pada 22 Januari. Tepat sebulan antara satu lain. 

Untuk bulan Februari belum cukup 'haul' untuk masuk tarikh 22 haribulan. Hari ini baru 13 Februari. Tapi kalau tukar tarikh Islam jadi 22 Sya'aban sekurang-kurangnya menurut kalendar di rumah. Jadi ada juga faktor 22 itu. Hmm. Teringat pula ada disebut dalam penulisan ini tentang makam Sultan ke-22 Perak, dalam kawasan yang dahulunya merupakan Kota Laksamana. Ada makna tu. :]