Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, April 12, 2019

Cabaran menjejak Raja Nala - Antara dua tarikh kemangkatan dan makam yang belum pasti kedudukan



Jam 10.44 bermulalah sesi pembentangan kertas kerja dengan pembentang pertama, Puan Intan Salina Idrus daripada PADAT, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor. Ini adalah lewat setengah jam daripada yang dijadualkan. Ikut atur cara asal pembentangan pertama itu bermula jam 10.15 kemudian rehat minum-minum jam 10.45-11.


Tak mengapa. Para hadirin merangkap peserta bengkel boleh minum sambil mendengar kerana hidangan berada dalam ruang yang sama dengan majlis. Salina membuka dengan menceritakan secara ringkas hubungan yang sudah wujud beratus tahun antara Semenanjung Tanag Melayu dengan Aceh di utara pulau Sumatera.


Dikongsikan pula kajian-kajian dan penemuan yang dibuat oleh PADAT tentang batu nisan Aceh di Selangor...


Seterusnya disorot hubungan Kesultanan Selangor dan Kesultanan Aceh pada abad ke-18 lalu tersebutlah nama Raja Muda Selangor, Raja Nala.


Dibuka pula cerita tentang permasalah cop mohor Sultan Selangor pada waktu itu. 


Tak perlulah dipanjangkan cerita. Terus sahaja menyentuh tenang surat-surat yang dihantar Selangor kepada Francis Light iaitu Gabenor Pulau Pinang. Ada yang menyebut tentang permasalahan di Aceh lalu Sultan Ibrahim Selangor menghantar adindanya Raja Nala untuk membantu.


Dipendekkan cerita Raja Nala memang memainkan peranan besar buat kerajaan Selangor pada waktu itu. Jadi ketokohan apa lagi kewujudan beliau tidak perlu dipersoalkan. Yang menjadi tanda tanya di manakah di Aceh beliau dimakamkan setelah mangkat di sana.


Maka disebutlah tentang satu kawasan pemakaman di halaman Universiti Syiah Kuala yang dipercayai kemungkinan besar menempatkan jasad almarhum. Tentang ini sudah disebut dalam artikel Cabaran menjejak Raja Nala - Dari Ampang ke Shah Alam dan petaka pada laptop.


Pembentang kedua, tokoh sejarawan terkenal Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali memilih untuk bercakap terus dari meja tanpa bantuan slaid.


Yang dipaparkan pada skrin ialah teks pembentangan beliau yang menyorot peranan dan kedudukan Raja Nala atau Raja Muda Nala dalam sejarah Kesultanan Selangor. Peserta bengkel ada menerima salinan teks sama seperti terpapar pada skrin.


Walaupun tidak begitu banyak sumber menceritakan panjang lebar tentang Raja Nala apa yang ada sudah cukup jelas untuk menonjolkan peranan beliau sehingga mangkat di Aceh. Maka kembali kepada isu yang patut diselesaikan iaitu kedudukan makam Raja Nala. Apakah benar di lokasi yang ditemui di universiti di Banda Aceh? 


Dalam hal ini Abdullah pun tidak boleh memberikan kata putus. Dikongsikanlah cerita berkenaan makam Hang Tuah yang dikatakan di Tanjung Keling. Kemudian ada orang membantah lalu mendakwa itu makam moyangnya seorang India Muslim. Disebut tentang makam Tun Teja yang diisytiharkan lalu dibina bangunan berkenaan di Melaka. Namun ada pula mendakwa makamnya di Kesang Laut, Muar, Johor. Disebut juga tentang makam Daeng Parani di Kampung Ekor Lubuk, Sidam Kiri, Sungai Petani, Kedah. Orang-orang tua sekitar menyatakan itulah yang diberitahu sejak turun temurun. Tetapi kemudian muncul satu kumpulan mengatakan makam pahlawan besar Bugis itu di Langgar, dekat Alor Setar. Satu lagi adalah makam Opu Daeng Rilake, ayahanda kepada Daeng Parani. Untuk pengetahuan Daeng Parani adalah abang kepada Daeng Chelak dan Daeng Chelak adalah datuk kepada Sultan Ibrahim Selangor dan adindanya Raja Nala. Makam Daeng Rilake dikatakan di Pulau Siantan. Itupun dipertikaikan orang...


Pembentang ketiga, Encik Abdul Rahman Mohamad Amin pula adalah seorang pengkaji dari Perak.


Perspektif yang diambil adalah seperti tajuk yang kelihatan.


Surat-surat Raja Nala kepada Francis Light dijadikan rujukan.
















Kesimpulan adalah seperti di atas. Satu perkara yang ditonjolkan pembentang adalah wujudnya surat kepada Light atas nama Raja Muda Selangor dengan tarikh yang jatuh pada tahun 1791. Sedangkan ada pihak percaya beliau telah mangkat di Aceh tahun 1788.


Pembentang keempat dan terakhir dibuat oleh pengkaji muda Ahmad Farhan Abdullah.


Saya lihat tajuk yang dibawa berserta empat persoalan utama cukup sistematik untuk memberikan kefahaman mendalam buat semua.


Anak muda ini adalah anak kepada Abdullah Zakaria. Seperti bapanya juga pembentang selepas itu beliau ada menyerahkan kertas kerja lalu butiran boleh dijadikan rujukan...


Slaid memaparkan dengan ringkas tapi cukup jelas siapakah Raja Nala, kenapa ke Aceh?





Cuma tahun bilakah ke Aceh yang juga merupakan tahun mangkat beliau menjadi persoalan bergantung kepada pengkaji dan sumber...








Namun Farhan lebih cenderung kepada tahun 1788 berdasarkan alasan-alasan yang dipaparkan.

Petang selepas rehat makan tengah hari dan solat Zohor persidangan disambung kembali untuk membuat rumusan.


Secara rata dipersetujui kewujudan, peranan dan ketokohan Raja Nala dalam sejarah Selangor membawa ke Aceh itu jelas. Mangkatnya di Aceh juga tiada khilaf. Tentang tahun boleh dikaji lagi. Lebih penting dan perlu buat masa ini adalah mengesahkan kedudukan makam kerana Sultan Selangor bercadang untuk menziarah. Untuk itu kerajaan negeri Selangor sanggup mengeluarkan belanja untuk memperbaiki dan mencantikkan makam. 


Yang harus diselesaikan adalah cara mendapat kepastian agar tidak ada mempertikaikan kelak. Setakat ini memang makam di halaman Universiti Syiah Kuala adalah calon terbaik. Langkah-langkah akan dibuat agar mendapat lebih kepastian daripada masyarakat sekitar sambil meneliti apa-apa rekod yang boleh membantu termasuk keadaan setempat semasa Raja Nala datang...


Nota : Merujuk kepada laptop saya yang rosak akibat terjatuh sebelum masuk ke ruang majlis seperti diceritakan dalama artikel Cabaran menjejak Raja Nala - Dari Ampang ke Shah Alam dan petaka pada laptop. Kalau tidak kerana itu besar kemungkinan cerita Raja Nala ini telah dipersembahkan di blogspot sama ada pada siang Khamis semalam atau malam sebelumnya. Petang Khamis baru saya ada kelapangan untuk ke Kuala Lumpur mencari laptop ganti yang cukup bagus pada harga berpatutan. Kembali sahaja ke rumah lewat malam diselesaikan dahulu kerja-kerja suntingan buku terbaru yang tergendala akibat laptop rosak. Hari ini Jumaat baru dapat dipersembahkan cerita tentang Raja Nala. Alhamdulillah.... :]



No comments: