Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, April 23, 2015

Memperhalusi kira-kira masa sebenar berdasarkan beberapa maklumat baru




Graf yang pernah disiarkan untuk kira-kira lama setahun setengah lalu...


Seminggu lalu saya telah membuat artikel bertajuk Seminar Asal-Usul Melayu di UKM - Menyelaraskan peristiwa purba menurut sains berbanding kitab lalu berkongsi sedikit maklum balas daripada cendekiawan tentang hal tersebut. Turut disebut dalam artikel, saya pernah cuba membuat sendiri penyelarasan peristiwa menggunakan sedikit ilmu matematik lalu dipaparkan pada artikel Kira-kira masa sebenar berdasarkan maklumat orang 'lama'  setahun setengah lalu. Kira-kira itu dibuat berdasarkan kenyataan bahawa masa di bumi semakin pendek semakin kita menghampiri penghujung zaman. Hal ini boleh digambarkan melalui graf di atas.  Menggunakan equation atau persamaan berbentuk y= a/(x+c)  + b di mana a, b, c adalah constant atau nilai tetap yang perlu dicari berpandukan beberapa fakta dan assumption iaitu anggapan awal, kita boleh membuat anggaran panjang masa sebenar pada suatu zaman berbanding masa sekarang. Cuma kita harus menyelesaikan terlebih dahulu apakah nilai a, b dan c dan untuk ini kita harus memiliki 3 nilai anggapan/anggaran.

Anggapan pertama digunakan ketika itu adalah tahun 2000 dikira sebagai tahun piawaian di mana panjang 1 hari pada tahun tersebut dijadikan rujukan. Berpandukan cerita orang lama bahawa pada zaman Nabi Muhammad SAW iaitu 1,400 tahun lalu kita boleh menanam kacang waktu pagi dan mengambil hasilnya waktu petang, anggapan kedua adalah 1 hari pada zaman baginda bersamaan 7 hari pada tahun 2000. Cuma saya kekurangan maklumat untuk membentuk anggapan ketiga lalu tergerak untuk menggunakan cerita daripada Al-Quran yang menyebut bahawa 1 hari di akhirat (yang mana harus turut terpakai di syurga) bersamaan 1,000 tahun di dunia. Maka fikir saya harus ada satu detik di mana tempoh masa ini masih terpakai sebelum Nabi Adam betul-betul turun 100 peratus ke permukaan bumi. Ini seterusnya dipadankan dengan kata-kata setengah pengkaji (ikut ingatan saya le) bahawa Nabi Adam AS turun ke bumi 10,000 tahun sebelum Masihi.

Menggunakan 3 anggapan ini saya mendapat anggaran bahawa Nabi Muhammad SAW telah hidup 5,426 tahun lalu apabila dibandingkan dengan panjangnya hari zaman sekarang. Nabi Adam AS pula telah turun ke muka bumi 4,353,080 tahun lalu berbanding masa kini. Walaupun hasil ini kelihatan agak melampau, itulah sahaja yang dapat dipersembahkan ketika itu berdasarkan maklumat yang ada dalam tangan. Kini saya memiliki beberapa maklumat baru yang boleh digunakan sebagai asas anggapan lalu ingin mencuba membuat kira-kira baru.

MEMULAKAN KIRA-KIRA BARU

Berbalik pada persamaan asas y= a/(x+c)  + b. Agar kira-kira selepas ini lebih fleksibel sehingga dapat dipakai dalam semua keadaan lebih elok jangan ditetapkan dahulu nilai-nilai bersamaan panjangnya hari suatu tahun pada 3 anggapan yang mahu digunakan. Sebaliknya biar ia dinyatakan sebagai pemboleh ubah seperti begini :-

Anggapan pertama - 1 hari piawai pada tahun t1 menggantikan tahun 2000 yang disebut dalam kira-kira sebelum ini. t1 ini pada saya harus salah satu tahun selepas masuk abad ke-20. Tahun 2000 amatlah sesuai sebagai piawai tetapi biar tidak ditentukan awal. Malah lebih elok panjang hari itu diletakkan sebagai h1, kemudian kalau perlu baru ditetapkan h1=1.

Anggapan kedua - pada tahun t2, 1 harinya adalah bersamaan h2 kali hari piawai, Dalam kes sebelum ini kita telah meletakkan t2 sebagai zaman Nabi Muhammad 1,400 tahun sebelum tahun 2000 iaitu bersamaan tahun 600 Masihi gitu, Dan h2 adalah 7 iaitu 1 hari zaman itu bersamaan 7 hari sekarang (lebih tepat, 7 kali panjang berbanding hari pada tahun 2000).

Anggapan ketiga - pada tahun t3, harinya bersamaan h3. Tak perlulah dipanjangkan lagi penerangan. Masukkan 3 anggapan yang boleh diletakkan ke dalam graf sebagai titik-titik (t1,h1), (t2,h2) dan (t3,h3) ini ke dalam persamaan asas y= a/(x+c)  + b dan kita akan dapat 3 persamaan berikut :-


h1 = a/(t1+c)  +  b

h2 = a/(t2+c)  + b

      h3 = a/(t3+c) + b      


Sekarang bolehlah dicari apa nilai a, b dan c dengan menyelesaikan persamaan atas. Untuk itu saya rasa lebih elok dibuat di atas kertas, Begini rupanya...





OK. Dalam menangani ilmu matematik saya sebetulnya menghadapi masalah mental block yang amat serius sejak 25 tahun lalu sehingga mengganggu dengan teruk pengajian ijazah saya dalam bidang itu di University College of London 1991-1995. Nasib baik alhamdulillah saya masih berjaya mendapatkan ijazah kepujian Bsc Honours daripada universiti yang merupakan salah satu yang terkemuka dan terbaik di dunia. Namun ia tidak cukup baik untuk saya meneruskan niat asal menjadi seorang pakar matematik. Sebetulnya jiwa saya sudah banyak berubah dalam tempoh itu apabila mula berminat dengan ilmu Tasawuf. Itu antara perkara besar yang menyebabkan saya hilang arah lalu cuba menjadi wartawan kemudian bertukar menjadi penulis yang meminati sejarah, satu perkara yang sudah diceritakan atau lebih tepat, diluahkan panjang lebar dalam siri trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" yang terbit 2006-2007.

Apabila mengingati hal saya ketika sangat meminati ilmu matematik, kadangkala boleh bergenang air mata. Apabila mencuba membuat kira-kira yang tak pun berapa kompleks saya sering terasa kepala begitu berat, dan disebabkan itu saya juga boleh menangis kesedihan. Daripada satu segi saya telah ditarik satu anugerah yang amat besar kerana pernah lupa diri atas kelebihan yang dimiliki. Daripada satu segi pula ini berlaku kerana Allah SWT masih sayangkan saya. Dia menarik kelebihan untuk mencegah saya daripada menjadi lebih teruk lupa diri kerana ketika itu saya hampir menjadi seorang atheist, tidak percayakan Tuhan lantaran merasakan diri begitu pandai lalu segala-galanya mahu diukur dengan akal logik semata.

Apapun, ada masa-masanya di mana saya merasa amat perlu menggunakan kepandaian matematik yang telah hilang itu, antaranya ketika cuba menyelesaikan persamaan matematik di atas. Melawan mental block yang kembali menerpa saya pun teringat dalam keadaan mana ia mula muncul 25 tahun lalu. Iaitu saya mula membuat kesilapan, t1 kadangkala tertulis t2 dan sebagainya, apa yang patut ditolak jadi dicampur dan sebagainya. Lalu saya harus meneliti dan mencari kembali kesalahan, dalam penelitian kembali pula boleh tertulis atau terbuat kesalahan baru. Ini yang meyebabkan saya hilang keyakinan diri dalam ilmu matematik. Namun tadi saya cuba sebaik mungkin setelah meneliti kembali segalanya setakat yang mampu (ya, saya buat beberapa kesalahan) lagi. Oleh itu kalau sesiapa ternampak kesilapan yang nyata harap tunjukkkan di mana dan tolong perbetulkan. Buat masa ini saya harus meneruskan dengan hasil yang diperolehi, ditakuti jika saya meneliti lagi dan lagi terus hilang keyakinan untuk meneruskan penulisan ini.


Maka dapatlah formula untuk mencari nilai constant c menurut graf y=a/(x+c) + melalui 3 anggapan yang membentuk titik-titik (t1,h1), (t2,h2) dan (t3,h3). Formula nilai c ini boleh digunakan untuk membentuk formula nilai a seterusnya b seperti kelihatan dalam gambar. Formula-formula ini elok dimasukkan ke dalam Microsoft Excel untuk memudahkan pengiraan. Dengan cara ini kita boleh memasukkan apa-apa nilai (t1,h1), (t2,h2) dan (t3,h3) yang sesuai lalu terus mendapat keputusan apa itu a, b dan c sehingga dapat membentuk persamaan yang setimpal.



Nah, inilah yang saya dapat apabila menggunakan nilai (t1,h1), (t2,h2) dan (t3,h3)  serupa pada perkiraan lama yang dibuat satu setengah tahun lalu. Alhamdulillah dapat nilai a, b dan c serupa seperti pada waktu itu juga, cuma ada sedikit rounding atau pembulatan nombor menyebabkan 10,0001.540178 menjadi 10,0001.54018 dan -44.43517 menjadi -44.4352. Bandingkan dengan apa yang tertera dalam artikel Kira-kira masa sebenar berdasarkan maklumat orang 'lama'. Tetapi ini sudah cukup teliti dan tepat untuk membuat kiraan-kiraan baru berdasarkan nilai (t1,h1), (t2,h2) dan (t3,h3) yang berlainan. Apa pun persamaan di atas setakat memberikan jawaban berapakah panjangnya hari pada suatu tahun berbanding hari (h1) pada tahun piawaan (t1). Untuk mendapatkan berapa lamakah masa sebenar setelah berlalu suatu tahun membawa ke tahun piawaian yang dikira mewakili zaman sekarang kita harus menggunakan sedikit ilmu calculus untuk membuat integration atau pengkamilan pada fungsi atau persamaan y = a / (x + c ) + b lalu membentuk fungsi baru :-


          f(x) = a ln (x + c) + bx  + d  


Untuk pengetahuan ln adalah natural logarithm dan d pula adalah constant baru yang terbentuk akibat proses pengkamilan. Untuk mendapatkan jawaban berapa lamakah masa sebenar sudah berlalu sejak suatu tarikh atau tahun itu berlaku fungsi di atas harus dimasukkan nilai tahun piawai kemudian ditolak dengan fungsi yang dimasukkan tarikh/tahun pilihan lalu menjadi begini :-



      Masa/jumlah tahun berlalu = f(t1) - f(tc) .... 



(tc adalah tahun pilihan, secara automatik constant d hilang daripada perkiraan kerana menjadi kosong akibat penolakan ini)







Di atas adalah perkiraan dalam Microsoft Excel menggunakan formula yang telah ditambah untuk mendapatkan jawaban bagi dua persoalan penting - berapa panjangkah masa pada satu tahun pilihan berbanding masa sekarang dan berapa tahunkah yang sebenarnya sudah berlalu kalau dibandingkan/dikira menurut masa sekarang sebagai piawai. Keputusan yang diperolehi adalah serupa apa yang telah dikira dalam artikel Kira-kira masa sebenar berdasarkan maklumat orang 'lama'. Saya kira ini sudah cukup untuk menunjukkan bahawa formula yang dihasilkan dalam/ketika menulis artikel ini (ya, saya menulis sambil membuat kira-kira lalu mendapatkan formula)  adalah cukup konsisten untuk menangani kemasukan maklumat baru.

Sudah disebut lebih awal bahawa 3 anggapan diperlukan untuk mendapatkan jawaban yang berguna. Sedangkan jawaban atas diperolehi dengan mengambil anggapan bahawa pada detik Nabi Adam diturunkan ke muka bumi, fakta bahawa 1 hari di akhirat bersamaan 1,000 tahun di muka bumi adalah terpakai. Ini dibuat kerana kekurangan maklumat sokongan.  Apapun 2 anggapan selain itu iaitu pada tahun 2,000 Masihi panjang harinya boleh dikira piawai 1 hari sedangkan pada zaman Nabi Muhammad yang saya letak sebagai 600 Masihi (baginda hidup 570-632 Masihi), sehari ketika itu bersamaan 7 hari zaman ini boleh dikira cukup bagus. Sekarang saya mahu mencuba bagaimana pula hasil kalau dimasukkan anggapan baru.



MENGGUNAKAN ZAMAN NABI NUH SEBAGAI RUJUKAN


Adapun ketika berada di Temerloh baru-baru ini (rujuk artikel Misi HIKMAH Chenor - Menggamit rasa "Aliran Sungai Pahang") saya diberitahu bahawa dada Nabi Nuh lebarnya 12 depa. Melihat pada tubuh badan sendiri saya mendapati sedepa itu kurang sikit 4 hasta. Kalau tepat 4 hasta ini bermakna tubuh badan Nabi Nuh adalah 48 kali ganda (12 x 4) lebih besar daripada kita. Orang yang memberitahu hal 12 depa ini menganjurkan saya agar menggunakan nisbah ini untuk dibanding dengan hari ini. Maknanya, sehari pada zaman Nabi Nuh bersamaan 48 hari sekarang. Cuma saya tak pasti di manakah harus diletakkan zaman Nabi Nuh lalu harus membuat satu telahan. Katakanlah kita berpegang pada kira-kira bahawa Nabi Adam turun ke bumi 10,000 tahun Sebelum Masihi kemudian baginda hidup selama 1,000 tahun sebelum mewarisi kepimpinan umat manusia kepada anak yang dikenali sebagai Nabi Syith. Antara Nabi Syith ke Nabi Nuh ada beberapa keturunan termasuk Nabi Idris. Maka itu saya kira tidak salah menganggarkan Nabi Nuh hidup 2,000 tahun selepas itu iaitu pada 8,000 tahun SM.

Apabila dimasukkan anggapan-anggapan ini saya dapati Nabi Nuh sebenarnya boleh dikira hidup 236.658.8821 tahun lalu. Nabi Adam pula boleh dikira turun ke muka bumi 343,274.8757 tahun lalu berbanding masa sekarang dan sehari ketika itu adalah 58.697 lebih panjang berbanding sekarang.



MENGGUNAKAN UMUR NABI ADAM BERBANDING UMUR NABI MUHAMMAD SEBAGAI NISBAH


Saya juga dicadangkan agar menggunakan tempoh umur Nabi Adam hidup iaitu 1,000 tahun berbanding umur Nabi Muhammad SAW yang hidup sehingga 63 tahun sebagai nisbah. Ini boleh dibuat dengan membahagikan 1,000 dengan 63, dapat 15.873. Tapi itu berbanding Nabi Muhammad yang mana pada zaman baginda telah dikira sehari ketika itu bersamaan 7 hari kini. Maka itu berbanding kini, sehari pada zaman Nabi Adam bersamaan 111.111 hari. Dalam perkiraan seterusnya biar Nabi Adam tetap dianggap turun ke muka bumi 10,000 tahun Sebelum Masihi. Masukkan ini ke dalam template formula pada Microsoft Exel lalu saya dapati Nabi Adam hidup 494,118 tahun lalu, Nabi Nuh pula hidup 308,750 tahun yang lampau...



MENGGUNAKAN MAKLUMAT SAINTIFIK TENTANG KEWUJUDAN MANUSIA SEPERTI SEKARANG


Sekarang kita cuba pula menggunakan maklumat saintifik untuk membentuk perkiraan. Walaupun kajian saintis berdasarkan peninggalan tulang dan fosil menunjukkan sudah ada makhluk-makhluk berbentuk manusia seawal 2 juta lalu, mereka-mereka ini ternyata berbeza bentuk, perawakan badan, kapasiti otak malah DNA dengan manusia sekarang. Manusia seperti yang kita lihat hari, makhluk yang diberi terma saintifik Homo Sapiens dipercayai mula wujud 200,000 tahun lalu. Apakah ketika itu Nabi Adam AS sebenarnya turun ke bumi? Sebelum itu adalah makhluk-makluk serupa manusia yang disebut dalam pengajian kitab sebagai Adam sebelum Adam? Mari kita cuba kira dan lihat...

Untuk mendapatkan jawaban melalui perkiraan matematik yang tepat adalah agak susah kerana kita harus dapat menyelesaikan persamaan berbentuk begini :-



 f(t1) - f(tc) = 200,000  di mana    f(x) = a ln (x + c) + bx   dan a, b, c ditentukan beberapa  nilai awal



(tc adalah tahun pilihan, t1 tahun piawai seperti disebut pada awal artikel ini)



Katakan kita terus berpegang pada anggapan awal tahun 2000 Masihi adalah piawai dan pada zaman Nabi Muhammad SAW 600 M sehari waktu itu bersamaan 7 hari pada tahun 2000. Namun a, b, dan c tetap cuma dapat ditentukan berdasarkan anggapan ketiga bahawa pada satu tahun yang lebih lampau, harinya adalah sepanjang sekian-sekian berbanding waktu kini. Tak mengapa, kita boleh memperkecilkan skop dengan terus menganggap bahawa Nabi Adam turun ke bumi 10,000 tahun sebelum Masihi, satu anggapan yang sebenarnya dibuat dengan cara stretching atau memanjangkan tempoh zaman kewujudan baginda berdasarkan maklumat daripada kitab. Cuma berapakah panjang satu hari ketika baginda turun berbanding waktu sekarang yang perlu dicari. Tapi kita boleh masukkan nilai demi nilai secara trial dan error

Saya pun mencuba dengan meletakkan 50 hari dalam kiraan. Terus keluar perkataan #NUM menunjukkan formula tidak boleh menangani perkiraan. Saya tukar jadi 60 hari lalu mendapat keputusan Nabi Adam turun ke muka bumi 347,824.6153 tahun dahulu sedangkan saya mahu mendapat keputusan sekitar 200,000. Tengok-tengok paling rendah boleh turun ke 53 hari lalu mendapat keputusan 322,699.9898 tahun. Saya mengambil ini sebagai tanda bahawa tahun turunnya Adam harus dikurangkan lagi.

Mungkin saya sendiri sudah tersilap menganggarkan Nabi Adam turun 10,000 tahun Sebelum Masihi. Mungkin yang lebih tepat berdasarkan kitab adalah baginda turun 10,000 tahun lalu dan ini bersamaan 8,000 SM. Menggunakan ini saya dapati paling kurang saya boleh mengatakan panjangnya sehari ketika itu adalah bersamaan 44 hari kini... dapatlah keputusan ini berlaku 224,722.7593 tahun lalu. Rendah daripada itu terus dapat  tanda error #NUM.  Apapun ini sudah nampak cukup cantik dah, cukup hampir dengan penemuan saintifik yang menyatakan manusia moden mula wujud 200,000 tahun lalu. Tapi biar dicuba kemungkinan lain dengan mengambil kira nisbah-nisbah yang telah diperkatakan lebih awal.



MENGGABUNGKAN PENEMUAN SAINTIFIK DENGAN NISBAH BERDASARKAN PETUNJUK LAIN


Dengan menetapkan dahulu Nabi Adam turun ke muka bumi 8,000 SM kita masukkan satu hari ketika itu bersamaan 111.111 hari kini berdasarkan nisbah baginda hidup selama 1,000 tahun berbanding Nabi Muhammd SAW 63 tahun. Keputusan yang saya dapat adalah ini harus berlaku 376,583 lalu sedangkan kita mahu mendapatkan keputusan sekitar 200,000 tahun lalu. Kali ini kita tukar atau adjust tahun turunnya Adam. Nisbah 111.111 hari kita terus gunakan...

Setelah meletakkan Nabi Adam turun atau hidup 6000 SM saya dapati ini harus berlaku 267,337.1004 tahun lalu menurut masa kini. Adjust lagi, turunkan jadi 5,000 dapat 216,441.2879. Dah dekat dah ni. Terus letak 4000 SM, dah terlajak rendah dapat 168,479.3016. Cuba pula tengah-tengah iaitu 5,000 SM, Dapat 216,441.2897. Letak 4,500 SM dapat 192,067.9739 tahun. Saya kira ini anggaran terbaik setakat ini.

Maka apakah Nabi Adam diturunkan ke muka bumi 4,500 SM iaitu 6,500 tahun lalu? Ini agak selari dengan beberapa pendapat berdasarkan kitab. Disertai anggapan bahawa sehari ketika itu bersamaan 111.111 hari kini, sehari pada zaman Nabi Muhammad SAW bersamaan 7 hari kini, maka Nabi Adam telah turun sekitar 192,000 tahun lalu, selari pula dengan kewujudan manusia moden menurut kajian saintifik.

Berdasarkan keputusan ini, Nabi Nuh yang harus wujud sekitar 2,000 tahun selepas Adam turun boleh dikatakan hidup sekitar 2,500 SM bersamaan 63,434 tahun yang lampau jika dibandingkan masa kini. Kalau begitu banjir Nabi Nuh harus berlaku sekitar zaman itu juga. Kalau diadjust lagi sedikit nampaknya boleh dipadankan dengan letusan super-volcano di Sumatera yang membentuk Danau Toba, dikatakan berlaku sekitar 70,000 - 75,000 tahun lalu. Ini juga nampaknya selari dengan teori saintifik out of Africa yang menyatakan manusia moden iaitu Homo Sapiens yang mula berkembang biak di Afrika sekitar 200,000 lalu mula keluar menjelajah bahagian lain dunia termasuk ke Asia Tenggara yang ketika itu masih merupakan satu daratan besar yang dikenali sebagai Sundaland. Malah ia juga selari dengan kajian DNA yang dilakukan pengkaji seperti Prof Dr Stephen Oppenheimer daripada Oxford University (lihat Ke Pulau Pinang untuk mendengar pembentangan Oppenheimer) dan Prof Madya Dr Zafarina Zainuddin daripada Universiti Sains Malaysia (lihat Forum "Melayu Bukan Pendatang" di UKM).

Memandangkan Nabi Nuh dikatakan hidup selama 950 tahun tidak susah untuk membuat adjustment atau penyelasaran yang meliputi fakta-fakta saintifik tesebut. Jika kita ambil pertengahan umur Nabi Nuh iaitu 475 tahun adalah pada 2,500 SM menurut kitab maka baginda harus lahir pada tahun 2975 SM dan wafat 2025 SM. Ditukar kepada waktu menurut zaman sekarang, ini bersamaan 82,827.70578 hingga 49,451.0555 tahun lalu. Dalam tempoh yang bersamaan lebih 30,000 tahun itu tentu banyak perkara telah berlaku, daripada seruan Tauhid yang diengkari kaum baginda membawa ke banjir besar diikuti zaman menghidupkan kembali bumi dengan zuriat mereka yang terselamat setelah banjir surut. Ketika itu satu hari adalah sepanjang 45.75891 hingga 29.02552562 kali lebih panjang berbanding hari-hari kini.

Bandingkan dengan kiraan yang dibuat atas tajuk "MENGGUNAKAN ZAMAN NABI NUH SEBAGAI RUJUKAN". Walaupun waktu Nabi Nuh hidup nampaknya diletakkan salah iaitu 8000 SM, kiraan nisbah berdasarkan dada baginda selebar 12 depa lalu disamakan dengan 48 hasta yang mana dada orang zaman sekarang cuma selebar 4 hasta sahaja masih bertepatan dengan penemuan pada perenggan atas. Kan sebenarnya disebut dalam tajuk itu bahawa 1 depa itu sebenarnya kurang sedikit daripada 4 hasta. Cuma saya sengaja mengambil tepat 4 hasta untuk memudahkan kira.  Cuba bahagiakan 45.75891 dengan 12, dapatlah 3.8132425. Kan masih cocok dengan perkara?



MELETAKKAN KEMBALI KEDUDUKAN 3 BANJIR BESAR YANG DIKATAKAN MERUBAH DARATAN BESAR SUNDA MENJADI ASIA TENGGARA SEKARANG


Rasanya ramai juga tahu tentang buku tulisan Oppenheimer bertajuk "Eden of the East" (terbit 1998) yang menyebut tentang berlakunya banjir besar dalam 3 peringkat lalu merubah daratan besar yang kenali sebagai Sundaland menjadi muka bumi banyak pulau Asia Tenggara yang kita lihat sekarang. Ini dikatakan berlaku 14,500 tahun lalu kemudian 11,500 tahun lalu seterusnya 8,400 dan 7,250 tahun lalu (dilonggok sekali sebagai satu peristiwa banjir kerana cukup rapat). Rujuk Ke Pulau Pinang untuk mendengar pembentangan Oppenheimer). Buku sealiran tulisan arwah Profesor Arysio Santos dari Brazil bertajuk "Atlantis : The Lost Continent Finally Found" (terbit 2005) pula memasukkan sekali letupan super-volcano Danau Toba sekitar 75,000 tahun yang lampau sebagai faktor lebih awal mengubah keadaan (kalau tak salah ingatan le, saya dah hilang bukunya begitu juga "Eden of the East"). Seperti ditunjukkan pada bahagian akhir tajuk "MENGGABUNGKAN PENEMUAN SAINTIFIK DENGAN NISBAH BERDASARKAN PETUNJUK LAIN", banjir Nabi Nuh nampaknya lebih cocok dengan letupan Danau Toba.

Lalu bagaimana pula 3 peringkat banjir yang disebut Oppenheimer? Di manakah letaknya dalam kitab-kitab purba termasuk Al-Quran itu sendiri? Adapun cerita tentang 3 siri banjir ini pertama kali saya ambil  tahu selepas mendengar pembentangan pengkaji tempatan Puan Zaharah Sulaiman Simposium Serantau Asal Usul Melayu - Dari asal membawa ke usul Oktober 2013. Saya pun bertanya manakah banjir yang cocok dengan cerita Nabi Nuh. Beliau menyebut yang terakhir iaitu pada 8,000 tahun lalu. Itulah permulaan saya beranggapan ia banjir  Nabi Nuh lalu diulangi pada orang lain termasuk dalam pembentangan-pembentangan yang dibuat sendiri kepada umum. Setelah beberapa lama, iaitu pada hari ini, setelah dapat memperbaiki kira-kira yang pernah dibuat setahun setengah lalu baru saya bertukar keyakinan bahawa banjir Nabi Nuh berlaku hampir 70,000 tahun lebih awal!

Tentang 3 banjir yang disebut Oppenheimer itu biar digunakan kira-kira yang telah diletakkan dalam Microsoft Excel untuk mendapatkan tarikh atau tahun yang boleh dipadankan dengan cerita-cerita kitab. Beginilah yang saya dapat :-



1. Banjir pertama sekitar 350 SM menurut kitab bersamaan 14,561.25745 tahun menurut masa sekarang. Ketika itu sehari adalah sepanjang 12.7 kali ganda hari sekarang.


2. Banjir kedua sekitar 100 SM menurut kitab bersamaan 11,598.21066  tahun menurut masa sekarang. Ketika itu sehari adalah sepanjang 11 kali ganda hari sekarang.


3 Banjir ketiga sekitar 250 Masihi menurut kitab bersamaan 8,116.733195  tahun menurut masa sekarang. Ketika itu sehari adalah sepanjang 9 kali ganda hari sekarang.



Terbetik dalam fikiran, nampaknya dakwaan satu pihak bahawa banjir yang membentuk muka bumi Asia Tenggara sekarang disebabkan oleh runtuhan Empangan Yathrib milik empayar Saba'. Sekarang terpulanglah kalau pembaca hendak mengkaji lebih lanjut tentang hal ini. Mungkin elok tahun-tahun yang tertera sebagai menurut kitab itu dipadankan dengan salasilah dan tempoh wujud para Rasul terutama 25 yang wajib diketahui umat Islam. Saya akhir artikel ini dengan menyatakan sukacita sekurang-kurangnya untuk peringatan diri saya yang ada gila-gila nombor bahawa ini adalah artikel ke 1,315 di blogspot ini. Alhamdulillah... :]


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Teori yg agak logik juga. Mungkin penulis boleh merujuk buku 'Penduduk Bumi Sebelum Kita' karangan Muhammad Isa Dawud untuk melihat perkaitan teori tersebut.

Roma berkata...

Assalam bro harun yahya says time is infinity perhaps theres another way how we measure time....in his book our existance is merely an illusion
To The Allmighty time is like a hamparan of event that we can view it through a higher level of thinking or what they says as d 3rd eyes

Regards
Roma am an avid follower of your blog and theres something...