Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Saturday, July 05, 2008

Sambungan perjalanan ke Negeri Sembilan... Masuk melalui Sepang lalu ke Lukud.

OK... Bersambung dari video klip yang dipaparkan dalam artikel Sambungan perjalanan ke Negeri Sembilan... Kita buka cerita seiring dengan munculnya bulan Rejab ya! Terus-terang cakap saya agak berdukacita dengan kualiti klip-klip video yang dipaparkan kali ini. Adapun rakaman video yang diambil sepanjang perjalanan sambungan ke Negeri Sembilan ini memang cantik, tidak dapat dinafikan mutunya... Cuma ada sedikit masalah pengambilan bunyi dan suara yang kurang konsisten juga sedikit masalah contrast gambar yang berlaku di beberapa tempat, mungkin kerana sahabat baik saya Zaidi @ PerpatihTulus yang bertindak sebagai cameraman belum begitu arif dengan perakam video baru yang digunakan?

Apabila melihat hasil yang dapat dimuat turun masuk ke Internet melalui YouTube, hampir saya terasa berputus-asa meneruskan penceritaan melalui video... Kelihatan ada bahagian gambar yang berkotak-kotak dan beberapa gangguan lain! Apa boleh buat, itulah yang nampaknya terhasil setelah saiz file video dan formatnya diubah jadi lebih kecil supaya lebih mudah masuk ke dalam Internet. Sedangkan saiz asal video yang cantik adalah 400MB untuk rakaman 2 minit! Gila ke sedangkan nak upload kurang 100MB ke Internet pun memakan masa lebih setengah jam itupun jika tidak ada apa-apa gangguan yang membatalkan proses uploading langsung ditengah jalan lalu harus diulangi kembali...

Hmm... Saya tidak boleh menyalahkan Zaidi yang harus membuat segala proses penukaran format sebelum membuat upload ke Internet.... Segalanya harus dilakukannya kerana video asal direkod dalam kaset khas, bukannya VCD seperti pada perakam video dahulu... Lalu untuk dimasukkan ke dalam komputer, perakam video itu harus disambung pada komputer kemudian isinya dikeluarkan dan ditukar format melalui software tertentu yang ternyata tidak boleh digunakan atas komputer baru saya yang menggunakan Windows Vista.

Apapun, jika software itu boleh dipakai dalam komputer saya sekalipun, kerja memuat turun isi video tetap menyusahkan kerana perakam video milik Zaidi itu perlu hadir bersama saya sedangkan saya harus membuat kerja dari tempat lain, bukan di rumahnya. Lainlah jika menggunakan perakam video lama di mana segala file dari VCD boleh disalin terus ke komputer saya kemudian sukahatilah saya nak buat bagaimana! Maka itu nak tak nak semua kerja memuat turun video diikuti upload ke Internet harus dibuat Zaidi seorang diri sedangkan dia juga sibuk dengan kerja hariannya sendiri selain harus memerhatikan anak kecil dan isteri yang sedang sarat mengandung.

Ah... Sudah saya luahkan rasa ini... Mungkin ianya suatu iktibar. Mungkin untuk perjalanan ke Perak nanti (jika jadi dan tiada apa-apa halangan) lebih baik Zaidi menggunakan perakam video lama yang sudah dikenali ciri-cirinya? Sekurang-kurangnya rakaman 15 minit di situ bersamaan sekitar 100MB... Sedangkan fail-failnya yang telah dikecilkan lalu telah di upload telah kita lihat sendiri hasilnya boleh tahan dalam siri awal pengembaraan ke Negeri Sembilan yang dibuat lebih sebulan lalu.

OK... Terimalah 2 klip video di bawah ini seadanya ya... Minta maaf jika paparan dan kualitinya tidak seperti yang diharapkan. Selamat! :]




12 comments:

Anonymous said...

Salam bros berdua,

Ni untuk Zaidi.

Problem yang disebut tu mungkin ada penyelesaian nya kat link ni. Cuba pegi ke link dibawah untuk guides dan issues solving untuk download ke Youtube;

http://forum.videohelp.com/topic333660.html

download Riva FLV encoder untuk Youtube downloader (MPEG to FLV format) kat sini...free aja... Kalau tak boleh gak, cuba search kat videohelp tu.

http://www.videohelp.com/tools/Riva_FLV_Encoder


Good Luck guys.... :)

Merbawi

Anonymous said...

usaha lagi..
steady la bros MS & perpatih tulus.
projek baik punya

hazrat

PerpatihTulus said...

terima kasih- terima kasih.. merbawi dan hazrat.

saya takboleh baca lah komen posting sebelum ni.. tak tahu apa tulis dalam tu..

saya ada download flv converter sbelum ni tapi tak leh install pulak.. nanti nak cuba merbawi punya link tu.

buat video ni memang seronok.. menonton lagi seronok. bab nak proses tu.. makin banyak yang kita tahu.. rupa-rupanya makin banyak yang kita tak tahu.. hehehe. saya pun dah ketinggalan zaman..

mudah-mudahan dalam kesusahan ada kesenangan dalam masalah ada penyelesaian..

apa-apa pun kita kena postitflah..

ni nak kena cepat buat kerja ni.. kalau tak semua video jadi basi. dah tak sedap.. oklah saya cuba yang terbaik.

wassalam.

PerpatihTulus said...

assalamualaikum.
bawah ni ada link 7 klip, setiap satu adalah seminit lebih kurang. kualitinya dah di convert huna flv format yang merbawi suggest tu. dan kemudian sampai ke youtube kalau tak silap, dia format sekali lagi. dan hasilnya itulah..

takdelah bagus sangat dan takdelah teruk sangat kot. pepagi buta ni nadal ngan federer kat wibledon tu tengah fight tennis. internet pun ok sikit. untuk upload.

wassalam.

http://www.youtube.com/watch?v=--ilw6k8_0w


http://www.youtube.com/watch?v=Gln6kNNHcrE


http://www.youtube.com/watch?v=It-QKbfNU1s


http://www.youtube.com/watch?v=HisXEYxYqM0


http://www.youtube.com/watch?v=b3jHOQ9yZjs


http://www.youtube.com/watch?v=3z36F2D2HzQ

http://www.youtube.com/watch?v=X7JqtUHIvjo

PerpatihTulus said...

tambah lagi dua klip.

http://www.youtube.com/watch?v=-n7GuxY_b1M

http://www.youtube.com/watch?v=43EVQijv3IQ

heheh.. tak tidor malam. waa cakap luu.

PerpatihTulus said...

malam nanti, tengoklah keadaan, kalau sempat. nak convert kan format lain lah.. flv dgn wmv.. macam tak best aje.

Anonymous said...

Salam,

Adoiii....streamyx terok betoi...dah seminggu ..kalau tak silap start daripada masa bursa saham closed, itu hari. Tak bole nak buka U-tube dgn bloggers langsung.ishhhh....

Tak dapat nak tengok result pakai FLV tu ler Zaidi. Tapi rasanya, better daripada yg sebelum ni tak?

Merbawi ..:)

Anonymous said...

Salam,

Zaidi...Pernah try atau convert dari AVI ke format MPEG4, aku ingat ni specs U-tube baru punya la...Cuba ikut tips bawah;


"Use 4:3 ratio and preferably MPEG format. YouTube resizes your videos to 320x240 pixels, encodes them to Flash 7 at a data rate of approximately 250 kbps and compresses audio to mp3 (22.050 KHz, mono). It's very important that you keep an aspect ratio of 4:3, otherwise the quality of your video will be degraded. Flash 7 codec performs best when the frame width and height use multiples of 16. This is optimal for video playback."

YouTube (newest) recommended settings are:

MPEG4 (DivX, Xvid, SVQ3) format
640x480 resolution
64k Mono MP3 audio
30 frames per second

Pastu upload ke U-tube.Insyallah..jadi punya.

Merbawi..:)

Anonymous said...

Salam,

Zaidi...Pernah try atau convert dari AVI ke format MPEG4, aku ingat ni specs U-tube baru punya la...Cuba ikut tips bawah;


"Use 4:3 ratio and preferably MPEG format. YouTube resizes your videos to 320x240 pixels, encodes them to Flash 7 at a data rate of approximately 250 kbps and compresses audio to mp3 (22.050 KHz, mono). It's very important that you keep an aspect ratio of 4:3, otherwise the quality of your video will be degraded. Flash 7 codec performs best when the frame width and height use multiples of 16. This is optimal for video playback."

YouTube (newest) recommended settings are:

MPEG4 (DivX, Xvid, SVQ3) format
640x480 resolution
64k Mono MP3 audio
30 frames per second

Pastu upload ke U-tube.Insyallah..jadi punya.

Merbawi..:)

Anonymous said...

It is rather valuable phrase

Anonymous said...

Quite good topic

Anonymous said...

The ideal answer