Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Tuesday, April 08, 2008

Menyertai persidangan para wali di Terengganu? Hehe! :]

Lihat ini... Sebuah kunci bilik dengan kad tertera nama Hotel Wali... Siap ada tulisan VIP lagi!


Kenapa, tak percaya ke?

Bukan tidak ada bilik-bilik lain, bilik-bilik yang bernombor tetapi saya pula boleh dapat bilik VIP! Hah? Bilik VIP... Camana pulak saya boleh dapat? Apa ceritanya ini? Hehe! :]


Sebenarnya bilik "VIP" ini merupakan sebuah bilik yang sangat ringkas... Tetapi cukuplah untuk seorang pengembara budget lagi sengkek seperti saya... Lagipun itulah satu-satunya bilik yang tinggal ketika itu. Semua bilik lain di hotel ini telah disewa orang...


Tengok, punyalah simple... Perhatikan betul-betul... Maaf kerana kamera digital saya tidak dapat menangkap gambar begitu jelas apabila kekurangan cahaya...

Apa yang ingin dipaparkan di sini adalah betapa "exclusive"nya bilik VIP ini... Sungguh exclusive sehingga terdapat jamban di sebelah kepala katil!


Apapun, inilah kali pertama saya menginap di sebuah hotel dengan nama Hotel Wali... Hotel Wali wooo!!! Jangan main-main... Dalam hari pertama masuk ke negeri Terengganu, dalam perjalanan terbaru saya ke Pantai Timur yang telah dimulakan 3 minggu... Inilah hotel yang ditemui dan berjaya menggerakkan hati setelah meninggalkan Kuantan, Pahang lalu sampai di bandar Chukai, Kemaman.

Dah le duduk kat Hotel Wali, dapat pula bilik VIP! Apakah ada erti tersurat dan tersirat untuk pengembaraan terbaru saya ini? Bukankah saya selalu mengembara untuk menziarahi makam-makam para wali selain makam raja-raja? Dan memang di Terengganu ini terdapat begitu banyak makam para ulamak juga raja yang bertaraf wali!

Sebuah cerita bergambar tentang Kemaman telah dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH tadi... Tajuknya ialah A look around Kemaman, Terengganu... . Sebuah cerita bergambar tentang masjid batu yang agak cantik di sana pula telah dbuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dengan tajuk Masjid utama (main mosque of) Kemaman, Terengganu... .

Sekian cerita ini sebagai pembuka cerita-cerita pengembaraan di Terengganu dan hal-hal berkaitan yang akan dibuat nanti. Selamats! :]

10 comments:

PerpatihTulus said...

jamban sebelah kepala katil.. hahahah, yang best tu..

hotel Wali, dapat bilik VIP lagi.. perghh tak ingat..

10 said...

muahahaha... hekhek...
walawei... Hotel Wali tu... ;D

Kan ker ari tu ada yg 'sampai' kat pusat Kraftangan M'sia. Temanya: Kraf Ke Persada Dunia...

eheh...

Malim AH

Radzi Sapiee said...

Hehe! Jamban sebelah kepala katil tu agaknya kiasan... Ertinya kepala aku ni kepala taik agaknya, hehe! :]

11 la said...

Hehehe! betul la radzi...

PerpatihTulus said...

jangan lah sebut tak elok, nanti jadi doa, perangai gila-gila takpe.. kira sempoi lah..

PerpatihTulus said...

tapi yelah.. banyak orang-orang yang zuhud sentiasa memandang diri sendiri hina dina, di sisi Allah..

Allah Hu Akbar..

10 said...

Baguih toilet cenggitu. Emerjenci, lompat katil jer... Lega... hehehe...

Abaikan bau2annya ketika tidur ye... atau... cuci bersih2 and then letak pewangi yg sewajarnya... eheh...

Mahadher

nagagua said...

assalamualaikum terima kasih kerana sudi menjelajah ke kuala lipis walaupun itu cuma satu persinggahan yang sementara .teruskan tekad dan usaha saudara mencari sesuatu yang asal kerana dalam hidup ini jati diri lah yang mengawal dan membentuk perlakuan kita...selamat berkelana

PUTERI NAFISAH said...

Ye, terimakasih MS, sebab melawat makam raja AHMAD. Ana menunggu gambar yg MS ambil kat makam tu..Jangan lupa janji tau...

Radzi Sapiee said...

Hmm... Saya memang suka Kuala Lipis kerana ia bandar cute! Gambar makam Raja Ahmad tu akan keluar nanti, Insyaallah menurut giliran cerita le... Cerita-cerita Terengganu pun tak habis lagi, belum nak masuk Kelantan... Nanti le ek... :]