Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Julai 13, 2009

Artikel ke 535 di sini, jalan di Putrajaya dan kaitan kerajaan lama dengan kerajaan akhir zaman?

Siang tadi ketika tergerak untuk membuat artikel-artikel baru di blogspots saya tapi keluar sementara dari rentak bercerita tentang Aceh yang dimulakan lebih sebulan lalu, saya terlihat jumlah artikel yang tertera di dashboard akaun blogspot. Ternyata saya cuma perlu meletakkan 2 artikel baru sahaja bagi setiap blogspots saya untuk ketiga-tiga blogspots mendapat jumlah artikel yang nombornya simmetrikal.

Artikel ke 252 bertajuk Masjid India (the Indian mosque), Kuala Lumpur... sudahpun dibuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) , diikuti artikel ke 343 bertajuk The Chamang waterfalls in Bentong, Pahang di BERPETUALANG KE ACEH . Sekarang sampai masanya untuk artikel ke 535 di sini, kiranya sambungan dari artikel Mencari gulai asam rong di Raub, nombor 66666 dan majlis Ijtimak di Sepang... yang baru sahaja disiapkan tadi.

Dari majlis Ijtimak di kawasan kuarters KLIA kami tergerak untuk ke Putrajaya. Terus tergerak untuk ke Presint 4 di mana terdapat kawasan bukit ini...


Untuk makluman, di TV3 pernah terkeluar cerita di ruangan berita mengatakan, menurut sesetengah paranormal kawasan ini pernah menjadi pusat sebuah kerajaan lama. Lihat artikel-artikel lama ini, In Putrajaya, to look for the seat of an ancient kingdom dan Tapak kerajaan lama di Putrajaya? (Site of an old kingdom in Putrajaya?)



Saya tak tahu kerajaan siapakah itu. Cuma terbetik dalam hati ia ada kena-mengena dengan Raja Johan Shah atau Shah Johan. Siapakah beliau ini? Saya pun tak tahu. Yang saya tahu, cerita Melayu lama ada menyebut raja Gangganegara sebagai Raja Gangga Shah Johan gitu. Kemudian ada orang memberitahu saya bahawa di Sungai Siput, sebuah bukit yang memiliki puncak berbentuk agak ganjil berkait juga dengan seorang raja yang namanya ada perkataan Johan Shah atau Shah Johan. Lihat artikel lama Sungai Siput as base camp... Where a giant face looks out from on top a hill...

Hmm... adapun menurut ceritanya, kerajaan lama Aceh di Lamuri dibuka dan diIslamkan oleh Raja Johan Shah. Ada kena-mengena ke? Entah... sebab nama Johan Shah itu sendiri sebenarnya agak general ataupun umum kerana ia cuma nama gelaran raja yang berasal dari bahasa Parsi. Misalnya ada sejumlah raja-raja Aceh yang mana di belakang nama mereka diletakkan gelaran Johan Shah, atau nama mereka ditambah dengan perkataan Sultan Alaiddin Johan Shah, misalnya Sultan Alaiddin Ahmad Johan Shah.

Dari Presint 4 kami mengambil jalan besar menghala ke Putrajaya. Kelihatan tersergam gagah dalam perjalanan bangunan mahkamah di atas ini. Terfikir pula saya bahawa bentuk bangunan ini dibuat berdasarkan bentuk bangunan lama yang memang pernah wujud entah di mana dalam dunia Islam. Yang pasti, saya teringat sebuah mimpi lama di mana saya terbang naik ke langit lalu terbentang di hadapan saya sebuah kota tamadun gemilang Islam. Dan bangunan utama dalam mimpi itu yang kelihatan betul-betul di hadapan dan bawah saya hampir serupa dengan bangunan mahkamah ini!


Kemudian saya dan isteri terus ke Masjid Putrajaya...



Saya tertarik melihat dua orang Mat Saleh sedang diberi penerangan tentang sesuatu...




Rupa-rupanya mereka tertarik dengan penerangan yang diberikan mengenai faedah saintifik setiap posisi solat...


Seterusnya saya mula mengambil gambar masjid...



Tetapi sebaik sahaja masuk ke dalam, saya dilarang mengambil gambar oleh seorang atendan perempuan. Maka gambar ini saya ambil dari luar menggunakan zoom.



Selepas menunaikan solat, kami berjalan di kawasan tepian masjid...






Ternyata Putrajaya memang indah. Terbetik rasa bahawa ia dibina bukan sekadar untuk berbangga. Malah ia dibina untuk menyambut kedatangan pemimpin akhir zaman nanti serta berdirinya kembali Daulah Islamiyah besar sedunia. Hmm...





Dalam buku "Rumah Azan" tulisan saya terbitan syarikat Karnadya, saya sengaja meletakkan Masjid Putrajaya sebagai masjid penutup cerita. Lihat artikel lama Buku "Rumah Azan" dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC dan A collaboration of old collegemates - the book "Rumah Azan" . Tentang masjid ini saya ada menyebut...

Ada pula menyebut rekabentuk masjid berkubah tinggi dengan tepian kubah dikelilingi binaan batu seperti kelopak bunga menjulur keluar meniru bentuk masjid di Isfahan, sebuah bandar besar Iran yang telah berdiri sejak lebih 2,500 tahun lalu. Tempoh masa ini bertepatan zaman kehadiran pemerintah agung empayar Achaemenid atau Parsi lama yang dikenali sebagai Cyrus the Great, satu watak yang dipercayai sesetengah pihak sebagai penakluk beriman Iskandar Zulkarnain yang disebut di dalam Al-Quran. Hadis Nabi ada menyebut kebangkitan Islam akhir zaman akan bermula dari timur. Ada yang percaya timur yang dimaksudkan adalah di Malaysia. Dalam keadaan sekarang di mana umat Islam sering dipermainkan, mungkin Masjid Putra boleh memangkin semangat?


Sedutan tadi merupakan perenggan terakhir cerita tentang masjid-masjid dan sejarah berkaitan yang terdapat dalam buku "Rumah Azan". Tempat makan di tepian luar masjid pula memberikan rasa seolah-olah berada di Maghribi gitu. Ah! Main bantai aje saya sedangkan saya belum pernah pun sampai ke sana...




Perahu-perahu yang ada mula mengaitkan rasa saya dengan Terengganu. Teringat nama Sharif Muhammad Al-Baghdadi yang dikatakan menulis Batu Bersurat Terengganu. Hmm...




Kemudian kami kembali ke kereta yang diletakkan betul-betul di jalan masuk ke kompleks Seri Perdana...



Buat sekian lama, setelah beberapa kali pergi Putrajaya, baru timbul gerak untuk naik ke atas bukit berhadapan Masjid Putra dan Seri Perdana di mana terdapat sebuah tugu.





Saya tak ingat sudah beberapa kali ke sini, rasanya ada 2-3 kali juga. Dan rasanya juga kali terakhir adalah lebih 5 tahun lalu, mungkin 10 tahun! Yang pasti saya pernah dibawa ke sini, terus ke tugu besi yang boleh kelihatan di latar-belakang tengah gambar ini, sekitar tahun 1998 atau sebelumnya, dalam satu majlis yang diliputi sebagai wartawan di akhbar The New Straits Times.

Ketika itu seluruh Putrajaya masih terdiri dari bukit-bukau yang sedang dimajukan, tasik-tasiknya belum wujud, yang ada cuma tanah merah, sedikit bahagian bekas ladang kelapa sawit yang baru ditebang, juga rumah-rumah kongsi. Rasanya belum ada apa-apa binaan bangunan baru yang cukup menonjol.

Tetapi tugu besi yang ada di bukit ini telah disiapkan lebih dahulu. Dengan ini cukuplah gerak rasa saya untuk membuat artikel ke 535 di sini ini ya. Untuk makluman, nombor 535 juga sering mengingatkan kepada motosikal besar saya yang kapasiti enjinnya memang 535cc. Sebulan ini ia berada di dalam bengkel... walaupun kerja membaiki sedikit kerosakan yang menyebabkannya ia berada di bengkel sudah siap sekurang-kurangnya 2-3 minggu lalu, saya masih belum mengambilnya kerana sibuk dengan hal lain... minggu lepas baru saya ada memberitahu mekanik dan tuan punya kedai mahu mengambilnya Insyaallah Selasa ini. Sekian... :]

Mencari gulai asam rong di Raub, nombor 66666 dan majlis Ijtimak di Sepang...

OK. Untuk hari ini, sepertimana dibuat di blogspots BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) tadi biar kita lupakan sebentar hal Aceh...


Ini adalah kawasan tepian sungai di satu bahagian tersorok di kampung Janda Baik, Pahang di mana saya dan isteri mandi-mandi Sabtu petang. Malam sebelumnya kami bermalam di rumah almarhum Nenek, ibu kepada ayah saya di Raub. Salah satu tujuan utama kami ke sana adalah untuk menikmati makanan istimewa Raub iaitu gulai asam rong, kegemaran saya apabila dimasak dengan ikan keli.

Petang Jumaat selepas waktu kerja, kami pun berlepas ke sana. Singgah sebentar di Janda Baik tetapi sekadar di Kampung Sum Sum yang lebih dekat dengan jalan utama untuk menikmati sepinggan sup tulang istimewa sebelum menyambung perjalanan ke Raub.

Pagi Sabtu, selepas menziarahi makam Nenek, kami cuba mencari gulai asam rong di Batu Malim 20km dari Raub. Ternyata ia tiada kerana bekalan buah perah, sejenis buah hutan yang biasa dipetik oleh orang asli, bahan utama untuk masakan ini katanya tiada sejak 2-3 bulan kebelakangan. Kami cuba pula di Batu Talam di mana dikatakan orangnya memasak gulai asam rong paling sedap. Kata mereka di sana memang takda bekalan buah perah. Apapun, kalau ada, di Batu Talam orang tidak menjualnya di kedai kerana biasa dimasak di rumah-rumah.

Kami kembali ke Raub dan cuba mencari di kedai makan berdekatan hospital daerah, satu lokasi yang baru kami tahu biasa menjual gulai asam rong apabila diberitahu menantu Pak Ngah saya ketika kami berkunjung ke rumah Pak Ngah malam sebelumnya. Ternyata di situ juga tiada dijual. "Carilah di mana-mana," kata orang kedai. "Buat masa ni memang tak boleh dapat punya."

Kemudian kami pergi ke kedai tempat kami biasa makan di Simpang Kallang. Kali terakhir kami makan gulai asam rong di sini ialah lebih 3 bulan lalu. Tak juga ada... terus isteri saya menegur, tadi anak dalam perut menendang kuat sebaik sahaja saya meninggalkan kedai di hadapan hospital dengan muka monyok akibat takda supply...

Di atas adalah gambar meter kereta ketika sampai di satu tempat. Adapun Sabtu malam Ahad kami bermalam di sebuah surau tempat biasa saya berehat dahulu-dahulu di Janda Baik. Esok pagi selepas menikmati sepinggan pulut dengan sambal hijau di satu kedai, kami singgah sebentar di rumah lama dari Perak yang diletakkan di sana. Keluar dari rumah, saya tergerak untuk reset meter bawah kepada kosong.

Ketika itulah saya sedar meter kereta kami sudah masuk 66,590 ke gitu... kiranya tak lama lagi, pada satu tempat selepas itu mesti masuk 66,666 gitu atau 66,666km kerana dari Janda Baik, kami berniat untuk ke Sepang yang terletak lebih 100km dari situ.





Di Kuala Lumpur pula baru saya tersedar bahawa nombor meter bawah juga mungkin boleh mencapai 666 atau 66.6km hampir selari dengan meter atas yang tidak boleh diubah ketika ia mencapai nombor 66,666 gitu. Sebaik sahaja melepasi susur-masuk ke Kajang iaitu di lebuh raya PLUS, meter bawah masuk 66.6. Saya terus berhenti di bahu jalan sementara meter itu mula masuk 66.7 untuk mengambil gambar. Ternyata masih diperlukan sedikit lagi perjalanan untuk meter atas masuk 66,666.

Apapun meter bawah melepasi sedikit dari 66.6 itu ketika berada di hadapan bangunan ini, kalau tak salah sebuah kolej kelolaan JKR yang telah dinaik-taraf jadi univerisiti ke hapa.

Kemudian kami terus mengambil laluan di bahu jalan perlahan-lahan sambil menghidupkan hazard light. Saya terpaksa berbuat begini agar tidak terlepas tempat untuk berhenti apabila meter atas masuk nombor 66,666.



Ternyata meter atas masuk 66,666 di kawasan bertanda 301.3, kalau tak salah, maknanya 301.3 dari Johor Bahru gitu...




Setelah puas hati baru kami mencari di manakah tempat diadakan majlis yang kami mahu hadiri di Sepang berdekatan KLIA, majlis Ijtimak peringkat antarabangsa kelolaan orang-orang Tabligh yang kata sesetengah orang bakal melibatkan 2 juta orang dari seluruh dunia. Katanya lebih 6,000 pekerja telah disediakan untuk majlis ini, 3,000 tandas sementara didirikan dan 20,000 kambing untuk makan-makan. Tetapi apabila melihat jumlah kereta yang ada di kawasan letak kereta di Litar Antarabangsa Sepang ini, saya tertanya-tanya, sampai ke 2 juta orang yang datang?





Kami terus ke masjid kuarters KLIA...



Barulah nampak macam ada ramai orang. Tapi 2 juta?




Kami letak kereta berdekatan bulatan jalan lalu berjalan kaki ke masjid. Kelihatan ada orang duduk-duduk di hadapan...









Rupa-rupanya majlis utama diadakan di hadapan sedikit...



Baru kelihatan kemah besar di mana majlis utama diadakan...






Saya berjalan seorang diri ke sana sementara isteri menunggu di masjid. Orang perempuan tidak dibenarkan masuk ke kawasan berkemah.





Hmm... baru kelihatan ramai orang...




Saya masuk lebih dekat melalui jalan tepian...






Ada sedikit aura seolah berada di Padang Arafah!













Saya bergerak lagi untuk ke kemah utama...




Hmm... meriah sungguh orang-orang sedang mendengar ceramah. Walaupun tidak mencapai 2 juta, saya percaya angka kehadiran 200,000 orang seperti dinyatakan sebuah suratkhabar tempatan sudah cukup besar dan memberangsangkan.




Saya sampai di sini sejurus sebelum bermulanya pembacaan doa utama...




Kemudian berlegar-legar di sekitar belakang pentas utama yang menempatkan ramai ulamak mereka sebelum berlepas awal... untuk mengelakkan kesesakan lalu-lintas sebentar lagi, apabila majlis tamat. Sekian! :]