Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, April 18, 2009

Buku "Rumah Azan" dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC

Assalamualaikum semua. Pesta Buku Antarabangsa 2009 telah pun bermula di PWTC hari Jumaat semalam tetapi baru tadi saya ada menjenguknya. Di sini ada satu cerita... mari!




Malah semalam saya telah masuk ke blogspot seorang rakan lama iaitu Shamsul Yunos. Tengok-tengok dia telah mewar-warkan dua buah buku mewah terbitan syarikat Karnadya yang ada memaparkan gambar-gambar yang diambilnya dan salah satu buku ditulis oleh saya. Di atas adalah gambar kulit hadapan buku yang dimaksudkan, "Rumah Azan" seperti terpapar di website http://www.karnadya.com.my/. Untuk pengetahuan ini adalah buku ke-empat hasil tulisan saya dan buku terbaru, setelah menulis dan menerbitkan sendiri tiga buah buku di bawah siri novel "Berpetualang ke Aceh".

Adapun "Rumah Azan" adalah sebuah buku mewah atau coffee-table book terbitan Karnadya dengan pertolongan dana dari Dewan Bahasa Pustaka. Selama ini boleh kata rata-rata buku-buku terbitan mereka adalah novel-novel bertemakan cinta yang lebih memenuhi kehendak citarasa golongan remaja dan gadis awal 20an. Tetapi penghasilan buku-buku mewah adalah satu usaha untuk membawa penerbitan mereka ke tahap yang lebih tinggi dan bermakna. Saya cukup berbangga kerana diberi penghormatan menulis dan menentukan isi buku ini. Pada saya ini adalah satu peluang untuk mengenengahkan banyak perkara berkenaan kedaulatan bangsa Melayu dan kesyumulan Islam, melalui pilihan masjid-masjid tertentu yang memiliki cerita sebaliknya yang berkaitan.

Asalnya saya bercadang untuk membuat posting ini semalam. Tetapi sebaik sahaja selesai menulis beberapa perenggan baru saya terfikir, bagaimana mahu membuat cerita yang elok dan menyeluruh jika saya tak tahu pun bagaimana rupa sebenar buku ini. Bukankah ia akan dilancarkan semasa Pesta Buku Antarabangsa 2009 yang sudah pun bermula semalam? Maka lebih elok pergi ke pesta buku untuk melihat dahulu hasilnya...


Selepas makan tengahari bersama isteri, saya pun mengambil motosikal besar yang ditinggalkan di pejabatnya lalu menuju ke PWTC. Sampai sahaja ke ruang legar, terlihat sebahagian gerai buku di dalam dewan bawah, Dewan Tun Hussein Onn kalau tak salah ingatan. Selalunya saya lebih suka pergi terus ke bahagian utama pesta yang biasa diadakan di aras atas iaitu Dewan Tun Razak (sekali lagi, itulah namanya kalau tak salah ingatan) tetapi entah kenapa saya melangkah dahulu masuk ke dalam dewan yang di bawah...


Tengok-tengok terus terjumpa gerai Karnadya atau Karnadya Solution (ke Solutions? Sama aje la kot...). Terus ternampak anak-anak dan anak buah penulis dan pemilik Karnadya, Aina Emir yang saya panggil Kak Aina... dia yang suruh sedangkan anak-anaknya sudah besar-besar belaka melepasi umur 20an. Sedangkan Shamsul Yunos yang sama umur dengan saya iaitu 39 tahun pun memanggilnya Auntie Aina disebabkan dia mengenali anak-anaknya sebelum mengenali ibunya.

Kebetulan saya sampai setelah sejumlah buku "Rumah Azan" baru sahaja dihantar dari kilang percetakan. Nasib baik juga saya datang selepas makan tengahari Sabtu. Kalau semalam saya datang buku pun belum siap kerana masih dalam proses percetakan. Kira buang karen aje le walaupun saya boleh berjalan-jalan melihat pelbagai buku lain yang terdapat di pesta.

Saudara Faiz, anak sulung Kak Aina yang juga merupakan general manager Karnadya kalau tak salah ingatan terus memberi senaskah buku sebelum membawa saya menuju Kak Aina... bagi pinjam aje le sebab belum ada cukup buku untuk diberikan kepada orang. Disebabkan meja Kak Aina penuh dengan peminat novel-novelnya, saya pun pergi ke meja lain berdekatan untuk melihat isi buku.

Inilah buku "Rumah Azan". Saiznya besar, sebesar kertas A3 iaitu dua kali saiz A4.


Ini adalah mukasurat awal yang memaparkan mukadimah. Pada saya boleh tahan aturan gambar dan teks.


Setakat beberapa mukasurat awal, saya sekadar rasa boleh tahan, setakat itu sahaja le. Untuk pengetahuan, walaupun saya menulis teks dan mengatur jalan cerita serta pilihan masjid yang mahu diketengahkan, saya tidak tahu bagaimana rupa sebenar buku yang akan muncul kerana ini bergantung pada pereka lay-out dan sebagainya. Saya cuma pernah melihat salinan awal rupabentuk buku yang ketika itu lebih kecil saiznya tetapi lebih tebal lalu memberi sedikit feedback akan apa yang perlu diperbetulkan sebelum melepaskan segala-galanya kepada pihak Karnadya.

Saya menyerah kepada Allah untuk menentukan rupabentuk akhir buku ini. Untuk makluman, saya telah mengenengahkan lalu pergi ke 41 buah masjid seluruh Semenanjung sedangkan pihak penerbit mencadangkan cukup 20 sahaja untuk memenuhi budget yang boleh dikira rendah untuk sebuah buku mewah. Memang saya boleh mengambil jalan senang dengan memilih 20 buah masjid. Maka saya dan Shamsul yang bertindak sebagai jurugambar tidak perlu pergi terlalu jauh dan singgah banyak tempat, jimatlah belanja kami sedangkan apa yang telah diperuntukkan sebagai belanja makan-minum, perjalanan dan tempat tidur tetap milik kami tak kiralah berapa masjid yang kami pergi.

Tetapi gerak hati saya tetap menyuruh pergi ke semua masjid yang telah saya kenal-pasti sedangkan nanti akan ada limit atau sekatan jumlah cerita dan gambar-gambar masjid yang boleh dimuatkan ke dalam buku. Alhamdulillah, jalan tengah dapat diambil dengan tidak kurang 30 masjid terpilih kini terserlah di dalam "Rumah Azan".


Walaupun "Rumah Azan" memaparkan masjid-masjid dan cerita sekitarnya, saya turut memilih untuk mengenengahkan beberapa makam lama kerana ada kaitan cerita. Antaranya ialah makam-makam di Pulau Besar, Melaka yang diletakkan di bawa tajuk "Pulau Besar dan tarikan mistiknya". Seperti disebut awal tadi, saya cuma rasa OK sahaja apabila melihat beberapa mukasurat awal. Tetapi sebaik sahaja sampai pada mukasurat di atas yang memaparkan gambar makam Sultanul Ariffin Sheikh Ismail, terus timbul rasa aliran eletrik yang mengalir naik ke kepala menyebabkan saya terasa yakin buku ini sudah cukup bagus dan akan pergi jauh.

Yang membuat saya terasa begitu adalah kombinasi gambar kompleks makam di kiri dengan teks yang ada menyebut nama Sultan Malikus Salih, pengasas kerajaan Samudera dan Pasai (kini dalam Aceh). Saya tahu rahsia kaitan sebenar Sheikh Ismail dengan Malikus Salih. Tapi mana saya tahu teks satu perenggan yang cuba membayangkan rahsia itu secara tersirat akan diletakkan betul-betul di bawah gambar kompleks makam sedangkan ada lagi gambar-gambar lain berkenaan Pulau Besar yang turut terpapar sama!


Lebih seminit rasa eletrik yang timbul terus memenuhi ruangan terdekat sekitar tubuh. Saya tersenyum lebar sambil berzikir serta memanjatkan syukur kepada Allah atas aturan Qada Qadarnya yang menentukan terhasilnya sebuah buku yang insyaallah akan dapat membuka matahati ramai orang tanpa mereka sedari.

Di atas adalah gambar Masjid Kampung Laut di Kelantan. Dipercayai masjid ini adalah yang tertua di Malaysia yang masih wujud hingga kini sedangkan rekabentuknya yang serupa Masjid Demak di Jawa menyebabkan ramai mengaitkannya dengan para Wali Songo.


Beberapa mukasurat kemudian kita sampai ke masjid ini, masjid tinggal di Teluk Memali. Untuk pengetahuan, masjid yang menjadi penghias kulit hadapan buku kedua saya "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" ini menyimpan rahsia tersendiri yang boleh membuka cerita berkenaan nasib orang Melayu selepas kemasukan penjajah Inggeris hingga kini dan bagaimana keadaan boleh terjadi sehingga ekonomi negara Malaysia dikuasai bangsa lain.


Nyaris-nyaris masjid lama Perak yang terletak tidak jauh dari kubur J.W.W. Birch ini terkeluar daripada buku akibat Shamsul tidak menghantar gambar-gambar berkenaan kepada pihak penerbit. Saya tak tahu apa masalahnya sedangkan saya sudah bersusah-payah membawanya menaiki kereta masuk ke kawasan terbiar dan sampai di sana waktu Maghrib.

Bayangkan berkejar mengambil gambar beberapa buah masjid dari Pulau Pinang masuk ke Taiping dan Kuala Kangsar sebelum sampai ke situ. Sedangkan hari sebelumnya saya telah memandu kereta terus menerus dari Kuala Lumpur hingga ke Perlis sebelum memulakan perjalanan menurun hingga ke Pulau Pinang untuk menyertakan masjid-masjid di Kangar, Alor Setar dan Sungai Petani. Nasib baik ada isteri menemani...

Bayangkan perasaan anda setelah berbuat semua ini, penerbit menyatakan tidak dapat memasukkan cerita akibat tiada gambar. Nasib baik saya teringat perjalanan tahun lepas yang dibuat untuk menyusuri sejarah berkaitan Perjanjian Pangkor 1874 sambil membuat video. Lihat artikel Program berjalan sambil buat video cerita Perak sekitar Perjanjian Pangkor 1874 dan pembunuhan Birch, apa sebenarnya berlaku... Jemputan untuk semua! Teringat seorang pembaca blogspot ini RadenCilik yang ada turut serta dalam perjalanan itu dan turut mengambil gambar. Gambar-gambar masjid ini yang diambilnyalah yang digunakan dalam buku "Rumah Azan" walaupun tidak dinyatakan pada buku ini.

Untuk RadenCilik, bersyukurlah gambar-gambar ini diterima untuk sebuah penerbitan yang boleh tahan besar. Walaupun namamu tidak disebut dalam buku, cukuplah dinyatakan di sini ya. Insyaallah dari situ kamu akan dapat peluang untuk membuat kerja-kerja mengambil gambar untuk buku-buku lain nanti. Percayalah! :]


OK. Pihak Karnadya ada memberitahu buku "Rumah Azan" akan dilancarkan pada hari Isnin 20 April jam 2 petang bersama beberapa buku lain di bawah program Dewan Bahasa dan Pustaka. Dan mereka meminta saya hadir sama. Tempatnya adalah di pentas ruang legar yang kelihatan di atas. Tak susah nak cari kerana semua orang di pesta buku perlu lalu di sekitarnya...

Tertera di kira-kanan pentas adalah program acara sepanjang berlangsungnya pesta buku ini 17-26 April. Tertera juga program yang melibatkan "Rumah Azan" iaitu Pelancaran Buku Dana Penggerak Industri Buku Negara oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.


Kemudian saya berjalan-jalan di bahagian lain pesta. Di gerai Dewan Bahasa baru saya dapat tahu bahawa majlis pelancaran itu melibatkan 200 judul buku baru oleh 22 syarikat penerbit yang mendapat pertolongan dana Dewan. Kalau begitu buku "Rumah Azan"cuma satu buku kecil di dalam senarai ini. Tetapi apabila melihat senarai di dalam buku atas, baru saya tahu buku-buku mewah diletakkan pada tangga tertinggi dalam senarai keutamaan buku sedangkan cuma Karnadya dan mungkin 1-2 penerbit lagi yang ada menerbitkan buku seumpama itu.

Di sini biar dibuat pengumuman. Kalau tak silap ingatan le, saya diberitahu bahawa buku "Rumah Azan" akan dijual pada harga RM108 senaskah. Tetapi anda boleh membelinya di gerai Karnadya pada harga potongan RM75 sempena pesta buku.

Saya juga ingin mengajak para pembaca sekalian untuk turut memeriahkan acara pelancaran Isnin ini. Untuk sesiapa yang berminat untuk mendapatkan siri buku "Berpetualang ke Aceh", insyaallah saya akan hadir membawa sejumlah naskah dan mula menjualnya secara ad hoc selepas majlis di mana-mana tempat yang dirasakan sesuai dan tidak terlalu sesak. Selain itu, anda boleh mendapatkannya di gerai Crescent News dan Fajar Pakeer.

Oh... siang tadi saya ada membuat sebuah artikel baru bertajuk Asal-usul rumah Kutai di Perak (The origin of the rumah Kutai in Perak) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) . Jenguklah kerana ada cerita tertentu tentang kaitan orang Aceh dan Bugis. Terfikir pula mungkin darah AB+ saya itu bermakna Aceh campur Bugis, hehe! Mungkin... mana pulak nak letak bahagian darah Jawa dan Melayu Perak berkaitan Melaka yang turut mengalir dalam tubuh...

Hmm... Sebelum pergi, terasa nak letak link-link untuk artikel-artikel lama yang mengandungi cerita semasa membuat kerja pergi dari masjid ke masjid. Sebagai ingatan, apa-apa teks dalam artikel tidak sama dengan teks dalam buku "Rumah Azan" walaupun tema ceritanya sama. Ini dia... selamat malam.

Projek buku masjid - perjalanan selatan 1

Projek buku masjid - perjalanan selatan 2

Projek buku masjid - perjalanan selatan 3

Menulis balik cerita masjid di waktu malam?

Cerita projek buku masjid - Membuka perjalanan di Negeri Sembilan

Cerita projek buku masjid - Masjid Kampung Hulu dan masjid-masjid di Melaka

Cerita projek buku masjid - Pulau Besar membawa ke Muar dan makam Sultan Alauddin

Perjalanan terbaru ke Pantai Timur - Cerita projek masjid

Projek buku masjid - Terengganu dalam kurang 24 jam

Projek buku masjid - Satu pandangan segar terhadap Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu

Projek buku masjid - Melihat lagi masjid dan makam Tok Kenali seterusnya "sekolah pondok"

Projek buku masjid - Lagi, Danau Tok Uban dan Masjid Brunei Darussalam

Projek buku masjid - Dari Kota Bahru ke Kuala Lipis, kembali ke Kuala Lumpur

Nombor 434 dan perjalanan terbaru ke utara...

Projek buku masjid - perjalanan terbaru ke utara...

Projek buku masjid - akhirnya, cukup tujuh wali...


Projek buku masjid - dari Perlis berkejar hingga ke Pulau Pinang

Projek buku masjid - bertemu penunggu masjid lama tinggal!



6 ulasan:

Mohd Shahrizal berkata...

Berita terbaru hari ini, Markas Paskal diLumut telah dianugerahkan gelaran KD Panglima Hitam. Sempena nama Pahlawan terbilang Perak, Panglima Hitam/ Nakhoda Hitam... Tahniah

Radzi Sapiee berkata...

Hmm. Tu le. Nak pastikan gak panglima hitam mana yang dimaksudkan sebab pahlawan yang dikenali sebagai panglima hitam ni bukan seorang dua. Orang Gayung selalu sebut panglima hitam tu ialah Daeng Kuning, datuk pada mahaguru Meor Abdul Rahman. Mereka selalu meletakkan Daeng Kuning sebaris dengan Daeng lima beradik iaitu Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambon, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi sedangkan Daeng Kuning hidup pertengahan hingga hujung tahun 1800an, mana boleh sebaris dengan 5 Daeng yang hidup tahun 1700an. Kalau jadi cucu cicit boleh le.

Memang Nakhoda Hitam lebih sesuai menjadi Panglima Hitam yang dimaksudkan kerana baginda (ya, saya gunakan perkataan baginda) memang hidup sezaman dengan 5 Daeng. Cuma kita dah biasa terdengar cerita 5 Daeng melalui pelbagai kisah terutama kitab Tuhfat Al- Nafis karangan Raja Ali Haji yang merupakan cucu/cicit Raja Haji ibni Daeng Chelak sehingga apa-apa kehebatan panglima Bugis mahu dikaitkan mereka. Ramai yang tidak tahu, semasa zaman itu telah wujud seorang Raja Bugis bertaraf Yang di Pertuan Agung yang kedudukannya jauh lebih tinggi daripada 5 Daeng kerana sengaja menyorokkan identiti sebenar dalam rangka perlawanan besar menentang Belanda yang telah memporak-porandakan Tanah Bugis di Sulawesi serta melaga-lagakan raja-raja di sana sejak tahun 1580an lagi. Raja Bugis yang dimaksudkan ialah Daeng Selili @ La Madukelleng yang kemudian menjadi Maharajalela Pancung tak Bertanya di Perak sedangkan Nakhoda Hitam @ Panglima Hitam @ Daeng Hanasah yang kemudian menjadi Laksamana Raja Mahkota sangat rapat dengan baginda. Menurut satu salasilah Daeng Hanasah dan Daeng Selili adalah adik beradik tetapi saya baru terjumpa satu salasilah dari pihak Bugis di Sabah yang mnyebut Daeng Hanasah adalah anakanda Daeng Selili.

Apapun, nama KD Panglima Hitam untuk Markas Paskal dicadangkan oleh Sultan Selangor yang merupakan keturunan anak-anak Raja Bugis. Di makam diraja Selangor awal di Bukit Melawati terdapat juga makam seseorang yang dipanggil Panglima Hitam. Cuma saya teringat kata-kata dalam berita tadi yang menyebut Panglima Hitam yang dimaksudkan terkenal di Selangor, Perak dan Johor. Kalau begitu memang kena le sangat dengan Nakhoda Hitam.

Merbawi Jr. berkata...

Salam.

Saya menyambut baik kehadiran buku 'Rumah Azan'. Rasanya mungkin yang pertama seumpamanya yang bercerita tentang masjid dalam aspek yang lain dari biasa(senibina).

Tahniah Abg MS!

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Terimakasih!

Apalagi, meh le jenguk buku tu kat pesta buku:]

Tanpa Nama berkata...

salamssss .. .. alhamdulillah "Rumah Azan" sudah berada di pasaran pesta buku .. .. alhamdulillah masjid misteri juga akhirnya berada di dalam "Rumah Azan" .. .. selamat maju jaya!! .. ..



/JIWA

Radzi Sapiee berkata...

Wassalams. Gambo RadenCilik tu... tentu dia kembang hidung, hehe! :]