OK. Seperti biasa selesai satu siri kena buat artikel kompilasi untuk capaian mudah pembaca.
Siri ini bermula dengan anggapan bahawa perjalanan bersama teman wanita lama ini berlaku pada musim panas tahun 1994. Ketika menulis artikel keempat siri lalu harus menghubungi kawan-kawan lama untuk memastikan beberapa perkara baru tahu mustahil perjalanan berlaku pada tahun itu kerana seorang kawan yang ditemui sehingga menumpang tidur di rumahnya sudah kembali ke Malaysia setahun lebih awal. Setelah diteliti lagi beberapa perkara besar kemungkinan ia berlaku pada penghujung tahun 1992. Ketika itu harus hampir atau sudah masuk musim sejuk.
Apapun kronologi atau aturan tempat-tempat persinggahan tetap sama walau tak ingat semua butiran dan tidak cukup jelas bilakah perjalanan berlaku. Selepas mengambil kereta sewa dari bengkel di Bermondsey, London kami membuat satu pusingan ring road mengelilingi jangkauan besar London (Greater London) semata-mata untuk merasa laluan tersebut. Untuk itu sahaja sudah lebih 200 km kami di atas jalan. Kemudian baru ke kota Bradford lebih 300 km ke utara lalu bermalam di sana. Ini diikuti persinggahan untuk jumpa kawan-kawan lama di kota Leeds dan Huddersfield kemudian baru ke bandar peranginan Blackpool.
Tajuk utama "Sewa kereta ke separuh England tahun 1994" dikekalkan supaya penceritaan yang terbit daripada anggapan tempoh masa itu terus tersemat jujur sebelum muncul maklumat yang memaksa menilai kembali bilakah ia berlaku. Perjalanan diteruskan ke Manchester dan ketika hendak menceritakannya baru muncul maklumat berkenaan. Ini diikuti persinggahan ke Birmingham sebelum kembali ke London. Banyak butiran sudah tak ingat di manakah lagi ada singgah juga bermalam tetapi secara umum begitulah laluannya lalu boleh dikatakan ia meliputi separuh negeri England.
Menurut apa yang dapat diingati kami telah berjalan sejauh 1,100 km. Tapi boleh jadi ada beberapa persinggahan di luar laluan umum lalu perjalanan mencapai lebih 1,200 km. Namun biar kenyataan yang ini diabaikan. Ambil sahaja 1,100 km sebagai jarak rasmi perjalanan.
1. Sewa kereta ke separuh England tahun 1994 - Membina perspektif berdasarkan beberapa perjalanan lain
5. Sewa kereta ke separuh England tahun 1994 - Mati kereta dalam perjalanan dari Birmingham ke London
Tiada ulasan:
Catat Ulasan