Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Mac 21, 2014

Kenangan zaman UK : Tempat belajarku, University College of London

Salam semua. Hampir setengah tahun lalu saya ada memulakan satu siri istimewa untuk mengenangkan zaman semasa belajar di UK 1991-1995. Tidak seperti siri-siri lain, ia ditulis lebih kuat mengikut mood berbanding biasa... rasa nak tulis, tulis, kalau tak lupakan sahaja buat beberapa lama. Tidak ada tempoh bila perlu ditamatkan kerana ditulis apabila timbul rasa untuk mengabadikan kenangan lama sambil cuba mengingatkan apa yang berlaku. Setakat ini cuma 4 artikel telah ditulis. Sekarang biarlah disambung satu lagi...


Kenangan zaman UK : Mukadimah 1144


Kenangan zaman UK : Sedikit barangan lama sebagai 'jambatan' cerita




Seperti biasa apabila membuat siri, artikel-artikel sokongan disediakan terlebih dahulu di blogspot berbahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH. Untuk Kenangan zaman UK : Keriangan hari pertama di London, artikel bertajuk From UCL to the LSE dibuat menunjukkan gambar universiti tempat saya belajar iaitu University College of London, antara menara gading paling terkemuka di dunia. Di atas adalah halaman utama universiti. Ia terletak berdekatan kesibukan pusat kota raya London yang mana keseluruhan kota menempatkan sekitar 10 juta jiwa.


rt

Tempat saya belajar adalah di Department of Mathematics, Jabatan Matematik yang terletak di bahagian atas satu bangunan lain di sudut timur-laut universiti. Sebetulnya banyak perkara mahu diluahkan tentang tempoh pembelajaran saya di sini tetapi buat masa ini tidak dapat dikeluarkan walaupun dicuba sejak siang tadi. Sedangkan esok pagi Sabtu pula saya harus bersiap bersama keluarga untuk ke kampung isteri menziarahi rumah adik-beradiknya sebelum bermalam di rumah abang sulung... dari rumah itu Ahad pagi pula akan bertolak ke Aceh untuk satu perjalanan baru selain menjayakan acara ke-10 HIKMAH.

Maka itu biar artikel ini dibuat ringkas sekadar untuk memecah sedikit kebuntuan sambil menerbitkan secuit rasa. Biar disertakan sekali gambar-gambar sedikit barangan berkaitan yang masih wujud dari zaman pembelajaran itu... saya temui siang tadi setelah menggeladah isi sebuah fail lama.


Resit yuran untuk belajar tahun pertama yang diterima setelah menyerahkan cek dengan nilai sekitar RM30,000...


Resit peperiksaan ulangan dan sedikit kad yang digunakan semasa tempoh pembelajaran. Insyaallah bila jiwa terasa lebih lapang dan senang bercerita akan saya huraikan. Kerana banyak pahit maung mengiringi kenangan manis zaman itu yang boleh menyesakkan dada apabila diungkit kembali. Tetapi perlu juga saya tangani dan ingatkan kembali untuk melangkah lebih segar ke masa hadapan. Nanti...


Selasa, Mac 18, 2014

Gerak 33 dan rehat di Janda Baik

OK. Terlebih dahulu biar diberitahu, sebelum dapat menulis cerita ini saya telah melepaskan dahulu 3 cerita kecil di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Inilah pautannya :-




Masa untuk bercerita...



Hampir seminggu lalu, ketika singgah di sebuah restoran untuk sarapan saya mendapati meter bawah motosikal menunjukkan nombor 333.3. Sebelum itu saya telah mengisi minyak di stesyen berdekatan lalu dipulangkan duit sebanyak RM33. Ini membuat saya tergerak untuk mencari apakah artikel ke-33 di setiap blogspot saya.

Untuk makluman saya memiliki 4 buah blogspot. Saya pun menyemak satu persatu mengikut giliran dari atas yang ditunjukkan melalui  blogger.com. Blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) muncul yang pertama dan artikel ke-33nya adalah Kembali kepada misi asal perjuangan - Mengenang hari-hari awal tercetusnya HIKMAH. Ini seolah menjawab cadangan saya mahu berundur dari HIKMAH juga penglibatan dalam aktiviti berkaitan selepas tamat acara ke-10 HIKMAH di Aceh hujung bulan ini, cadangan yang diutarakan seminggu lalu di Facebook kerana mahu menghilangkan diri dari perhatian umum.

Blogspot seterusnya adalah CATATAN SI MERAH SILU iaitu blogspot ini. Artikel ke-33nya adalah Dokumen Syaitan! Bahagian terakhir "Agenda Yahudi dan Media". Ketika itu malah hingga kini dunia sedang sibuk dengan kes kehilangan pesawat MH370. Saya anggap ini sebagai petunjuk, jangan percaya sangat apa yang disajikan oleh media. Sesungguhnya satu permainan jahat Yahudi Zionis sedang berlaku untuk menghalalkan sesuatu sepertimana runtuhnya menara berkembar World Trade Centre di New York 11 September 2001 menjadi asbab untuk menghalalkan serangan Barat ke atas beberapa negara Islam dengan alasan mahu membanteras pengganas.

Ini diikuti blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Artikel ke-33nya Janda Baik tempat rehatku (Janda Baik my resting place) membuat saya termenung panjang kerana terasa seperti isyarat agar pergi ke tempat itu. Untuk makluman saya pernah menetap di sana 2003-2005. Selepas itu saya selalu datang bermalam termasuk bersama keluarga tetapi sudah hampir setahun tidak bertandang.


Petang Sabtu lepas saya dan isteri pun bertolak ke sana.





Singgah di sebuah kedai makan untuk menikmati satu hidangan kegemaran, nasi dengan sup tulang.


Tidak lama kemudian hujan turun dengan lebatnya.





Kelihatan kereta beratur panjang. Rupa-rupanya ada pokok tumbang.


Setelah beberapa lama sampailah ke destinasi utama yang hendak dituju, rumah penulis politik terkenal S. H. Alattas atau Pak Habib.


Beliau yang merupakan bapa angkat saya memiliki beberapa buah rumah dalam kawasan taman seluas 8 ekar.


Saya pernah menumpang di sini juga di pejabatnya di Kuala Lumpur 2002-2005 sambil menolong beliau menyiapkan beberapa buku. Namun selepas keluar pertengahan 2005 saya tidak pernah lagi tidur di sini, setakat datang untuk melawat dan melihat taman.


Kali ini terasa ingin sangat untuk bermalam di rumah beliau akibat artikel ke-33 yang bertajuk Janda Baik tempat rehatku (Janda Baik my resting place). Kebetulan selain dapat berjumpa Pak Habib yang sekali sekala sahaja datang ke sini, seorang anak kandungnya juga ada. Anak kandung tersebut, Syed Fuad memberitahu ada terbaca di Facebook tentang hasrat saya mahu ke Janda Baik dalam masa terdekat. Cuma beliau tak sangka saya akan ke rumah ini.


Alhamdulillah Pak Habib membenarkan saya bermalam lalu memberikan sebuah rumah 2 bilik di tepi sungai.


Rumah itu berdiri di atas tapak sebuah pondok yang sering menjadi tempat saya berbaring-baring seorang diri ketika menumpang 9 tahun lalu. Kelihatan gambar kami anak beranak di bahagian serambi rumah betul-betul di tepian sungai keesokan harinya. Di serambi itulah kami bermalam diulit alunan arus deras juga bunyi deraian hujan.

Artikel ini tercetus akibat apa yang saya panggil sebagai 'gerak 33'. Seperti kebiasaan menurut gerak tentu akan muncul suatu hikmah nanti. Artikel ke-33 di blogspot seterusnya milik saya, BERPETUALANG KE ACEH pula bertajuk Endurance 2. Ia memaparkan satu artikel lama tentang sukan berkuda yang ditulis semasa berkhidmat sebagai wartawan di akhbar The New Straits Times. Entah apalah kena-mengena semua ini. Semoga diberi pencerahan tidak lama lagi. Selamat malam.