Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Februari 13, 2014

Tentang penat dan kesibukan kebelakangan dan aktiviti akan datang


Salam. Pembaca setia blogspot ini dan mereka yang peka dengan keadaan mungkin sedar betapa 2-3 bulan ini saya agak jarang menulis. Di sini biar diterangkan keadaan agar saya sendiri terasa lapang. Adapun sejak selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun 2013 kami suami isteri telah disibukkan dengan hal mencari rumah baru lantaran rumah yang kami duduki di Bandar Tasik Puteri sejak hujung 2008 mahu dinaikkan kadar sewa. Alang-alang dah nak naik bayaran bulanan biarlah ia untuk rumah yang dimiliki sendiri bukan? Apabila sudah terjumpa rumah yang dirasakan sesuai, kami disibukkan pula dengan urusan jual-beli diikuti urusan membaik-pulih serta mengelokkan lagi rumah yang sudah bertahun tidak diduduki... sehingga banyak barangan seperti kepala paip, wayar, tingkap dan sliding door telah hilang dicuri orang. Dalam keadaan itu kami tetap meneruskan beberapa aktiviti, antaranya penganjuran acara-acara HIKMAH. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)

Paling sibuk dan memenatkan adalah tempoh sebulan kebelakangan kerana sambil menyiapkan rumah, saya harus berusaha menjayakan 3 acara HIKMAH berturut-turut dalam masa terdekat. Lihat artikel 3 acara HIKMAH akan datang dan Maulidur Rasul. Bayangkan. Lewat hari Rabu 29 Januari  rumah tersebut baru siap dicat dan dibersihkan. Sedangkan tempoh kami menginap di rumah sewa tamat hujung bulan. Pagi Khamis kami mula memindahkan barangan secara besar-besaran dengan lori, lewat malam Jumaat baru siap dengan satu lagi trip lori. Itupun masih tinggal lagi sedikit barangan, selesai diambil setelah beberapa kali perjalanan ulang-alik dengan kereta 2-3 hari berikutnya. 

Seminggu kemudian rumah menjadi lokasi acara ke-8 HIKMAH yang merupakan juga acara housewarming iaitu 'pemanas'/perasmian rumah. Bayangkan petang Jumaat saya masih sibuk mengecat pondok hadapan rumah yang mahu digunakan untuk meraikan tetamu. Malam hampir Isyak baru siap. Selepas Isyak pula bumbung tempat letak kereta hadapan rumah, satu lagi bangunan yang mahu digunakan untuk meraikan tetamu baru siap dipasang.

Pagi itu saya begitu sibuk mengemas barangan pertukangan sebelum dapat mandi kemudian memakai busana tradisional Melayu untuk acara. Kini alhamdulillah, acara sudah selesai. Lihat Acara kelapan HIKMAH di Sungai Buaya, Rawang 8 Feb 2014. Bolehlah saya menumpukan tenaga dan fikiran pada hal-hal seterusnya. Walaupun penat dan sakit-sakit badan akibat melaksanakan pelbagai hal masih belum reda perjuangan harus diteruskan kerana kita sedang menggalas harapan ramai orang.




Dengan selesainya HIKMAH VIII di rumah sendiri, tumpuan harus diberikan untuk menjayakan acara ke-9 HIKMAH di Bayan Lepas, Pulau Pinang Sabtu 22 Februari iaitu 9 hari sahaja lagi. Lihat artikel Aura HIKMAH mula membara di Pulau Pinang... yang baru dibuat kurang 2 jam tadi. Sambil itu saya juga harus memerhatikan perkembangan acara ke-10 HIKMAH yang mahu diadakan di Aceh 28 Mac. Sukacita dimaklumkan kebenaran telah diterima dari pihak berkuasa sana untuk mengadakan acara. Ada kemungkinan pada malam selepas acara rombongan HIKMAH dari Malaysia akan diraikan oleh Wali Nanggroe Aceh, serupa dengan Yang di-Pertua Negeri di Melaka, Pulau Pinang juga Sabah dan Sarawak. 

Sesiapa yang berminat untuk mengikuti rombongan boleh menghubungi Ustaz Mahyuddin (019-5064949, FB Antiq Sufi) atau Suzairi Latip (019-6610165). Rombongan akan berada di Aceh 26-29 Mac menziarahi pelbagai tempat, antaranya makam Bendahara Johor Tun Sri Lanang di Samarlanga lebih kurang 3-4 jam perjalanan ke tenggara dari Banda Aceh dan makam pengasas kerajaan Samudera dan Pasai, Sultan Malikus Saleh di Geudong, Lhoksuemawe 2 jam lagi perjalanan. Rombongan akan bertolak dari LCCT KLIA di Sepang pagi 26 Mac dengan memakai busana tradisional Melayu. Rancangan kami ini telah mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk kedutaan Indonesia juga NGO-NGO di Aceh.

Oh, sebelum saya betul-betul dapat memberikan tumpuan pada 2 acara HIKMAH akan datang ini, saya harus dahulu menyelesaikan bab jemputan oleh Persatuan Sejarah Malaysia. Saya telah dijemput untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam sesi sembang santai bertajuk "Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah" di Wisma Sejarah, sebelah Perpustakaan Negara di Kuala Lumpur jam 10 pagi 15 Februari iaitu Sabtu ini. Rujuk surat yang tertera di atas. Acara adalah percuma dan terbuka, semua dijemput datang. Insyaallah saya akan berbusana tradisional Melayu, bertanjak, bersampin dan berkeris. Sejumlah kawan seperjuangan telah menyatakan akan turut serta menyerikan majlis dengan berpakaian begitu.



p/s : Satu perkembangan menarik tentang blogspot ini... setelah lebih 7 tahun dibuka barulah pageviewsnya melepasi angka sejuta. Perkara ini disedari 2-3 hari selepas berpindah ke rumah baru. Biar dikongsikan print screen yang dibuat Rabu 5 Feb di mana kebetulan saya mendapat nombor pageviews yang sangat cantik...





Rabu, Februari 12, 2014

Busana Aceh dalam majalah Seni Beladiri

Dua bulan lalu saya ada menulis artikel bertajuk Faktor Aceh di majlis guru seni bela diri Malaysia - Mat Kilau adalah orang sana!. Ini boleh dikira susulan ceritanya...


Semalam saya telah menelaah isi majalah Seni Beladiri edisi terbaru iaitu Februari 2014. Edisi ini telah keluar selewatnya 2 minggu lalu. Tetapi baru itu saya cukup lapang untuk melihat isinya dari satu mukasurat ke satu mukasurat.


Baru saya tersedar cerita kawan-kawan dari Aceh datang ke majlis guru seni bela diri Malaysia turut menjadi isi.


Maaf kerana kebelakangan ini saya agak malas ataupun berat untuk bercerita. Klik sahaja pada gambar-gambar yang ada untuk cerita lebih lanjut ya...


Selasa, Februari 11, 2014

Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee



Salam semua. Kebelakangan ini saya disibukkan dengan hal perpindahan ke rumah baru sehingga jarang mendapat masa mahupun rasa untuk menulis. Alhamdulillah Sabtu lalu telah diadakan majlis 'pemanas rumah' (housewarming), setelah seminggu lebih kami sekeluarga berpindah ke rumah itu. Sekarang saya agak lega. Cuma masih kepenatan akibat lama menguruskan rumah juga acara.

Beberapa hari sebelum itu naskah terakhir buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari Diri dan Erti" (terbit Jun 2006) telah diposkan kepada seorang pembeli. Maka tinggallah buku kedua,  "Berpetualang ke Aceh : Membela Syiar yang Asal" (Mei 2007, harga RM25 senaskah) dan buku ketiga, "Berpetualang ke Aceh : Sirih Pulang ke Gagang?" (Nov 2007, harga RM28 senaskah) boleh dibeli dari saya. Dengan itu elok dibuat satu panduan baru membeli buku untuk menggantikan panduan lama pada Cara-cara mendapatkan siri buku BKA dan DVD, ringkasnya seperti berikut...

Buku "Berpetualang ke Aceh : Membela Syiar yang Asal" + kos pos RM31 (Semenanjung), RM34 (Sabah dan Sarawak).

Buku "Berpetualang ke Aceh : Sirih Pulang ke Gagang?" + kos pos RM34 (Semenanjung), RM37 (Sabah dan Sarawak).


Sila masukkan jumlah tersebut pada akaun saya :- 


Affin Islamic Bank : 20-530-011171-1

Atas nama: Mohd Fahrulradzi b Mohamad Sapiee


Atau akaun isteri :-


Maybank - 112110854698

Atas nama: Nor Afidah binti Yusof


Maklumkan transaksi dengan menghantar SMS berserta alamat rumah dan buku yang hendak dibeli ke telefon nombor 013-3082131. Selepas terbukti transaksi berjaya, buku akan diposkan ke alamat  anda secepat mungkin.

Sebagai tawaran, kedua-dua buku itu boleh dibeli pada harga RM60 + pos (Semenanjung), RM63 (Sabah dan Sarawak). Setelah beberapa orang bertanya tentang buku pertama saya iaitu "Berpetualang ke Aceh : Mencari Diri dan Erti" yang telah kehabisan stok saya pun membuat keputusan untuk menjualnya dalam bentuk PDF. Anda cuma perlu membayar RM10 sahaja untuk itu. Bagi alamat e-mail dan saya akan hantarkan.

Saya juga masih memiliki sejumlah DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874". Untuk makluman, DVD sepanjang 2 jam yang mengandungi lawatan menyusuri sejarah di lebih 44 lokasi seluruh Perak ini dijual pada harga RM15 sekeping.

DVD + pos adalah RM17 (Semenanjung), RM18 (Sabah dan Sarawak)

Namun kalau dibeli DVD bersama  buku kedua dan ketiga BKA, harga + pos cuma RM70 (Semenanjung), RM73 (Sabah dan Sarawak).

Saya turut menjual buku mewah atau coffee-table book "Jejak Keluarga Yakin : Satu Sketsa Sejarah"  (terbit 2011) pada harga RM125 senaskah. Kos  buku + pos adalah RM137 (Semenanjung), RM142 (Sabah dan Sarawak)

Segala pembayaran boleh dibuat mengikut panduan di atas. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya di 013-3082131 atau e-mail merahsilu@hotmail.com