Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.


Thursday, June 17, 2010

Bukit Jeram dan satu watak misteri bernama Upu Chendera Burung

Merujuk pada artikel Makam-makam di Jugra dan apa yang ada di sekitar Jeram yang dibuat seminggu lepas. Pada akhir artikel ada disebut selepas meninggalkan pantai di Jeram saya telah mengambil satu simpang ke kanan kerana menyangkakan sebuah bukit yang kelihatan jauh di hadapan adalah Bukit Jeram. Beberapa hari kemudian saya terlihat sebuah peta Selangor yang agak penuh butiran lalu terlihat kedudukan sebenar Bukit Jeram. Rupa-rupanya ia masih berdekatan pantai, bukan di pendalaman...


Siang tadi selepas Zuhur saya keluar bersama isteri untuk mencari bukit ini...


Melihat pada jalan yang diambil dan kedudukan di peta dalam ingatan, rasanya bukit yang kelihatan di latar-belakang adalah Bukit Jeram...



Alhamdulillah, kali ini telahan saya tepat.


Satu perkara yang menarik. Sebelum sampai ke sini, kami ada singgah di Bukit Rotan yang terletak di jalan Kuala Lumpur ke Kuala Selangor sejurus sebelum simpang tiga di Asam Jawa. Walaupun sudah mengambil jalan itu entah berapa kali, baru kali ini kami tergerak untuk masuk ke dalam melihat Bukit Rotan. Keluar dari kawasan bukit tiba-tiba saya tergerak bertanyakan isteri apakah terdapat mana-mana masjid bernama Nurul Izzati.

Masuk ke Bukit Jeram saya ingin mencari jalan naik ke puncak. Tiba-tiba terlihat tadika bernama Nurul Izzati di kaki bukit dan di sebelahnya kelihatan jalan dan anak tangga naik ke atas! Saya pun keluar kereta untuk memastikan... memang ada jalan. Apalagi kami pun mula memanjat.



Ini adalah pemandangan dari pertengahan bukit.




Ini pula di puncak...





Apakah yang istimewa tentang Bukit Jeram? Pihak Muzium Selangor menyenaraikannya sebagai salah satu dari sedikit tempat yang paling bersejarah dalam negeri itu.





Kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang menyebut di sinilah Paduka Mimat anakanda kepada Sultan Mansur Shah Melaka dengan Puteri Hang Li Po dari China pernah bersemayam lebih 400 tahun lalu! Katanya istana baginda pernah terletak di puncak bukit. Yang pasti boleh kelihatan peninggalan bangunan. Lihat artikel A climb up the hill called Bukit Jeram di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Saya cuba melihat Bukit Jeram dari setiap sudut sambil mengambil jalan mengelilinginya...





Di satu bahagian lain kaki bukit terdapat sebuah tanah perkuburan Islam...






Saya tidak pasti jika ada makam lama namun tertarik dengan sebuah makam dengan sebatang batu nesan...







Kemudian kami naik ke Bukit Melawati di Kuala Selangor lalu masuk ke muzium yang ada di puncak. Kata orang di tapak muzium ini pernah terletak istana awal kerajaan Selangor iaitu semasa Sultan pertama hingga ketiga Selangor memerintah pertengahan abad ke 18 hingga awal abad ke 19.




Di muzium itu saya menyemak kembali maklumat dengan kedudukan bukit-bukit bersejarah yang ada di dalam daerah Kuala Selangor termasuk Bukit Jeram. Rupa-rupanya Jeram pernah menjadi satu pelabuhan penting dahulukala. Di bukit itu beberapa kerabat diraja pernah mendirikan pusat. Ia juga pernah dijadikan markas tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Adapun dalam beberapa bukit bersejarah yang tersenarai cuma tinggal lagi satu bukit sahaja yang saya tidak tahu lokasinya. Ia adalah Bukit Hospital dan menurut maklumat muzium di sini terdapat makam seorang pemimpin wanita Bugis yang pernah menjadi Yang Dipertuan Selangor sebelum muncul Raja Lumu ibni Daeng Chelak yang dinobatkan secara rasmi sebagai Sultan Salehuddin, Sultan pertama Selangor pertengahan abad ke 17. Alhamdulillah, ketika baru hendak memulakan pencarian Bukit Hospital, isteri saya ternampak sebuah tanah tinggi yang memenuhi ciri-ciri yang diceritakan di muzium. Kami pun memanjat bukit... ternyata memang ada kesan peninggalan hospital lama yang telah runtuh. Lihat The hill called Bukit Hospital in Kuala Selangor.



Berbalik pada pemimpin wanita yang disebut dalam muzium. Biar dicopy and paste maklumat dari laman rasmi daerah... http://mdks.gov.my/ .


Sebelum Daeng Chelak, anak raja Bugis lima bersaudara dari Pulau Sebilis itu datang ke Selangor, di Kuala Selangor telah memang ada didiami oleh manusia diketuai oleh seorang perempuan yang adil dari kaum Bugis yang bernama Upu Chendera Burung. Sifat seorang pemerintah yang bertimbangrasa inilah yang mempengaruhi hati penduduk asli di situ, hinggakan mereka bersumpah tidak akan melantik ketua yang lain kecuali dari keturunan Bugis. Faktur inilah yang menyebabkan kedatangan Raja Lumu ke Selangor telah diterima baik oleh penduduk tempatan.

Apabila meninggalnya ketua mereka, lalu dikebumikan di atas sebuah bukit. Mengikut ceritanya bukit itu ialah Bukit Hospital yang berhampiran dengan Majlis Daerah Kuala Selangor sekarang ini (1979). Di sisi pusara Upu Chendera Burung ini terdapat sebuah kolam air tawar dan sepohon bunga Tanjung.


Adapun nama Upu Chendera Burung ini seakan-akan ada persamaan dengan Opu Tanderi Buring, orang yang dikatakan adalah ayahanda kepada 5 Daeng bersaudara terkenal, Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambon, Daeng Chelak (ayahanda kepada Sultan pertama Selangor) dan Daeng Kemasi. Apakah mungkin mereka orang yang sama? Tapi Upu Chendera Burung dikatakan seorang wanita sedangkan Opu Tanderi Buring dikatakan lelaki...

Namun persoalan terus berlegar bahawa mereka mungkin orang yang sama tetapi disalah-faham identitinya. Apakah sejarah rasmi berkenaan bangsa Bugis yang banyak diambil dari kitab Tuhfat Al-Nafis karangan Raja Ali Haji yang berketurunan Daeng Chelak itu yang tersilap menyatakan Opu Tanderi Buring sebagai seorang lelaki? Ini tidak mustahil kerana menurut sumber lain seperti Lontara Sukuna Wajo yang pernah ditunjukkan kepada saya oleh seorang waris dari Sabah, Daeng 5 bersaudara yang amat terkenal itu bukannya adik-beradik tetapi telah dianggap begitu sejak sekian lama.

Saudara ini pernah menunjukkan sebuah salasilah sebesar 5 x 10 kaki gitu yang menyertakan nama dan gelaran setiap raja dan bangsawan Bugis yang diketahui sejak 1,200 tahun lalu gitu. Salasilah ini bukan sahaja mengandungi banyak maklumat yang bercanggah dengan apa yang umum biasa dengar di Malaysia malah menyatakan kedudukan Daeng 5 bersaudara sebagai bangsawan kelas menengah berkedudukan di bawah seorang raja besar Bugis yang menyembunyikan identiti sebenarnya apabila berhijrah ke Perak dalam rangka-kerja melawan penjajahan Belanda.

Dilihat dari sudut lain pula apakah pihak muzium yang tersilap maklumat menyangkakan bahawa Upu Chendera Burung adalah perempuan? Sebelum kita bercakap lebih lanjut, biar disebut pada satu hujung lereng Bukit Hospital terdapat seorang bangsa Cina yang bekerja membuat dan menjual batu nesan yang dibuat dari batu sungai dan bukit.





Yang menarik dia membuat batu nesan untuk orang Islam! Malah menurutnya seorang kaum kerabat keluarga Yang di Pertuan Agung dahulu iaitu Raja Perlis yang berketurunan Nabi Muhammad SAW dari jurai keluarga Jamalulail pernah menempa batu nesan daripadanya...




Isteri saya pula begitu teruja. Ini kerana sejak 2-3 bulan kebelakangan ini dia sibuk mahu mencari batu nesan yang dipahat dari sungai tetapi tidak ditemui kerana kekurangan pakar (malah katanya sudah tiada di sekitar Selangor). Batu sebegini bukan boleh main pahat sembarangan... kalau tak kena ia akan pecah rosak begitu sahaja.

Allah! Padahal perjalanan kami ke Janda Baik baru-baru ini (lihat Lawatan ke Janda Baik sempena masuk bulan Rejab) juga dibuat untuk mencari batu-batu sungai demi memenuhi wasiat almarhum ayahanda isteri yang berpesan agar pusaranya ditanda dengan batu sungai, kalau boleh dipahat seperti yang terdapat pada pusara almarhumah ibunda isteri. Siapa sangka di kaki Bukit Hospital ini kami boleh berjumpa dengan seorang tukang yang mahir?

Malah isteri saya menyebut bahawa memangpun selama ini ada orang memberitahu di Kuala Selangor terdapat tukang yang mampu memahat batu sungai dengan baik tetapi katanya sudah meninggal dunia! Tersenyum lebar apek ini apabila disebut tukang yang ada di situ sudah meninggal. "Ini, saya masih ada lagi di sini! Saya membuat kerja turun-temurun sejak datuk saya datang dari Cina..."

Kata apek ini lagi dia telah membuat kerja memahat batu nesan sejak 30 tahun lalu! Ait? Saya teringat kata-kata seorang teman yang baru balik dari Pulau Jawa. Katanya penjaga Masjid Demak yang mengamanahkannya agar berbuat sesuatu di pusat Kuala Lumpur (lihat Ke pusat asal Kuala Lumpur... lagi misi bulan Rejab?), telah menjaga masjid itu selama 30 tahun. Hmm... macam ada kaitan je...





Nampaknya selain mahir memahat batu nesan orang Melayu dan Islam beliau juga banyak tahu tentang cerita-cerita lama Kuala Selangor. Katanya dia sering didatangi mereka yang sibuk mencari harta karun melalui jalan ghaib, antaranya bomoh dan kerabat diraja. Lantas dia bertanya jika saya ada darah Raja Bugis. Apapun saya tidak berminat mahu mencari harta karun mahupun senjata lama atau apa-apa bentuk geliga yang boleh memberikan kekayaan mahupun kuasa. Saya cuma mahu menziarahi makam lama di Bukit Hospital seperti dinyatakan di muzium dan dia pun menerangkan arah...





Cuma katanya jalan masuk ke makam yang ada agak bersemak dan jauh kerana perlu mengelilingi bukit dan mungkin ada ular sawa. Tak apa, kami sudi mengambil risiko kerana mahu menziarahi makam. Selain mahu berziarah sebagai orang Islam, saya mengharapkan agar akan dapat ilham yang akan membukakan lebih banyak cerita yang tersembunyi.

Alhamdulillah sebuah makam yang terserlah dapat ditemui. Apakah ini makam Upu Chendera Burung yang disebut di muzium atas Bukit Melawati? Yang pasti tidak kelihatan apa-apa makam lain di sekeliling Bukit Hospital. Tentang pemilik makam, apek pembuat batu nesan tadi menyebut ia adalah milik seorang panglima lelaki. Namun ikatan kain kuning pada batu nesan menandakan panglima ini berdarah raja. Malah 5 Daeng bersaudara itu sendiri asalnya para panglima berdarah raja yang kemudian dapat menaiki takhta.

Kata apek itu lagi dia pernah bertemu dengan roh panglima. Orangnya garang, banyak bercerita tentang raja-raja tetapi beliau sendiri bukan seorang raja. Apek itu juga berkata dia pernah terserempak ular berkepala 5 jelmaan Panglima Hitam, seorang panglima yang pernah mengiringi Sultan-sultan Selangor yang bersemayam di Bukit Melawati (makamnya ada di atas sana dalam kawasan pemakaman diraja). Saya pun tak tahu nak kata. Ada kemungkinan yang ditemuinya itu cuma jin mahupun Qarin atau kembar manusia di alam jin. Tapi tetap ada maklumat yang berguna asal sahaja dapat ditapis dengan penggunaan matahati...

Oh. Biar dimaklumkan, sepanjang naik Bukit Hospital dari satu sudut merentasi ke puncak sehingga ke lereng sebelah lain bertemu apek membuat batu nesan melihat kedainya yang begitu ringkas sampailah saya dan isteri lalu jalan belakang untuk ke makam saya asyik deja vu. Apek ada menyebut bahawa di puncak Bukit Hospital pernah terdapat istana kecil penempatan awal kerabat diraja Bugis sebelum keSultanan Selangor muncul secara rasmi dengan nobat dan pengiktirafan dari Sultan Perak pertengahan abad ke 17. Untuk melihat gambar-gambar makam lihat posting selepas ini di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Dengan ini lepaslah luahan dari gerak hati saya buat masa ini... Alhamdulillah! :]

6 comments:

Anonymous said...

sy penah ke makam tu thn lepas...ape yg diceritakan olek pembuat nesan tu same ape yg abg MS bgtau...xberubah...tp tah r...bila di makam tu terasa mcm ade org yg bersama2....

^^~::RadenCilik::^~^ said...

Salam...
Menurut buku YB Datuk Yusoff Hassan yang kita jumpa aritu..kat jeram tu ada
1.Makam Lebai Hussin.
2.Perigi Putri Hang Li Poh
3.Tempat Peperangan Tengku Kudin dan Raja Mahdi

Kat Kg Api2 tu ada bagan Permatang yang berpasir..kt kg api2 nih dikatakan Dibuka oleh Daeng LokLok yang berkahwin dengan Puteri sultan sulaiman(Sultan Selangor)kalo tak silap

sorry la x dapat nak join trip naik bukit tu..nnti kalo ader rezeki nnti sy join... :)

P/s: tadi sy on da way travel g segamat ada lalu kat Jalan kuchai lama..sementara cari jalan kuar tu terjumpa papan tanda jalan MERAH SILU... :) too bad tak sempat nak amik gambar..jalan sibuk...

Mohd Shahrizal said...

Seblum kedatangan Raja Lumu, pemerintah di Selangor adlh wanita, seblom kedatangan Sultan Mudzaffar, pemerintah di Ulu Perak adlh wanita, Kelantan pernah ada 2 pemerintah wanita, begitu jugak Langkasuka (cuma empayar sayyam je xpenah ada pemerintah wanita sejak 222H.. ;P ) semua pemerintah wanita yang pernah ada mempunyai sejarah mereka tersendiri yg hebat... So, siapa kata islam dan alam melayu selalu mendiskriminasikan wanita? Thanks MS for this new info...

Abgcengkih said...

Ada pendapat mengatakan bahawa di makam bukit hospital itu tempat Tengku Ahmad malah mendakwa mereka pernah melihat lelaki berpakaian dulukala turun ke gigi air untuk berwudhu disitu dan kemudiannya ghaib. Dalam sungai selangor, setentang dengan lokasi itu terletaknya Batu Harimau. Antara tebing dengan batu tersebut adalah spot kegemaran pemancing kerana banyak Jenggo, terkadang siakap; tetapi...spot itu juga tempat kegemaran sang Bedal!

Radzi Sapiee said...

Hmm. Cerita sikit siapa dia Tengku Ahmad dan bagaimana salasilah kaitannya dengan keSultanan Selangor. Ait? Kat tepi situ pun ada port sang Bedal ke? Banyak ke kat Sungai Selangor ni?

Abgcengkih said...

Tengku Ahmad...hmmm...entah sapalah dia tu. Saya dapat cerita dari kawan yang memetik aka quote dari arwah bapanya (tukang pandu feri dolu-dolu). Memang itu salah satu Main port sang bedal. Selain dari port Harimau limunan, bunian.etc. Setiap kali kabus berkepul menerjah datang dari arah permatang melalui sungai menghala bukit, biasanya ada yang menjadi mangsa kecelakaan maut, di selekoh bukit hospital itu sahaja tahun lepas terjadi sekurangnya 2 kemalangan maut.

Cuba cari info dari otai2 kg Permatang Raja. Lawat dulu permatang raja. Belah belah pekan ni tak leh diharap......