Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Monday, November 19, 2012

Awal Muharam di Tanjung Tuan

Sementara masih ada sisa 19 November biarlah dibuat cerita ini...


Selasa 13 November 2012 kami anak beranak pergi ke bandar Port Dickson lalu singgah makan tengah hari di warung tepi selat.


Johan pun turut sama makan...


Disebabkan tidak ada kerusi bayi kami harus menjadi kreatif. Oh, pemandangan daripada warung yang terletak berdekatan pusat bandar ini agak menarik. Lihat artikel Views from a jetty at Port Dickson town blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Kemudian kami bergegas ke Permaisuri Resort yang terletak di Tanjung Tuan.


Di sini akan diadakan majlis reunion atau temu semula bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) yang mana isteri saya adalah seorang ahlinya.


Resort ini mungkin yang paling besar di Tanjung Tuan. Yang nyata ia memiliki bangunan paling tinggi. Namun ada masalah besar tentang service di sini. Saya malas nak panjangkan. Semua yang terkena pasti tahu.


Nasib baik bilik kami agak selesa. Namun ada kawan-kawan isteri yang merungut tentang keadaan bilik mereka...

Rehat sebentar sambil menonton filem X-Men di kaca tv. Sementara itu saya mengambil peluang melihat pemandangan dari bilik juga dari tingkat paling atas bangunan. Lihat Views from the Permaisuri Resort at Tanjung Tuan
.


Kemudian baru keluar menikmati suasana.


Di sinilah kami anak-beranak menginap 3 hari 2 malam untuk acara. Lihat artikel The wife's secondary school reunion 2012.


Khamis 15 November tengah hari. Selepas check out baru kami menghala ke bahagian hujung Tanjung Tuan, bahagian yang betul-betul tanjung.


Bila dah sampai sini rasa tak sah kalau tak mendaki bukit hingga ke rumah api. Ini adalah kali pertama anak kecil kami Johan dibawa ke sini. Sebelum ini saya pernah membawa isteri dan anak-anak lain melihat pemandangan cantiknya. Lihat Baby Johan's first visit to the light house of Tanjung Tuan.
.

Selepas itu saya membawa keluarga ke tempat di mana dikatakan terdapat tapak kaki Hang Tuah. Ia adalah kali pertama isteri dan anak-anak sampai. Saya juga membawa mereka melihat makam di lereng bukit belakang. Lihat The wife and kids first visit to the so-called foot-print of Hang Tuah and the tomb behind.

.
Kami sama-sama mandi air perigi di sebelah.


Destinasi seterusnya adalah pulau yang dikenali sebagai Pulau Masjid. Ini adalah kali pertama saya sendiri tergerak untuk ke situ.




Ketika itu air surut. Dapatlah kami berjalan kaki meredah air yang tak sedalam mana sampai ke pulau.


Kami anak-beranak sempat panjat sebuah batu tinggi. Lihat artikel The 'Mosque' island.


Namun ada lagi batu-batu yang lebih tinggi di Pulau Masjid. Ia lebih susah dipanjat lalu saya menyuruh isteri dan anak-anak menunggu di tempat redup sementara saya melayan kepala gila. Lihat Views from the peaks of the 'Mosque' island.


Air surut juga membenarkan kami kembali ke kaki bukit tempat meletak kereta dengan mengambil laluan pantai. Kalau tidak kawasan ini akan tenggelam sedangkan tepiannya berbukit tinggi curam.


Sambil berjalan kami sempat melihat Pulau Masjid di belakang.


Selesai melihat Tanjung Tuan kami singgah lagi ke bandar Port Dickson untuk makan 'tengah hari', kali ini  memang sangat lewat... dah masuk 5 petang.


Selepas itu kami pergi ke masjid daerah untuk bersolat. Lihat artikel Masjid daerah (District mosque of) Port Dickson di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Dalam perjalanan kembali ke rumah kami singgah di Lukut yang masih terletak di dalam lingkungan daerah Port Dickson... untuk menziarahi makam kerabat diraja Bugis yang bernama Raja Jumaat atau Raja Jemaat, daripada nasab Daeng Parani. Singgah juga di masjid berdekatan. Lihat Masjid (Mosque of) Lukut.

Oh. 15 November itu adalah bersamaan 1 Muharam. Maka kiranya kami telah menghabiskan  tarikh tersebut rata-rata di sekitar Tanjung Tuan, singgah di makam ini pun masih 1 Muharam. Tak lama kemudian baru masuk Maghrib dan tarikh baru menurut kalendar Islam.


No comments: