Melepaskan satu gerak bercerita untuk keberkatan kerja-kerja akan datang. Mengambil kesempatan atas masuknya bulan Oktober hari ini, 1 Oktober 2015 bersamaan 17 Zulhijjah 1436 Hijriah.
Ini adalah kamera baru saya, kamera digital ke-7 pernah saya miliki. Ia baru sahaja dibeli 2 hari lalu iaitu pada 29 September bersamaan 15 Zulhijjah. Ada keadaan tertentu menyebabkan saya membuat update berikut di Facebook petang itu. Ada le sebut sikit pasal beli kamera baru...
-------------------
MENGHARAPKAN BERKAT 15 ZULHIJJAH
Hari ini, selepas satu perbincangan tengah hari dengan seorang profesor di CASIS, UTM untuk mengatur satu bahagian isi dokumentari "Daulah Melayu", saya tergerak untuk pergi makan nasi kandar di Jalan TAR. Kereta ditinggalkan di satu jalan belakang. Selepas makan terasa mahu bersolat Zuhur di masjid jamek KL. Mulalah berjalan kaki menghala ke sana, terlihat bangunan Maju Tower kat Maju Junction, teringat ada pejabat Perbadanan Kota Buku di sana. Dah pi naik pulak lepak sat dengan CEO, tuan Sayed Munawar. Setelah beberapa lama saya pun beritahu nak sambung gerak pi solat Zuhur di masjid jamek. Dia kata dia pun sebenarnya baru nak bersolat bila saya sampai. Dia pun ajak solat berjemaah kat Kota Buku. Saya pun ikutlah.
Lepas tu masih ada rasa nak pergi masjid jamek. Nampak kedai kamera kat Pertama dah melencong ke situ. Tengok ada kamera yang saya berkenan dan cukup murah. Dah sambar satu. Lagipun saya dah lama hilang kamera, asyik pakai kamera pinjam kawan aje. Teruskan berjalan, melencong pulak masuk Sogo. Pi beli air kopi sejuk Famous Amos, lepas tu tengok orang busking pulak.
Akhirnya tak jadi pergi masjid jamek kerana dah lewat. Ikut plan asal, lepas makan nasi kandar nak pi Perpustakaan Negara. La ni jam 5 baru sampai perpustakaan. Lepas solat Asar pi le cari beberapa buku sejarah tentang Perak. Bukak laptop tengok2 ada wi-fi. Layan le sat. Tu yang buat update ni. Tengah nak buat update ada pulak seorang anak muda yang duduk tidak jauh daripada saya menegur kerana melihat saya berbusana penuh tradisional Melayu, bersampin, bertanjak dan berkeris. Cerita punya cerita, rupanya anak muda ini daripada keluarga Megat campur raja Perak. Macam tau2 je...
Semua yang berlaku sejak selesai perbincangan di CASIS tadi, walaupun melencong ke sana ke mari, tujuannya cuma satu sahaja. Saya dah berjanji pada diri sendiri. Hari ni nak ambik berkat 15 Zulhijjah untuk memulakan penulisan buku baru untuk satu siri yang akan dipanggil "Siri Pemikiran Merah Silu". Saya sudah diminta agar dapat menyiapkan manuskrip secepat mungkin supaya buku dapat diterbitkan bulan Disember. Hari ni, dapat 2-3 perenggan sebagai syarat pun jadi le. Doakan saya ya...
Selepas saya hilang kamera ke-6 beberapa hari sebelum acara seorang kawan di Shah Alam menawarkan untuk memberi pinjam kamera milik keluarga yang jarang dipakai mereka. Dalam perjalanan untuk ke tempat acara di Negeri Sembilan saya pun singgah ke rumahnya untuk mengambil kamera. Biar dicopy paste perenggan-perenggan berkaitan :-
-------------------
Adapun acara itu sendiri berlangsung pada Sabtu 4 April. Tetapi disebabkan ia bertindan dengan satu program belia yang bermula malam sebelumnya saya harus bergerak ke lokasi petang Jumaat itu. Ini adalah gambar di rumah seorang kawan di Shah Alam yang disinggahi dalam perjalanan. Saya ambil gambar ini untuk menguji kamera digital yang dipinjam daripada kawan itu. Ini kerana beberapa hari sebelumnya saya hilang kamera milik sendiri setelah berjalan keluar masuk hutan berdekatan rumah. Nak beli kamera baru yang sesuai perlukan masa untuk memilih dengan bijak. Dan saya pun tiada bajet untuk membeli buat masa ini.
Keluar daripada kawasan rumah kawan di Shah Alam saya test lagi. Nampak ok kamera ini. Cuma ada sedikit masalah. Segala tulisan yang muncul pada skrin adalah tulisan Jepun, nak ubah tak boleh. Ini kerana kamera adalah hadiah yang diterima suami kawan semasa menghadiri satu majlis di sana. Maka nak ubah apa-apa setting, picture resolution dan sebagainya tak dapatlah kita.
Kedua, ia model lama. Tidak ada butang terus untuk merakam video, kena ambil sedikit masa pakai dial untuk mengubah fungsi. Ketiga, setelah tangkap gambar ada pause sesaat dua tanpa ditunjukkan bagaimana rupa gambar yang diambil seperti boleh dilihat pada kamera-kamera digital sejak lebih 5 tahun kebelakangan kalau tak salah. Terpaksa masuk playback mode dan itu pun ambil masa untuk access, baru kita tahu gambar elok ke tak. Bila masuk playback pula kalau kita ada zoom sebelumnya ia akan kembali pada posisi asal.
Dah satu kerja pulak nak kena zoom balik selepas itu. Apapun, alhamdulillah ada juga kamera kawan untuk membantu saya yang rajin merakamkan keadaan. Cuma rentak kebiasaan merakam sedikit terganggu akibat masalah-masalah ini.
-------------------
Berbalik pada hal sekarang. Setelah beberapa lama menggunakan kamera pinjam tersebut ternyata gambar-gambar yang diambil boleh tahan cantik. Mungkin sebab lensanya bagus. Tetapi selain masalah yang disebutkan dalam sedutan ada satu perkara lagi kena sabar. Saya tak dapat tukar resolusi sedia ada pada kamera iaitu 1920 x 1080. Ini menyebabkan gambar kelihatan memanjang bila diambil melintang, melonjong bila membujur kerana ia adalah setting rakaman untuk paparan widescreen televisyen Full HD iaitu High Definition.
Paparan sebegini menggunakan ratio atau nisbah 16:9 berbanding 4:3 untuk tv lama (lebar berbanding tinggi). Saya pun tak tahu camana dapat setting tu, yang saya tahu itulah sedia ada yang paling menjimatkan memory boleh saya dapat daripada kamera itu. Paparan biasa kamera menyerupai paparan tv lama iaitu nisbah lebar berbanding tinggi adalah 4:3. Pada kamera pinjam tu kalau nak tukar paparan 4:3 bukan tak boleh, seharusnya semua kamera digital boleh. Cumi tak reti tukar setting lantaran semua paparan maklumat dalam skrin adalah dalam bahasa dan tulisan Jepun.
Sebenarnya kita boleh masuk ratio 4:3 menggunakan dial. Tapi terus masuk setting resolution rakaman 12.1 Megapixel lalu menelan memory 6 kali ganda banyak berbanding pakai 1920 x 1080. Kamera ini pula jenis model lama yang hanya boleh memakai memory card khas dengan muatan maksimum cuma 2 Gigabyte. Dalam setting 12.1 Megapixel sekitar 350 lebih gambar sahaja boleh disimpan, pada setting 1920 x 1080 baru boleh dapat lebih 2,000 keping.
Apapun, memang tabiat saya suka mengoptimumkan penggunaan kamera agar dapat mengambil sebanyak gambar yang mungkin tanpa menjejaskan kualiti. Walaupun kamera digital pertama saya memiliki resolusi tertinggi 8Mp, dan kamera-kamera selepas itu memiliki resolusi lebih tinggi (kamera ke-7 boleh pergi 20Mp) saya rasa cukup 2-3 Mp untuk kegunaan biasa,. Bila nak gambar yang betul-betul teliti baru pakai resolusi tinggi. Oleh itu, nak tak nak saya perlu mendapatkan kamera lain yang lebih selesa. Nah, masuk le lagi cerita kamera baru.
Sedar tak sedar dah dekat 6 bulan saya ke sana ke mari merakamkan pelbagai acara, majlis dan keadaan dengan menggunakan kamera pinjam yang memiliki pelbagai masalah itu. Hal ini, meminjam sampai setengah tahun ni pun baru saya sedari ketika menulis artikel ini. Selama ini saya cuma rasa dah lama pinjam, tak pasti berapa lama. Selain memerlukan kamera yang lebih selesa sampai bila nak pinjam kamera orang? Cuma tu le, baru 2 hari lepas muncul kesempatan.
Dalam tempoh 6 bulan menggunakan kamera pinjam itu bukan saya tidak meninjau-ninjau kamera yang sesuai dan dalam kemampuan. Setelah beberapa lama melihat ke sana ke mari baru jumpa di Plaza Low Yatt, sebelum bulan Ramadhan lalu kalau tak salah. Tapi tiada wang untuk membelinya ketika itu. Bila dah ada wang dekat-dekat nak raya Aidil Fitri muncul pula kes anak Melayu ditipu dengan handphone tiruan di Low Yatt. Ini menyebabkan anak Melayu itu dan kawan-kawannya mengamuk di kedai. Susulan daripada itu mereka dipukul warga peniaga Low Yatt yang rata-rata berbangsa Cina. Bertambah lagi kekecohan apabila beribu anak Melayu yang sudah lama tidak puas hati dengan kebiadapan bangsa ini terhadap orang Melayu menyerang Low Yatt.
Susulan daripada itu orang Melayu diseru agar memboikot Low Yatt. Saya pun akur dan ikut memboikot sama, Sebagai seorang aktivis kedaulatan Melayu dan Islam yang dikenali agak ramai orang mana boleh saya kelihatan membeli-belah di Low Yatt walaupun tak jumpa tempat lain menawarkan kamera serupa pada harga lebih kurang sama? Di Low Yatt dahulu pun saya cuma jumpa satu kedai sahaja menawarkan harga cukup rendah untuk kamera yang diminati itu. Tak payah sebut berapa. Cukuplah dinyatakan bahawa harga yang ditawarkan itu hampir 50 peratus berbanding yang diiklankan di kedai-kedai lain. Di kedai lain tu kalau mintak turun pun tak lebih 10 peratus mereka beri...
Siapa sangka ketika berjalan kaki di Jalan TAR (Tuanku Abdul Rahman) 2 hari lepas dengan niat mahu bersolat Zohor di Masjid Jamek, Kuala Lumpur boleh terlihat kamera seperti di Low Yatt pada harga rendah yang pernah ditawarkan cuma satu sahaja kedai di pusat membelah-belah itu. Malah masuk-masuk je kedai terus nampak harga rendah hampir 50 peratus diiklankan. Cerita punya cerita dapat tawar lagi 7%/ daripada harga yang sudah sedia rendah itu. Terasa ada keberkatan ia berlaku pada 15 Zulhijjah sedangkan saya takkan berjalan di sana waktu itu kalau tidak disebabkan mahu menghabiskan masa sebelum menghadiri satu mesyuarat melibatkan beberapa NGO perjuangan Melayu dan Islam malam itu.
OK. Itu cerita 2 hari lepas. Jadi kenapa hari ini baru hendak bercerita panjang lebar dengan artikel diberikan nama "Kamera digital ke-7 memulakan peranan secara rasmi"? Sebenarnya saya cuma mengikut gerak yang sedikit sebanyak dipandu oleh keadaan seperti tarikh baik mengikut kiraan Barat mahupun kiraan Islam. Itulah diri saya dan cara saya menulis. Untuk penulisan dalam
blogspots, saya selalu mengunakan gambar sebagai panduan. Setiap kali membuat perjalanan atau pergi ke majlis yang terasa signifikan saya akan mengambil gambar. Untuk penulisan saya pilih sejumlah gambar yang sesuai lalu penulisan dapat dibuat dengan menerangkan apa yang berlaku dalam gambar. Kadangkala suatu ilham boleh tercetus apabila melihat gambar.
Maka itu penggunaan kamera yang selesa, cukup menepati keperluan sangat penting buat saya. Sejak beberapa tahun kebelakangan saya mengumpulkan gambar-gambar mengikut tahun ia diambil. Saya sudah lupa apakah tahun tepat amalan ini dimulakan. Yang pasti saya mula aktif mengambil gambar apabila hadir ke majlis pengkebumian kembali seorang moyang penghujung 2006. Lihat
Pengembalian jenazah Laksamana Muhammad Amin ke Makam diraja Bukit Chandan..
Ketika itu saya meminjam kamera digital sepupu. Selepas beberapa bulan baru membeli kamera digital pertama untuk diri sendiri. Cuma saya terlupa untuk
set atau menetapkan tahun dan tarikh dalam sistem kamera. Apabila kamera tersebut rosak lalu saya beralih pada kamera digital kedua yang lebih canggih, baru tahun dan tarikh ditetapkan dalam sistem, Maka itu apabila sampai masa dan rasa untuk mengatur koleksi gambar mengikut tahun. saya melabelkan satu fail sebagai tempat simpanan gambar-gambar sebelum tahun 2008, Gambar-gambar selepas itu baru diatur betul-betul mengikut tahun.
Untuk setiap tahun pula gambar-gambar diatur mengikut bulan, atau mengikut acara/perjalanan yang cukup signifikan untuk memiliki fail sendiri. Lihat
screen grab di atas. Ini adalah sebahagian daripada fail dalam
folder saya tahun 2015. Oleh kerana kamera baru dan ke-7 dibeli pada 29 September, tinggal sehari sahaja sebelum bulan tamat maka biar gambar sehingga tamat bulan diambil menggunakan kamera pinjam. Ini dibuat supaya gambar daripada kamera baru tidak bercampur-aduk dengan gambar kamera pinjam yang sudah hampir sebulan dilonggokkan dalam fail September termasuk untuk acara yang dihadiri semala (lihat artikel
Tentang Patani dan perjuangan Tuan Guru Haji Sulong, dipersembahkan jam 2 petang tadi). Masuk bulan Oktober iaitu hari ini, baru dibuka fail menggunakan gambar daripada kamera baru. Dengan itu, kamera digital ke-7 pun memulakan peranan secara rasmi...
Ini pula kamera ke-4 saya. Ia hilang akibat tercicir, mungkin terjatuh keluar daripada
pouch bag atau beg pinggang akibat terlupa menutup zip dengan kemas ketika menunggang motosikal penghujung 2012. Lihat luahan berkenaan dalam artikel
Makna di sebalik tamatnya perkhidmatan suatu kamera...
Kamera ke-5 dan ke-6 pula saya takda gambar. Kedua-duanya kini tinggal kotak. Kamera ke-5 serupa pada kotak yang bertenggek di atas, cuma berwarna
silver ataupun perak, kamera ke-6 berwarna keemasan. Apa yang berlaku pada kedua-dua kamera ini ada diterangkan dalam artikel
Hikmah laptop rosak. Dengan ini lengkaplah gerak penceritaan saya untuk hari ini. Selamat... :]
p/s : Artikel ini dimulakan sekitar 4 petang lalu dipublish atau diterbitkan pada jam 6.47 ketika separuh siap agar dapat tarikh Islam 17 Zulhijjah. Ia cuma betul-betul siap dan lengkap pada jam 9.20 malam Jumaat. Ketika itu sudah masuk tarikh Islam 18 Zulhijjah walau masih 1 Oktober menurut kiraan Barat.