Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan!
Poster terdahulu sebelum keluarnya BKA III

Poster pertama dibuat untuk promosi siri buku Jun 2007

-----------------------

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, terbit Jun 2006

Sila lihat Sinopsis BKA I

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, terbit Mei 2007

Sila lihat Sinopsis BKA II

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, terbit November 2007

Sila lihat Sinopsis BKA III

Siri buku "Berpetualang ke Aceh" ini mendapat perhatian golongan pembaca yang serius dan suka berfikir sehingga ia turut disimpan di Library of Congress America dan National Library of Australia! Semak sendiri kenyataan ini di http://www2.library.ohiou.edu/info/newacq/2008-10/p.html dan http://catalogue.nla.gov.au/Record/4535157

Sebuah DVD perjalanan mencari sejarah menurut gerak hati bertajuk "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" telah diterbitkan Oktober 2008. Sila baca artikel pengenalan Program berjalan sambil buat video cerita Perak sekitar Perjanjian Pangkor 1874 dan pembunuhan Birch, apa sebenarnya berlaku... Jemputan untuk semua!. Atau lihat penerangan dengan klip video khas di artikel Perjalanan ke Perak: DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" dah siap!

----------------------------

Buku-buku di atas, juga DVD boleh dibeli. Sila masuk ke sini... Cara-cara mendapatkan siri buku BKA dan DVD... Untuk mereka yang berada di selatan terutama sekitar Muar, boleh hubungi Khairi Sapiee (016-6849248) atau pergi ke kedai buku City Star yang beralamat di 88, Jalan Abdullah, sebelah Maybank di tengah bandar. Untuk mereka di sekitar Pahang terutama di Raub sila hubungi Puan Rohani Arshad (017-9508549) atau Nasrizal Hamid (019-9581195, 012-9215725). Buku "Berpetualang ke Aceh" juga boleh didapati di MBO Book Centre, Kompleks PKNS Shah Alam. Sementara itu masih ada stok di sesetengah kedai buku MPH dan Popular Bookstores di seluruh Malaysia.

Ini pula adalah buku ke-empat dan terbaru saya, bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia. Ia juga boleh didapati di kedai-kedai buku terpilih seluruh Malaysia namun saya sendiri tidak menjualnya. Sila baca artikel Buku "Rumah Azan" dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC untuk penerangan dan lihat side-bar kanan untuk kumpulan artikel-artikel lama yang menceritakan perjalanan serta pengalaman sebenar semasa membuat buku ini.

--------------------------------------------------

Jangan lupa... Sila lihat juga cerita-cerita terkini di blogspot-blogspot saya yang lain iaitu BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)

Untuk tahu apa ceritanya di atas ini, sila masuk ke sini - Mari kita bantu baik pulih Dewan Tok Kenali sampai siap! Amacam?

Setelah membuat artikel Baru sampai ke makam Syiah Kuala yang amat terkenal itu! pada pagi Selasa 7 Julai 2009 bersamaan 14 Rejab 1430 Hijrah, terasa nak letak gambar ini pula, katanya gambar Sheikh Abdul Rauf...

Saturday, December 15, 2007

Terbaru! Apa kata I-Kon tentang penulis...


Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan pada Rabu lalu telah berlaku satu temuramah antara saya dengan akhbar Berita Harian dan inilah hasilnya... Diambil daripada bahagian I-Kon hari ini, mukasurat 14. Atau masuk ke cerita on-line nya di Mencari diri, erti kehidupan.
Hmm... Senang cerita, biar dipaparkan isinya di sini... Hehe! Memang saya mahu memaparkannya untuk tatapan semua. Maklumlah, seronok apabila usaha mencari diri dan erti selama ini mula mendapat pengikhtirafan yang lebih bermakna. Saya rasa sesiapa pun di tempat saya akan terasa begitu. Allah sahaja yang tahu bagaimana peritnya laluan saya selama ini demi memegang teguh kepada apa yang menjadi keyakinan diri, baru kini dapat bernafas sedikit lega, itupun belum 100 peratus selesai lagi...



Mencari diri, erti kehidupan

Pencarian membawa Radzi jauh berkelana

Oleh Diyanah Anuar


SIAPA sangka, seorang yang sebelum ini hidup ala kebaratan sanggup mengubah gaya hidup moden dan pemikiran berlandaskan sains dan matematik demi mengembara mencari dirinya yang sebenar.
Ijazah dalam bidang matematik dari universiti luar negara serta kerjaya sebagai wartawan sebuah akhbar berbahasa Inggeris mungkin sudah cukup stabil pada pandangan sesetengah orang namun ia tidak memberi kebahagiaan pada diri Mohd Fahrulradzi Mohamad Sapiee yang lebih dikenali sebagai Radzi.
Ketika remaja, beliau seperti kebanyakan rakan seusianya yang mengejar cita-cita untuk menyambung pengajian di luar negara. Namun, selepas mengecap impian itu, timbul pula pertanyaan dalam dirinya sama ada apa yang beliau lakukan itu adalah apa yang benar-benar beliau inginkan.
Sejak itu, minat terhadap pengajian yang diikutinya itu kian berkurangan namun beliau tetap berusaha menamatkannya memperoleh ijazah.
Sebelum pulang ke tanah air, beliau mengikut gerak hatinya yang 'menggesa' beliau untuk keluar mengembara.
"Beberapa bulan saya tidak mempunyai rumah untuk didiami dan mengembara sekitar Eropah dengan menumpang kenderaan orang," kata Radzi. Pulang ke tanah air, beliau masih tidak mempunyai sebarang perancangan mengenai kerjaya yang ingin diceburinya.
"Sehinggalah saya sampai ke sebuah syarikat penerbitan akhbar dan kebetulan ada jawatan kosong sebagai wartawan yang ada ketika itu.
"Walaupun tidak mempunyai latar belakang kewartawanan, saya tetap menerima jawatan berkenaan. Lagipun, kerjaya ini memberi peluang untuk saya keluar ke sana-sini, sesuai dengan sifat saya yang suka mengembara ini," katanya.
Bagaimanapun, pada satu peringkat, berlaku beberapa peristiwa terhadap diri beliau. Selepas beliau amati, apa yang beliau alami itu secara tidak langsung ada berkaitan dengan peristiwa besar yang berlaku di dunia pada masa itu.
"Didorong perasaan ingin tahu yang begitu tinggi dan ditambah pula dengan kesukaran untuk memberi tumpuan terhadap kerjaya, selepas lima tahun bertugas, saya nekad meletak jawatan dan memulakan langkah mengembara bagi merungkai perkara yang sering berlegar di fikiran saya itu.
"Semua ini sebenarnya bermula sejak usia saya sekitar 18 tahun yang mana saya mempunyai kecenderungan untuk membaca kitab tasawuf dan hikayat lama, antaranya karya Hamzah Fansuri serta membaca buku falsafah dan buku yang membincangkan perbandingan agama. "Setiap kali membaca karya sebegini, wujud suatu perasaan dan dorongan yang sukar untuk saya tafsirkan.
"Lalu, saya mengambil langkah untuk mencari jawapan untuk semua persoalan yang wujud. Saya mulakan dengan mencari diri saya terlebih dulu dengan menjejak salasilah keturunan saya," kata Radzi.
Dalam proses menjejaki susur galur keluarganya, beliau banyak menghabiskan masa di perpustakaan selain bertanya kepada kepada ahli keluarga serta mereka yang berkenaan. Pencariannya itu juga membawa beliau sehingga ke Acheh dan juga Mekah.
Sememangnya banyak cabaran yang terpaksa beliau hadapi. Antaranya tekanan kerana tiada sumber pendapatan, konflik dengan ahli keluarga yang pada waktu itu tidak memahami apa yang dilakukan, perpisahan dengan isteri dan anak-anak dan tidak kurang juga pandangan serong yang diberikan masyarakat terhadap beliau.
"Beberapa tahun mencari dan mengembara, dapat saya katakan, hampir 90 peratus persoalan yang selama ini membelenggu fikiran saya sudah pun. Perjalanan ini juga banyak merubah sikap dan pada masa yang sama, membuatkan saya lebih banyak berfikir mengenai kejadian dan kehidupan. Nyata, semua kejadian dan hal di dunia ini berkaitan dengan hubungan kita dengan Allah Maha Pencipta.
"Kini juga saya sudah tahu di mana hendak diletakkan 'kedudukan' Al-Quran dan di mana pula 'kedudukan' sains dalam memikir dan membincangkan sesuatu perkara," akhiri beliau.
Pengalaman berkelana Radzi ini turut dikongsinya dalam siri buku tulisannya berjudul Berpetualang Ke Aceh; 'Mencari Diri dan Erti', 'Membela Syiar yang Asal' dan 'Sirih Pulang ke Gagang'.
Segala cabaran yang dilalui dinukilkan kembali dalam bentuk fiksyen bercampur travel-log. Malah pengembaraannya itu turut menemukan banyak cerita lama bangsa Melayu termasuklah kesultanan zaman dulu yang tidak pernah dikisahkan. Maklumat lanjut boleh diperoleh dari laman blog berpetualangkeaceh.blogspot.com


Profil


Nama:
Mohd Fahrulradzi Mohamad Sapiee

Tarikh lahir:
26 November 1970

Tempat lahir:
Muar, Johor

Pendidikan:
University College of London (Bsc Mathemathics 1991-1995)

Hobi:
Membaca, menulis, mengembara, mendengar dan bermain muzik.

Pengalaman kembara:

· Berkhemah, hitchhiking, mendaki di pelbagai tempat, antaranya Gunung Jerai (Kedah), Gunung Ledang (Johor), Gunung Nuang (Selangor), Gunung Kinabalu (Sabah)
· Kembara basikal berkumpulan melalui Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang.
· Kembara motosikal berkuasa tinggi secara solo ke seluruh Semenanjung.
· Mengembara di United Kingdom, Belanda, Jerman, Czech , Slovakia, Austria, Switzerland, Lichenstein, Itali, Monaco, Perancis, Belgium, Singapura, Thailand, Indonesia dan Arab Saudi.

7 comments:

syahir said...

wah, dah berisi ya? nampak tembam sikit. :) selamat maju jaya.

Radzi Sapiee said...

Hehe... Memang naik sikit le badan tu. Tapi ada masa ok plak, tak le tembab sangat. Semalam kat Raub, makcik saya tanya tu gambo bila tu... Apsal nampak tembam semacam sebab dia tengok saya kat Raub semalam (saya sampai hari Jumaat) kira OK, maintain... Saya cakap gambo tu baru ambik hari Rabu... Hah? Dia pun pelik macam tak percaya. Dah le dia kata gambo tu nampak muka saya lain, macam muka sorang cousin plak...
Agaknya pipi saya tembam sebab beberapa hari sebelum ambik gambo tu saya kurang aktif... Banyak tido dan baring sebab tengah sakit badan dan tak sihat. Lepas tu saya dah mula jalan-jalan balik... Agaknya masa jalan tu le burn lemak kot? Hehe! :]

Hatz said...

As Sallamu 'Alaykum brother Radzi, saya baru selesai membaca buku pertama anda 'Berpetualang ke Aceh, mencari diri dan erti'. Dengan kuasa Allah swt saya... terjumpa buku anda di perpustakaan negara di Bras Basah Rd, Singapura minggu lepas. Cerita anda sungguh memperingatkan jalan hidup saya juga "my own personal spiritual Islamic journey of self-discovery" bermula pada tahun 2003, tetapi saya tidak lah 'research' sampai mendalam, hanya ingin memperbaiki diri dan menambah kedekatan kepada Allah SWT, Insha'Allah. Masih juga mencari-cari...

Saya memang sedih tentang apa yang terjadi pada bumi Aceh dan rakyatnya sekarang. Zaman kegemilangan Islam di Aceh mangkin pudar. Saya sempat kesana (shooting Mercy Relief SG documentary video) pada penghujung 2005 dan awal 2007. Memanag Aceh "rebuilding plan" berjalan dengan lancar yang dibantu dari kerajaan luar negeri.

Saya dapati banyak berlaku 'teenage prostitution' di sekitar Banda Aceh oleh anak yatim yang menjadi mangsa tsunami dan kemasukan rakyat Indonesia secara haram yang dioperate oleh "prostitution syndicate". Business ni popular dengan adanya pelangan-pelangan asing(aid worker, but not me...lah), pembukaan pub-pub hiburan dan rakyat yang kematian isteri. Di alas statistic, ramai jumlah wanita yang mati dalam bencana tsunami berbanding dengan lelaki, jadi terdapat satu permintaan yang tinggi untuk pekerja seks di kawasan itu. Saya juga berharap, Aceh jangan sampai menjadi seperti Batam atau Bintan kelak. (lain kali ke Aceh, boleh ziarah makam-makam lama macam kat buku anda)

Okey, where can I get the rest of your books in Singapore? Else I will make a trip to JB for it. Thank you for sharing your journey and May Allah bless you with guidance and strength to uphold 'Islam Nusantara'

p.s congratulation on the 'newspaper article' about you and the publicity will bring more people to read about your journey, Insha'Allah. I will run a review about your book on my blog soon...

JazakAllahKhair!
Wasallam
Hatz

Radzi Sapiee said...

Wassalam saudara. Terimakasih kerana membaca siri buku saya yang tak seberapa ini. Sedih saya dengar tentang keadaan Aceh yang disebut itu tetapi apa boleh buat, saya tidak ada kekuatan untuk merubahnya. Apa yang mampu saya membuat ialah menulis sesuatu yang mungkin boleh menolong pembaca membangkitkan semangat keIslaman sejati dalam diri lalu mendapat ilham daripada Allah SWT bagaimana untuk menangani masalah ummah sekarang. Insyaallah!
Adapun tentang buku available kat Singapore, saya pun tak tahu. Tapi kalau takda, rasanya kedai buku MPH atau Popular kat JB ada kot? Kalau tak da jugak, cuba baca instruction kat sini... http://merahsilu.blogspot.com/2007/06/cara-cara-membeli-buku-bka.html
Saya pun tak tahu nak kata kena convert camana kalau Sing Dollar. Terus terang saya cakap, saya buat one-man-shop and business cara ad-hoc. Yang lebih penting adalah menyebarkan cerita kerana 1, ia adalah amanah dalam darah daging saya, 2, saya perlu let go.... Dah tak tertanggung lagi knowledge yang terbuku di dada... Lalu saya harap as things go along, I know what to do termasuk handle jualan properly... Maklumlah, saya ni baru belajar jadi orang balik... Been gone in the wilderness for quite some time... Cheers! :]

Zam said...

Salam.

Sabtu lepas balik kampung sempat jumpa kawan2 di Kg.Gajah, Perak. Diorang ni kaki sejarah juga. Kebetulan salah sorang ada beli berita harian hari tu. Dapat la baca artikel tentang Abg MS tu. Kebetulan saya juga ada bawa buku2 BKA milik saya. Sebenarnya diorang tu pernah terserempak dengan Abg MS di Kg.Gajah sebelum ni. Diorang kata dulu nampak 'serabut' tapi dalam surat khabar tu nampak ceria betul.

Saya kata kat diorang Abg MS nampak macam tu sebab apa yang terbeban pada dia selama ni dah dapat dicurahkan pada buku2nya tu... :)

10 said...

Salam bro MS,

Hitam kuning baju diri
Merah hijau akal hati
Serat sabut tersusun kini
Tenang alir air rezeki

jalan terus... heheh... :D

Wsalam...

Malim AH

samdaddycool said...

Salam...

banyak benda saya kena belajar daripada bro....