Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Thursday, January 22, 2015

Menjayakan acara di Lembah Bujang sebelum ke runtuhan dipercayai masjid purba

Salam malam Jumaat. Masuk ke bab acara. Bersambung daripada artikel Dari Gunung Jerai ke Lembah Bujang - Memohon keberkatan untuk acara ke-12 HIKMAH.


Pagi Sabtu 17 Januari 2015. Selepas bermalam dengan selesa di sebuah homestay di pinggir bandar Sungai Petani kami bergerak ke lokasi acara ke-12 HIKMAH iaitu di Taman Lembah Bujang.





Selepas melakukan sedikit lagi persiapan akhir acara dimulakan dengan sambutan Maulidur Rasul diikuti nyanyian lagu-lagu nasyid.



Jam 11.20 gitu baru acara dirasmikan oleh orang kuat silat Gayong, Datuk Paduka Raja Abdul Majid Raja Mat Isa atau Cikgu Majid. Untuk penerangan lanjut lihat artikel HIKMAH Lembah Bujang - Maulidur Rasul pembuka acara di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Selepas rehat sarapan, pembentang pertama Prof Dato' Dr Mokhtar Saidin membuka sesi pembentangan tengah hari bercakap tentang penemuan arkeologi di Sungai Batu.






Ini diikuti pembentangan oleh Dr Harleny Abd Arif... 



Beliau bercakap tentang satu runtuhan bangunan abad ke-9 Masihi yang dipercayai sesetengah pihak sebagai tinggalan masjid purba. Lihat HIKMAH Lembah Bujang - Tamadun purba Sungai Batu dan masjid abad ke-9.



Selepas rehat makan tengah hari dan solat Zohor sesi pembentangan petang dibuka tuan rumah, Che Ross berkongsi pengalaman-pengalaman mistik biasa turun naik di Gunung Jerai.


Pembentang seterusnya saudara Hasan Yusof bercakap tentang kaitan agama Hindu dan Buddha dengan Islam, diikuti pembentangan daripada saya tentang Hikayat Merong Mahawangsa. Lihat HIKMAH Lembah Bujang - Hindu-Buddha-Islam, Gunung Jerai dan Merong


Lewat petang kami pergi ke Pengkalan Bujang, satu kawasan di selatan Gunung Jerai.






Di sinilah terdapat runtuhan bangunan abad ke-9 Masihi yang dipercayai sesetengah pihak sebagai tinggalan masjid purba. Kami berlegar lama dengan harapan satu pembukaan akan berlaku demi kedaulatan Melayu dan Islam. Lihat Berkumandangnya azan Maghrib di Tapak 23 Pengkalan Bujang



No comments: