Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Jun 14, 2019

Hari-hari awal bulan Syawal tahun 1440 Hijriah dan usaha memartabatkan busana tradisional Melayu

Salam tengah hari Jumaat 10 Syawal, Jumaat kedua bagi bulan Syawal tahun ini. Setelah mempersembahkan artikel Berbuka 27 Ramadhan bersama kawan-kawan lama Sains Johor 11 hari lalu baru hendak berkata sesuatu tentang raya.




Harus tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya Aidil Fitri. maaf zahir batin kepada para pembaca sekalian. Kelihatan adalah 'kad raya' yang dibuat secara ad hoc pada hari Isnin malam Selasa 3 Jun. Ketika itu tinggal kurang 24 jam sahaja lagi sebelum tarikh 1 Syawal menjelma iaitu apabila masuk waktu Maghrib Selasa malam Rabu 4 Jun. Ketika membuat 'kad' dalam tempoh sekitar 10-20 minit keluar pengumuman tentang tarikh jatuhnya 1 Syawal dalam kaca televisyen oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Gambar diambil daripada artikel tentang raya tahun lepas iaitu Ringkasan sambutan raya Aidil Fitri/bulan Syawal tahun 2018.



Ini adalah gambar pertama diambil pada pagi raya 1 Syawal bersamaan 5 Jun 2019. Lokasinya adalah di  halaman masjid jamek Muar. Lupa pula apakah diambil sebelum atau selepas solat raya.



Yang ni confirm selepas solat raya. Bersolat di bahagian belakang masjid terjumpa sejumlah anak jati Muar yang turut berpakaian busana tradisional Melayu.


Ini dalam dewan utama masjid. Ia adalah tempat saya bergolek-golek zaman bebudak. Selepas itu ada bergambar bersama anak-anak laki-laki saya juga beberapa orang aktivis busana tradisional Muar di halaman masjid. Tapi nak cari gambar tak jumpa pula di mana. Hari tu mudah aje jumpa terpapar dalam WhatsApp.


Ini gambar bersama isteri dan anak-anak di hadapan rumah orang tua saya di Kampung Temiang, Muar.


Ini pula gambar bersama isteri di rumah seorang seorang saudara di  kampung beliau di Tanjung Sepat, Selangor. Gambar diambil pada hari raya ke-3 iaitu pada 7 Jun sejurus sebelum menunaikan solat Jumaat.


Gambar di tempat sama tetapi dalam keadaan berdiri dikongsikan dalam Facebook pada malam itu jam 21:21. Ini dicetuskan oleh satu perkembangan baru melibatkan usaha buku terbaru saya. Lihat teks yang dikongsikan bersama gambar :-


ANTARA RAYA DAN BUKU - SILA DAPATKANNYA...

Salam malam 4 Syawal. Setelah melupakan hal buku terbaru merangkap buku ke-13 saya, "KENANGAN KEMBARA SOLO HITCHIKE EROPAH TAHUN 1995" untuk memberi laluan kepada sambutan hari raya tiba-tiba ada orang bertanya tentangnya petang tadi. Dah masuk Isyak baru tersedar beliau telah membuat bayaran sebelum Maghrib. Ia menjadi tempahan berbayar yang ke-44 setakat ini.

Dengan itu tergerak saya untuk berkongsi kembali teks update ketika tempahan mula dibuka lebih kurang sebulan lalu. Ia mengandungi maklumat ringkas tentang buku dan isi. Insyaallah buku akan keluar dari kilang 2 minggu lagi. Untuk membuat tempahan sila ikut panduan pada penghujung teks.

Nota : Gambar hiasan diambil dekat kampung isteri di Tanjung Sepat, Selangor siang tadi... 😀


PRE-ORDER DIBUKA UNTUK BUKU ‘PERTAMA’ YANG MENJADI BUKU KE-13 RADZI SAPIEE @ MERAH SILU

Salam semua. Akhirnya, setelah dekat 10 bulan berhempas-pulas menulis dan mengatur isi sebaiknya baru boleh dinyatakan ini. Dengan lafaz bismillah baru boleh dibuka pre-order untuk buku terbaru saya “KENANGAN KEMBARA SOLO HITCHHIKE EROPAH TAHUN 1995”. Adapun penulisannya pernah dimulakan dalam bahasa Inggeris ketika saya mula bekerja sebagai wartawan akhbar The New Straits Times hampir penghujung tahun 1996. Tetapi usaha dilupakan setelah semua fail berkenaan hilang akibat masalah pada sistem Intranet pejabat awal tahun 1997.

Usaha dihidupkan kembali tetapi dalam bahasa Melayu apabila mendapat mimpi untuk melakukannya Julai tahun 2018. Maka diimbau kembali pengalaman pengembaraan lebih 20 tahun lalu daripada kaca mata diri yang telah jauh berbeza berbanding dahulu. Dengan ini buku yang asalnya harus menjadi buku pertama saya akan muncul sebagai buku ke-13 iaitu sejak buku pertama “BERPETUALANG KE ACEH : MENCARI DIRI DAN ERTI” terbit Jun 2006. Sasaran saya buku terbaru ini dapat keluar dari kilang cetak pada Jun 2019 iaitu tepat 13 tahun selepas buku BERPETUALANG itu terbit. Sedikit maklumat ringkas tentang buku : -


TAJUK : KENANGAN KEMBARA SOLO HITCHHIKE EROPAH TAHUN 1995

RINGKASAN ISI : Mengimbau kembali pengembaraan seorang diri pada musim panas tahun 1995 menaiki pelbagai jenis kenderaan tidur luar merata meliputi 11 buah negara di Eropah dalam tempoh 33 hari dengan belanja kurang RM1,000. Pengembaraan dilakukan setelah tamat pengajian ijazah muda dalam bidang matematik di University College of London. Sebelum ke tanah besar Eropah saya ada membuat persediaan tidur lasak dengan menjadi gelandangan ataupun homeless di tengah kota London selama 3 bulan.

NEGARA DILIPUTI :

1. Belanda
2. Jerman
3. Republik Czech
4. Slovakia
5. Austria
6. Switzerland
7. Liechtenstein
8. Itali
9. Monaco
10. Peranchis
11. Belgium

JARAK DILIPUTI: Sekitar 5,900 km, 1,240 km dengan pengangkutan awam, 230 km berjalan kaki. Selain itu iaitu lebih 4,500 km adalah dengan hitchhike iaitu menahan lalu menumpang kenderaan orang.

CARA MENGINAP : Mana sahaja dapat dengan menggunakan sleeping bag. Antaranya dalam sampan orang di Amsterdam, tepi lebuh raya di sempadan Belanda-Jerman, bawah jambatan di Frankfurt, atas meja di luar restoran Dubi, Republik Czech, hadapan Kedutaan Peranchis di Bratislava bersama ahli Greenpeace, dalam kolong di tepi sungai Little Danube di Vienna dan dalam terowong kereta di Sisteron, Peranchis

PENGALAMAN LUAR BIASA : Tertinggal bas di Breda, Belanda. Gitar dicuri di Amsterdam. Barangan dicuri di Prague, Republik Czech. Berhadapan dengan 3 orang warga tempatan, seorang mendakwa memiliki pistol Colt.45. Berhadapan 40 orang peninju dalam bas ke Brno mahu meminta wang. Bergelut dengan 2 orang inspektor tiket di Bratislava, Slovakia. Berselisih dengan sekumpulan lelaki berwajah Arab, seorang membawa pisau daging berdarah-darah di Genoa, Itali. Masuk lokap satu malam di Lyon, Peranchis akibat disyaki pengganas Islam.

JUMLAH MUKA SURAT : 224 berwarna saiz 6 x 9 inci termasuk gambar-gambar lama saya, gambar-gambar tempat dan lakaran peta perjalanan.

Mereka yang berminat sila ikut panduan berikut. Bayaran pre-order ini mahu digunakan untuk kos mencetak buku. Nama-nama mereka yang tersenarai sebagai pembayar akan diabadikan dalam blogspot CATATAN SI MERAH SILU.


CARA MEMBUAT PEMBAYARAN PRE-ORDER

Pilih salah satu harga berikut :-

1. RM55 senaskah sahaja bagi yang hendak mengambil buku terus daripada saya. Boleh berjumpa di rumah saya di Bandar Sungai Buaya, Rawang atau di Kuala Lumpur (selalunya saya berada di tempat belajar di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Tamadun dan Pemikiran Islam di Bukit Tunku sepanjang hari Isnin)

2. RM62.90 (senaskah buku RM55 + RM7.90 pakej Poslaju) untuk pembaca di Semenanjung

3. RM67.50 (senaskah buku RM55 + RM12.50 pakej Poslaju) untuk pembaca di Sabah dan Sarawak.

Sila masukkan jumlah berkenaan ke dalam akaun saya :-

AFFIN ISLAMIC BANK : 20-530-011171-1

Atas nama: Mohd Fahrulradzi bin Mohamad Sapiee

Atau akaun isteri :-

MAYBANK - 112110854698

Atas nama: Nor Afidah binti Yusof

Selepas itu pm bukti pembayaran ke Facebook atau Whatsapp nombor saya 013-3082131. Sertakan sekali alamat pos dan nombor telefon untuk memudahkan urusan Poslaju


Dalam tempoh waktu itu iaitu hari raya pertama hingga hari raya ke-3 boleh dilihat banyak gambar anak-anak Melayu di merata Malaysia bergambar memakai busana tradisional Melayu penuh bertanjak, bersampin, berkeris dan bercapal melalui FB dan WA. Usaha memartabatkan pakaian tradisional bangsa itu mencapai satu tahap baru apabila universiti pun masuk mempromosi sama. Kelihatan di atas gambar artikel berkenaan yang keluar dalam surat khabar Harian Metro untuk hari Isnin 3 Jun iaitu 2 hari sebelum raya. Namun salinan digital muka surat yang mengandungi artikel telah diwar-warkan dalam beberapa kumpulan WA terutama yang melibatkan persilatan pada malam sebelumnya lalu saya pun memanjangkannya ke FB berserta teks berikut :-



TU DIA - UNIVERSITI PUN DAH MASUK BERKEMPEN MENGHIDUPKAN PEMAKAIAN BUSANA TRADISIONAL MELAYU

Alhamdulillah. Dulu kami para penggiat seni dan warisan bergerak berkempen sendiri untuk menghidupkan kembali, mendaulatkan juga membiasakan pemakaian busana tradisional Melayu, bertanjak berkeris bagai termasuk semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri atau awal bulan Syawal. Kini ATMA atau Institut Alam dan Tamadun Melayu di UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) pula bersedia untuk bergerak di barisan hadapan memimpin inisiatif serupa pada skala yang lebih besar. Syukur usaha-usaha terdahulu tidak sia-sia. Semoga ini akan mengangkat semangat kedaulatan dan ketamadunan Melayu ke mercu kejayaan tertinggi sesuai dengan bayangan-bayangan yang menyatakan ada kemungkinan bangsa kita ini akan memimpin kebangkitan Daulah Islamiyah akhir zaman...




Namun di sebalik kemeriahan itu wujud pula suara-suara sumbang yang mengkritik lonjakan pemakaian busana tradisional yang berlaku pada musim raya ini. Masalahnya mereka yang mengkritik itu juga termasuk dalam kalangan para aktivis dan pengamal tetapi berselisih dengan para aktivis dan pengamal lain. Setelah ini berlanjutan buat beberapa hari saya pun tergerak untuk menyatakan sesuatu. Pada 9 Jun Ahad malam Isnin diletakkanlah dalam FB pautan bagi artikel Pemerhatian terhadap perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu - Bibit-bibit awal sekitar tahun 2012 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) . Ia menerbitkan gambar atas lalu ditambah teks berikut  :-


MELURUSKAN HAL PERKEMBANGAN PEMAKAIAN BUSANA TRADISIONAL MELAYU PADA ZAMAN MODEN - DARI SEBELUM TAHUN 2006 MEMBAWA KE AWAL 2013...

Salam malam 6 Syawal. Melihat pada perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu terutama tanjak yang sangat memberangsangkan pada musim raya kali ini namun ada pula yang mempersoalkan bab adab pemakaian seolah-olah mereka paling baik dan berhak menterjemahkan perkara tergerak saya untuk berkongsi pemerhatian sendiri dalam hal ini. Ia pernah dipersembahkan sebagai satu pembentangan pada acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016. Untuk perkongsian dalam blogspot isi pembentangan telah dipecahkan kepada 3 bahagian. Ini bahagian pertama.



Petang Selasa 11 Jun pernyataan disambung dengan memautkan artikel Pemerhatian terhadap perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu - Gerakan yang berkembang ke merata Semenanjung membawa luar negara ke Aceh. Keluarlah gambar yang kelihatan lalu ditambah teks berikut :-


MELURUSKAN HAL PERKEMBANGAN PEMAKAIAN BUSANA TRADISIONAL MELAYU - AWAL 2013 HINGGA PERTENGAHAN 2015...

Salam petang 7 Syawal. Berbalik pada perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu terutama tanjak yang sangat memberangsangkan pada musim raya kali ini namun ada yang mempersoalkan bab adab pemakaian seolah-olah mereka paling baik dan berhak menterjemahkan perkara. Percaya atau tidak gerakan anak Melayu di Malaysia bermula di Lembah Klang malah menjadi ikutan sehingga menjalar ke beberapa tempat di Indonesia termasuk di Aceh. Diakui ada yang terlebih-lebih menggayakan busana sehingga kelihatan "bersultan di mata, beraja di hati". Tetapi dalam membuat 'teguran' janganlah sampai boleh mematikan semangat mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia ini. Biarlah berhemah lalu dapat membantu perkembangan minat bukan membantutkannya.

Melihat kepada cara sesetengah orang 'menegur' itu kelihatan mereka seperti berhasad dengki dengan orang-orang yang lebih dikenali dan diakui dalam bidang ini. Kelihatan mereka yang 'menegur' itu bukan jujur mahu menegur tetapi melepaskan geram kerana mereka sendiri tidak diangkat sebagai pakar rujuk busana tradisional Melayu walau pernah termasuk dalam kalangan mereka yang terawal menghidupkanya kembali pada zaman moden ini. Sekarang biar disambung pemerhatian saya sendiri dalam hal ini seperti pernah dibentangkan pada acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016. Ini adalah bahagian ke-2 daripada isi pembentangan yang dipecah 3 untuk perkongsian dalam blogspot.




Lewat malam itu pula tergerak untuk berkongsi gambar ini berserta teks berikut. Cerita tentangnya boleh dirujuk dalam artikel Panggilan Pasir Salak - Bersama Raja Muda Perak diikuti Panggilan Pasir Salak - Bertandang ke rumah Tok Sago :-


BERSANGKA BAIK DAN BERBUDI PEKERTI DALAM MELESTARIKAN PEMAKAIAN BUSANA TRADISIONAL MELAYU...

Pada saya kalau kita berlapang dada kita akan seronok melihat semakin ramai anak Melayu mahu berbusana tradisional walaupun cara pemakaian tidak lengkap, ada kecacatan dan sebagainya. Biar datang minat dahulu kemudian siapa yang tahu tu boleh le bantu perbetulkan. Jangan jadi macam syaitan yang berbisik kepada manusia, selagi belum lengkap cara mengamati setiap rukun solat atau selagi belum 'mengenal' Allah SWT maka tak sah solat. Begitu juga kalau belum ikhlas, ada yang kata baik tak payah solat.

Kaedah beramal yang saya diajar oleh orang tua-tua adalah teruskan bersolat walaupun tetap banyak kecatatan. Jangan nak tunggu cukup segala syarat baru boleh bersolat. Kalau tunggu cam tu sampai bila le tak bersolat jawabnya.

Pandangan saya mudah. Kalau hati kita lurus mau meraikan maka kalau tak enak dipandang pun ada je cara baik nak sampaikan teguran dan pembetulan. Tapi kalau dah cara tu macam mengejek-ngejek, mengherdik je memanjang? Apatah lagi bila yang disindir adalah orang-orang tertentu yang bagi kami yang sudah lama mengikuti perkembangan tahu akibat berlaku perselisihan dalam persatuan dan pergerakan? Jangan salahkan kalau ada orang kata kamu tu sebenarnya dengki orang tak angkat kamu sebagai tempat rujuk. Cukup.



Pagi Khamis 13 Jun iaitu semalam gerak perkongsian ini dilengkapkan dengan memautkan artikel Pemerhatian terhadap perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu - Melangkaui sempadan politik demi penyatuan Melayu akhir zaman. Keluarlah gambar seperti di atas lalu ditambah teks berikut :-


APABILA PEMAKAIAN BUSANA TRADISIONAL MELAYU MELANGKAUI SEMPADAN IDEOLOGI POLITIK - TITIK PENTING YANG MEMBAWA KEPADA LONJAKAN PEMAKAIAN BERMULA MUSIM RAYA TAHUN 2016...

Salam pagi 9 Syawal. Merujuk kepada perkongsian-perkongsian sebelum ini yang mengenengahkan pemerhatian saya terhadap perkembangan pemakaian busana tradisonal Melayu seperti pernah dibentangkan pada acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016. Dipersembahkan bahagian ke-3 dan terakhir daripada isi pembentangan yang dipecah 3 untuk perkongsian dalam blogspot. Dalam bahagian ini ditunjukkan satu titik penting perkembangan yang pada saya sangat penting dalam melestarikan pemakaian busana tradisional. Ini adalah apabila satu parti politik yang terkenal bergerak atas nama agama mengadakan satu majlis penting dengan ramai pemimpinnya berbusana penuh, bertanjak, bersampin, berkeris dan bercapal.

Sebelum itu wujud stigma dan persepsi buruk yang menggambarkan bahawa semua pengamal busana tradisional Melayu (konon) adalah penyokong satu parti politik lain yang berjuang atas nama bangsa. Ini kerana parti ini memakai lambang keris sedangkan keris adalah aksesori yang sangat penting dalam pemakaian busana tradisional Melayu. Dengan terzahirnya parti atas nama agama memakai busana serupa saya melihat stigma ini akhirnya terbubar. Ini membawa kepada lonjakan pemakaian busana tradisional yang kelihatan nyata pada pagi raya 1 Syawal dan hari-hari seterusnya pada tahun itu...



Semua artikel yang dipautkan tadi boleh dirujuk dalam artikel lama Acara kelapan belas HIKMAH di Muzium Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016. Ini kerana ia merupakan bahagian daripada pembentangan yang dibuat pada majlis tersebut. Untuk sesiapa yang belum tahu atau terlepas pandang HIKMAH merupakan singkatan bagi Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman. Ini adalah satu kumpulan longgar para aktivis kedaulatan Melayu Islam terutama dalam bidang sejarah yang saya asaskan pada Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 untuk mengadakan majlis berupa wacana ilmu tentang Melayu.

Rujuk latar belakang kami dan penubuhan juga aktiviti di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Di atas adalah gambar daripada hari raya pertama tahun 2015. Ia adalah kali pertama saya, isteri dan anak-anak menyambut hari raya dengan berbusana tradisional Melayu walaupun sudah biasa berpakaian begitu sejak penghujung tahun 2012. Ini disebabkan mahu menjaga hati ibu yang belum betul-betul dapat menerima saya berpakaian begitu. Rujuk artikel-artikel berikut :-

3. Sekitar sambutan Aidil Fitri tahun 2017 - Dah puas ziarah manusia mari 'ziarah' dinosaur pula...


Merujuk kembali pada pautan-pautan berikut :-


1. Pemerhatian terhadap perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu - Bibit-bibit awal sekitar tahun 2012

2. Pemerhatian terhadap perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu - Gerakan yang berkembang ke merata Semenanjung membawa luar negara ke Aceh

3. Pemerhatian terhadap perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu - Melangkaui sempadan politik demi penyatuan Melayu akhir zaman


Ia menyorot perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu sehingga hampir ke penghujung tahun 2016 sahaja kerana dipersembahkan di Muzium Negara pada Oktober tahun itu. Selepas beberapa lama saya kurang memberikan perhatian pada perkara kerana mahu merehatkan diri daripada aktiviti-aktiviti rasmi melibatkan busana juga silat. Ini berlaku selepas menganjurkan satu sahaja acara HIKMAH bagi tahun 2017. Lihat Acara kedua puluh HIKMAH di Rumah Cut Nyak Dhien, Aceh 19 Mac 2017.

Atas sebab tertentu saya telah memutuskan untuk tidak menganjurkan apa-apa lagi acara HIKMAH. Hampir pertengahahan 2018 baru dapat gerak dan rasa agar mengadakannnya di Aceh tapi tak tahu bila. Penghujung tahun pula dapat ilham bagi tarikh sesuai iaitu 1 Muharram 1441 Hijriah yang menurut kalendar adalah bersamaan 1 September 2019. Lihat Rancangan perjalanan pusing utara Sumatera dan Aceh berserta acara HIKMAH ke-21 di kompleks makam Sultan Malikus Saleh 1 Muharram 1441. Namun dalam tempoh masa 'rehat' itu saya tetap sentiasa berbusana tradisional di majlis. Antaranya adalah pada acara-acara tradisi anjuran pengarah filem terkenal saudara Mamat Khalid.


Sebelum membuat keputusan untuk 'berehat' Mamat pernah meminta saya untuk mengadakan satu acara HIKMAH di tempatnya iaitu Sarang Art Hub di Tanjung Malim. Itu yang membawa kepada penulisan artikel Cadangan acara HIKMAH di Sarang Art Hub dan lain-lain tempat - Langkah untuk mengintegrasikan diri lama yang keBaratan? awal tahun 2017. Ketika datang ke majlis tradisi pertama anjuran beliau saya masih bercadang untuk mengadakan acara di tempat tersebut. Itu sebab artikel berkenaan diberi tajuk Malam Anjung Tradisi di Sarang Art Hub - Satu langkah persediaan untuk menyambut HIKMAH di sana.

Mamat sedia mengaku bahawa beliau mula berminat dengan busana tradisional Melayu setelah mengenali dan mengikuti acara-acara HIKMAH. Pengaruh sebagai seorang pengarah selebriti membuka jalan untuk aktivis-aktivis lain meningkat naik sambil menarik minat golongan artis seperti Awie daripada kumpulan rock Wings mula membiasakan diri berbusana. Walaupun tidak mengadakan acara HIKMAH saya terus berjuang untuk memartabatkan pemakaian busana tradisional Melayu dengan memberikan tumpuan pada majlis-majlis ilmu melibatkan para cendekiawan dan akademik. Hasilnya? Kalau diperincikan nanti orang kata masuk bakul angkat diri sendiri. Cukuplah dikatakan kesannya sangat besar.

Cuma mereka yang mengikuti sejak daripada awal dengan jujur sahaja sedia mengakui peranan. Cuma mereka sahaja yang dapat melihat bagaimanakah keadaan ketika saya diikuti sekumpulan kecil aktivis sanggup berpakaian begini dalam majlis-majlis ilmu di universiti-universiti dan institusi-institusi setaraf yang mana kot dan blazer lebih dibanggakan sebagai lambang kedudukan orang berpelajaran. Bertanjak dan berkeris pula dianggap ketinggalan zaman dan pakaian orang kekampungan yang cuma tahu bersilat dan tercicir pelajaran. Sesungguhnya bukan senang hendak memecahkan stigma bahawa mereka yang datang berbusana tradisional Melayu ke majlis-majlis 'orang pandai' ini sekadar layak membuat persembahan silat atau jadi pengiring majlis.  Kecuali bila ada aktivis cukup yakin dan pintar untuk berhujah dan berbincang hal-hal ilmiah baik dalam bahasa Melayu juga dalam bahasa Inggeris yang sering dianggap sebagai ukuran orang 'pandai'...





Tiada ulasan: