Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Mei 28, 2009

Rakaman "Berpetualang ke Aceh" di Radio IKIM in full...

Hmm... tadi timbul rasa bahawa saya harus meletakkan semua baki klip video rakaman yang dibuat sendiri oleh saya dan isteri semasa berada di Radio IKIM 91.5 FM semalam. Jadi ini dia ya tanpa sedikit pun suntingan. Insyaallah versi yang disunting elok bersama ulasan akan ke udara di Radio IKIM nanti minggu hadapan atau kemudian.



Mengenalkan apa yang membawa kepada penerbitan siri buku "Berpetualang ke Aceh"




Kenapa menulis tentang Melayu? Kenapa dalam bahasa Melayu sedangkan saya asalnya lebih lancar menulis dalam bahasa Inggeris?




Tentang Istikharah dan mendapatkan gerak hati yang benar serta kalam yang jujur dan lancar...



Kaitan pencarian salasilah keturunan dan akhir zaman. Seterusnya ada bahagian candid yang mungkin membuka sesuatu yang tidak baik tentang satu pihak. Tapi tak apa le, tu le hakikat sebenar yang berlaku dalam dunia penerbitan. Belum diceritakan lagi betapa saya dibuat seperti sampah oleh sesetengah pihak. Cukup ya. Selamat malam!


Umrah 2005 - Susahnya nak berhenti rokok!

Kita gunakan aje le gambo ini yek sebagai peringatan bahawa kali ini saya harus bercerita tentang susah-payah cuba berhenti merokok di tanah suci...


Ya. Merujuk pada cerita pertama siri tentang umrah ini Umrah 2005 - Pertolongan Nur dan percubaan berhenti merokok yang terus terlajak jadi cerita tentang penglibatan Nur dalam umrah ini, maka sekarang baru betul-betul disentuh tentang percubaan berhenti merokok ya.

Adapun umrah 2005 itu adalah kali pertama saya akan menjejakkan kaki ke tanah suci. Tak terfikir pun akan ke sana memandangkan saya tiada wang langsung. Tetapi sudah ditakdirkan dapat ke sana maka saya pun berazam mahu berhenti merokok sekali setelah lebih 20 tahun berkecimpung dalam 'bidang' itu. Sampai harinya, ayah dan ibu pun menghantar saya ke lapangan terbang KLIA. Turut pergi umrah adalah seorang ibu saudara dan suaminya. Untuk pengetahuan saya ke sana menggunakan perkhidmatan syarikat milik mereka.

Ketika itu saya masih lagi penghisap tegar rokok-rokok Gudang Garam. Saya mula menghisap rokok ketika belajar di Tingkatan Tiga, kerana mengikut trend kawan-kawan selain terasa tension amat belajar di sekolah berasrama penuh. Dahulu saya pernah mencuba pelbagai jenama rokok sebelum menjadi peminat setia Dunhill. Kemudian apabila ke England saya beralih ke rokok Marlboro kerana Dunhill di sana kurang keras atau kaw-kaw.

Balik ke Malaysia 4 tahun kemudian baru saya menghisap Dunhill kembali. Tetapi apabila harga rokok tahun demi tahun semakin mahal, saya rasa lebih elok hisap Gudang Garam. Harganya lebih murah dan setiap batang rokok memiliki 'pukulan' seperti menghisap 3-4 batang rokok Dunhill. Kiranya penjimatan yang bijaksana le ni, hek eleh!

OK. Semasa sampai di lapangan terbang, saya ada sekotak lagi Gudang Garam yang isinya tinggal dalam 4-5 batang gitu. Saya berazam mahu berhenti sepenuhnya sebelum menaiki kapal terbang dengan menghabiskan semua rokok yang ada tetapi tiada peluang. Pertama semasa di dewan utama lapangan terbang, mana le saya sempat hisap rokok ketika sedang bersiap untuk mendaftarkan diri kemudian memasukkan barang. Lagipun saya tidak pernah menghisap rokok di hadapan ibu bapa kerana rasa hormat terhadap mereka sedangkan mereka pula sudah bersusah-payah menghantar dan menemani saya, kena le saya berada di ruang utama sehingga dipanggil masuk ke dalam.

Masuk ke dalam ruang berlepas pula saya masih tidak dapat menghisap rokok. Kalau mahu, cuma ada satu ruang untuk orang menghisap rokok, letaknya kalau tak salah ingatan lebih 400 meter dari ruang tempat saya akan mengambil kapal terbang sedangkan masa semakin suntuk. Dalam kapal terbang pun tak boleh hisap rokok. Maka sampailah saya ke Jeddah di Tanah Arab dengan 4-5 batang rokok masih berada di dalam poket serta rasa tidak puas hati yang amat sangat.

Saya sudah lupa jam berapa saya sampai ke Jeddah. Kalau tak salah ingatan waktu tengahari di Arab. Dari Jeddah kami mengambil bas untuk ke Madinah. Sebelum itu saya sempat menghisap sebatang atau dua rokok Gudang Garam dengan gaya naga berasap-asap melepaskan geram. Maklumlah, sejak 6-7 jam tadi tak dapat hisap rokok... ke lebih lama? Terlupa pula perjalanan dalam kapalterbang tadi 6 ke 8 jam lamanya.

Oleh itu saya perlu mengubah azam. Kalau tadi saya berazam untuk berhenti hisap rokok sebelum sampai Tanah Arab, maka kini saya menukarnya menjadi mesti berhenti sebelum sampai ke Madinah. Hmm... kira OK le sebab saya baru sampai ke Tanah Arab sahaja, belum boleh dikira sampai betul-betul ke tanah suci yang meliputi Mekah dan Madinah bukan?

Apapun, kami akan ke Madinah yang terletak lebih 400km di timur-laut Jeddah. Perjalanan menaiki bas memakan masa tidak kurang 6 jam. Di tengah perjalanan bas berhenti di satu tempat berehat di mana penumpang juga boleh turun makan. Di situlah saya melayan lagi satu dua batang. Hmm... berapa batang rokokkah yang tinggal selepas itu? Saya pun tak berapa pasti.

Oh, satu perkara yang saya ingat sangat. Tempat rehat itu terletak di kawasan mendatar tinggi di atas sebuah lembah gurun pasir dan batu bata. Sambil menghisap rokok saya berjalan ke tepian yang membawa ke jurang tepian lembah. Masyaallah! Kelihatan di bawah sana banyak beruk besar dengan bontot (maaf le, bahasa begini lebih senang menerangkan keadaan) yang berkepul-kepul sedang menyelongkar sampah untuk mencari makanan.... beruk jenis baboon yang selama ini saya ingat cuma wujud di benua Afrika sahaja. Siapa sangka ia juga wujud di Tanah Arab? Atau saya sahaja yang tersilap pandang?

Tidak lama kemudian kami pun menyambung perjalanan. Hari pun masuk malam dan kami berhenti singgah di satu tempat. Di situlah saya menghabiskan baki rokok yang ada. Dengan itu saya berazam tidak akan merokok lagi.

Kemudian baru kami sampai ke Madinah. Kelak di sana dan di Mekah, saya mengalami masalah cepat panas baran... sudah beberapa kali saya nyaris bergaduh dengan orang Arab. Masalah kedua adalah saya jadi gatal melihat perempuan, walaupun yang dilihat sekadar mata di sebalik purdah. Masyaallah! Apakah ini disebabkan percubaan berhenti merokok?

Tak apa le, nanti kita sambung cerita. Sementara itu dipersilakan baca artikel Bukan senang woo nak berhenti rokok! yang dibuat penghujung 2006. Sekian...

Berpetualang ke radio IKIM... testing, testing!

Merujuk kepada artikel Akan datang... "Berpetualang ke Aceh" di radio IKIM 91.5 FM, saya letak dulu le klip video ini ya. Kiranya testing, testing... Nak dapatkan dulu feel recording. Lagipun ketika inilah diperbincangkan bagaimana rakaman sebenar harus dibuat, apakah perkara yang boleh keluar.

Kalau cerita kelihatan terputus begitu sahaja, harap maaf ya. Maklumlah, rakaman mentah ataupun raw yang tidak diedit langsung. Kalau bunyi dan suara kurang jelas, cari le apa-apa cara untuk amplify, tak pun pasang headphone. Nescaya memang clear sebab saya sendiri dah cuba... mari! :]





Akan datang... "Berpetualang ke Aceh" di radio IKIM 91.5 FM

Assalamualaikum semua. Siang tadi saya baru sahaja selesai membuat rakaman cerita tentang siri buku "Berpetualang ke Aceh" untuk disiarkan di radio IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia) 91.5 FM nanti. Saya tidak pasti bila ia akan ke udara. Mengikut penerbit @ deejay Puan Fairuz yang menyelenggarakan sesi rakaman tadi, program tentang buku kelolaannya biasanya ke udara pada hari Isnin jam 9 malam. Kemudian ada siaran ulangan, saya sudah lupa hari apa tapi pada jam 1 pagi (atau 1 malam bergantung kepada cara anda melihat situasi).

Alhamdulillah sesi rakaman yang memakan masa setengah jam (ertinya setengah jam le saya layan bercakap ikut suka hati, hehe!) berjaya dibuat dengan spontan tanpa apa-apa persediaan kecuali saya telah menetapkan fikiran supaya tenang dan boleh menjawab apa sahaja soalan yang bakal dikemukakan. Selain itu saya ada membawa satu set buku siri "Berpetualang ke Aceh" agar boleh dijadikan rujukan jika timbul apa-apa pertanyaan spesifik yang memerlukan saya mencari balik di mukasurat manakah sesuatu perkara itu telah ditimbulkan.

Ternyata sesi dibuat tanpa soal jawab. Sebaliknya saya disuruh bercakap apa sahaja seorang diri sambil rakaman berjalan 25 minit. Pandai-pandai le mengatur kata-kata atau meluahkan apa sahaja yang perlu. Kekok juga bercakap tanpa arah panduan tetapi saya tetapkan dalam hati agar berkata apa sahaja dengan izin Allah sambil memohon kalam yang lancar. Habis 25 minit baru Puan Fairuz bertanyakan satu dua soalan. Kiranya sesi rakaman bertambah jadi 30 minit gitu.

OK. Sebenarnya, sambil itu saya ada membuat rakaman sendiri menggunakan kamera digital dengan isteri mengendalikannya. Ini kerana saya tidak mahu pisang berbuah dua kali. Teringat rakaman untuk program televisyen Resensi dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM tahun 2007 di mana saya ditemubual secara teratur untuk mengenalkan siri buku "Berpetualang ke Aceh". Malangnya pengacara rancangan tidak tahu bilakah ia akan keluar kerana ini bergantung kepada penerbit. Bila ditanya jika saya boleh mendapatkan sesalinan hasil rakaman, katanya boleh. Tetapi kemudian terus senyap dan saya pun malas lagi bertanya.

Nasib baik kebetulan saya ada di depan TV satu pagi lebih kurang 3 bulan kemudian lalu baru terlihat rakaman itu ke udara di televisyen. Tetapi saya tidak dapat merekodkannya... kalau dapat tentu dikongsikan di blogspot ini. Lihat artikel lama Mengenang ulasan siri buku "Berpetualang ke Aceh" dalam program Resensi, Selamat Pagi Malaysia di RTM1 penghujung 2007...

Sekarang saya ada rakaman sendiri berbentuk video yang boleh ditonton ramai, bukan setakat suara yang bakal keluar di radio. Tetapi hasil yang bakal ke udara nanti katanya lebih elok kerana akan disunting mana yang patut kemudian ditambah pula ulasan deejay malah mungkin diminta sekali pendapat, komen atau ulasan dari orang lain lagi selain ditambah latar-belakang muzik berbau Islam yang sesuai.

Apapun akan diletakkan klip-klip video rakaman mentah (tanpa edit langsung dengan sebahagian isi mungkin tidak akan keluar langsung melalui radio) yang sengaja saya minta isteri supaya pecah jadi kurang 10 minit sekali rakam. Pada awalnya saya bercadang mahu meletakkan semua klip dalam satu posting mungkin esok lusa untuk tontonan pengunjung tetapi melihatkan bahawa setiap klip itu sendiri mungkin sudah cukup panjang, dan memakan masa untuk uploading, biarlah dilepaskan satu persatu dalam tempoh beberapa hari ini ya!

Bayangkan, nak masukkan klip video pertama yang mengandungi perbincangan candid (sebelum rakaman sebenar bermula) ke dalam YouTube pun memakan masa berjam. Walhal rakaman klip itu panjangnya kurang 2 minit. Saya rasa tadi saya mula upload sekitar jam 12 malam, dalam 15 minit kemudian baru siap masuk. Tetapi hingga ayat ini ditulis jam 2 pagi, ia masih diproses untuk ditukar ke format lebih sesuai agaknya untuk kegunaan YouTube.

OK le. Selesai semuanya nanti saya mula buat posting klip video ya. Selamat malam! :}
p/s: Baru check tadi pakai iZZinet Bandwidth Speed Test. Upload speed talian Internet saya cuma sekitar 190kbps. Sabo aje le...

Selasa, Mei 26, 2009

Peranan Ahlul Bait lawan propaganda Zionis Illuminati!

Alhamdulillah, dapat juga saya menyelesaikan beberapa perkara termasuk penulisan meluahkan rasa yang sebenarnya sangat penting untuk saya melompat ke arah citrarasa yang seterusnya, chewah! Bantai je aku main cakap...



OK. Sebenarnya artikel ini mahu dibuat hujung minggu lagi untuk menggabungkan dua rasa jiwa yang sebenarnya saling berkaitan. Satu adalah gerak cerita yang bermain di kepala selepas menonton filem Angels & Demons Rabu lalu, satu lagi selepas menghadiri sebuah majlis tentang peranan Ahlul Bait yang diadakan pada hari Sabtu di masjid UKM, Bangi seperti disebut dalam artikel Perjalananan terbaru ke Muar dan Ledang... ada kena-mengena ke dengan Ahlul Bait? yand dibuat hari Jumaat. Di atas adalah gambar di masjid UKM. Maka biar dimulakan cerita tentang peranan Ahlul Bait terlebih dahulu.

Saya dan isteri sampai lambat iaitu sekitar jam 2.30 petang sedangkan majlis dikatakan bermula sekitar jam 2. Kami meninggalkan rumah di Bandar Tasik Puteri, 70km dari situ jam 1 petang. Seharusnya kami sudah mampu sampai tepat pada waktunya jika saya tidak tertinggal satu barang setelah lebih 8km meninggalkan rumah lalu harus berpatah balik dan kemudian di Bangi kami singgah makan dahulu di sekitar Teras Jenang.

Sampai sahaja di masjid tidak kelihatan apa-apa tanda ada majlis sedang berlangsung. Apakah kami sudah tersilap maklumat? Apapun solat Zuhur dahulu. Kemudian baru saya berjalan ke sekeliling masjid, sampai di satu bahagian yang tersorok pada umum kelihatan seorang ibu muda mendukung seorang anak.

Nasib baik ibu itu yang bertanya dahulu jika saya sedang mencari majlis "Peranan Ahlul Bait". Saya mengiyakan lalu dia menunjukkan pada pintu biru di hadapan.

"Senyapnya!" kata saya. "Takda tanda pun ada apa-apa majlis sedang berlangsung di sini."

Ibu muda itu tersenyum. "Tak ramai orang datang. Tapi ceramah sudah pun bermula".

Saya pergi ke sisi masjid dahulu untuk mencari isteri. Kemudian baru kami menyertai majlis. Ternyata cuma ada sekitar 20 orang sahaja di dalam. Kelihatan di hadapan seorang lebih tua sedang bercerita sedikit tentang sejarah Ahlul Bait.

Saya pergi ke majlis ini kerana mendapat tahu tentangnya melalui e-mail. Saya tahu e-mail yang sama turut dihantar kepada ramai yang sering mengikuti perbincangan di sebuah forum yang rata-rata disertai para Sayyid dan Sharifah anak cucu keturunan Nabi Muhammad SAW. Kebetulan saya memang sangat berminat tentang peranan Ahlul Bait lebih-lebih lagi untuk akhir zaman.

Penceramahnya disebut sebagai Syed Hassan Alatas (Habib Hassan Aceh). Lagilah saya teruja untuk datang kerana saya memang ada menulis siri buku atau novel bertajuk "Berpetualang ke Aceh". Gerak hati saya menyuruh menyediakan satu set buku untuk dihadiahkan kepada penceramah itu. Tetapi dari gaya percakapannya, dia kedengaran seperti mana-mana orang tempatan, sesekali sahaja keluar loghat Indonesia.

Rupa-rupanya Habib Hassan yang dilahirkan tahun 1935 telah meninggalkan Aceh untuk duduk di Malaysia sejak tahun 1968. Apapun, cerita tentang peranan Ahlul Bait yang disebutnya sama seperti disebut mana-mana pejuang yang percaya pada peranan anak cucu Nabi untuk akhir zaman, sama juga dengan apa yang saya sering sebut dalam buku-buku, blogspots juga di forum-forum di alam siber. Yang membezakan cuma pengalaman peribadi sendiri. Tentunya Habib Hassan sebagai orang yang lebih tua lebih banyak pengalaman. Katanya dia pernah beberapa kali dibawa keluar masuk tahanan kerana lantang menegur polisi kerajaan yang kurang Islamik semasa menjadi ketua pelajar di Universiti Sumatera Utara, Medan, kalau tak salah ingatan.

OK, sekarang biar dilepaskan rasa yang terbuku setelah menonton filem Angels and Demons bersama isteri Rabu lalu. Filem yang dibuat berdasarkan novel best-seller karangan penulis Amerika, Dan Brown ini memaparkan kisah bagaimana pihak gereja di Vatican City diserang secara sulit oleh satu pihak musuh misteri sebaik sahaja kehilangan Pope atau ketua tertinggi gereja Khatolik sedunia. Sepatutnya seorang Pope baru dilantik di kalangan pendeta mereka yang bertaraf Cardinal dan ada 4 orang calon tertinggi, dipanggil Preferati untuk itu. Tetapi semuanya diculik musuh misteri dan ingin dibunuh satu persatu oleh si musuh yang kemudian meninggalkan lambang Illuminati sebagai tanda untuk pihak gereja.

Pernah dengar tidak nama Illuminati? Rasanya mesti pernah dengar, kalau anda rajin menelaah dengan tekun perkara-perkara yang menyentuh iklim sosio-politik dunia kini di sebalik tabir. Saya sendiri sudah beberapa kali menyentuh tentang peranan Illuminati, satu kuasa gelap belakang tabir yang berusaha menjayakan agenda Yahudi Zionis untuk menakluki dunia, di dalam buku-buku saya juga di blogspot ini sendiri. Tetapi filem Angels and Demons nampaknya cuba menafikan secara halus kewujudan Illuminati kini seperti mana Yahudi Zionis pernah berusaha keras menerbitkan pelbagai bahan bacaan yang menyangkal kewujudan dokumen sulit Yahudi bertajuk Protocols of Elders of Zion yang pernah terjatuh ke tangan kerajaan Bavaria (kini wilayah German) lebih kurang 200 tahun lalu.

Filem Angels and Demons bermula dengan spekulasi bahawa pihak gereja telah diserang oleh Illuminati akibat dendam lama berkurun kerana gereja pernah menghapuskan para saintis yang berani melanggar pandangan yang dikemukakan di dalam kitab Bible 400 tahun lalu. Misalnya apabila Galileo membuat penemuan bahawa bumi sebenarnya berputar mengelilingi matahari bukan sebaliknya seperti disebut dalam Bible. Penemuan sebegini menyebabkan gereja merasa tergugat lalu katanya pernah membunuh 4 orang saintis terhebat zaman itu. Maka dalam Angels and Demons, 4 orang ketua tertinggi gereja pula diculik lalu mahu dibunuh sebagai balasan.

Apapun, menurut pengetahuan ilmu Tasawuf dari pandangan matahati yang terang menyala, memang tetap benar bahawa bumi ini mendatar dan matahari mengelilinginya. Tetapi kita yang hidup dengan kekangan fahaman dan pandangan mata moden tidak akan mampu memahami dan melihat hakikat ini, seperti mana kebanyakkan dari kita tidak tahu cerita panjang ketika Rasulullah SAW membela dua bulan. Berapa ramai yang tahu bahawa bulan telah dipanggil oleh Nabi untuk turun ke bumi kemudian boleh pula masuk ke dalam jubah Nabi dan keluar di bahagian lain melalui bukaan di bahagian ketiak baju!

Tolak tepi itu, Angels and Demons memaparkan Illuminati sebagai para pelopor ilmu sains yang membawa kebenaran dan keterangan untuk dunia sejagat. Seterusnya cerita itu tamat dengan terbongkarnya komplot bahawa serangan terhadap gereja itu sebenarnya didalangi oleh orang dalam geraja sendiri, orang yang sengaja menggunakan nama Illuminati untuk mengalihkan perhatian demi mendapatkan kerusi tertinggi gereja untuk diri sendiri. Lalu cerita Angels and Demons tamat dengan membawa implikasi bahawa Illuminati tidak wujud lagi kini. Ia wujud 400 tahun dahulu pun kerana untuk membela para saintis yang diserang fikiran jumud gereja.

Ah, bohong sungguh cerita ini, bentak hati saya. Walaupun ia amat menghiburkan, pembohongan halusnya sangat besar kesan dan implikasinya terhadap warga sejagat dunia. Saya tahu Illuminati sebagai badan yang teratur dipelopori oleh Adam Weishaupt tahun 1776, selari dengan penubuhan kerajaan Amerika Syarikat yang bebas dari pengaruh imperial British. Ia bertujuan untuk menggemblengkan kekuatan Yahudi Zionis agar dapat memerintah dunia melalu satu kerajaan baru peringkat dunia yang dipanggil New World Order.

Ramai orang semakin sedar akan peranan di balik tabir Illuminati menerbitkan pelbagai perang dan revolusi untuk mencapai tujuan itu melalui konsep pecah dan perintah. Illuminati juga bertujuan menghapuskan sistem beraja seluruh dunia kerana mereka sebenarnya takut jika masih wujud raja sejati yang mempunyai kekuataan zahir batin, intelektual, emosional dan spiritual yang mampu menggagalkan rancangan jahat mereka.

Apabila orang ramai mula gempar membincangkan peranan mereka, juga kumpulan-kumpulan lain balik tabir yang seangkatan seperti Freemason dan Bilderberg Group maka orang-orang mereka memulakan satu usaha untuk menyangkal itu. Ini dibuat dengan menyatakan usaha mereka untuk menubuhkan satu kerajaan dunia cuma sekadar khayalan orang ramai juga, seperti mana salinan dokumen Protocols of the Elders of Zion yang terlepas ke tangan orang awam dikatakan cuma dokumen gurauan yang dicipta orang nakal atau satu usaha jahat memburuk-burukkan orang Yahudi Zionis. Maka cerita Angels and Demons nampaknya pergi setapak lagi untuk menyatakan bahawa Illuminati tidak wujud kecuali ciptaan khayalan orang gereja sendiri. Dasyat!

Teringat saya pada sebuah filem lagi hasil karya Dan Brown bertajuk Da Vinci Code. Saya tidak tahu tentang kejayaan novel Angels and Demons, tetapi novel Da Vinci Code ternyata berjaya menarik perhatian sedunia dengan jualan buku berjuta naskah dapat dibuat dan novel itu diterjemahkan ke dalam tidak kurang 30 bahasa. Propaganda dalam novel Da Vinci Code lebih dasyat kerana cuba mempengaruhi dunia agar menerima bahawa Nabi Isa AS sempat berkahwin malah meninggalkan keturunan. Sedangkan baik ajaran Kristian mahupun Islam menyebut baginda tidak berkahwin dan mereka yang mengkaji peristiwa kemunculan Imam Mahdi pada akhir zaman tentu pernah mendengar yang Nabi Isa akan turun kembali ke bumi dan baginda akan mengahwini seorang wanita Quraish.

Sebenarnya saya tidak berapa hairan dengan novel-novel Dan Brown. Walaupun saya bukanlah kaki novel sangat, saya telah membaca dua novelnya dari hujung ke hujung setiap muka, Da Vinci Code dan satu lagi saya sudah lupa tajuknya. Pada hemat saya, jalan ceritanya memang dasyat tetapi dari pandangan matahati, karangannya tidak sehebat mana kecuali pandai bermain emosi dan memanipulasikan fakta-fakta. Ia ibarat seorang politikus yang cukup pandai menipu. Ceritanya dasyat penuh dengan perkara-perkara yang kononnya menggambarkan kewibawaan tinggi diri tetapi isinya hampeh, penuh hampas.

Ia juga boleh diibaratkan seperti seorang perempuan yang telah menjalani banyak pembedahan plastik. Atau seorang yang rajin membaca buku motivasi untuk membentuk jatidiri buatan yang baru tetapi palsu lalu dia belajar cara cakap Abraham Lincoln atau kesabaran menangani cabaran seperti Gandhi siap dengan quotesnya sekali, dihafal segala pantun dan kata-kata hikmah orang-orang terkenal dan dengan itulah digunakan berulang-ulang dalam kata-kata untuk membuat orang ramai kagum. Tetapi mereka yang melihat dengan matahati serta-merta nampak ini adalah orang tiruan yang sebenar tak punya apa-apa. Ibarat seorang ahli musik yang dapat menghafal cuma 100 lagu. Luar dari 100 lagu itu kalau disuruh main tak boleh ia kerana ia bukan boleh memainkan musik secara spontan melalui hati atau pendengaran telinga...

Kalau nak tahu satu karangan yang dasyat berkenaan hal-hal yang disebut dalam Da Vinci Code, bacalah novel Holy Blood and Holy Grail yang pernah menjadi best-seller peringkat dunia tahun 1980an. Saya pertama kali membacanya setelah terjumpa senaskah buku itu di rumah ibu saudara di Ampang sekitar tahun 2005 atau 2006 gitu. Saya ingat membaca buku lebih 800 mukasurat itu dalam tempoh lebih 24 jam hampir tanpa henti. Lama kemudian baru saya terbaca novel Da Vinci Code dan mendapati memang ia meniru fakta dalam novel Holy Blood tetapi diolah balik menjadi drama penuh kejutan atau suspense yang lebih baik.

Apapun, kedua-dua buku mahu menyatakan bahawa Nabi Isa berkahwin dan meninggalkan keturunan yang masih wujud hingga hari ini. Buku Holy Blood lebih terperinci apabila mengaitkan dinasti raja-raja Merovingian yang pernah memerintah Peranchis dan German lama sebagai anak cucu Nabi Isa yang membawa kepada raja-raja utama Kristian yang berjaya merampas Baitul Muqaddis dalam Perang Salib Pertama. Maka itu "anak cucu" Nabi Isa telah kembali menjadi pemerintah yang haq katanya.

Anak cucu ini membawa kepada sebahagian raja-raja Eropah kemudiannya lalu ada keturunan yang masih wujud hingga kini. Holy Blood cuba menyatakan, antara mereka ini ada waris paling layak untuk kembali memegang Baitul Muqaddis atas "mandat" dia adalah waris paling afdhal dari "anak cucu" Nabi Isa. Sedangkan kita sebagai orang Islam tahu, Nabi Isa masih belum berumahtangga tetapi keturunan yang disebut Holy Blood memang wujud hingga kini.

Jadi siapakah mereka ini? Holy Blood cuba memujuk kita agar percaya bahawa jika 'waris' Nabi Isa ini diangkat sebagai pemerintah dunia yang berpusat di Baitul Muqaddis, maka dunia ini akan aman buat selama-lamanya. Bukankah ini merupakan propaganda untuk menaikkan Dajjal al-Masih sebagai raja kerajaan sedunia The New World Order?

Berbalik pada majlis "Peranan Ahlul Bait" di Masjid UKM, selepas menghadiahkan satu set buku "Berpetualang ke Aceh" kepada Habib Hassan Aceh, dia jadi teruja. Selepas mendapat tahu saya pernah belajar di England dan menjadi wartawan yang menulis dalam bahasa Inggeris, dia lalu meminta saya agar dapat menterjemahkan sejumlah artikel tulisannya di dalam website http://www.shiar-islam.com/ ke bahasa Inggeris.

Pada mulanya saya keberatan. Saya sedang dalam proses menterjemah sebuah buku besar tentang Ahlul Bait yang meliputi 500 mukasurat saiz A4, mengandungi 150,000 perkataan! Dan saya baru siap lebih sedikit dari 200 mukasurat, ada hampir 300 lagi perlu disiapkan kalau boleh sebelum saya dan isteri berlepas ke sebuah destinasi tertentu luar negara pertengahan bulan Jun ini. Namun Habib Hassan terus meminta dan kemudian beberapa kali menelefon saya. Lalu siang tadi saya gagahkan jua dan mula menterjemah satu artikelnya, yang mana hasilnya sudah diletakkan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dengan tajuk Respect for mothers .

Sekarang baru boleh dikaitkan peranan Ahlul Bait dengan propaganda Zionis Illuminati yang disebut selepas menonton filem Angels and Demons. Nampak dah? Ahlul Bait lawan Zionis Illuminati bersamaan Angels lawan Demons. Adapun satu peranan paling besar Ahlul Bait anak cucu Nabi zaman ini adalah untuk melawan segala macam propaganda Zionis Illuminati. Holy Blood and Holy Grail serta Da Vinci Code cuba mengenengahkan satu keturunan "penyelamat dunia" bagi mereka sedangkan buku-buku tentang Ahlul Bait termasuk siri buku "Berpetualang ke Aceh" mahu mengenengahkan jalur keturunan yang mungkin membawa kepada kemunculan kembali daulah Islam sebenar di bawah pemerintahan Imam Al-Mahdi.

Untuk ini kita semua orang Islam harus betul-betul bersatu dan Ahlul Bait sebagai anak cucu Nabi harus memulakannya. Tetapi dalam Ahlul Bait sendiri ada pihak yang tak sebulu. Misalnya saya diberitahu oleh keluarga Jamalulail Perak yang membentuk hampir semua yang hadir di Masjid UKM hari Sabtu bahawa mereka tidak diiktiraf oleh keluarga Jamalulail Perlis. Kelihatan pada saya selain masalah menentukan di manakah nasab keturunan sebenarnya bertemu, mungkin Jamalulail Perlis yang merajai negeri kecil itu memandang rendah Jamalulail Perak yang lebih merupakan orang-orang kampung kurang berada. Jika mereka-mereka yang memakai nama Sayyid dan Sharifah sebagai tanda kemuliaan keturunan Nabi pun tidak dapat menangani masalah perpaduan keluarga ini, bagaimana lagi saya dan isteri yang menurut namanya sekadar orang biasa? Sekian, selamat malam!


p/s: Tulisan ini merupakan artikel ke 509 di sini sedangkan blogspot BERPETUALANG KE ACEH telah memiliki 319 artikel dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) 229. Kira di belakangnya semua ada nombor 9. Teringat pula panggilan dari cucu Tok Kenali, Ayah Man dari Kelantan pagi tadi, dalam telefon terpapar nombor 09.

Satu lagi saya teringat dan ingin ingatkan semua. Berhati-hati dengan kumpulan Hindraf. Mereka ada kuasa belakang tabir yang lebih kuat dari Illuminati. Mereka disokong kuasa Illuminachi. Illu + minachi. Ada faham? Heh! :]


Umrah 2005 - Pertolongan Nur dan percubaan berhenti merokok

Laluan menghala ke pintu Babussalam di Masjid Nabawi, Medinah.

OK. Adapun siri cerita An-Nur dibuat kerana saya rasa perlu meluahkannya sehabis boleh sebelum dapat membuat satu siri cerita tentang pengalaman pertama kali saya sampai ke tanah suci Mekah dan Madinah untuk menunaikan ibadah umrah pertengahan 2005. Cerita umrah ini sudah lama dijanjikan kepada pembaca. Kini siri cerita An-Nur sudah selesai, maka eloklah saya memulakan langkah.

Dalam buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari Diri dan Erti" yang diterbitkan Jun 2006 saya ada menyebut... hmm... elok juga saya copy and paste sekali dua-tiga ayat sebelumnya. Bila dilihat kembali text dalam simpanan, ternyata ia sangat relevan dengan keadaan semasa dan keadaan saya ketika itu. Tak sia-sia saya menamatkan siri cerita An-Nur dengan bahagian yang tak disangka rupa-rupanya ada kena-mengena malah boleh menjalin kesinambungan cerita. Ini isi dari buku itu, mukasurat 294, bab bertajuk "Penutup: Sampai bila berpetualang?"

Hampir setahun kemudian ada pula pihak lain tertarik dengan buku itu lalu merancang untuk melancarkannya secara besar-besaran September 2005. Katanya, akan melibatkan kerabat diraja terdekat beberapa buah negeri! Tetapi manusia yang bertindak sebagai orang tengah yang mengenalkan pemuda itu dengan pihak yang memiliki syarikat penerbitan buku di Perak ini pula tidak puas hati kerana si penerbit telah menunjukkan minat yang lebih mendalam terhadap buku pemuda itu daripada bukunya sendiri. Akibatnya Rasyid juga yang merana, duduk termangu-mangu tidak nampak lagi hala mana yang patut dituju. Begitu banyak rintangan hidup yang terpaksa dilalui sehingga dia hampir putus asa lagi lalu bermunajat berhari-hari di hadapan Kaabah akhir Jun hingga awal Julai lalu.

Itupun nasib baik dia dapat ke sana... Anak muda ini memang sudah tidak memiliki apa-apa kemampuan, sudah tidak ada duit lagi. Segala wang simpanannya sudah kering lebih dua tahun lalu kecuali duit KWSP yang cuma boleh dikeluarkan setelah berumur 55 tahun. Alhamdulillah, seorang hamba Allah tiba-tiba menawarkan untuk membawanya ke sana dengan niat supaya pemuda ini dapat menyambung wasilah ke makam Rasulullah SAW. Mungkin ini berkatnya sering menziarahi makam para wali?

OK. Apa yang disebut dalam perenggan satu sedutan di atas ini sebenarnya telah dihuraikan sedikit sebanyak dalam artikel terakhir cerita An-Nur iaitu Cerita An-Nur - Akhirnya terpisah kerana fitnah siapa agaknya ya? yang baru dibuat tadi. Sekarang biarlah saya berterus-terang. Hamba Allah yang dimaksudkan dalam perenggan kedua sedutan tidak lain, adalah Nur sendiri!

Asalnya Nur mahu kami bersama pergi ke pulau Cyprus di perairan Mediterranean di Eropah untuk bertemu khalifah tariqat Naqsyabandiah Haqqani iaitu Sheikh Nazim. Tetapi keadaan tidak memungkinkan kami pergi bersama. Ini kerana dia sendiri pernah sekali ke sana dibawa dan dibelanja oleh seorang politikus muda yang kemudian menjadi suaminya. Sememangnya Nur sudah lama ada keinginan untuk ke sana kerana sesekali ada mengikuti sesi zikir yang dipimpin orang kanan Sheikh Nazim iaitu Sheikh Raja Ashman ibni Sultan Azlan Shah Perak di Bukit Damansara sejak saya ada membawanya ke sana. Saya sendiri memang sesekali suka berzikir di situ kerana selain ramai kawan juga kenalan dari zaman belajar di UK dahulu, saya cukup suka maulud Nabi yang diadakan boleh kata setiap kali tamat sesi zikir.

Hmm... nampaknya saya harus meluahkan rasa ini keluar dari dada juga. Selepas bercerai dengan suami lama, Nur sering bertandang malah tidur di rumah seorang kakak, biar kita panggil dia Murai ya... jangan ketawa, hehe! Adapun Murai ini orangnya bertudung dan boleh tahan pengetahuan agamanya, tetapi seperti kebanyakan orang yang ingin mengejar harta, nama dan kedudukan terutama dalam dunia politik, rasanya agama yang ada itu cuma setakat barang atau modal untuk berjual-beli mencari pengaruh sahaja. Tetapi Nur yang ketika itu mahu keluar daripada dunia kebiasaan berpoya-poya alam wayang orang glamour tidak mengenali ramai orang yang boleh dijadikan tempat berteduh. Lalu kepada si Murai juga le dia mengadu, dan di rumah si Murai ini dia makan minum, tidur dan rupa-rupanya akan dibrainwash secara halus.

Saya difahamkan ada seorang peminat artis-artis tanahair, biar kita panggil dia Datuk Kengkang juga ada berminat dengan si Nur terutama selepas dia bercerai. Dia sering terlibat dengan aktiviti artis maka mereka sudah lama kenal. Datuk Kengkang pula baik dengan politikus muda yang bakal menjadi suami si Nur, kita panggil dia Param le senang. Oleh kerana Param mempunyai laluan politik yang boleh menolong perniagaan Datuk Kengkang, dan kebetulan Datuk Kengkang juga sedang merancang untuk menakluki seorang artis yang lebih terkenal, maka Param yang saya percaya sudah lama meminati Nur diberikan laluan. Mereka mula sering datang ke rumah Murai dan Datuk Kengkang membuka jalan untuk Param berbaik-baik dengan Nur, disokong oleh Murai.

Lama kemudian baru saya tahu belanjawan bulanan keluarga Murai pernah ditaja oleh Param buat beberapa lama terutama setelah suami Murai dipecat dari pekerjaan tetapi itu cerita lain. Rasanya cukuplah agar dapat difahami apakah peranan Murai dalam semua ini, Murai yang sering membisikkan Param "dihantar oleh Allah" untuk membimbing Nur dan dialah lelaki terbaik, saya pula cuma seorang penganggur yang tidak memiliki apa-apa.

Ketika itu saya dan Nur dalam keadaan separuh renggang tetapi masih sentiasa berhubung. Nur memberitahu bahawa memandangkan dia mahu kembali kepada kehidupan yang lebih beragama, kedua-dua Datuk Kengkang dan si Param mahu menjadi penggalak. Malah mereka sudi membelanja Nur untuk pergi umrah, umrah kedua baginya setelah umrah pertama dibuat dengan perancangan sendiri membawa kepada perkenalan dengan Murai yang sejak itu sentiasa "memainkan peranan". Tentunya Nur mahu kerana dia suka pergi ke tanah suci. Sampai waktu pergi umrah, tiba-tiba Datuk Kengkang menarik diri. Maka Param sahajalah yang menjadi wali bagi si Nur. Faham-faham aje le keadaan apabila peluang sudah terbuka luas.

Masuk bulan November atau Disember 2004, Nur memberitahu saya bahawa Param ingin membawanya ke Cyprus bertemu Sheikh Nazim. Dia turut membawa beberapa orang kawan sekali, sekurang-kurangnya 2 orang lelaki lain bersama. Saya mengeruk kepala. Sejak bila pula orang seperti Param mahu ambil tahu pasal Sheikh Nazim? Walaupun ramai tertipu dengan bicara petahnya boleh bercakap tentang agama dalam bahasa Arab dan sebagainya, dari pertemuan saya sendiri dengannya saya rasa saya cukup kenal bagaimanakah karakter sebenar musang yang sesekali berbulu ayam ini. Malah Nur memberitahu bahawa Param tidak tahu langsung dan tidak cuba mencari pun di manakah Sheikh Nazim tinggal. Pergi begitu jauh takkan takda langsung persediaan?

Seterusnya saya mendapat tahu bahawa mereka akan berlepas ke Cyprus pada malam betul-betul Nur tamat edah. Ait? Biar betul! Saksi cukup nampaknya. Saya membuat telahan bahawa Param cuba memenangi hati Nur sebelum cuba mengahwininya. Rasanya sangat logik. Kalau dia cuba mengajak Nur berjalan ke mana-mana luar negara (kecuali ke Mekah, itupun katanya Datuk Kengkang ikut serta) tentu sedikit susah tetapi kalau pergi kerana 'agama', kerana mahu bertemu Sheikh Nazim dan sebagainya tentu boleh. Tetapi percaya ke anda kalau seorang politikus muda yang diketahui suka merancang setiap perbuatannya sehingga ke butiran paling kecil sanggup pergi ke Cyprus kononnya untuk bertemu Sheikh Nazim sahaja tanpa cuba mencari alamat tempat tinggalnya atau menelefonnya terlebih dahulu?

Saya memberitahu Nur ini satu usaha untuk sweep her off her feet. Nur akan dibawa berjalan-jalan ke tempat-tempat cantik sehingga dia betul-betul terpesona dengan keadaan dan pada ketika itulah si Param dengan penuh manis elok molek budi bahasa akan memujuknya menjadi isteri, isteri kedua sebenarnya. Saksi 2 orang pun dah sedia menunggu. Tetapi Nur kemudian bertanya kepada Param, apakah betul ini? Kalau betul pun takkan dia nak mengaku ya tak?

Dipendekkan cerita, dengan kuasa Allah, Nur mendapat gerak hati sampai bertemu Sheikh Nazim dengan selamat. Entah bagaimana sebaik sahaja masuk teksi, dia pula boleh menyuruh pemandunya mengambil laluan itu dan ini sampailah dia bertemu Sheikh Nazim di rumah ibadatnya yang rupanya agak terkenal di sana. Maka tidaklah dia dapat dibawa ke tempat lain. Si Param pula yang kena cover line dengan menyebut dia pun nak ikut gerak hati seperti Nur, sebab itu dia kononnnya tidak cuba mencari alamat atau menghubungi Sheikh Nazim terlebih dahulu.

Pernah tengok tak orang yang amat teliti merancang perjalanan, beberapa lama memerhatikan laluan biasa seorang wanita di tempat kerja dan sebagainya, satu hari tiba-tiba sahaja 'terlanggar' perempuan itu. Lalu terjadilah satu perkenalan. Bila bercerita, tengok-tengok mereka 'sama' minat. Kata si lelaki yang pandai mengatur perangkap, semua ini tidak disangka, cuma rancangan Tuhan belaka. Takdirlah katakan... maka mereka pun memang ditakdirkan untuk bersama. Siapa pula yang tahu berapa lama dia telah menghendap merancang acara, bertanya pada semua orang apakah kesukaan wanita itu, menabur wang yang banyak bila perlu. Tahu-tahu sahaja sudah pandai bercerita pasal Hang Tuah dan Hang Jebat sedangkan selama ini dia apa peduli akan sejarah Melayu!

OK. Cukuplah luahan bab ini. Disebabkan pertemuannya dengan Sheikh Nazim amat menyenangkanlah maka Nur ingin membawa saya ke Cyprus tetapi sudah tidak boleh. Dan saya pula tidak mahu pergi keseorangan. Maka tidak hairanlah jika satu hari tiba-tiba dia mendapat ilham baru: "Awak, saya nak awak pergi menyambung wasilah kat makam Rasulullah di Madinah."

Ya, itulah yang terpacul di hatinya, Asalnya bukan untuk umrah tetapi untuk ke saya pergi ke makam Rasulullah SAW. Tapi kalau dah ke sana takkan le tak boleh buat umrah sekali ya tak? Lagipun cuma pakej umrah sahaja yang membenarkan ini berlaku. Dan Nur memang sudah menyediakan sejumlah wang hasil lakonannya dalam drama sebelum aktiviti kegemarannya itu mula disekat dan dihentikan selepas dia berkahwin.

Hmm... asalnya saya cuma mahu memulakan cerita umrah 2005 ini dengan kisah mengenai betapa susahnya saya cuba berhenti merokok ketika itu dan akibatnya yang membuat saya selalu rasa marah-marah hendak bergaduh ketika di tanah suci. Tapi cerita-cerita yang keluar secara spontan apabila mengingatkan rentetan peristiwa yang membawa kepada berlakunya umrah ini pula terasa sudah cukup panjang. Jadi biar kita berhenti di sini dahulu ya... namun saya tetap maintain tajuk "percubaan berhenti merokok" di atas... :]

Cerita An-Nur - Akhirnya terpisah kerana fitnah siapa agaknya ya?

Tak tahu kenapa, terasa nak pakai gambar yang ditemui di Internet ini...

Saya terasa mahu menamatkan terus cerita-cerita An-Nur yang termasuk artikel ini sudah masuk 11 bahagian. Fed-up dah tapi itulah saya, harus melepaskan rasa menurut turutan yang sepatutnya agar hilang sedikit sekatan di dada sebelum dapat meneruskan kerja lain dan mendapat aliran ilham terbaru. Cuma cara melepaskannya sahaja (dan keadaan semasa juga sebenarnya) yang boleh menentukan lambat atau cepat selesainya sesuatu cerita. Ada bahagian yang perlu diceritakan panjang-lebar, ada pula yang boleh dilompat-lompat...

Setelah beberapa hari An-Nur mesra berehat di rumah Nur, sampailah masanya untuk dia dan keluarga kembali ke Segamat. Saya pun mengikut ibu bapanya mengambil An-Nur di rumah Nur. Kemudian kami ke bengkel kereta di sekitar Pandan untuk mengambil kereta An-Nur yang rosak dalam seminggu dua sebelum itu, kereta yang sepatutnya digunakan untuk mengambil saya di Janda Baik lalu ke Segamat. Sila lihat ceritanya di Cerita An-Nur - ke Segamat bersama jodoh baru? Dan lisan agama dan keturunan yang keluar daripadanya...

Selepas siap keretanya, saya memandu membawa An-Nur untuk menyelesaikan beberapa perkara di ibukota. Ibu bapanya pula kembali untuk bersiap-siap membungkus segala barangan di rumah sewa. Tujuan kami adalah membuat persiapan akhir sebelum berpindah terus ke Segamat. Saya yang dah dianggap sebagai bakal menantu diajak menetap bersama dan disarankan membuat kerja bersama keluarga.

Malam itu, setelah mengambil segala barangan saya yang ada ditinggalkan di pejabat Pak Habib, An-Nur meminta saya singgah di Kampung Baru. Dia kemudian meminta saya menunggu di kereta sebelum dia masuk ke dalam rumah kampung. Entah apa yang ingin dibuatnya, saya tak tahu. Saya cuma bersangka baik dengan menganggap dia ingin berjumpa kawan-kawan buat kali terakhir (sekurang-kurangnya dalam masa terdekat) sebelum berpindah balik ke Segamat. Tetapi setelah menunggu di luar sekitar setengah jam, saya hilang sabar. Saya masuk ke dalam rumah dan kelihatan 2-3 orang lelaki yang kelihatan sedikit lalok. Saya rasa saya tahu apa yang sudah berlaku tetapi tidak bercakap banyak. Saya cuma meminta An-Nur supaya cepat bersiap kerana ibu bapanya sedang menunggu di rumah.

An-Nur keluar sekitar 10 minit kemudian dengan ditemani seorang laki-laki, lelaki yang dahulu ada bersama An-Nur ketika saya pertama kali terserempak dengannya di Janda Baik. Cuma ketika itu lelaki tersebut datang bersama wanita lain dan mereka hilang entah ke mana di belakang taman, entah di hutan semasa saya berkenalan dengan An-Nur. Kali ini kelihatan sungguh yang dia menyimpan hati terhadap An-Nur tapi apa boleh buat, ibu bapa An-Nur telah menganggap saya sebagai bakal menantu dan sudah menjadi tanggungjawab saya menjaganya pula.

OK. Ini ada bahagian cerita yang saya tak ingat bilakah ia berlaku. Apakah pada hari-hari ketika kami bersiap untuk kembali ke Segamat atau awal sedikit ketika An-Nur masih menginap di rumah Nur. Atau ia berlaku selepas kami kembali ke Segamat atau memang sekali di Kuala Lumpur kemudian sekali lagi di Segamat. Yang pasti ia berlaku selepas kami kembali dari Perak (lihat Cerita An-Nur - Ke Perak untuk berbincang hal buku )

Apa yang berlaku ialah penerbit buku di Perak telah menelefon kami dan kelihatannya dia lebih berminat untuk menerbitkan buku saya daripada menerbitkan buku bapa An-Nur. Apapun mereka sekeluarga amat teruja dengan perkembangan ini. Cuma yang tak sedapnya apabila ibu An-Nur meminta agar namanya turut dimasukkan sebagai penulis buku, selepas itu bapa An-Nur pun turut menyelit sama. Saya cuma tersenyum hambar sahaja. Mana boleh diletakkan nama mereka sedangkan buku itu 100 peratus hasil tulisan penat-lelah "pecah kepala" saya dan berdasarkan pengalaman sebenar hidup serta pencarian hidup diri sendiri. Tidak saya sangka rupa-rupanya keengganan saya itu nanti bakal merenggangkan hubungan kami. Sekurang-kurangnya itu yang saya nampak nanti...

Sampai satu hari kami pun bersiap untuk ke Segamat. Sebuah lori membawa segala barangan An-Nur mula bergerak meninggalkan kondominum yang mengandungi rumah sewanya dan kemudian kami pun berlepas dengan dua buah kereta. Ah... saya sudah lupa bahagian ini. Apakah saya dan An-Nur membawa satu kereta dan ibu bapanya kereta lain atau kami naik satu kereta bersama. Rasanya memang dua kereta...

Dipendekkan cerita kami pun sampai ke Segamat. Adapun bapa An-Nur pernah cuba menjadi penerbit buku tetapi kurang berjaya. Kalau tak salah ingatan dia sempat menerbitkan 2 atau 3 buku tulisan orang lain sedangkan dia sendiri belum ada buku tulisan sendiri yang sudah diterbitkan di mana-mana. Mendengar cerita An-Nur dan ceritanya sendiri, boleh kelihatan betapa tinggi hasratnya untuk bergelar sebagai seorang penulis buku. Ini nampak nyata apabila pemandu lori dan pembantunya hendak berlepas kembali selepas menurunkan barangan An-Nur di Segamat, bapa An-Nur telah menghadiahkan mereka 2-3 buku lalu menandatangani setiap buku tanpa dipinta walaupun tidak satu buku pun adalah hasil penulisannya.. Ya, dia menerbitkan buku-buku itu, ini memang betul tapi mana ada orang pernah minta penerbit menandatangani buku kecuali si penerbit adalah penulis buku itu sendiri?

Ah... baru saya ingat! Sepanjang beberapa hari duduk di Segamat, penerbit di Perak ada sekali dua lagi menghubungi kami tetapi tetap nampak lebih berminat untuk menerbitkan buku saya. Saya ingat ini kerana selepas itu saya ada mengposkan sebuah CD yang mengandungi tulisan buku ke Perak (semasa di Perak dahulu saya cuma memberi sebahagian sahaja dari satu bab sebagai contoh). Ibu An-Nur ada bertanya lagi jika namanya boleh dimasukkan sebagai salah seorang penulis buku. Saya bukan pembohong, tetapi saya juga segan menolak terang-terangan. Jadi saya cuma tersenyum hambar...

Walaupun ketika itu saya sudah tidak bekerja selama beberapa tahun, mereka tahu kelulusan dan pengalaman yang saya ada. Saya dibawa ke Segamat dengan harapan akan menolong ibu An-Nur menghidupkan sebuah pusat tuisyen baru di Segamat dengan saya sendiri sebagai seorang tenaga pengajar Matematik. Selain itu saya diharapkan dapat menolong bapa An-Nur memperbaiki buku tulisannya yang belum lagi diterbitkan, buku yang sudah diusahakan sejak lebih 2 tahun sebelum itu untuk dibawa ke tahap yang lebih tinggi. Lagipun saya memang pernah berbuat begitu bersama penulis politik Pak Habib @ S.H. Alatas dan memang pun saya bekas wartawan. Lalu saya diberi sebuah bilik sebagai tempat tinggal baru di Segamat sedangkan An-Nur pula sedang merancang untuk menyambung pelajaran ke sebuah universiti di Lembah Kelang... kiranya baru nak apply le...

Saya sanggup memberikan sekitar 20 mukasurat satu siri gitu tulisan saya yang terbengkalai dalam tahun 2002 untuk ditambah jadi bahan tulisan bapa An-Nur. Isi tulisan itu ada diletakkan di blogspot ini dalam artikel-artikel bertajuk :-

Asalnya dahulu saya memang mahu menyiapkan sebuah buku tentang rancangan Yahudi menakluki dunia, melalui perspektif seseorang yang dahulu amat keBaratan, pernah duduk 4 tahun di England di mana mekarnya cara kehidupan liberal yang didalangi Zionis dan kemudian dapat melihat permainan dunia politik sebalik tabir apabila menjadi wartawan akhbar utama negara berbahasa Inggeris. Tetapi apa yang berlaku kemudian termasuk perjalanan ke Aceh awal 2004 membuat saya mula menulis buku awal "Berpetualang ke Aceh" yang dahulunya berbentuk lebih sebagai buku sejarah, bukannya novel. Maka itu saya tiada masalah menyerahkan manuskrip saya terus kepada bapa An-Nur.

Pada suatu hari, dia meminta saya mengemas barang untuk bersiap-siap membawa saya ke Muar. Memang saya ada menyatakan hasrat untuk kembali ke sana bertemu ibu bapa sebelum menetap terus di Segamat. Kata bapa An-Nur, oleh kerana saya telah merapatkan kembali dia dengan An-Nur, maka dia akan tolong memperbaiki hubungan saya dengan bapa. Dengan itu kami pun ke Muar di mana bapa An-Nur ada bersembang lama dengan bapa saya. Isinya sedikit menceritakan perkenalan saya dengan keluarganya. Kemudian dia cuma meminta agar bapa saya menerima dan memaafkan saya tak kira betapa buruk pun keadaan atau kesalahan saya, sebelum dia kembali ke Segamat meninggalkan saya di Muar.

Beberapa hari itu saya dan An-Nur cuma berhubung melalui telefon untuk melepaskan rindu. Walaupun tidak bersua muka, kami tetap intim dan sering membincangkan rancangan masa hadapan bersama. Yang peliknya, dalam seminggu atau dua minggu kemudian dia menghantar message yang berbunyi lebih kurang begini: "An-Nur tahu apa yang Abang dah buat pada An-Nur. Pulangkan balik barang An-Nur. Kalau tidak terimalah akibatnya!"

Saya tergamam sebentar. Apa ini? Gayanya seperti saya telah membuat sihir kepadanya. Saya menilik di dalam hati sendiri. Nampaknya dia telah menganggap saya mengguna-gunakannya selama ini. Sebab itu dia boleh terus jatuh cinta dan ingin menjadi isteri saya.

Tentang barang pula, bila masa saya ada mengambil apa-apa barangnya? Kalau dia ambil barang saya ada le... bukan saya tak tahu An-Nur yang ambil satu-satunya gambar anak perempuan saya yang ada pada tangan saya, gambar ketika anak itu berumur sekitar 6 bulan gitu (lihat artikel Cerita An-Nur - penerimaan yang memberangsangkan keluarga di Segamat). Dan An-Nur juga telah beberapa kali menyelongkar barangan saya terutama apabila dalam keadaan gilanya. Ada ketikanya dia akan menyelitkan buku-buku dan barangannya sendiri dan adakalanya barangan milik keluarga di rumahnya di Segamat masuk ke dalam beg-beg saya.

Saya terus meneliti balik barangan saya yang dibawa pulang dari Segamat. Tiada pun barangan An-Nur atau keluarganya kerana seingat saya apa sahaja barang yang diselitnya ke dalam beg-beg saya telah saya keluarkan semula. Saya cuba menelefon An-Nur. Tiada jawaban. Saya pun menelefon bapa An-Nur lalu meminta penjelasan. Diakui suara saya ketika itu agak marah, maklumlah saya dituduh menyihirkan orang, tuduhan berat yang datang daripada orang yang saya pernah cuba selamatkan. Jawab bapanya sabar, sabar... katanya mungkin ada silap faham.

Beberapa hari selepas itu saya tidak mendengar apa-apa cerita. Akhirnya saya membuat keputusan untuk pergi sendiri ke rumah mereka di Segamat, dengan menaiki bas kemudian berjalan kaki berbatu-batu. Sampai di rumah, tiada pula orang. Setelah menunggu beberapa lama, baru kelihatan ibu An-Nur yang mungkin baru kembali dari kerja lalu setakat memberitahu An-Nur telah pergi ke Kuala Lumpur bersama bapanya. Dan kali ini dia kurang mengendahkan saya, jauh berbeza keadaannya ketika saya dianggap bakal menjadi suami An-Nur.

Saya menerima ini sebagai petanda dari Allah bahawa saya kini tidak diterima mereka, bahawa hubungan saya dengan An-Nur dalam sebulan kebelakangan itu cuma satu fasa kehidupan untuk membawa kepada satu peringkat yang baru. Dengan itu saya terus melupakan An-Nur. Dalam sedar tak sedar saya kembali baik dengan Nur tetapi dalam keadaan yang lebih terbatas.

Sebulan dua kemudian baru saya dapat tahu sedikit apa yang berlaku. Nur terlibat dalam satu penggambaran drama antara dua negara di Jakarta lalu harus berada di sana, sekali pergi hampir dua minggu. Pada suatu hari suaminya si politikus muda tiba-tiba muncul membawa An-Nur bersama. Rupa-rupanya dia ingin membuat kejutan... dibawanya An-Nur lalu ditinggalkan di sana untuk menemani Nur sepanjang penggambaran di Jakarta.

Daripada Nur saya dapat tahu bahawa sesekali An-Nur akan buat perangai malah mengamuk-ngamuk sehingga memanjat-manjat tingkap hotel. Bertahun kemudian baru Nur dapat tahu An-Nur ada masalah lain yang menyebabkannya sering jadi gila. Tak perlulah saya sebut apakah masalah itu dan Nur pun kesian, tak nak bagitahu keluarganya.

Awal tahun 2005, tak ingat bulan berapa Nur pernah lari dari rumah untuk meminta cerai. Sebenarnya dia menyorok di rumah orang yang ada kena-mengena dengan peguamnya kerana tidak mahu suaminya membuat sesuatu, begitu juga ibu dan ayahnya yang sampai sanggup berjalan jauh mencari bomoh setiap kali Nur bergaduh dengan si politikus muda yang kaya-raya. Nur ada memberitahu tentang rancangannya. Saya cuma mendiamkan sahaja.

Malam itu saya mendapat panggilan telefon dari seorang Sayyid yang berkecimpung dalam dunia nyanyian dan muzik. Saya kenal dia dan dia ada juga kaitan dengan keluarga Nur juga dengan sejumlah Sayyid dan Sharifah yang saya kenali. Dia mengajak saya makan di luar untuk bercerita. Saya pula semasa itu sangat bersemangat mahu bercerita tentang peranan dan perjuangan Ahlul Bait. Walaupun saya baru sahaja kembali dari satu perjalanan dan amat penat, saya bersetuju keluar berjumpa dengannya kerana mahu bercerita tentang Ahlul Bait.

Dalam bercerita itu, baru dia membuat pengakuan. Katanya dia sebenarnya disuruh oleh si politikus muda agar menarik saya keluar kerana menganggap saya telah membawa lari Nur. Dipendekkan cerita malam itu saya dicari lalu dikelilingi sekitar 20 orang, kemudian diserang seorang dari mereka sebelum diserang yang lain. Saya tidak melawan kerana yang menyerang saya itu semuanya saudara mara Nur, beberapa orang daripada mereka sudah lama saya kenali. Sambil mereka memukul saya yang setakat sesekali sahaja menepis tumbukan apabila tidak dapat menahan rasa sakit dan cuma mengelit kelangkang ke tepi kiri dan kanan apabila cuba diterajang di tempat sulit, mereka menuduh saya mengamalkan ilmu batin dan suka membuat guna-guna. Di situlah baru saya terdengar fitnah yang entah ditanam oleh siapa, bahawa saya pernah menggunakan-gunakan dua orang sepupu Nur dan saya juga kononnya menggunakan ilmu sebegitu sehingga Nur jatuh cinta dengan saya.

Diakui memang saya nyaris menjalinkan hubungan dengan seorang sepupu Nur. Perkara ini berlaku sekitar tahun 2002 atau 2003, setelah bercerai dengan isteri pertama. Semasa itu saya harus memilih antara dua adik-beradik. Setelah mengenali salasilah keluarga yang cuma disedari ketika melepasi umur 31 tahun, saya merasakan bahawa saya harus berkahwin dengan seorang Sharifah jika mahu betul-betul mengecapi kebahagian rumah-tangga dan menjalani kehidupan yang lebih bermakna.

Ketika itulah si Nur mencadangkan agar saya mengambil sepupunya. Saya begitu jujur dalam hal ini sehingga pernah mengajak Pak Habib agar menemani saya ke rumah sepupu itu. Ketika itu si sepupu ada di rumah bersama adik-beradik dan ibunya. Mereka telah diberitahu oleh Nur yang saya berniat memperisterikan sepupu yang dimaksudkan dengan Pak Habib sebagai ayah angkat sudi menjamin saya yang tidak memiliki kerja tetap kecuali menolongnya menulis buku.

Sekembali dari pertemuan itu saya terasa lebih elok jika memperisterikan si kakak kepada sepupu. Si adik yang baru tamat sekolah kelihatan kurang matang sedangkan si kakak pula lebih lembut air mukanya dan nampak lebih keibuan. Apabila saya telah membuat keputusan lalu memberitahu Nur, baru mukanya berubah. Saya faham apa yang berlaku lalu tidak jadi meneruskan rancangan. Sebaliknya saya mula menjalinkan hubungan baru dengan Nur.

Apapun, tidak pernah sekali pun saya menggunakan apa-apa ilmu batin untuk mendapatkan mana-mana wanita. Kalau keyakinan diri yang tinggi serta tutur kata lancar berserta renungan mata yang tajam tu ade le... tapi ini bukan ilmu sihir. Jadi kenapa kata saya guna-gunakan orang? Bukan guna-guna seorang malah dikatakan beberapa orang! Kenapa kedatangan saya melihat dua sepupu adik-beradik itu dikaitkan dengan penggunaan guna-guna? Kemudian diulang-ulang berkali-kali kuat-kuat agar segala yang hadir dapat dipengaruhi yang saya kononnya memang seorang lelaki yang telah menyihir ramai ahli keluarga mereka.

Masyaalah! Apakah yang perlu saya buat dalam keadaan ini? Kalau saya melawan memang saya dituduh salah. Menang kalah lain cerita. Sedangkan saya sebenarnya sangat buntu dengan segala fitnah yang melanda dan apa yang sudah berlaku. Kemudian baru saya dapat tahu di sebalik semua ini, si politikus muda merancang segala perkara dan memerhatikan sahaja dari jauh. Mengapa dia sendiri tidak datang menyerang saya? Mengapa gunakan saudara-mara Nur, orang-orang yang saya panggil sebagai Ami ataupun pakcik?

Bab ini tamat apabila keesokannya si politikus menikus dihubungi peguam Nur. Tahulah mereka bahawa kehilangan Nur bukan disebabkan saya tetapi disebabkan Nur sendiri benci dengan hidup penuh pura-pura. Tetapi pernahkah mereka meminta maaf? Tidak! Laporan polis yang dibuat awal pagi atas saranan seorang rakan juga nampaknya tidak diendahkan. Saya tahu si politikus muda telah menyediakan seseorang untuk menanganinya jika perkara ini sampai pada polis. Dan terdapat ramai ahli keluarga Nur yang mengharapkan sesuatu dari jaringan kuasa si politikus muda.

Itulah masalahnya apabila para Sayyid dan Sharifah tidak beramanah dengan hakikat sebenar mereka sebagai keturunan Nabi. Sepatutnya mereka tidak hairan dengan dunia tetapi kini boleh dicucuk hidung akibat keinginan nafsu nafsi, boleh dijual-beli oleh manusia penipu yang tidak berbangsa tinggi.

Apapun, saya anggap semua ini ujian Allah belaka. Walaupun saya terus difitnah mengguna-gunakan Nur, walaupun saya pernah sanggup kahwin dengan An-Nur yang cantik tapi gila (dan sebenarnya penagih sesuatu) lalu cuba menyelamatkannya tetapi sebaliknya dituduh menyihirkannya pula, saya terima segalanya. Sejak itu, Nur pula telah beberapa kali lari rumah sambil berurusan dengan peguam untuk mendapatkan perceraian. Malah dia pernah menukar peguam apabila ternyata peguam sebelumnya telah dikaotim oleh si politikus muda.

Malangnya semuanya tidak berjaya kerana si politikus pandai mengatur acara, apalagi apabila disokong ibu bapa Nur sendiri yang sanggup terbang jauh hingga ke Jawa untuk mencari bomoh demi menggagalkan apa-apa usahanya memisahkan diri dari kehidupan penuh kepura-puraan itu. Apabila melihat segala turutan peristiwa yang berlaku (dan saya dapat tahu si politikus muda ada berbaik-baik dengan keluarga An-Nur) selepas kembali ke Muar, agaknya siapakah yang membawa fitnah sehingga saya terpisah dengan Nur kemudian An-Nur ya? Sekian luahan yang mahu dibuat melalui cerita An-Nur. Tamat siri cerita ini...

p/s:
Penghujung tahun 2007 atau awal 2008 gitu, buat pertama kali setelah itu saya ada bertandang ke rumah An-Nur di Segamat lalu berjumpa bapa An-Nur. Semasa itu saya dalam pusingan akhir satu pengembaraan mengelilingi Johor. Lihat artikel
Dari Segamat kembali ke Muar... Berakhirlah satu episod pengembaraan... Kami berbual sebentar dan saya ada menghadiahkan satu atau dua naskah buku "Berpetualang ke Aceh". Dia pun menunjukkan bukunya yang sekian lama mahu diterbitkan, akhirnya sudah pun diterbitkan baru-baru itu oleh sebuah koperasi tempatan. Tertera gambar bapa An-Nur di belakang dengan sedikit biodata. Tetapi buku saiz lebih kurang seperti "Berpetualang ke Aceh" itu cuma ada sekitar 140 mukasurat dengan tiga nama penulis. Jadilah, asalkan ada buku sendiri...

Mari kita bantu baik pulih Dewan Tok Kenali sampai siap! Amacam?



Assalamualaikum para pembaca, saudara dan saudari yang dimuliakan sekalian. Ini ada satu cerita dan pengumuman. Dalam artikel Salam daripada Kota Bahru, Kelantan! Salam Tok Kenali? yang dibuat lebih setahun lepas, saya ada menulis:

Ketika bermalam seorang diri di Masjid Tok Kenali, baru saya sedar betapa masjid itu memerlukan dana untuk memperbaikinya. Malam itu hujan sangat lebat dan ternyata bumbung masjid bocor di beberapa tempat.

Di sini, ingin saya ambil kesempatan membuat pengumuman... Kepada mana-mana insan mulia yang ingin memberikan sumbangan demi memastikan kesinambungan sebuah warisan peninggalan ulamak Melayu bertaraf wali, boleh hubungi Ayah Man @ Haji Lokman bin Ahmad bin Muhammad Yusuf (nama sebenar Tok Kenali) di talian 012-9540237 dan 09-7654666. Boleh juga datang sendiri mencarinya dan ahli keluarga di Dewan Tok Kenali, Pondok Tok Kenali, Lorong Tok Kenali, Jalan Tok Kenali, 16150 Kota Bahru, Kelantan. Sila! :]

Lebih kurang 2 minggu lepas, ada orang meninggalkan pesan dalam ruangan chatbox di blog dwi-bahasa saya SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Katanya dia baru sahaja kembali dari menziarahi makam Tok Kenali di Kelantan dan ada berjumpa dengan cucu Haji Lokman @ Ayah Man. Katanya Ayah Man meminta agar saya dapat menghubunginya. Saya tidak tahu untuk apa tetapi saya kemudian menjawab insyaallah akan berbuat begitu.

Hari demi hari berganti dan saya sibuk dengan pelbagai hal lain hingga terlupa langsung tentang itu. Tetapi sebagai seorang Islam, saya harus mengotakan kata lalu sehari dua ini cuba menghubungi Ayah Man melalui nombor telefon bimbitnya yang ada disimpan di dalam telefon bimbit saya. Malangnya yang kedengaran cuma nada dering seperti telefon dalam silent mood gitu diikuti pesanan peti suara. Saya cuba lagi hingga beberapa kali dan itu juga yang berlaku. Akhirnya saya pun melupakan hasrat mahu menghubungi Ayah Man.

Pagi tadi sebelum masuk kerja tiba-tiba isteri saya menelefon seseorang dari rumah. Kedengaran dia menyebut nama Haji Lokman dan saya yang ketika itu sedang terbaring letih terus dapat merasakan isteri saya dapat menghubungi Ayah Man! Rupa-rupanya dia teringat tentang kertas bertulis nombor telefon cucu Tok Kenali itu yang turut mengandungi nombor telefon rumahnya lalu mencarinya di sebuah bilik atas yang dijadikan stor sedikit barangan. Itulah kertas yang gambarnya dipaparkan di atas. Anda boleh membesarkannya untuk melihat apa yang tertera termasuk sebuah doa panjang-lebar yang katanya diamalkan Tok Kenali setiap kali selepas solat lima waktu.

Kedengaran isteri saya memperkenalkan diri lalu menyebut nama saya dan pesanan yang ditinggalkan orang di chatbox SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) agar saya menghubunginya. Alhamdulillah, Ayah Man terus ingat apabila disebut saya seorang penulis berasal dari Muar yang pernah beberapa kali pergi ke makam dan masjid Tok Kenali, kedua-duanya di Kubang Kerian, Kota Bahru, Kelantan. Rupa-rupanya telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi kerana katanya selalu ditutup apabila dia berada di rumah. Ayah Man terus meminta nombor telefon bimbit saya. Tidak lama kemudian telefon itupun berdering...

Melihat nombor 09 yang tertera di paparan, saya terus menyebut nama Ayah Man sebaik sahaja kedengaran suara di telefon. Terus kami berbual lalu dia menceritakan bahawa baru-baru ini telah datang seorang pengunjung dari Muar ke tempatnya lalu memberi sumbangan dana peribadi yang agak besar, kalau tak salah ingatan sekitar RM70,000 gitu! Kata Ayah Man, orang itu ialah seorang ahli korporat. Dia mendapat tahu yang pihak anak cucu Tok Kenali memerlukan bantuan untuk memperbaiki Dewan Tok Kenali setelah terbaca mengenainya di dalam blogspot saya.

Ayah Man lalu mengucapkan terimakasih kepada saya. Saya pula bertanya apakah sumbangan itu sudah cukup untuk membuat kerja baik-pulih yang diperlukan. Jawabnya masih belum cukup, masih memerlukan lagi RM280,000 lagi kerana belanjawan penuh yang perlu dipakai untuk segala kerja baik-pulih adalah RM350,000. Itu yang membuat saya mahu membuat satu cerita baru dalam blogspot ini, untuk memaparkan keperluan itu agar ada sesiapa sudi lagi meringankan beban samada dengan sumbangan wang atau apa-apa sumbangan lain yang dapat membantu. Moga-moga diberkati Allah, apalagi dengan berkat dan karamah Tok Kenali yang cukup terkenal kewaliannya di Tanah Melayu.

Dengan itu saya berharaplah para pembaca yang berkemampuan sudi-sudi menghulurkan bantuan untuk pihak mereka. Saya ulangi sekali lagi pengumuman yang pernah dibuat dalam artikel Salam daripada Kota Bahru, Kelantan! Salam Tok Kenali? Kepada mana-mana insan mulia yang ingin memberikan sumbangan demi memastikan kesinambungan sebuah warisan peninggalan ulamak Melayu bertaraf wali, boleh hubungi Ayah Man @ Haji Lokman bin Ahmad bin Muhammad Yusuf (nama sebenar Tok Kenali) di talian 012-9540237 dan 09-7654666. Boleh juga datang sendiri mencarinya dan ahli keluarga di Dewan Tok Kenali, Pondok Tok Kenali, Lorong Tok Kenali, Jalan Tok Kenali, 16150 Kota Bahru, Kelantan.

Biar ditambah di sini, jika anda tidak mampu menghulurkan wang, maka tolonglah dengan sekurang-kurangnya menyampaikan hal ini kepada sesiapa sahaja yang anda kenali. Kalau anda tak tahu bagaimana mahu memulakan bicara tentang ini, maka copy dan sampaikan sahaja artikel ini. Semoga dengan itu ia dapat sampai kepada orang-orang yang memiliki kemampuan lalu bersedia untuk menghulurkan tangan.

Sebenarnya saya bercadang untuk meletakkan pengumuman ini sebagai tambahan bagi sebuah artikel baru yang ingin ditulis nanti, berkenaan satu majlis mengenai peranan Ahlul Bait yang dihadiri hujung minggu lalu. Tetapi biasalah saya, saya cuma akan dapat menulis sesuatu apabila telah menyelesaikan suatu turutan kerja. Untuk saya dapat menulis itu, saya harus memulakan dahulu satu kerja sukarela penterjemahan artikel yang telah dijanjikan atas permintaan seorang pendakwah yang baru dikenali semasa majlis itu. Dan saya juga harus melepaskan dahulu satu lagi artikel berkenaan An-Nur yang mahu ditamatkan terus kalau boleh hari ini juga.

Masalahnya kerja membuat artikel-artikel ini memakan masa selain saya ada kerja penting lain yang seminggu dua ini sungguh membuat saya amat keletihan dan sakit-sakit kepala. Oleh itu elok dilepaskan dahulu cerita mengenai Ayah Man dan permintaan bantuan dana untuk membaik pulih Dewan Tok Kenali ini. Nanti bila saya dah buat artikel lain lalu artikel ini 'terturun' ke bawah, akan saya letak bahagian pengumumannya di bawah slide sebelah chatbox agar dapat dilihat pengunjung sampai selama mana yang perlu, insyaallah. Untuk memberi sedikit mood, elok juga diletakkan links untuk beberapa artikel lama yang ada melibatkan nama Tok Kenali di sini.

Hmm... baru teringat. Buku terbaru saya "Rumah Azan" yang baru diterbitkan sebulan ini oleh syarikat Karnadya dengan sokongan Dewan Bahasa dan Pustaka turut memaparkan sebuah cerita bergambar tentang Masjid Tok Kenali, ada gambar makam juga madrasah beliau sekali. Sila lihat artikel Buku "Rumah Azan" dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC . Ia boleh didapati di kedai-kedai buku terpilih MPH, Popular Bookstore, Books Kinokuniya dan satu dua rangkaian kedai lain, jika ada stok le. Sekarang baru saya boleh makan pagi. Sekian buat masa ini! Sila le jenguk-jenguk cerita lama di bawah...

p/s:
Baru sekejap tadi terfikir, dalam parti PAS kini sibuk mahu memilih pemimpin-pemimpin baru, apa kata calon-calon pemimpin tertinggi turun padang membuat sumbangan membaiki Dewan Tok Kenali? Dari sibuk-sibuk bercerita tentang politik wang, elok juga wang itu 'dipolitikkan' untuk membela sebuah institusi lama agama yang pernah menaikkan nama Kelantan ke seluruh Nusantara. Sekurang-kurangnya ada le juga berkat... kecuali duit yang dimiliki datang dari sumber haram. Tentu Tok Kenali tak mahu terima wooiii! :]