Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Tuesday, December 12, 2006

Akhirnya! Sambung... Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 4

Thread "Berpetualang ke Aceh" di Forum CVT sudah masuk mukasurat 94 barulah cerita pencarian Makam Raja Ahmad disambung kembali sedangkan cerita ini dimulakan pada mukasurat 59. Malah bunga-bunga cerita telah pun diletakkan dalam mukasurat 46 lagi ketika saya "tersangkut" di Kampung Gajah dalam perjalanan mencari makam tersebut! Begitu banyak hal lain yang "menganggu" perbincangan... Begitulah adat orang berforum.
Selepas menceritakan kembali sebahagian daripada kisah ini seperti dinukilkan dalam artikel-artikel "selingan", cerita pun disambung di sini:


(Posted: 06 October 2006 at 1:25am)

OK... Recap balik apa yang berlaku hari tu... Aku nak carik Makam Raja Ahmad, masuk le ke Bandar Bharu (bandar tinggal yang dah jadi estet kelapa sawit) ikut jalan kampung lepas Matang Pelanduk, dari Teluk Intan sampai ke tebing Sungai Perak, teksi belah... Aku jalan kaki masuk kanan... Tu yang jumpa masjid tinggal, jalan lagi sikit jumpa makam Sultan Abdul Malik, pas tu baru jumpa kubur Birch...
Sampai kat kubur Birch pun dah azan pas tu mula gelap... Aku pun berjalan terus menghala utara menyusuri Sg, Perak... Dekat 8.30 malam gitu, setelah dekat 1 jam menapak dari kubur Birch dalam kegelapan dan kesunyian estet, tu yang aku jumpa lori kelapa sawit dengan empat orang pemuda tengah punggah kelapa sawit masuk dalam lori... Dapat le aku tumpang, ingat sampai keluar jalan beso je sebab aku nak carik kedai makan... Tapi depa kata dah takda dah kedai makan, tinggal kat Kampung Gajah je... Dipendekkan cite, depa kesian kat aku, hantar le ke kampung Gajah... Tu yang aku dapat update cite macam ni: (Baca balik cerita yang dinukilkan semasa berada di Kampung Gajah, ada dalam Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 3 )

OK... Sambung lagi...
Malam tu aku ingat nak tido kat Masjid Jamek baru Kampung Gajah, tempat aku biasa lepak kalo sangkut kat sana... Dah singgah dah pun n mandi n solat, pas tu baru keluar pi Internet sampai boleh buat update kat atas tu...
Lepas tu, aku lepak le minum kat warung... Sudah kenal satu mamat local, cite punya cite, dia pun bawak aku pi Masjid Jamek lama Kampung Gajah yang katanya ada le umur 100 tahun lebih... Itu le first time aku sampai situ (ke aku dah pernah sampai, rasanya tak kut sebelum tu) dan kat situ le aku tido malam tu...
Ni aku paste gambo masjid tu, ambik lepas Subuh le, masih gelap lagi... Tu yang tak clear tu...



Lepas tu ambik gambo tu, mula-mula aku nak rest sikit sebab tak cukup tido, tido pun dekat pukul 5 pagi pas tu dah kena bangun Subuh... Tapi dah kaki aku jadik gatal balik nak berjalan, pi le jalan sat jumpa satu kedai pi breakfast... Hujan sat, tunggu le hujan selesai pas tu jalan kaki pi pekan Kampung Gajah...
Satu-satunya perkhidmatan bas dari situ ke Teluk Intan dah lama bergerak... Kalo nak tunggu silap-silap boleh makan sejam dua lagi... Aku pun naik teksi sapu sampai le ke lorong yang sebenarnya terdekat ke Makam Raja Ahmad... Lupa plak nak cakap, aku tahu lorong ni terdekat sebab aku nampak signboard masa malam sebelum tu, masa tumpang lori kelapa sawit tu...
Dipendekkan cite, aku pun sampai kat situ... Ini le signboardnya:


Terang bukan? Siap bagi distance lagi... Kalo hari semalam tu aku tahu boleh masuk ikut situ, musti aku dah terus boleh jumpa Makam Raja Ahmad... Tapi Tuhan sengaja nak aku masuk dulu ikut jalan lain... Sebab Tuhan nak aku jumpa masjid lama, pas tu makam Sultan ABdul Malik Mansur Shah, bapa (sebenarnya bapa mertua) Raja Ahmad, pas tu jumpa kubur Birch kot? Aku follow aje le programme Tuhan walaupun penat menapak dalam gelap... Guarantee ada hikmahnya nanti!

2 comments:

Anonymous said...

Sultan Ahmad memang menantu kepada Sultan Abdul Malik Mansur Shah dan sebenarnya beliau adalah anak daripada raja yang kerajaannya telah wujud sebelum wujudnya kerajaan perak. Apabila nak wujudkan kerajaan perak sedangkan dah memang ada kerajaan disitu maka sultan Ahmad berkahwin untuk menyatukan dua kerajaan. Tu sebab BETING BERAS BASAH di kuasai oleh Sultan Ahmad. Beliau adalah raja asal ditanah tersebut(nama kerajaannya dah lupa).Beliau sultan yang adil,warak taraf ulamak sejak asal sebelum wujudnya kerajaan perak baru. Beliau tak sibukkan kuasa dunia dan sentiasa beramal serta ghaib pada hari jumaat di sungai ketika ambil wuduk dan menjadi wali Allah dengan gelaran Sultan Ahmad Budadi 'Sultan Yang Arif Lagi Bijaksana'.

Anonymous said...

Sape bole tahan 16 irama nobat dia waris raja.silisilah raja amat luas.itu sebab perak selepas ktrn melaka ,,acheh selepas bugis,selepas tu siak,,selepas cucu daeng selili sultan ahmadin sultan ke18 berkait dgn kesultanan pasir.manakala sultan diaceh dari bugis berkait dengan kesultanan kutai kalimantan.disini terjalin perjanjian2 kaji sejarah secara menyeluruh jangan taksub satu2 kelompok