Khamis 3 petang. Isteri saya balik awal untuk sama-sama membawa anak ke klinik. Ada temujanji suntikan antibodi Al-Rasyid. Selesai itu timbul rasa untuk berjalan-jalan ke Kuala Selangor. Selepas menikmati air kelapa segar di Pasir Penambang tergerak pula untuk mencari tempat sekitar yang kami belum pernah singgah. Ternampak simpang ke Bukit Belimbing, teringat entah di mana saya ada terbaca bahawa di bukit itu ada tinggalan sejarah yang berkaitan dengan keSultanan awal Selangor...
Selepas mengambil simpang baru saya tahu di Bukit Belimbing juga ada pusat kelip-kelip...
Dipendekkan cerita kami pun sampai ke pusat tersebut. Tapi siang-siang mana le boleh nampak kelip-kelip?
Apapun kami sudah biasa melihat kelip-kelip yang banyak di Kampung Kuantan, bahagian lain daerah Kuala Selangor. Dan lagipun kami ke sini untuk melihat apakah ada sesuatu di Bukit Belimbing yang boleh menerbitkan rasa tentang sejarah lama.
Sebaik melepasi pintu masuk kelihatan jambatan kayu menuju ke sekumpulan chalet atas air. Aittt? Dah sampai tepian sungai ke fikir saya kerana walaupun pertama kali sampai ke sini, saya pasti seperti di Kampung Kuantan, kawasan kelip-kelip di Bukit Belimbing juga mestilah di tepian Sungai Selangor.
Rupa-rupanya chalet-chalet ini dibina di atas tasik sahaja, mungkin tasik buatan...
Sebelum sampai ke jeti, kelihatan sungai ini yang terasa ada semacam aura kuat. Isteri saya sedikit resah dengan aura yang dirasainya. Saya pula cuba memikirkan, apakah kaitannya dengan 5 orang anak Raja Bugis yang terkenal dahulukala iaitu Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambon, Daeng Kemasi dan Daeng Chelak...
Memang Sungai Selangor ada kelihatan di hadapan sana. Saya pasti ia Sungai Selangor kerana tidak ada lagi sungai lebih besar di sini (dan lagi balik ke rumah kemudian saya telah memeriksa kedudukan melalui gambar satelit di Google Earth).
Sambil menuju ke sungai, kelihatan sungai lebih kecil awal tadi bersambung dengan Sungai Selangor...
Hmm... nampak sangat air sedang surut sehingga kedudukan jeti terapung seperti jauh terperosok ke bawah...
Cebisan lumpur yang masih terlekat pada daun-daun tepian sungai menunjukkan perbezaan air pasang dengan surut di sini tidak kurang 7 kaki!
Nampak tak apa yang ada di celah-celah pokok? Itulah monyet jenis lotong. Sepanjang perjalanan saya ke merata tempat, cukup susah hendak berjumpa monyet jenis ini kecuali di Bukit Melawati, Kuala Selangor. Apakah ada kaitan tertentu Bukit Belimbing dengan Bukit Melawati yang pernah menjadi pusat pemerintahan awal keSultanan Selangor? KeSultanan yang bermula dengan pemerintah Sultan Salehuddin @ Raja Lumu ibni Daeng Chelak dengan pengiktirifan dan nobat daripada keSultanan Perak?
OK. Seperti disebut awal tadi kami boleh 'tersampai' ke Bukit Belimbing kerana mencari tempat yang belum pernah dijejaki di Kuala Selangor. Setelah bertanyakan orang, kami dapat melihat bukit kecil yang menimbulkan nama Bukit Belimbing dari tepian jalan walaupun ramai warga tempatan pun tidak tahu tentang kewujudannya sehingga menganggap tidak ada bukit di Bukit Belimbing... mungkin kerana ketinggian bukit yang tidak sampai 50 kaki (menurut anggaran saya) dengan kedudukan agak terpencil di belakang sekolah menyebabkan ia cuma kelihatan seperti longgokan pokok-pokok hutan sahaja.









3 ulasan:
Test...
Can I just say what a relief to find someone who actually knows what theyre talking about on the internet. You definitely know how to bring an issue to light and make it important. More people need to read this and understand this side of the story. I cant believe youre not more popular because you definitely have the gift.
hello all, how how is everyone?
Catat Ulasan