Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Oktober 05, 2024

Isma keperluan Ibnu Sina - Tentang kenapa alam ini adalah sebegitu rupa, bukan yang lain

Lagi majlis ilmu. Bersambung daripada Membentuk identiti : Perjalanan Azerbaijan melalui empayar, konflik dan kemerdekaan.



Petang Ahad 5 Oktober 2024. Saya dan isteri menerima dua orang tetamu dari Sungai Siput, seorang kenalan lama dan anaknya, diikuti seorang bapa saudara, adik bongsu ibu saya, dan isterinya. Selepas itu baru menyedari ada poster bagi majlis ilmu atas talian seperti di atas ini di grup WhatsApp ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Ketika itu sudah melepasi jam 6.  Majlis sudah pun bermula.



Ketika saya masuk sudah jam 6.19. Kelihatan tajuk ada sedikit lain daripada yang diwar-warkan pada poster. Tajuk ini susah hendak diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Namun dengan rujukan pantas di Internet dapat difahami makna. 

Perkataa Inggeris Necessitarianism merujuk pada satu falsafah yang mana segala yang wujud, alam ini dan segala isinya berbentuk sebegitu rupa kerana memang sepatutnya ia begitu, tidak ada kemungkinan ia boleh wujud dengan rupa dan keadaan lain (misalnya gajah boleh terbang). Ia boleh dikaitkan dengan kata akar necessary yang bermakna perlu, atau necessity yang bermakna keperluan. Avicenna pula merujuk kepada tokoh ilmuwan Islam Ibnu Sina yang sangat terkenal dalam ilmu perubatan. Tetapi beliau juga seorang tokoh ilmu kalam dan falsafah.

Diakui saya menyertai majlis dalam keadaan terpinga-pinga. Maklumlah lambat masuk malah sudah hampir ke penghujung pembentangan oleh Jari Kaukua, profesor falsafah di Universiti Jyvaskara di Finland. Difahamkan beliau banyak mengkaji pemikiran tokoh-tokoh silam Islam termasuk ahli Sufi seperti Shihabudin Surahwadi. Yang pasti beliau dinyatakan sebagai seorang pakar ilmu falsafah yang disegani.




Yang dapat dan sempat ditangkap adalah bagaimana pemikiran falsafah Ibnu Sina melihat bahawa alam ini dijadikan sebegitu rupa seperti sepatutnya, tidak ada pilihan atau alternatif lain berdasarkan prinsip-prinsip tertentu melibatkan ilmu mantiq ataupun logik juga metafizik. Hal ini menjadi lebih jelas apabila masuk sesi soal jawab sekitar jam 6.25 lalu saya mengambil peluang untuk berinteraksi bersama pembentang. 

Secara rata, seperti ramai ahli falsafah silam Islam, Ibnu Sina ada terpengaruh lalu menggunakan landasan fikir ilmuwan Yunani terkenal, Aristotle yang hidup 3-4 abad Sebelum Masihi. Saya pun membuat perbandingan bagaimana saintis ateis zaman sekarang suka menggunakan hujah kononnya terdapat banyak malah tidak terbilang alam yang menerbitkan pelbagai kemungkinan. Disebabkan adanya pelbagai kemungkinan itu maka boleh wujud alam yang kita duduki sekarang yang mana ada hukum-hukum dan nilai-nilai tertentu seperti Gravitional Constant (satu nombor malar melibatkan interaksi graviti antara objek besar seperti planet dengan planet) yang mana jika lain nilainya tidak boleh wujud alam seperti halnya kini. Kemungkinan ini diterbitkan secara falsafah untuk menolak wujudnya Tuhan lalu alam-alam dinyatakan sebagai cuma tercipta secara rawak melalui proses-proses 'semulajadi'. Sedangkan pemikiran yang saya terjemahkan sebagai "isma keperluan Ibnu Sina" itu berdiri atas prinsip paling awal dan asas bahawa wujud satu kuasa pertama atau first cause untuk menentukan keadaan. Dalam falsafah Yunani kuasa pertama itulah Tuhan. Daripada itu muncul rantaian peristiwa sebab dan akibat yang membawa kepada wujudnya alam seperti diketahui sekarang.

 

Majlis ditamatkan sebelum jam 7 oleh penganjur disebabkan tidak ada lagi mahu bersoal jawab. Bukan tidak mahu sebenarnya. Tetapi banyak yang perlu dihadamkan. Dan lagi, cuma saya dan seorang lagi hadirin atas talian yang banyak berinteraksi dengan pembentang. Seorang pula menyatakan soalan melalui ruang komen. Daripada soalannya tentang sustenance, tentang bagaimana Allah SWT terlibat secara terus menerus tanpa putus 'menyokong' lalu menentukan perjalanan alam, bukan sekadar mencipta lalu membiarkan ia berjalan dengan sendirinya serta jawaban pembentang saya pun memanjangkan perkara. 

Disebutlah tentang satu ayat dalam Surah Ar-Rahman menyatakan bahawa pada setiap saat Allah 'melakukan kerja' lalu dikaitkan dengan konsep Nafas ar-Rahman oleh ahli Tasawuf terkenal Sheikh Muhyiddin Ibnu Arabi. Ini adalah tentang bagaimana  alam yang dapat kita lihat ini sebenarnya ibarat satu roll atau gulungan filem yang terdiri daripada banyak frame atau bingkai gambar. Filem dimainkan atau ditayangkan frame by frame, bingkai demi bingkai. Pada kadar 24 bingkai setiap saat mata kita melihat ia seperti tayangan yang tidak putus. Padahal ia putus antara bingkai ke bingkai. 

Dan lagi cerita sebenarnya sudah wujud secara 'setongkol' atau sedia ada semunya dalam gulungan filem. Begitulah Allah melihat alam, seperti wujud satu gulungan filem yang sudah tercipta di luar perkiraan masa. Tetapi kita manusia ibarat cuma melihat ketika ia ditayangkan, bingkai demi bingkai. Lalu kita melihat suatu cerita itu mempunyai permulaan membawa kepada pertengahan kemudian pengakhiran. Sedangkan semua itu telah sedia wujud secara serentak dalam gulungan filem lalu sudah ditentukan arah dan tujuan cerita. Dengan ini terkaitlah dengan "isma keperluan Ibnu Sina" yang diperkatakan.

Untuk makluman saya sedang menyediakan satu senarai artikel tentang acara-acara ilmu yang dihadiri atau disertai lalu ada dikongsikan cerita di CATATAN SI MERAH SILU sejak satu tarikh awal tahun 2020. Sukacita dimaklumkan artikel ini membentuk yang ke-131 dalam senarai. Ini adalah satu nombor yang ada makna home sweet home atau rumahku syurgaku buat saya.


Membentuk identiti : Perjalanan Azerbaijan melalui empayar, konflik dan kemerdekaan

OK. Kembali pada acara ilmu.



Tajuk majlis ilmu kali ini boleh diterjemahkan sebagai "Membentuk Identiti : Perjalanan Azerbaijan Melalui Empayar, Konflik dan Kemerdekaan". Oleh kerana ia diadakan di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) pada jam 3 petang Jumaat 4 Oktober 2024 saya pun pergi bersolat Jumaat dahulu di masjid sana.




Sejak 2-3 bulan kebelakangan ini, apabila hendak ke ISTAC saya akan terlebih dahulu singgah di medan selera berdekatan pejabat lama saya The New Straits Times di Jalan Riong, Bangsar untuk menikmati hidangan kegemaran nasi beringin.




Kali ini tidak. Selepas mengambil anak balik dari sekolah pagi saya menyelesaikan beberapa perkara di rumah kemudian terus ke ISTAC.




Selepas solat memulakan usaha mengkhatamkan al-Quran bagi bulan Jamadil Akhir. Oh. Tarikh Hijriah hari itu adalah 1 Jamadil Akhir 1446. Tahu-tahu sahaja sudah hampir jam 3 lalu bergegas ke dewan majlis.



Majlis diperkenalkan oleh Profesor Dato' Dr Ahmad Murad Merican sebagai yang kedua dalam siri syarahan istimewa ISTAC. Kemudian Profesor Madya Dr Mehmet Ozay, pensyarah asal Turki yang sudah beberapa tahun berkhidmat di ISTAC memberikan latar belakang tentang bagaimana negara Azerbaijan yang terletak ke barat 'Laut' Kaspian (sebenarnya bukan laut tapi tasik terbesar di dunia) terkait dengan Turki - Kerana majoriti rakyatnya adalah daripada ras bangsa Turk,  sama ras dan asal usul dengan orang negara Turki atau Turkiye yang kita kenali sekarang tetapi merujuk pada satu ras bangsa dari Asia Tengah yang menerbitkan Kesultanan Seljuk pada abad ke-11 Masihi, semasa Kekhalifahan Daulah Abbasiyah masih berdiri dan berpusat di Baghdad. Ini diikuti oleh kata-kata aluan daripada Duta Azerbaijan ke Malaysia, Irfan Davudov. Selepas itu baru pembentang iaitu Elchin Huseynov, seorang warga Azerbaijan yang sedang membuat PhD di Universiti Malaya bercakap.




Ditunjukkanlah kedudukan Azerbaijan ke barat Laut Kaspian, dalam lingkungan tanah besar yang dikenali sebagai Kaukasus yang diapit oleh Laut Hitam (kelihatan seperti tasik lebih besar tetapi sebenarnya menyambung ke Laut Mediterranean) jauh lebih barat. Kelihatan beberapa negara jiran  termasuk Turki atau Turkiye itu, Armenia, Georgia, Russia dan Iran.




Disebut bahawa Azerbaijan yang ada sekarang sebenarnya adalah Azerbaijan Utara. Wilayah asal Azerbaijan yang secara keseluruhannya adalah dua kali ganda lebih besar pernah berada di bawah pemerintahan kerajaan Parsi Safavid diikuti Dinasti Qajar selama beberapa abad. Kemudian berlaku konflik dengan kerajaan beraja Russia membawa kepada perjanjian yang menyebabkan Azerbaijan Utara dimasukkan ke dalam Russia. Ini merujuk kepada zaman sebelum sistem berajanya runtuh akibat kenaikan Komunisma. Azerbaijan Selatan yang masih dipegang Dinasti Qajar kemudian menjadi sebahagian daripada kerajaan moden Iran.




Secara rata apa yang ingin dikongsikan adalah 3 peringkat  yang membentuk identiti orang Azerbaijan. Ini dinyatakan sebagai :-


1.  Minat intelektual.

2. Pembaharuan nasional

3.  Permintaan bagi kemerdekaan




Disebut nama Mirza Fath Ali sebagai tokoh intelektual yang dianggap sebagai pengasas semangat kebangsaan Azerbaijan malah semangat kebangsaan Iran sekali.




Ditunjukkan satu keratan surat khabar tahun 1891 tentang identiti orang Azerbaijan. Apabila ditanya apakah kerakyatan kamu maka dijawab, saya orang Islam juga orang Turk. Apabila ditanya apakah kamu orang Ottoman (kerana zaman itu orang Turk atau bangsa Turki sering dikaitkan dengan kerajaan Ottoman atau Uthmaniyah yang berpusat di negara Turki sekarang) dijawab tidak, saya orang Bijanli ('tidak memiliki jiwa'). Di manakah tanah orang Bijanli ini? Setakat saya tahu di sisi lain Araxes (merujuk pada Sungai Aras di sempadan Turki-Armenia) di mana menetapnya orang Azeris (satu pecahan bangsa Turk di barat laut Iran dan Azerbaikan) - di sisi sini Bijanli. Bersama, ia membentuk orang Azerbaijan. Tetapi secara berasingan saya adalah Bijanli.

Ditanya pula, bahasa kamu adalah Turki (ya, orang Azerbaijan bercakap dalam satu loghat bahasa Turki), maka adakah kamu orang Turk? Dijawab, tiada kata-kata untuk menerangkan kedudukan saya. Saya adalah orang Turk tetapi Bijanli. Lalu ditanya, daripada dipanggil sebagai Bijanli Turk kenapa tidak menyelesaikan dilema dengan memanggil diri kamu orang Turk Azerbaijan?




Ditunjukkan lagi tokoh-tokoh utama yang membantu pembentukan identiti Azebaijan...




.



Malah Azerbaijan dikatakan adalah negara republik demokratik Islam yang pertama di dunia. Ia dapat membebaskan diri daripada cengkaman kerajaan atau empayar beraja Russia tahun 1918 atas pertolongan kerajaan Uthmaniyah. Ketika itu Russia sedang mengalami pertukaran besar akibat bermulanya Revolusi Bolshevik 1917 yang membawa kepada kejatuhan raja dan istana lalu naiklah kekuasaan Komunisma. Kelihatan bendera awal Azerbaijan serupa dengan bendera kerajaan Uthmaniyah.

Saya pula apabila melihat tahun-tahun tersebut teringat bahawa pada tahun 1917 lah moyang atau lebih tepat, datuk kepada datuk saya, Orang Kaya Arshad bin Laksamana Muhammad Amin dapat menjadi Laksamana negeri Perak. Namun pada tahun 1918 beliau melepaskan jawatan atas sebab tertentu lalu naiklah orang lain. Namun itu menurut kajian saya yang rupa-rupanya ada dalam rekod istana. Sebelum itu sejarah beliau seperti hilang digelapkan sehingga keluarga dan saudara mara pun tak tahu cerita, entah kenapa. Lihat Perbicaraan hak faraid harta Laksamana Muhammad Amin dan hal-hal berkaitan.

Tahun 1918 juga dikenali sebagai tempoh waktu berakhirnya Perang Dunia Pertama. Dalam perang ini kerajaan Uthmaniyah termasuk pihak yang kalah lalu kekhalifahan dan sistem berajanya jatuh. Tidak lama kemudian ia menjadi republik tetapi selepas Azerbaijan.




Bendera Azerbaijan kini.




Saya rasa cukuplah mengulas agak panjang tentang majlis.


















Cukuplah dikatakan Azerbaijan pernah berdiri sebagai negara sendiri seawal tahun 1918 tetapi dapat ditakluk oleh "Tentera Merah" (Komunis) Russia tahun 1920 lalu dijadikan sebahagian daripada kerajaan USSR (Union of Soviet Socialist Republics - Kesatuan Republik-republik Sosialis Soviet).


















Tahun 1990an baru dapat membebaskan diri kembali sambil kerajaan USSR juga jatuh dan terpecah-pecah akibat perubahan polisi.




Selebihnya ikuti sendiri majlis melalui rakaman video di sini.




Satu perkara sahaja lagi hendak ditambah. Majlis ini bermula dengan pembentang juga duta dengan penuh rendah diri menyatakan Azerbaijan sebagai negara yang kurang diketahui orang termasuk di Malaysia.



Namun masuk sesi soal jawab banyak perkara terkeluar. Antaranya adalah Azerbaijan memiliki kedudukan geopolitik sangat penting antara benua Asia dan Eropah disebabkan kedudukan yang diapit  Russia sekarang, juga negara-negara Iran, Turki. Dan melaluinya juga terdapat laluan penting paip-paip yang membekalkan gas kepada Eropah.



Petang itu saya menghabiskan bacaan Juzuk pertama Al Quran dekat puncak bukit berdekatan ISTAC. Lihat artikel Spending time at Bukit Tunku looking point di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Saya di situ sehingga selepas jam 8 malam. Ada juga beberapa orang masih ada sejak saya sampai, masing-masing sanggup berdiri lama dengan kamera. Katanya untuk mendapatkan gambar kilat sabung menyabung berlatarbelakangkan pusat bandar raya Kuala Lumpur. Siap bersolat Maghrib atas jalan tar.


Selasa, Oktober 01, 2024

Selesai hal supervisor PhD di ISTAC baru dapat mendaki Bukit Lanjan

Salam. Satu perkongsian istimewa juga luahan rasa.



Sabtu malam Ahad 28 September 2024 saya telah meletakkan gambar atas di Facebook bersama teks berikut...



FUH. LEGANYA...

Alhamdulillah. Prof Osman Bakar dah sign borang yang menunjukkan secara rasmi bersetuju untuk jadi supervisor PhD saya di ISTAC. Sebelum ini risau juga beliau menolak walaupun secara lisan sudah bersetuju sejak bulan Januari. Ini kerana beliau harus disibukkan dengan banyak perkara apalagi baru sahaja memegang jawatan sebagai rektor ke-7 UIA, bermula 21 September iaitu tepat 7 hari lalu.

Tadi pun beliau ada memberitahu banyak sangat mesyuarat perlu dihadiri dan diberi keputusan rasmi dalam tempoh 5 hari bekerja kebelakangan ini. Sambil itu beliau juga adalah supervisor kepada 11 orang pelajar, belum campur saya. Kata beliau, seeloknya seorang pensyarah ada 5 orang sahaja yang di bawah penyeliaannya, beliau punya jumlah dah memang terlebih. Nasib baik beliau masih sedia menerima saya. Asalkan faham dan sabar dengan kesibukan beliau lalu boleh mengusahakan tesis dengan minimum supervision.




Tadi tengah hari Selasa 1 Oktober baru keluar untuk melakukan tindakan susulan iaitu menyerahkan borang bertandatangan Osman itu ke pejabat ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku. Dalam perjalanan ambil gambar ini. Kelihatan Bukit Lanjan yang sudah lama mahu didaki puncaknya tapi asyik tak jadi. Pertama kali betul-betul mahu melangkah iaitu selepas beberapa hari mengkaji laluan di Intenet adalah pada Rabu 4 September, atas asbab mahu ke rumah kawan di  Desa Sri Hartamas. Tetapi isteri pula meminta agar diambil satu barangam di Gombak, jauh mencapah perjalanan. Maka ditukar jadi panjat Bukit Dinding berdekatan Keramat. Lihat Dari 31 Ogos hingga masuk 1 Rabiulawal.

Kali kedua betul-betul mahu melangkah pula adalah pada hari Ahad 8 September. Cadangnya petang selepas menghadiri satu majlis ilmu separuh hari di ISTAC. Tengok-tengok ada kawan baik meninggal dunia lalu tak jadi panjat. Sebaliknya bawa isteri dan anak ke pengkebumian lalu keluar bersama sepanjang hari termasuk singgah sebentar di ISTAC. Lihat Sekali lagi, dari tanah perkuburan ke ISTAC.




Sebelum ke ISTAC siang tadi singgah dahulu ke medan selera berdekatan pejabat lama saya The New Straits Times untuk  mendapatkan hidangan nasi beringin kegemaran. Satu perkara menarik, terus dapat tempat letak kereta percuma tanpa susah mencari seperti selalu. Sampai ke medan selera pula cuma perlu menunggu 2-3 minit sahaja untuk mendapatkan hidangan. Sedangkan kali terakhir ke sana seminggu lalu harus menunggu setengah jam baru dapat. Dan saya sampai ke medan selera kali ini selepas jam 1 petang. Selalunya keberangkalian nasi beringin sudah habis sangatlah tinggi pada waktu itu. Namun saya sudah pasrah sama ada dapat atau tidak. Alhamdulillah ada rezeki...




Sampai ke ISTAC selepas 2 petang terus ke pejabat untuk menyerahkan borang. Petugas di pejabat menyatakan rasa terperanjat melihat borang dengan tandatangan Osman kerana menyangkakan beliau tidak akan mengambil lagi pelajar untuk diselia lantaran telah mendapat tugas baru sebagai Rektor UIA (Universiti Islam Antarabangsa), badan induk yang menaungi ISTAC. Ini kerana faham skop tugas Rektor sebagai jawatan tertinggi bagi menentukan perjalanan dan hala tuju universiti yang memiliki lebih  20,000 pelajar itu sangatlah besar lalu beliau harus menjadi lebih sibuk. Kiranya saya orang pertama diterima untuk diselia setelah tokoh besar pemikir Melayu bertaraf dunia ini menerima jawatan tersebut bermula 21 September. Besar kemungkinan beliau tidak akan mengambil lagi pelajar setahun dua ini.
 



Semakan di pejabat menunjukkan ada 9 nama tersenarai di bawah seliaan Osman selain saya. Termasuk seorang dari Indonesia yang saya fikir sudah graduate tahun lalu tetapi sebenarnya statusnya adalah TE (Temporary Extension) iaitu lanjutan sementara. Status diberikan kepada mereka yang sudah siap dan menyerahkan tesis lalu menunggu untuk dinilai. Atau sudah lulus dalam penilaian namun perlu membuat pembetulan. Kalau begitu mungkin masih TE kerana belum siap pembetulan. Kalau sudah siap lalu  diserahkan pun tetap perlu menunggu beberapa formaliti atau perkara rasmi siap sebelum boleh diberikan status graduate.

Selain itu ada ada beberapa nama lain lagi termasuk nama saya semasa membuat Master ada dalam rekod sebagai pelajar yang pernah diselia oleh Osman. Cuma ia telah ditanda sebagai sudah graduate lalu tidak termasuk yang 9. Terdapat juga nama seorang tokoh politik veteran bergelar Tan Sri yang pernah menjadi menteri besar sebagai antara pelajar di bawah seliaan. Tetapi petugas menyatakan status  tokoh ini sebagai MIA - Missing in Action atau hilang dari pemantauan. Mungkin kerana 'pelajar' berumur lebih 80 tahun itu sibuk dengan hal-hal lain lalu tidak memberikan laporan tentang perkembangan pengajian atau penulisan tesis. Kemudian ada yang telah kena terminate atau ditamatkan disebabkan tidak menunjukkan apa-apa perkembangan dalam penulisan tesis setelah beberapa lama terlebih masa jangkaan namun tidak memberikan sebab. Nampaknya tiada usaha untuk memohon sambungan tempoh lalu dilihat sebagai sudah hilang minat.




Kalau tak salah, saya adalah pelajar pertama menerima pengesahan penyeliaan dari Osman ketika beliau mula-mula masuk menerajui ISTAC penghujung tahun 2018. Berbalik pada hal mahu mendaki Bukit Lanjan. Selasa 10 September, tepat 3 minggu lalu. Selepas menghadiri satu majlis di ISTAC buat pertama kali saya sampai ke bahagian bukit yang mana ada dinyatakan dalam Internet terdapat denai untuk mendaki ke puncak. Namun disebabkan kedudukannya begitu tersorok jam 6 petang baru dapat menemui permulaan denai. Melihat keadaan denai yang memang dalam hutan licin selepas hujan selain takut sampai atas dah nak gelap tak jadi panjat. Sebaliknya tukar ke satu bukit berkaitan yang lebih rendah dan mudah. Lihat Dari aktivisme pelajar ke Bukit Lanjan.



Nah. Sudah 3 kali kan merancang untuk  mendaki sejak awal September termasuk sekali sudah sampai permulaan denai, tapi tak dapat disebabkan keadaan. Pada Jumaat 13 September pula memanjat bukit lain disebabkan ada urusan dengan anak di kawasan berdekatan. Lihat Dari online ISTAC ke fizikal ke Bukit Besi - Masuk sedikit hal rambut panjang....  Pada Rabu 18 September membawa anak memanjat dua bukit lain. Lihat Dari Bukit Guling Ayam ke UIA ke ISTAC ke Bukit Lanjan West bersama anak. Kembali dari itu tiba-tiba dilanda demam, batuk-batuk dan sakit urat. Beberapa hari juga keadaannya begitu lalu banyak terbaring atas katil, sampailah sedikit segar Selasa seminggu lalu 24 September. Lalu tanpa dirancang memanjat satu lagi bukit selepas satu majlis di ISTAC. Lihat Sains semulajadi daripada pandangan alam Al-Quran : Adakah perlu?.




Satu perkara menarik. Saya jadi bersemangat memanjat bukit-bukit berkenaan di sekitar bandar raya Kuala Lumpur setelah pertama kali mendaki Bukit Kiara pertengahan Julai lalu. Lihat Apabila Bukit Kiara menjadi persinggahan antara majlis zikir dan tazkirah ilmu. Bukit pula  didaki setelah mendapat tahu wujudnya laluan umum untuk ke puncak, ketika pertama kali mahu menghadiri satu majlis ilmu tertutup bersama Osman di Taman Tun Dr Ismail 2 bulan lebih awal. Sedangkan tadi saya ke ISTAC atas asbab untuk menyerahkan borang penyeliaan PhD yang sudah ditandatangani beliau.




Dengan itu ditetapkanlah hasrat untuk menyelesaikan pendakian Bukit Lanjan yang sudah lama tertunda. Dipendekkan cerita, walaupun menghadapi masalah laluan mendaki licin selepas hujan sedangkan saya cuma memakai kasut plastik yang sudah luntur bunga tapak, ada pula sakit-sakit lutut dan peha selain pernafasan kurang sedap beberapa hari kebelakangan, walaupun hilang jejak di beberapa tempat, akhirnya dapat juga sampai ke atas. Saya jadi lebih berani kerana memulakan pendakian sekitar jam 5. Dengan itu dapat dianggarkan dapat sampai ke puncak dan turun kembali ke kaki bukit sebelum gelap.




Oh, ketika gambar tadi diambil belum betul-betul sampai puncak. Ketika sampai tiba-tiba turun hujan panas lalu harus menunggu buat satu waktu berteduh di bawah rimbunan pokok. Sementara menunggu hujan surut baca Surah At-Talaq.



Lebih 20 minit menunggu juga sebelum dapat menyambung kembali ke puncak. Alhamdulillah, satu kejayaan yang agak signifikan kerana sudah lama menyimpan hajat untuk mendaki Bukit Lanjan sebenarnya, sejak pertama kali terlihat ketika berjalan keluar daripada asrama dan kampus zaman kolej pengajian peringkat A Level di Damansara Utama bermula tahun 1988. Sudah 36 tahun itu...



Membaca  surah seterusnya, at-Tahrim di puncak lalu menamatkan pembacaan Juzuk ke-28 yang dimulakan pagi itu. Sesungguhnya berjayanya mendaki Bukit Lanjan ini memberikan harapan untuk lebih menjayakan lagi pengajian peringkat PhD di ISTAC. Ini kerana pada zaman kolej ketika dapat melihat Bukit Lanjan dari jauh itulah berlaku sejumlah perkara yang mula membuat tersasar daripada matlamat. Kalau tidak kerana tersasar harus sudah mendapat ijazah sarjana muda sains dalam bidang Matematik kepujian kelas pertama pada tahun 1993 lagi, bukan kepujian kelas ketiga  tahun 1995 seperti yang ada. Dan kalau tidak tersasar harus tahun 1996 sudah mendapat PhD, bukan baru hendak memulakannya seperti hakikatnya kini. Untuk gambar-gambar sekitar pendakian lihat artikel-artikel berikut  di blogspot BERPETUALANG KE ACEH :-





Dari Champa ke Batawi : Tanah dan air berpisah tiada

Lagi majlis ilmu secara atas talian.



Isnin malam Selasa satu badan NGO bernama YASMA-SEPAMA-ASMAK juga dikenali sebagai YASMAK telah mengadakan wacana secara atas talian dengan nama di atas. Sebelum ini saya pernah sekali sahaja mengikuti wacana anjuran pihak berkenaan. Lihat artikel  Kesan peninggalan arkeologi masyarakat Melayu Champa abad ke 7-14 Masihi yang dipersembahkan 8 bulan lalu.




Memperkenalkan majlis dan pembentang adalah pengasas YASMAK merangkap penganjur majlis, Dr Zain Musa. Beliau adalah seorang Melayu Champa dari Cambodia (Kemboja) yang telah berpuluh tahun bermastautin di Malaysia. Untuk makluman beliau asalnya seorang graduan Matematik daripada Sorbonne University di Paris, Perancis tetapi beralih ke bidang sejarah. Saya sudah lama mengenali beliau kerana selalu terjumpa di majlis-majlis wacana sejarah. Dan ada beberapa majlis yang beliau menjadi pembentang termasuk di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di mana saya secara rasminya akan memulakan pengajian peringkat PhD seminggu lagi. Lihat artikel-artikel lama berikut :









Pembentang iaitu Profesor Datuk Dr Murad Merican pula adalah ketua unit Tamadun Melayu di ISTAC sejak beberapa tahun lalu. Beliau yang latar belakang utamanya adalah dalam bidang sejarah intelektual, kajian media dan kewartawanan memulakan dengan menceritakan bagaimana mula terlibat memperjuangkan isu-isu sejarah dan ketamadunan Melayu secara akademik bermula di UiTM (Universiti Teknologi MARA) membawa ke USM (Universiti Sains Malaysia). Di situ beliau mencipta nama sebagai cendekiawan yang memperjuangkan naratif Melayu tempatan Pulau Pinang melawan naratif ciptaan Barat yang membawa kepada masyarakat asal Melayu disudutkan oleh kuasa-kuasa politik tertentu. Beliau masuk ke ISTAC membawa reputasi itu. 

Usaha serupa melawan naratif Barat kemudian dilebarkan untuk meliputi seluruh Kepulauan Melayu . Ini membawa kepada konsep "tanah dan air" yang bahkan dijadikan satu siri wacana di ISTAC. Banyak sebenarnya artikel di CATATAN SI MERAH SILU melibatkan pembentangan-pembentangan beliau termasuk dalam bidang kewartawanan dan persuratan Melayu. Biar diletakkan sedikit pautan seperti berikut :-









Liputan Alam Melayu yang diceritakan berdasarkan lapisan-lapisan lingkungan dan takrifan oleh tokoh akademik, almarhum Tan Sri Profesor Emeritus Dato' Pendita Dr Ismail Hussein. Namun Murad  mengaku kurang tahu tentang sejarah Champa tetapi membawa tajuk berkenaan atas pemintaan penganjur. Lalu konsep Alam Melayu terutama entiti geografi yang dikenali sebagai Kepulauan Melayu  (beliau tidak suka terma moden Asia Tenggara ciptaan Barat juga terma tempatan Nusantara yang sebenarnya bersifat Jawa-sentrik) dikaitkan dengan Champa yang termasuk dalam lingkungan geografi. Dengan itu dinyatakan orang Melayu Champa sebagai sebahagian daripada kelompok besar bangsa Melayu yang bergerak dalam lingkungan "tanah dan air" Kepulauan Melayu. 




Disebut sedikit tentang hal perairan berkenaan iaitu ke barat dan selatan negara Vietnam pernah dikenali sebagai Laut Champa sebelum dimasukkan ke dalam takrif moden Laut China Selatan. Untuk pengetahuan Champa adalah sebuah negara dan kesultananan Melayu lama yang hilang 'ditelan' oleh orang Vietnam yang sebenarnya berasal dari selatan China.  Takrif moden ini ada implikasi politik yang tidak menyenangkan. Ini terbukti apabila negara China cuba menuntut hak terhadap hampir seluruh laut. Sejak beberapa bulan kebelakangan selalu menghantar kapal peronda masuk hingga hampir ke persisiran Sarawak atas alasan mahu menjaga 'kedaulatan' negara mereka. 

Menariknya hal  ini akan dibincangkan dalam wacana seterusnya anjuran YASMAK. Sebetulnya banyak lagi perkara dibincangkan tentang tamadun Melayu. Apabila masuk sesi soal jawab keluar beberapa hal tentang Champa lalu menjadi rancak membawa kepada perbincangan tidak rasmi yang berpanjangan sehingga selepas jam 11 malam. Sedangkan majlis sepatutnya tamat selewatnya jam 10.30. 

Apapun biar dilepaskan cerita ini sekarang walaupun sudah melepasi jam 1 malam. Saya mahu kepala clear kerana banyak perkara mahu dilakukan siang hari. Sesungguhnya selain komitmen keluarga saya sudah mula disibukkan dengan kajian dan penulisan tesis PhD. Nanti apabila penganjur telah memuatnaik video akan dikongsikan.



Nota tambahan (dibuat jam 9.24 pagi Selasa 1 Oktober 2024) : Baru dapat tahu pihak penganjur belum pernah memuatnaik rakaman video acara-acaranya ke Youtube atau mana-mana platform. Namun ada rakaman untuk setiap acara yang pernah diadakan. Saya memberitahu itulah cara agar acara-acara yang diadakan sentiasa 'hidup' dan boleh ditonton pada bila-bila masa oleh sesiapa. Lihat misalnya ISTAC TV. Beliau pun menjawab akan membuka akaun dan memuatnaik rakaman.