Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, June 14, 2019

Satu gerak berkenaan keberadaan Laksamana Raja Mahkota Muhammad Arshad

Merujuk kepada artikel Hari-hari awal bulan Syawal tahun 1440 Hijriah dan usaha memartabatkan busana tradisional Melayu yang dipersembahkan sebelum solat Jumaat tadi. Sebenarnya ia disemak beberapa kali lalu ditambah lagi isi selepas solat. Seiring dengan perkongsian tersebut ada satu cerita yang boleh dikatakan muncul 'segerak'. Ia bermula apabila saya memuat naik teks dan status berikut di Facebook iaitu di celah-celah status-status tentang perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu yang membentuk isi artikel "Hari-hari awal bulan Syawal..." :-


Rabu 11 Jun jam 15:46 · 

SUATU SEJARAH YANG DIGELAPKAN

Tanggal 5 Rabiulawal 1337 Hijriah yang saya perkirakan bersamaan 15 Januari 1919. Bagaimanakah keadaan negeri dan kerajaan Perak ketika dan sekitar waktu itu ya?

Nota : Berita berkenaan diterima tengah hari Selasa 7 Syawal 1440 Hijriah bersamaan 11 Jun 2019.




Sejarah apa yang digelapkan ini? Jam 2:18 awal pagi esoknya, Khamis 12 Jun gerak hati menyuruh menyediakan gambar yang tertera berserta teks berikut :-


SEMOGA KEBENARAN TERUNGKAP JUA...

Salam semua. Rasanya ramai peminat sejarah pernah melihat gambar ini. Ia dikatakan menunjukkan Sultan Abdullah (memerintah Perak daripada tahun 1874 sebelum dibuang ke Pulau Seychelles tahun 1877) bersama para pengikut baginda di kota Batak Rabit, Teluk Intan, Perak. Gambar ini selalu digunakan untuk menunjukkan yang manakah Dato' Sagor, salah seorang pejuang Melayu yang bertanggungjawab membunuh Residen pertama British ke Perak iaitu J.W.W. Birch pada tahun 1875. Saya pula lebih berminat untuk mencari yang manakah moyang saya sebelah bapa, Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin yang merupakan saudara sepupu kepada Sultan Abdullah.

Untuk makluman Muhammad Amin adalah datuk kepada datuk kepada ayah saya. Rumah kaum kerabat dan nenek moyang kami terletak di dalam kawasan kota. Ayah saya sempat bermain-main di rumah besar yang mengandungi singgahsana raja. Kami cuma diberitahu ia dan tanah sekeliling milik kaum kerabat kami jua.

Sudah bertahun-tahun saya mendapat gerak rasa bahawa orang yang kelihatan berbaju putih di belakang bahu kanan Sultan Abdullah (yang sedang duduk itu) adalah moyang bernama Muhammad Amin itu. Baru petang semalam seorang saudara mengesahkan lalu menandakan dengan bulatan biru pada bahagian berkenaan dalam gambar. Baru beberapa bulan lalu saya mendapat tahu salah seorang isteri beliau bernama Wan Long Saadiah, puteri kepada Perdana Menteri Kedah zaman itu, Wan Mat Saman yang terkenal dengan terusannya. Daripada perkahwinan ini terbit seorang anak laki-laki bernama Muhammad Arshad yang cerita tentangnya seolah-olah hilang langsung daripada sejarah.

Ada yang kata beliau sempat memegang jawatan bakal laksamana iaitu Raja Mahkota, ada yang kata beliau sempat menjadi laksamana. Beliau memiliki seorang isteri yang katanya sangat cantik sehingga anak-anak raja sanggup berperang untuk memilikinya. Keluarga kami cuma menyebut namanya sebagai Hajah Halijah, anak kepada orang kaya Haji Musa. Dan masjid lama Batak Rabit yang sudah ada sejak zaman itu dibina atas tanah wakaf keluarga dengan geran tanah tertera nama Hajah Halijah ini.

Tentang Muhammad Arshad pula masih banyak misteri tentangnya. Cuma saya diberi petunjuk sejak hampir 20 tahun lalu bahawa ada moyang saya mati dibunuh penuh tragis sekitar tahun 1920 akibat perebutan takhta dan inilah orangnya. Sedikit demi sedikit mula terkuak apa yang selama ini cuba ditutup cerita oleh pihak-pihak tertentu. Selain hal pangkat dan kedudukan ia melibatkan harta bernilai berbillion RM.



Ini ditambah dengan gambar yang kelihatan diikuti teks berikut pada jam 09:54 :-


ANTARA MENYOKONG UTHMANIYAH TURKI DENGAN SOKONG BRITISH - APAKAH SIKAP DAN KEDUDUKAN PARA PEJUANG SEJATI MELAYU?

Tiba-tiba teringat. Antara pemerhatian saya dahulu setelah beberapa tahun selalu berjalan pusing Semenanjung Malaysia melihat tempat-tempat bersejarah termasuk masjid-masjid dan makam lama adalah seperti ada sejarah besar Melayu digelapkan antara tahun 1900an dengan 1920an. Saya melihat ini ada kena-mengena dengan Perang Dunia Pertama yang berlangsung tahun 1914-1918. Perang ini telah menyaksikan kuasa bersekutu Barat yang diterajui British berjaya mengalahkan lalu menjatuhkan empayar Islam terakhir iaitu Empayar Turki Uthmaniyah yang berpusat di Istanbul. Akibat daripada kekalahan tersebut wilayah empayar difaraidkan antara kuasa-kuasa Barat dan antara natijahnya adalah terbitnya negara haram Israel tahun 1948.

Saya melihat ada kelompongan besar sejarah Tanah Melayu dalam tempoh masa ini. Harus dapat dibayangkan dalam suasana penjajahan British sedang mencengkam para pejuang Melayu sejati yang sayangkan Islam dan ummah menjadi penyokong kerajaan Uthmaniyah Turki. Namun sejarah telah menyaksikan British dan sekutu menang, begitu juga pihak-pihak yang menyokong mereka termasuk ahli kerabat diraja. Bukan menjadi rahsia bahawa ramai raja Melayu yang naik dalam tempoh masa sekitar itu dan kemudian adalah mereka yang mendapat sokongan British kerana dilihat lebih mudah dilentur menurut kehendak mereka.

Jadi apakah berlaku kepada anak-anak Melayu yang menyokong Turki Uthmaniyah? Pernahkah kita mendengar cerita tentang mereka? Malah pernahkan kita mendengar cerita daripada apa-apa sumber rasmi tentang sikap rakyat, para pejuang dan raja-raja Melayu tentang Perang Dunia Pertama dan siapakah yang disokong mereka? Kalau ada harap kongsikan. Kalau tiada pun mari kita bincangkan...




Status update tadi menerima banyak maklum balas tetapi saya tidak mahu berkongsi atau memanjangkannya di sini. Sebaliknya biar disalin perkongsian yang berkaitan pada jam 14:50 walau ada sedikit lari topik :-


DAH SAMPAI RUPANYA TEMPAT SULTAN TERAKHIR TURKI UTHMANIYAH MANGKAT SETELAH DITURUNKAN DARIPADA TAKHTA. TENYATA IA JUGA TEMPAT DI MANA DIPUTUSKAN PEMBAHAGIAN 'FARAID' ANTARA BRITISH DAN PERANCIS SETELAH MENGALAHKAN UTHMANIYAH DALAM PERANG DUNIA PERTAMA (1914-1918)

Membaca tentang kapal perang besar HMS Malaya yang dibina atas 'sumbangan' raja-raja Melayu untuk membantu British dalam Perang Dunia Pertama lalu dapat tahu ia telah digunakan untuk membawa sultan terakhir Turki Uthmaniyah iaitu Sultan Mehmed VI keluar dari Turki. Baginda akhirnya mangkat di Sanremo, Itali... teringat bagaimana saya pernah sampai ke tempat tersebut setelah bergerak dari bandar raya Genoa ke sempadan Peranchis tetapi tak dapat kenderaan tumpangan lalu harus bermalam dekat plaza tol di Sanremo.

Berikut adalah perenggan berkenaan diambil dari Wikipedia. Cerita tentang persinggahan ke Sanremo ada disebut dalam muka surat ke-173 buku ke-13 saya "KENANGAN KEMBARA SOLO HITCHHIKE EROPAH TAHUN 1995" yang akan keluar tidak lama lagi...


The Grand National Assembly of Turkey abolished the Sultanate on 1 November 1922, and Mehmed VI was expelled from Constantinople. Leaving aboard the British warship Malaya on 17 November, he went into exile in Malta; Mehmed later lived on the Italian Riviera.

On 19 November 1922, Mehmed's first cousin and heir Abdulmejid Efendi was elected Caliph, becoming the new head of the Imperial House of Osman as Abdulmejid II before the Caliphate was abolished by the Turkish Grand National Assembly in 1924.

Mehmed died on 16 May 1926 in Sanremo, Italy, and was buried at the Tekkiye Mosque of Sultan Suleiman the Magnificent in Damascus.[5]


Bukan setakat itu. Di Sanremo inilah diadakan Sanremo Conference di mana tanah-tanah bekas jajahan Turki Uthmaniyah terutama di Timur Tengah dibahagi-bahagikan antara British dan Perancis. Antara natijah daripada pembahagian ini adalah terwujudnya negara haram Israel tahun 1948. Kalau tahu semua ini semasa menulis dahulu tentu akan dimasukkan ke dalam buku. Berikut adalah perenggan berkenaan dalam Wikipedia...


The First World War was a disaster for the Ottoman Empire. British and allied forces had conquered Baghdad, Damascus, and Jerusalem during the war and most of the Ottoman Empire was divided amongst the European allies. At the San Remo conference of April 1920, the French were granted a mandate over Syria and the British were granted one over Palestine and Mesopotamia. On 10 August 1920, Mehmed's representatives signed the Treaty of Sèvres, which recognised the mandates and recognised Hejaz as an independent state.



Sebagai penutup buat gerak dibuat perkongsian ini pula jam 15:52. Semua ini membentuk satu naratif yang insyaallah akan diterangkan dan dilanjutkan perincian apabila sampai masanya nanti :-


ANTARA SEBAB KISAH DIGELAPKAN - LAKSAMANA MUHAMMAD ARSHAD DAN GERAKAN PRO-UTHMANIYAH MELAWAN BRITISH SEMASA PERANG DUNIA PERTAMA 1914-1918?

Semakin kuat rasa seorang moyang saya Laksamana Raja Mahkota Muhammad Arshad bin Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin yang cerita tentangnya hilang langsung, tidak disebut lagi keluarga malah makamnya di mana pun tak tahu adalah mangsa perbalahan zaman. Dikatakan oleh orang tertentu beliau yang merupakan datuk kepada datuk saya sebelah bapa dibunuh dengan kejam akibat diserang hendap selepas mengambil wudhuk bagi menunaikan solat Dhuha, Boleh jadi ini berlaku kerana beliau termasuk antara bangsawan dan kerabat paling berpengaruh menyokong gerakan pro-Uthmaniyah melawan British di Perak sekitar zaman Perang Dunia Pertama 1914-1918...



No comments: