Dari muzium negeri kami terus masuk ke Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man...
Maka bermulalah sesi 'latihan ultraman'... mula-mula bagaimana hendak menyesuaikan diri dengan keadaan bangunan di planet bumi yang terlalu kecil untuk saiz badan kaum Ultraman...

Masjid Negara, Kuala Lumpur menjadi saksi jika ada kemahuan tentu ada jalan...

Dengan langkah-langkah tertentu Ultraman pun mampu memboloskan diri ke dalam ruang masjid tanpa mendatangkan apa-apa kebinasaan!

Latihan Ultraman seterusnya diadakan di Masjid Minar Kudus, Indonesia. Di sini pelatih merangkap Ultraman generasi akan datang diajar cara menangani raksasa yang keluar dari tanah...

Untuk menangani raksasa yang jauh lebih besar pula, pelatih dibenarkan menyorok di dalam Masjid Omar Ali Saifuddin di Brunei sementara mengumpul tenaga dalaman...

Tetapi adakalanya Ultraman pun diserang penyakit joget-joget Hindustan...

Maka bangunan Taj Mahal menjadi gelanggang...

Ultraman yang kepenatan yang sedang berehat di tangga Masjid Badshah, Pakistan...

Namun tempat ini selalu diserang raksasa Benggali jual
carpet, memaksa Ultraman untuk lari ke dalam...

Tapi kalau tak da serangan langsung pun tak boleh. Ultraman pun boleh jadi jemu lalu duduk termangu di pintu Masjid Lutfallah, Iran...

Untuk mengembalikan keseimbangan fikiran, penghulu Ultraman dari galaksi M20 apa-apa entah telah memancarkan mereka ke tempat ini pula. Tahukah di mana?

Tak lain tak bukan di Masjidil Haram untuk menghadap kiblat iaitu bangunan Ka'bah di Mekah!

Sekarang baru Ultraman boleh membuat latih-tubi turun-naik bukit Kota Aleppo, Syria...

Seterusnya untuk mengajar Ultraman berkasih-sayang, tak kiralah bersama adik-beradik mahupun ibu bapa dan sahabat handai, mereka dibawa ke Madinah...

Dengan berkat syafa'at mu, Rasulullah
Salallahu alaihi wassalam!

Ultraman seterusnya dibawa menyusuri sejarah keagungan kerajaan keKhalifahan Uthmaniah dengan singgah di Masjid Suleyman, Turki...

Memandangkan segala raksasa yang ada telah berjaya dihimpunkan di Jepun, bolehlah Ultraman mengorak langkah lebih jauh untuk ke Masjid Qairawan, Tunisia.

Dari Tunisia, pelatih melihat pula kesan kegemilangan Islam Eropah melalui peninggalan Istana Alhambra di Sepanyol yang masih kukuh.

Hmm. Serombong mana pulak ni? Mungkin Menara Kalyan di Uzbekistan sesuai dijadikan tempat membakar roti untuk para Ultraman...

Penjelajahan pelatih @ anak-anak Ultraman membawa pula ke Masjid Agadez, Nigeria...

Baru ke Kul Sharif di Russia...

Dan anak-anak Ultraman tidak dapat lagi menyorokkan rasa kebosanan terpaksa berkejar ke sana ke mari sedangkan raksasa yang dinanti-nanti semuanya telah lari. Lagipun ni Ultraman Islam, dah masuk 9 hari puasa penuh... penat woo...

Untuk mengembalikan keceriaan, mereka pun dibenarkan bermain-main di taman kanak-kanak... tak kiralah jika ia taman kanak-kanak Ultraman ataupun bukan. Yang penting muat dalam permainan. Sekarang baru kita bersedia untuk meninggalkan Kuala Terengganu. Bersambung lagi... zuuussss!!! :]
2 ulasan:
Salam...
Alhamdulillah... ceria sungguh anak-anak tu...
Bulan puasa yang lalu biasa gak ronda-ronda ke situ malah ke kebanyakan tempat-tempat yang telah Saudara tonjolkan di blogspot-blogspot Saudara, boleh dikatakan saban petang, duk intai-intai gak "kenari hitam" (jadual kedatangan kalian ke Kuala Terengganu saya ketahui melalui catatan-catatan Saudara yang lalu...) sayang ye.. tak kebetulan kita berjumpa... mungkin di suatu masa nanti insyaAllah..!
Wassalam. InsyaAllah! :]
Catat Ulasan