Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Mei 31, 2008

Kembara ke Negeri Sembilan... Akhirnya Makam Moyang Salleh, posting ke 333!

Assalamualaikum semua... Hari ini adalah hari yang amat memenatkan bagi saya. Terasa kurang sihat tubuh-badan sedangkan ketenangan jiwa pula terganggu akibat beberapa perkara termasuk komputer laptop kesayangan yang rosak lagi... Rasanya sudah sampai masanya untuk membeli komputer baru lalu sehari suntuk tadi dihabiskan untuk melihat model-model laptop yang sesuai di Plaza Imbi juga di Low Yat... Letih wooo... Duit dah tinggal sedikit sedangkan motosikal yang sudah lama rosak dan kini dalam proses diperbaiki juga memerlukan banyak belanja nanti... Tetapi apa boleh buat? Semua kerja saya perlu dilakukan melalui komputer.

Lagipun lambat-laun nanti memang saya perlu memakai komputer laptop baru... Komputer sekarang ini sudah banyak kali rosak... Sudah belanja lebih RM1,000 untuk memperbaikinya sedangkan battery nya pun sudah tidak boleh dipakai lagi... Kalau mahu diganti baru, katanya kena belanja lagi RM700! Maka cukuplah komputer TwinHead 12D pemberian Nur 3 tahun lalu itu berjasa sehingga dapat juga saya menerbitkan tiga buku siri "Berpetualang ke Aceh" iaitu "Mencari Diri dan Erti" (atau BKA I), "Membela Syiar yang Asal" (BKA II) dan "Sirih Pulang ke Gagang?" (BKA III). Mungkin kerja seterusnya cuma akan dapat disambung pada komputer baru?

Apapun, atas nasihat Nur kedua, pembelian komputer biarlah ditangguh dahulu sekurang-kurangnya seminggu lagi... Katanya elok diminta nasihat Zaidi @ PerpatihTulus yang lebih tahu tentang hal-hal komputer, Zaidi yang kini sedang balik kampung di Kota Tinggi, Johor. Betul juga itu... Lalu saya kembali ke Kajang, sampai selepas jam 11 malam dan kini cuba membuat posting terbaru dalam siri kembara ke Negeri Sembilan... Posting ke 333 dalam blogspot ini, yang cuba dimasukkan sebelum bermula bulan Jun sebentar lagi!

Ketika menulis ayat ini, video klip utama untuk posting ini iaitu rakaman serta ulasan cerita di makam Moyang Salleh yang memakan saiz 40 MB sudah berjaya di upload sehingga 24 MB. Adapun klip ini ialah pecahan yang dibuat daripada video asal sepanjang 15 minit, video dengan size 92 MB yang menimbulkan masalah apabila cuba di upload semalam... Sila lihat posting Kembara Negeri Sembilan... Masjid Kuala Dulang dan makam Moyang Salleh! (Contoh artikel yang terbengkalai setelah lebih 5 jam mencuba) untuk mengetahui apa ceritanya...

Hmm... Biar cerita seterusnya di sini disambung dengan sebahagian isi daripada posting yang terbengkalai itu ya... Ini dia...

-------------------------------


Masjid Kampung Dulang yang merupakan masjid pertama di luak Jelebu menandakan pembukaan penempatan terawal di daerah itu, didirikan sekitar abad ke 16 Masihi. Lebih 100 tahun, mungkin 200 tahun kemudian baru terjadi kisah Moyang Salleh, pemimpin masyarakat Jelebu ketika itu memutuskan hubungan dengan negeri Johor. Untuk makluman, sebelum itu, Jelebu dan wilayah-wilayah lain di Negeri Sembilan berada di bawah kekuasaan empayar Johor-Riau yang merupakan kesinambungan empayar lama Melayu Melaka setelah pusatnya dahulu iaitu Kota Melaka ditakluki Portugis tahun 1511.

Peristiwa memutuskan hubungan dengan Johor ini ada lagendanya yang tersendiri. Dalam video di bawah ini saya cuba nyatakan ceritanya secara spontan tanpa apa-apa skrip menurut apa yang saya ingat ketika itu. Jadi apa yang kurang, sila tampung dengan bacaan sendiri ya... Mungkin posting bertajuk KISAH DATO' MOYANG SALLEH yang saya temui baru tadi di Internet boleh menolong... Hmm... Elok juga dibaca terus blogspot nya yang didirikan oleh Persatuan Sejarah Jelebu. Ada cerita-cerita yang sangat berkaitan dengan posting kali ini... Sila masuk ke http://psbjelebu.blogspot.com/

Kebanyakan catatan yang saya temui menyatakan peristiwa memutuskan hubungan dengan Johor, juga dikenali sebagai peristiwa memutuskan tali ke Johor oleh Moyang Salleh ini berlaku tahun 1757 tetapi catatan yang terdapat di makam beliau pula menyatakan ia berlaku tahun 1725. Atau mungkin catatan di hadapan makam yang didirikan pihak tertentu itu yang keliru? Mungkin tahun 1725 itu sebenarnya adalah tahun kelahiran Moyang Salleh atau tahun beliau diangkat sebagai pemimpin Jelebu?

Apapun, peristiwa inilah yang menandakan Jelebu dan wilayah-wilayah sekitarnya merdeka daripada pengaruh Johor. Inilah yang akhirnya akan membawa kepada pembentukan Negeri Sembilan seperti yang kita ketahui sekarang. Apa lagi, sila lihat videonya... Sila! :]





Makam Moyang Salleh dan sedikit kisah tentang beliau... Harap saya klip video yang mula di upload sejurus selepas memasuki Internet Cafe sekitar jam 11.15 malam video klip dengan file size 40 MB ini siap di upload sebelum jam 12 malam iaitu sebelum masuk 1 Jun 2008... Tapi apa boleh buat, ia memakan masa agak lama, cuma dapat siap di upload sekitar jam 12.20 malam woo!!!

Oh... Tadi semasa saya check waktu mula saya masuk ke Cafe di Kajang ini dengan pekerja yang menjaganya, dia meminta saya menyebut namanya iaitu Sabri di sini... Dia tahu saya ada blogspot ini. Ala... Biasa le, bebudak... Seronok disebut namanya on-line, hehe! :]

Apapun, syukurlah dapat juga upload... Kalau tak lagi naya... Sekarang sampailah masanya untuk upload video klip seterusnya... Tak risau sangat sebab saiznya cuma 5MB sahaja...





Ini pula makam-makam lain di dalam kawasan perkuburan makam Moyang Salleh. Dengan selamat masuknya klip video ini, bolehlah saya mengucapkan selamat malam, buat masa ini! Wassalam... :]

p/s: Setelah lama selesai membuat bahagian posting di atas selain mengucap selamat malam dengan anggapan sudah selesailah kerja untuk hari ini (maksudnya hari semalam le sebab sudah masuk hari baru pun...) baru saya perasan... Bahawa klip-klip video yang dipaparkan ini termasuk juga di posting Kembara Negeri Sembilan... Masjid Kuala Dulang dan sekitarnya... yang dibuat Sabtu malam Ahad ada sedikit masalah visual dan audio tidak selari... Lalu nampak kata-kata yang keluar, gerak bibirnya tak sama dengan perkataan, ada sedikit lari...

Maka itu biar diberitahu... Maaf lah ya... Saya tak mampu buat apa-apa lagi tentang ini... Tak mampu buat masa ini ya... Tadi pun untuk video klip di makam Moyang Salleh iaitu klip pertama di posting ini, saya terpaksa buat uploading sekali lagi... Kerana hasil video upload yang pertama ada masalah termasuk buffering delay yang memakan waktu lama yang tidak munasabah. Maka terpaksa saya upload sekali lagi... Bayangkan sekali upload file 40 MB itu memakan masa sejam termasuk untuk blogspot ini memproses file nya untuk dijadikan kepada format nya yang tersendiri... Inikan 2 kali upload! Jadi fikirkan. Bagaimana banyak masa agaknya (selain pening pecah kepala) terpaksa dilalui jika mahu memperbaiki masalah visual dan audio yang tidak selari buat masa ini?

Dahulu saya menghadapi masalah tersebut apabila rakaman video asal dalam format DVD MPEG ditukar kepada WAV, Windows format dan sebagainya... Tetapi dapat diselesaikan apabila ditukar kepada AVI menggunakan sebuah program yang dicadangkan saudara Zaidi @ PerpatihTulus... Semalam pula saya terpaksa memotong sebuah klip video sepanjang 92 MB (itupun asalnya lebih 920 MB dalam format DVD MPEG sebelum diubah jadi AVI) kepada beberapa bahagian agar dapat di upload tanpa masalah untuk posting-posting terbaru ini... Tak sangka, timbul balik masalah visual dan audio tidak selari... Maka terima sahajalah ia seadanya... Bukan senang hendak menyajikan satu usaha begini tanpa sokongan mereka yang betul-betul professional dalam bidang ini. Tapi nak dapat sokongan bagaimana kerana ia memerlukan belanja sedangkan apa yang dihidangkan di sini semuanya free untuk tatapan semua... Harap faham! :]

Jumaat, Mei 30, 2008

Kembara Negeri Sembilan... Masjid Kuala Dulang dan sekitarnya...

Nota: (Lihat posting Kembara Negeri Sembilan... Masjid Kuala Dulang dan makam Moyang Salleh! (Contoh artikel yang terbengkalai setelah lebih 5 jam mencuba) yang dibuat sebelum ini...) Sekarang baru boleh dipaparkan cerita dengan elok setelah percubaan upload cebisan video yang pertama baru menjadi. Lalu kita gunakan kembali sedikit teks daripada posting yang terbengkalai tadi ya...


Masjid Kampung Dulang yang merupakan masjid pertama di luak Jelebu menandakan pembukaan penempatan terawal di daerah itu, didirikan sekitar abad ke 16 Masihi. Hmm... Rasanya tidak perlu ditambah penerangannya... Lihat sahaja klip-klip video ini ya...


Masjid Kampung Dulang...





Rupa-rupanya di luar masjid itu terdapat pula sebuah kawasan perkuburan yang ada kaitannya... Mari kita lihat sedikit...





Sedikit penerangan untuk menyedapkan hati sendiri... Kerana mungkin tersilap menyebut tentang Masjid Dulang ketika berada di Muzium Adat seperti dipaparkan dalam posting Kembara Negeri Sembilan: Asal usul nama Jelebu? Serta lawatan ke Muzium Adat di Kuala Klawang! semalam...





Dan akhir sekali, cerita kambing yang ditemui di jalan keluar daripada Masjid Dulang. Selamat malam! :]


Kembara Negeri Sembilan... Masjid Kuala Dulang dan makam Moyang Salleh! (Contoh artikel yang terbengkalai setelah lebih 5 jam mencuba)

Nota: Di bawah ini saya biarkan sahaja apa yang telah saya tulis sambil cuba upload video yang berkaitan sejak petang tadi. Nampaknya ada masalah teknikal yang mengganggu kelancaran kerja... Setelah lebih 5 jam di Internet Cafe dan 2 kali mencuba upload video sepanjang 15 minit ini, ternyata ia tidak dapat betul-betul masuk melainkan membuang masa sahaja lalu saya terpaksa memberhentikannya...

Kemudian saya cuba pula program Easy Video Splitter yang di upload daripada Internet untuk memecahkan klip video ini kepada pecahan-pecahan yang lebih kecil dengan harapan supaya lebih senang video itu di upload masuk blogspot... Nasib baik menjadi walaupun turut memakan banyak masa... Lalu saya membuat keputusan agar video klip yang dipisah-pisahkan ini dijadikan sebagai isi kepada 3 posting selepas ini sementara penulisan asal untuk posting ini yang terbengkalai dipaparkan sebagai iktibar... Betapa kadangkala apa yang kita rancang itu tidak menjadi lalu saksikanlah penat lelah ini! Lagipun memang cara saya menulis di blogspot sendiri termasuk mempamirkan proses penulisan itu dan segala macam mood yang timbul seiringnya secara telus dan jujur....

Nampaknya rancangan saya agar posting ini, posting ke 321 dalam blogspot ini dapat menyelesaikan segala cerita lawatan sekitar Kuala Klawang tidak dapat ditunaikan. Cadang saya, posting seterusnya iaitu yang 322 dapat dibuat esok untuk memaparkan cerita serta klip video ziarah ke makam Sheikh Muhammad Said Linggi di Seremban . Lalu posting ke 333 pula dapat dibuat lusa iaitu hari Ahad untuk lawatan terakhir dalam siri perjalanan ke Negeri Sembilan iaitu dengan memaparkan klip video ziarah ke makam Raja Melewar... Kononnya dapatlah selesai segala cerita kembara Negeri Sembilan ini sebelum masuk bulan Jun dan dengan nombor yang cantik iaitu posting ke 333... Rupa-rupanya tidak juga...

Apapun, saya tetap percaya semuanya ada hikmah dan sebabnya. Mungkin kerana posting ke 333 itu bukan untuk Raja Melewar tetapi untuk satu personaliti yang sebenarnya lebih power? Ah... Baca sahaja posting terbengkalai di bawah ini sebelum menyaksikan klip-klip video pecahan yang berjaya di upload dalam posting selepas ini ya.. Selamats! :]

----------------------------


Ya... Tajuk ini sudah cukup untuk menerangkannya... Dua destinasi utama yang merupakan tujuan sebenar saya dan kawan baik saya Zaidi @ PerpatihTulus keluar mengeliling Negeri Sembilan melalui jalan ke Kuala Klawang, Ahad 18 Mei lalu. Kedua-duanya merupakan kesan sejarah Negeri Sembilan yang agak penting kerana wujud sebelum dan sejurus sebelum pembentukan Negeri Sembilan yang merupakan gabungan luak-luak (yang juga dipanggil negeri-negeri ketika itu) yang diperintah oleh raja-raja yang dibawa masuk daripada Pagar Ruyung di Sumatera... Bermula dengan kemunculan Raja Melewar yang ditabalkan di Kampung Penajis, Rembau sebagai Yang dipertuan atau Yam Tuan Negeri Sembilan yang pertama tahun 1773.

Masjid Kampung Dulang yang merupakan masjid pertama di luak Jelebu menandakan pembukaan penempatan terawal di daerah itu, didirikan sekitar abad ke 16 Masihi. Lebih 100 tahun, mungkin 200 tahun kemudian baru terjadi kisah Moyang Salleh, pemimpin masyarakat Jelebu ketika itu memutuskan hubungan dengan negeri Johor. Untuk makluman, sebelum itu, Jelebu dan wilayah-wilayah lain di Negeri Sembilan berada di bawah kekuasaan empayar Johor-Riau yang merupakan kesinambungan empayar lama Melayu Melaka setelah pusatnya dahulu iaitu Kota Melaka ditakluki Portugis tahun 1511.

Peristiwa memutuskan hubungan dengan Johor ini ada lagendanya yang tersendiri. Dalam video di bawah ini saya cuba nyatakan ceritanya secara spontan tanpa apa-apa skrip menurut apa yang saya ingat ketika itu. Jadi apa yang kurang, sila tampung dengan bacaan sendiri ya... Mungkin posting bertajuk KISAH DATO' MOYANG SALLEH yang saya temui baru tadi di Internet boleh menolong... Hmm... Elok juga dibaca terus blogspot nya yang didirikan oleh Persatuan Sejarah Jelebu. Ada cerita-cerita yang sangat berkaitan dengan posting kali ini... Sila masuk ke http://psbjelebu.blogspot.com/

Kebanyakan catatan yang saya temui menyatakan peristiwa memutuskan hubungan dengan Johor, juga dikenali sebagai peristiwa memutuskan tali ke Johor oleh Moyang Salleh ini berlaku tahun 1757 tetapi catatan yang terdapat di makam beliau pula menyatakan ia berlaku tahun 1725. Atau mungkin catatan di hadapan makam yang didirikan pihak tertentu itu yang keliru? Mungkin tahun 1725 itu sebenarnya adalah tahun kelahiran Moyang Salleh atau tahun beliau diangkat sebagai pemimpin Jelebu?

Apapun, peristiwa inilah yang menandakan Jelebu dan wilayah-wilayah sekitarnya merdeka daripada pengaruh Johor. Inilah yang akhirnya akan membawa kepada pembentukan Negeri Sembilan seperti yang kita ketahui sekarang. Apa lagi, sila lihat videonya... Sila! :]

-------------------------------

(Di sini sepatutnya ada video panjang 15 minit seperti yang diterangkan di bawah...)

-------------------------------

Oh... Seperti disebut dalam posting Kembara Negeri Sembilan: Asal usul nama Jelebu? Serta lawatan ke Muzium Adat di Kuala Klawang! semalam video kamera yang digunakan untuk membuat segala rakaman serta ulasan perjalanan ke Negeri Sembilan ini secara automatik menghimpun rakaman-rakaman yang dibuat dalam aturan yang saya tak pasti bagaimana. Hendak memotongnya jadi bahagian-bahagian tertentu pula jadi bertambah kerja... Bukan tidak pernah cuba tetapi dah letih le mencuba... Ada sahaja masalahnya! Mungkin selepas ini kami akan bertemu software , seeloknya percuma yang sesuai untuk membuat kerja?

Apapun, hasilnya di atas ini adalah himpuan video klip dalam satu file MPEG DVD yang paling panjang dihasilkan oleh kamera video tersebut. Panjangnya sekitar 15 minit kerana menghimpunkan cerita Masjid Kuala Dulang dan makam Moyang Salleh dalam satu file. Malah di celah-celah itu ada sekali cerita makam Tok Pawang Jelebu di sebelah Masjid Kuala Dulang dan meriam Datuk Undang Abdullah di sebelah makam Moyang Salleh... Siap ada sekali rakaman seorang tua bertemu kembali dengan kambingnya yang sudah 2 hari hilang, tidak jauh daripada masjid itu!

Untuk makluman file asal klip ini menelan ruang memory lebih 900 Megabyte! Tetapi setelah diubah format kepada AVI sambil size video dikecilkan daripada lebih 700 x 400 kepada 320 x 200 gitu (saya lupa nombor sebenarnya) jadilah size nya sedikit lebih 90 MB... Cukuplah untuk dimasukkan dalam blogspot yang meletakkan batasan paling besar pun 100 MB untuk setiap kali upload video... Itupun semasa menulis ayat ini, setelah masuk 2 jam setengah duduk di Internet Cafe, proses loading file video ini masih belum siap!



-------------------------------


(sepatutnya ada satu klip video di sini tetapi tidak dapat dipaparkan di sini akibat gangguan teknikal yang berlaku, mungkin sepanjang hari...)

-------------------------------

Ini pula sebuah klip video pendek tentang destinasi-destinasi yang ingin dituju sebaik sahaja selesai lawatan di sekitar Kuala Klawang ini. Untuk pengetahuan beberapa gambar-gambar di Masjid Kampung Dulang, Makam Moyang Salleh dan Meriam Datuk Undang Abdullah telah diletakkan di dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) ... Di bawah tajuk-tajuk Masjid (mosque of) Kuala Dulang, Negeri Sembilan , Makam (tomb) of Moyang Salleh... dan Meriam (the cannon of) Datuk Undang Abdullah... . Sebuah cerita wrap-up tentang perjalanan sejak dari Jeram Gading hingga ke Kuala Klawang dan sekitar pula telah diletakkan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH , di bawah tajuk Journey to Negeri Sembilan. On to Kuala Klawang and what's around... Sekian buat masa ini! :]





(Contoh video sedang upload tapi belum siap. Saja je sebagai hiasan...)

Khamis, Mei 29, 2008

Kembara Negeri Sembilan: Asal usul nama Jelebu? Serta lawatan ke Muzium Adat di Kuala Klawang!

Assalamualaikum semua... Jika awal pagi tadi, saya telah membuat posting mengandungi klip video bertajuk Kembara Negeri Sembilan... Dari Kenaboi ke Kuala Klawang... lalu menyebut posting sambungan yang memaparkan klip video seterusnya akan dibuat Insyaallah esok lusa, petang ini tergerak pula untuk membuat terus sambungan itu. Tentang tajuk yang diberi terutama perkataan "Asal usul nama Jelebu", lihat sahaja apa yang disajikan di sini ya... Antara memberi ulasan-ulasan berbentuk serius, sesekali elok juga layan kepala gila... Itu kan dah memang perangai saya? Sila! :]




Klip video ini asalnya setakat mahu mempamirkan cerita "Asal usul nama Jelebu"... Tetapi entah kenapa, secara automatik kamera video yang digunakan telah menyambung cerita ini dengan bahagian seterusnya iaitu masuk ke Muzium Adat dalam satu file mpeg DVD yang sama... Nak potong jadi 2 bahagian atau lebih, saya tidak memiliki software yang boleh melakukankannya... Saya cuma boleh convert ke AVI format yang lebih sesuai untuk di upload masuk ke blogspot. Maka terimalah cerita ini seadanya ya!





Rupa-rupanya banyak juga bahan pamiran yang menarik di Muzium Adat ini. Antaranya adalah kemunculan beberapa orang kenit daripada celah pokok kecil dalam satu pamiran yang telah ditunjukkan dalam video klip atas! Maka kami pun terus berjalan melihat apa yang ada sambil membuat ulasan mana-mana yang kami suka... Sehingga VCD khas yang digunakan oleh kamera video milik saudara Zaidi @ PerpatihTulus yang bertindak sebagai cameraman, VCD yang mampu menanggung rakaman selama 30 minit hampir penuh kesemuanya...

Ya lah... VCD ini juga menampung segala rakaman yang telah dibuat sejak mula keluar untuk berjalan ke Negeri Sembilan hari Ahad itu... Ini termasuk rakaman-rakaman yang sudah dipaparkan di blogspot ini lebih awal! Nasib baik saya ada membawa komputer laptop bersama. Dengan komputer itulah isi VCD ini dapat dialihkan sehingga kosong untuk dibuat rakaman seterusnya... Kalau tidak, tentu kami tidak akan dapat menyajikan cerita utama iaitu tujuan sebenar kami membuat pengembaraan ke Negeri Sembilan ini. Nanti saya sambung lagi ya... Selamats! :]

Akan datang... Masjid Kampung Dulang dan makam Moyang Salleh!


Kembara Negeri Sembilan... Dari Kenaboi ke Kuala Klawang...

Selepas singgah sebentar di Jeram Gading, timbul pula gerak untuk menyambung perjalanan melalui jalan kecil berliku-liku iaitu jalan yang digunakan untuk sampai ke Jeram Gading daripada jalan besar Hulu Langat ke Kuala Klawang. Kami tidak pasti jalan itu akan membawa ke mana tetapi rasanya ia tetap akan keluar ke Kuala Klawang juga!..

Apapun, melalui jalan inilah kami sampai ke kawasan Titi Kenaboi yang termasuk wilayah di Negeri Sembilan yang paling hampir dengan negeri Pahang. Ternyata jalan yang diambil ini bertemu kembali dengan jalan besar ke Kuala Klawang...

Sebelum kami sampai ke Kuala Klawang untuk cerita yang seterusnya, inilah sedikit klip video akan perjalanan itu. Sila lihat ia... Insyaallah esok lusa nanti akan dipaparkan pula video di Kuala Klawang berserta sedikit cerita akan asal-usul nama Jelebu. Sila! :]


Selasa, Mei 27, 2008

Kembara Negeri Sembilan... Singgah sebentar ke Jeram Gading...

Sambungan cerita perjalanan ke Negeri Sembilan yang dibuat bersama Zaidi @ PerpatihTulus Ahad lalu...

Ya...Singgah sebentar ke Jeram Gading. Semasa membuat klip video di sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan seperti yang dipaparkan dalam posting bertajuk
Sampai ke sempadan Jelebu... Merangka arah perjalanan di Negeri Sembilan
, kami bercadang mahu terus ke Kuala Klawang tanpa singgah di mana-mana lagi tempat sepanjang perjalanan. Tetapi apabila terlihat papan-tanda simpang masuk ke Jeram Gading, sebuah tempat peranginan yang ada sejarah lamanya yang tersendiri, terus terasa rugi jika tak singgah ke sana.

Kami pun berpusing balik untuk masuk ke sana. Di bawah ini adalah klip video yang dibuat di Jeram Gading...

Hmm... Terasa sedikit self-conscious ataupun segan diperhatikan orang ketika membuat klip video ini di hadapan orang ramai yang berkunjung ke sana... Entah apa le pandangan mereka ya? Apa kata kalau tersilap cakap? Apakah akan menerima kutukan dan cercaan?

Kalau difikirkan apa pandangan orang, memang tak terkeluar langsung kata-kata yang dibuat secara spontan tanpa apa-apa skrip ini... Apalagi hendak bercerita penuh seolah-olah betul-betul mahu membuat program majalah ataupun dokumentari di televisyen...

Apapun, membuat klip video seraya menjadi pengacara adalah pengalaman yang tersendiri. Ingat, mengembara mencari tempat-tempat yang menarik itu sendiri satu kerja yang memakan banyak masa dan tenaga... Kemudian mahu menulis lagi... Itu memerlukan kesabaran serta kepakarannya yang tersendiri, bukan boleh main hentam sahaja menulis ikut sesuka hati... Apalagi mahu memaparkan cerita melalui klip video di hadapan orang ramai.

Nampak senang tetapi percayalah... Banyak orang fikir ia bukanlah sepayah mana, seperti mana ada orang yang memperkecilkan segala daya usaha saya mengembara ke sana kemari mencari pelbagai cerita... Tetapi sebaik sahaja mereka disuruh bercakap di hadapan kamera dengan diperhatikan orang ramai, ketika itulah baru mereka sedar untuk bercakap apalagi mengkritik tentang sesuatu itu amatlah senang berbanding dengan melakukan sesuatu itu... Ketika itu barulah keluar peluh dingin mencurah-curah... Barulah tergagap-gagap hendak bercakap lalu timbul 1001 macam alasan untuk cover line...





Oh... Beberapa buah gambat still atau gambar sebiji-sebiji kamera biasa (bukan video) tentang perjalanan ke Negeri Sembilan ini telah diletakkan dalam sebuah posting baru di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Sebaik sahaja selesai posting ini, akan saya beri sedikit penerangan bertulis tentang perjalanan ini di blogspot itu pula. Silalah jenguk ke sana selepas ini ya... Sekian! :]

Isnin, Mei 26, 2008

Sampai ke sempadan Jelebu... Merangka arah perjalanan di Negeri Sembilan

OK... Seperti yang dijanjikan, ulasan perjalanan ke Negeri Sembilan yang dibuat Ahad minggu lalu mula melalui fasa yang lebih serius. Jika sebelum ini, di dalam posting bertajuk Mukadimah journo kembara Negeri Sembilan yang akan datang... , Kembara Negeri Sembilan... Mandi air panas dahulu di Hulu Langat untuk "mengambil" kesegaran... dan
Kisah "beruk" pencen... Satu tatapan hujung minggu sebelum cerita kembara Negeri Sembilan mula jadi serius...
saya masih lagi bermain-main kerana baru mencuba konsep membuat ulasan perjalanan dalam video, tetapi apabila masuk sempadan daerah Jelebu merangkap sempadan keluar negeri Selangor untuk masuk ke Negeri Sembilan melalui jalan Kuala Klawang, baru saya tergerak untuk memberi ulasan lebih serius sesuai dengan konsep cara penceritaan terbaru bagi saya ini!

Kebetulan juga di sempadan ini terdapat beberapa papan-tanda yang memberitahu nama serta jarak untuk ke beberapa tempat menarik di Negeri Sembilan... Maka secara semulajadinya amat sesuailah saya mengulas sedikit tentang beberapa tempat yang memang ingin dituju hari itu terutamanya Masjid Kuala Dulang dan makam Moyang Salleh di sekitar bandar Kuala Klawang.

Dalam pada itu, timbul rasa selesa membuat ulasan seolah-olah betul-betul sedang mengacara sebuah program journal atau majalah pengembaraan untuk tatapan di kaca TV. Di sini terimalah usaha terbaru saya untuk membawa lebih ramai masyarakat kita untuk mengenali serta menghargai tinggalan-tinggalan sejarah orang-orang Melayu dahulukala. Nikmatilah percubaan membuat dokumentari yang tidak seberapa ini... Dengan khidmat cameraman daripada rakan baik saya, Zaidi @ PerpatihTulus yang ada blogspot nya sendiri di http://www.perpatihtulus.blogspot.com/ ... Sila! :]



Laporan perjalanan terbaru ke Perak... Ada perkembangan yang memberangsangkan tentang makam Raja Ahmad!


Assalamualaikum semua. Di atas adalah gambar makam Raja Ahmad @ Sultan Ahmad Waliyullah Johan Berdaulat yang diambil ketika menziarahinya sekitar 5 bulan lalu. Gambar ini berserta beberapa gambar lain yang menunjukkan betapa dhaifnya ketika itu keadaan makam kepada kerabat diraja Perak yang menjadi moyang kepada hampir keseluruhan kerabat diraja terdekat serta Sultan-sultan dan para Raja Bergelar Perak sejak lebih seabad kebelakangan ini telah dipaparkan dalam posting bertajuk Pilihanraya Malaysia yang ke 12 dan makam-makam lama... Bahagian 3... pertengahan Februari 2007.

Alhamdulillah, tadi malam saya sempat menziarahi makam ini sekali lagi... Lalu sukacita dilaporkan bahawa keadaan makam ini kini sudah cantik dan terbela malah lebih cantik dan elok keadaannya berbanding pada mana-mana ketika saya pernah menziarahinya dahulu iaitu sejak penghujung tahun 2006. Mungkin kerana posting Pilihanraya Malaysia yang ke 12 dan makam-makam lama... Bahagian 3... itu mendapat perhatian pihak tertentu lalu mereka lah yang membela makam itu? Entahlah... Yang pasti keadaannya kini menyebabkan saya rasa begitu senang hati.

Insyaallah nanti akan saya paparkan sedikit gambar-gambar makam ini yang terbaru... Cuma harus dimaklumkan, saya sampai ke sana hampir jam 9 malam, maka itu saya tidak dapat mengambil gambar yang elok disebabkan kegelapan malam tapi cukuplah untuk menunjukkan keadaan kawasan yang cukup terjaga kini. Yang menarik, sudah ada jalan menggunakan batuan halus masuk 200 meter ke dalam malah ada roundabout kecil betul-betul di hadapan makam untuk memudahkan kenderaan keluar masuk... Menarik!

Apapun, saya menulis ini untuk menyambung cerita yang tergantung melalui posting bertajuk Salam daripada tepian Sungai Perak yang dibuat jam 5 petang tadi daripada sebuah kawasan hentian makan dan minum sekitar 10 km ke Teluk Intan daripada arah Hutan Melintang... Alhamdulillah, posting itu dapat dibuat kerana ada wi-fi free! Kalau tidak, tak terfikir pun saya hendak membuat apa-apa posting hari itu... Paling cepat pun mungkin keesokannya iaitu siang hari ini nanti?

Selepas selesai makan petang merangkap makan tengahari lambat di hentian itu, saya berserta sepupu saya dan seorang rakannya pun pergi ke masjid lama Batak Rabit untuk menziarahi kawasan pemakaman keluarga Laksaman Raja Mahkota di sisi masjid. Kemudian kami pergi ke rumah seorang ibu saudara sebelum menuju ke Sungai Durian yang terletak betul-betul berhadapan Batak Rabit tetapi di seberang Sungai Perak untuk mencari makam Keramat Sungai Durian @ Laksamana Tok Jambu.

Ada cerita yang menarik tentang proses pencarian makam ini tetapi biarlah diceritakan nanti ya... Selepas itu, kami pergi keluar balik ke jalan menghala ke Lekir dan Lumut lalu pergi ke Pasir Salak melalui jalan ke Ulu Dedap... Singgah dahulu di masjid lama Pasir Salak yang terletak di celah kawasan Pasir Salak Resort untuk bersolat jamak Maghrib dan Isyak sebelum pergi melangkah ke tempat Residen British ke Perak J.W.W. Birch dibunuh oleh pahlawan-pahlawan Melayu tahun 1875.

Kemudian kami mengikut jalan pesisir Sungai Perak untuk ke jambatan menyeberang ke Kampung Gajah. Dari situ, kami menghala balik ke Teluk Intan, sempat singgah ke makam Raja Ahmad kemudian ke makam Keramat Kuala Bidor, lebih hampir ke Teluk Intan.

Sampai sahaja ke bandar, kami singgah sebentar ke istana Raja Muda yang sudah amat buruk akibat lama tidak berpenghuni (lihat artikel Istana Raja Muda (The regent's palace), Teluk Intan, Perak yang dibuat Oktober 2007) sebelum pergi ke makam Sultan Perak ke 22, Sultan Abdullah Muhammad Shah @ Marhum Durian Sebatang yang memerintah pertengahan abad ke 19 Masihi. Sayangnya, makam ini masih tidak terjaga, masih teruk bersemak seperti yang dipaparkan dalam artikel Pilihanraya Malaysia yang ke 12 dan makam-makam lama... Bahagian 3... malah rasanya lebih teruk lagi kerana semaknya semakin menebal...

Apapun, kiranya kami selesai perjalanan ziarah-menziarahi makam-makam lama serta tempat-tempat tertentu di Perak ini sekitar jam 10 malam... Makan malam sebentar di hadapan Menara Chondong Teluk Intan sebelum kembali ke Batak Rabit untuk pergi lagi ke rumah ibu saudara kerana siang tadi tidak sempat bertemu dengan suaminya...

Jam 11 malam kami pun meninggalkan Batak Rabit... Sampai di Kuala Lumpur selepas jam 1 malam lalu saya tidak dapat masuk ke rumah ibu saudara tempat saya menumpang di Ampang kerana tidak mahu mengganggu penghuni rumah yang biasa tidur cepat... Apalagi, saya pun berehat sebentar di surau berdekatan sebelum mandi, makan sedikit untuk lewat malam kemudian ke Internet Cafe lalu membuat posting ini!

Dengan ini, bolehlah saya membuat posting seterusnya... Seperti yang telah dijanjikan, sampailah kita kepada bahagian serius dalam penceritaan melalui klip video yang dibuat berdasarkan perjalanan ke Negeri Sembilan Ahad minggu lalu... Nanti apabila selesai proses penceritaan ini, barulah saya buat sedikit cerita tentang perjalanan terbaru ke Perak yang baru selesai tadi ya. Selamats! :]

Ahad, Mei 25, 2008

Salam dari tepian Sungai Perak


Ya... Salam daripada tepian Sungai Perak. Sekarang ini saya sedang menulis daripada sebuah kawasan makan dan minum di tepian sungai terbesar di Pantai Barat Semenanjung ini, sekitar 10km daripada bandar Teluk Intan iaitu daripada arah Hutan Melintang.

Tadi, saya berserta seorang sepupu dan rakannya baru lepas menziarahi kawasan Beting Beras Basah dan sekitarnya. Untuk makluman di atas ialah gambar pondok diraja di mana seseorang bakal Raja Perak boleh berehat sebentar sebelum pergi ke kuala sungai lalu menjejakkan kaki ke Beting Beras Basah.

Kami sebenarnya merancang untuk berjalan-jalan ke sekitar Teluk Intan sahaja... Tetapi setelah mengambil jalan melalui Kuala Selangor daripada Kuala Lumpur pagi tadi, tergerak pula untuk ke Bagan Datoh seterusnya ke Beting Beras Basah.

Apapun, kami merancang untuk pergi ke beberapa tempat lagi sekitar Hilir Perak, mungkin juga ke Pasir Salak dan Kampung Gajah. Insyaallah, semuanya bergantung kepada gerak Ilahi juga masa dan peluang kerana kami perlu balik hari disebabkan sepupu saya dan rakannya perlu masuk kerja esok.

Insyaallah juga nanti akan saya paparkan ceritanya di sini. Tapi biar disajikan dahulu cerita-cerita melalui klip video tentang perjalanan di Negeri Sembilan Ahad lepas ya...
OK... Saya harus makan sebelum berjalan. Selamat... Wassalam! :]