Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Disember 21, 2012

Kelantan-Langkawi-Perak hujung tahun - Kedai Mulong, Tok Kenali dan ceramah di masjid sultan

Malam Jumaat ini atau dah pagi buta sebenarnya, pada satu hari yang tarikhnya iaitu 21 Disember 2012, 21/12/12 agak istimewa kerana dikatakan tarikh tamatnya satu pusingan besar kalendar tamadun lama Maya, rasanya sesuailah dimulakan penceritaan satu siri baru. Dalam artikel Terbaru (dan mungkin terakhir untuk 2012) : Perjalanan misi ceramah di Kelantan sebelum bercuti di Langkawi telah diberikan sedikit ringkasan perjalanan. Sekarang bolehlah cerita dihuraikan...


Sekitar 10 malam, Jumaat malam Sabtu 7 Disember 2012 kami anak beranak bertolak meninggalkan rumah.


Sekali lagi kami akan berjalan jauh. Kali ini disertai juga dua orang anak tertua. Singgah sebentar makan di Genting Sempah.


Kami juga ada singgah di rumah saudara di Raub. Disebabkan itu kami sampai ke Kota Bahru, Kelantan waktu Subuh.


Di masjid lama terkenal, Masjid Kampung Laut yang terletak di Nilam Puri kami berehat sebentar sebelum menyambung perjalanan.


Dari Nilam Puri kami lalu di kawasan bernama Kedai Mulong yang terletak cuma 1-2 km dari Masjid Kampung Laut. Oh, beberapa hari sebelumnya isteri saya ada terjumpa maklumat di Internet yang memberitahu bahawa di Kedai Mulong terdapat sebuah masjid lama yang asalnya adalah sebuah istana kerabat diraja. Kata isteri beliau teringat sekitar 3 tahun lalu saya pernah bermimpi mencari sesuatu di Kedai Mulong. Walhal dalam tempoh 3 tahun itu kami sudah beberapa kali pergi ke Kelantan dan memang lalu kawasan ini. Tak tergerak pun nak mencari, baru kini tahu kewujudan masjid ini. Lihat artikel Masjid lama (Old mosque of) Kedai Mulong di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Selepas itu kami bersiar-siar di bandar raya Kota Bahru.


Sarapan sebentar di satu kawasan berdekatan tebing Sungai Kelantan, dekat juga dengan makam seorang kerabat diraja yang nampaknya dilupakan. Lihat artikel lama Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Antara Long Sulaiman dan Long Deraman.


Kemudian baru kami ke Kubang Kerian untuk menemui kenalan di Masjid Sultan Ismail Petra, masjid yang kalau tidak paling besar pun adalah antara yang terbesar di Kelantan. Yang pasti ia berstatus masjid sultan. Rujuk artikel Masjid (Mosque of) Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian

Kami ke sini kerana saya telah dijemput untuk memberi ceramah tentang kedatangan awal Islam di Alam Melayu. Selepas melihat hasil wacana pertama HIKMAH di Shah Alam 4 Nov (rujuk artikel  HIKMAH 4 Nov - Dari pagi ke Zuhur berkongsi ilmuHIKMAH 4 Nov - Lepas Zuhur hampir ke Maghrib masih tak balik-balik! dan Video klip sekitar HIKMAH 4 Nov di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH), HIKMAH diasaskan oleh saya lebih 2 bulan lalu) kenalan yang dimaksudkan telah mencadangkan kepada AJK masjid terutama imam besar  agar menjemput saya berceramah di Kelantan. 


Beliau dan imam membawa kami ke tempat penginapan berdekatan. Selepas berehat sebentar kami keluar ke Masjid Tok Kenali yang juga terletak di Kubang Kerian.


Sudah menjadi kebiasaan apabila di Kota Bahru kami mesti singgah di masjid ulamak besar bertaraf wali ini. Selain itu, kali ini saya mengambil peluang mengambil gambar beliau yang terpampang di hadapan masjid untuk dimasukkan ke dalam slaid persembahan untuk ceramah.


Adapun saya dijadualkan memberi ceramah dua sesi, satu selepas solat Asar, satu lagi selepas Maghrib. Itupun masih sempat membuat persiapan last minute. Bayangkan... kami sampai di Masjid Tok Kenali pun dah dekat 3.40 petang. Sempat bersolat dan rehat sebentar kemudian ke makam di mana baru saya betul-betul mengatur lagi slaid.

Oh. Saya juga baru mendapat tahu berdekatan makam terdapat sebuah masjid kecil. Selama beberapa tahun, sejak kali pertama menziarahi makam tahun 2003 kalau tak salah ingatan (rujuk artikel lama Sedikit cerita berkaitan Tok Kenali) dan terus menziarahinya setiap kali ke Kota Bahru saya tidak pernah sedar akan kewujudan masjid tersebut, nampaknya sama hal dengan masjid lama di Kedai Mulong. Tetapi disebabkan bayi kami yang bernama Johan buang air besar lalu kami perlu membersihkan, saya terjumpa masjid yang terletak 50-100 meter sahaja dari makam. Lihat Masjid kecil berdekatan makam Tok Kenali (Small mosque nearby the tomb of Tok Kenali).


Selepas Asar saya pun memberikan ceramah. Ini pula gambar di dalam masjid sejurus sebelum memberikan ceramah sesi kedua iaitu selepas Maghrib.


Pada dua-dua sesi saya datang berceramah memakai baju Melayu sepasang, bersongkok bersampinkan kain pelikat dengan keris sepokal Bugis 13.5 inci tersisip di pinggang siap memakai pending yang diikat kain lembut kemerah-merahan. Mula-mula hadirin agak pelik melihat saya berjalan begitu dengan selambanya berkeris berjalan ke hadapan masjid. Namun ada yang tersenyum seronok. Malah kata imam : "Ini ikut sunnah Nabi ni, orang lelaki jalan-jalan pakai senjata di badan!".


Ini adalah nama ceramah seperti dihantarkan kenalan melalui SMS kepada saya seminggu sebelum majlis, ketika saya sedang berjalan dengan keris sama tersisip di pinggang untuk menghadiri satu acara di Melaka. Lihat Berbusana tradisi melaksanakan misi di Istana Kesultanan Melaka.



Video klip ceramah insyaallah akan saya kongsikan nanti bila ada kelapangan. Lewat malam itu saya membawa anak kecil saya Rasyid berjalan-jalan lagi di tengah bandar raya. Isteri dan anak-anak sedang tidur ketika itu.


Sambil berehat di tempat yang kelihatan saya sempat memeriksa keadaan kereta yang sudah kekurangan air sistem penyejukan akibat ada masalah. Kereta yang sudah berjasa membawa kami ke merata Semenanjung Malaysia malah pusing Singapura dan selatan Thailand ini juga mengalami masalah enjin makan minyak hitam, sejak bahagian atasnya dibuka untuk top overhaul di sebuah bengkel berdekatan rumah. Alhamdulillah dapat juga kami berjalan 500 km dari rumah sampai ke Kota Bahru demi memenuhi jemputan.


Isnin, Disember 17, 2012

Sekitar Majlis Permasyhuran Persatuan Perkerisan Kuala Lumpur

Kiranya cerita ini boleh dikatakan kesinambungan pada artikel Arka - Satu tribute untuk pejuang bangsa, Raja Haji Fi Sabilillah.


Siang Sabtu 15 Disember 2012 bersamaan 1 Safar 1434 saya pergi ke Kompleks Kraftangan Malaysia di Jalan Conlay, Kuala Lumpur untuk satu acara.


Acara diberi nama  Majlis Permasyhuran Persatuan Perkerisan Kuala Lumpur (Pusaka KL). Disebabkan beberapa hal saya sampai selepas jam 11.30.


Saya sudah terlepas istiadat permasyhuran yang bermula jam 10.50.


Majlis sendiri bermula dengan pembukaan seawal 9.30.


Ketika saya sampai tetamu lebih tertumpu ke tempat pameran.


Antara yang menghiasi ruang adalah koleksi keris milik ahli persatuan.








Pada bahagian pameran luar ada keris dan senjata lain yang dijual.


Masuk makan sebentar.


Kemudian saya lihat ada acara ringkas yang nampak seperti penyerahan keris.


Kembali ke bahagian pameran luar, turut dijual adalah buku.


Saya menumpang jual sejumlah buku siri "Berpetualang ke Aceh" yang ditulis 2006-2007...


Keadaan semasa waktu rehat tengah hari. Banner diletakkan pada satu tiang.


Jam 3 petang baru acara rasmi disambung.


Ia adalah wacana ilmu merangkap forum bertajuk "Keris untuk penyatuan" mengenengahkan pandangan daripada wakil-wakil Malaysia, Singapura dan Indonesia.


Wakil dari Malaysia adalah Yang Dipertua Pusaka KL, saudara Khairul Azhar. Beliau yang merupakan saudara saya belah Perak daripada keturunan Laksamana Raja Mahkota pernah membuat pembentangan tentang keris di majlis "Suai kenal HIKMAH" yang diselenggarakan oleh saya 4 Nov di Yayasan Restu, Shah Alam. Lihat artikel Dari keris sebagai lambang penyatuan membawa ke panji-panji hitam dari Timur di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
 .


Acara tamat dengan pemberian cenderamata kepada pembentang/pemberi pandangan selepas jam 5. Semoga lebih banyak acara serupa diadakan untuk menaikkan semangat anak-anak Melayu agar lebih mencintai agama, bangsa dan negara. Amin.