Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Saturday, July 18, 2015

Daulah Melayu - Jejak industri besi purba di utara

Lagi cerita shooting baru ini. Bersambung daripada Daulah Melayu - Ke Kedah untuk outdoor shooting pertama, naik Gunung Jerai.


Pagi Khamis 9 Julai 2015. Tim "Daulah Melayu" keluar lagi untuk penggambaran.


Kali ini kami menuju ke Jeniang sekitar 40 km ke arah timur-laut dari Sungai Petani. Kami mahu mencari satu tapak arkeologi yang tidak seorang pun daripada kami termasuk saya sendiri pernah sampai.


Dalam pencarian itu kami lalu di jambatan ini.


Ada pemandangan menarik sungai. Lihat artikel berikut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH...



Muda river from Jeniang police station



Dengan bantuan kaki tangan balai polis Jeniang kami pun sampai ke tempat yang dicari.


Nampak pondok besi tu? Di dalamnya tersimpan sejumlah bukti kesan satu industri purba di utara.


Dalam kesibukan menyiapkan kamera dan alatan untuk penggambaran ada pula selingan.


Orang kampung situ menghadiahkan kami durian penuh satu kereta sorong! Kalaulah bukan sebab berpuasa tentu kami dah melantak di situ juga.


Kembali pada tujuan iaitu penggambaran.


Di sini terdapat tinggalan relau-relau purba yang masih menghampir bentul asal. Lihat artikel Tapak peleburan besi purba di Jeniang (Ancient iron smelting site at Jeniang) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).





Selepas melakukan sedikit aksi untuk kamera saya pun berlepas dengan satu kereta ke lokasi penggambaran seterusnya.


Ia adalah tapak arkeologi di Sungai Batu.








Di sini terdapat banyak tapak-tapak purba yang boleh menggambarkan betapa hebatnya industri besi yang pernah wujud di utara. Lihat penerangan dalam artikelSungai Batu, industri besi purba dan makam Sultan Muzaffar Syah I. Lihat juga artikel-artikel berikut di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) :-






Dekat jam 5 baru selesai penggambaran di Sungai Batu. Seterusnya kami ke makam Sultan Muzaffar Shah I, raja pertama Kedah yang dikatakan memeluk Islam. Letaknya cuma 2 km daripada tapak arkeologi...



Selain membuat penggambaran kami juga mahu berziarah. Turun pula hujan lebat yang memaksa kami berlindung lama dalam bangunan makam.






Setelah hujan reda kami berkejar ke arah Pantai Merdeka 30-40 km gitu ke barat-daya Sungai Petani.





Kami mahu ke Pulau Sayak menurut saranan seorang yang ditemui di Sungai Batu. Katanya ada hidangan enak mee udang di sini.


Sayangnya cuma satu sahaja restoran mee udang dibuka hari itu dan ia terletak agak jauh dari pantai. Apapun hidangannya enak dan di situlah kami melayan durian-durian yang diterima di Jeniang...


No comments: