Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Julai 07, 2020

Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Akhirnya. Apa ada di persekitaran KM305.5 tempat kereta mati?

Salam petang Selasa 15 Zulkaedah 1441 Hijriah. Setelah beberapa lama sampailah masanya untuk menutup siri "Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019"   yang ceritanya  bermula  pertengahan tahun lalu. Bersambung daripada artikel Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Memulakan proses menutup cerita setelah 6 bulan tertangguh.


Pagi Isnin 15 Jun 2020. Setelah bermalam di rumah seorang kawan di Kampung Padang Changkat, kami bersedia untuk menyambung perjalanan.


Kampung tersebut terletak di belakang Istana Iskandariah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Bersebelahan istana utama kerajaan Perak itu terdapat istana lama ini yang telah dijadikan muzium. Namun ia sudah bertahun ditutup atas alasan renovasi. Sampai la ni masih tak buka-buka lagi...


Kami merentas bandar diraja Kuala Kangsar untuk ke destinasi seterusnya.


Sudah menjadi kebiasaan setiap kali ke Kuala Kangsar kami akan singgah ke makam Tok Temong.


Tentang siapakah Tok Temong ini telah banyak kali diceritakan dalam blogspot ini. Jadi tak perlulah diulang.


Bila ke makam yang terletak 11 km ke utara bandar Kuala Kangsar ini saya juga suka mengambil masa melihat dan merehat sebentar di bahagian Sungai Perak bersebelahan kompleks makam...








Selesai ziarah kami ke jambatan lama kereta api yang dikenali sebagai Victoria Bridge sekitar 4 km ke selatan makam. Lihat artikel Bringing the family to Victoria Bridge di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Oh. Sepanjang perjalanan ke makam dan jambatan kawan kami dari Padang Changkat dan suaminya ada ikut sama. Selepas itu baru kami berpisah lalu kami meneruskan perjalanan ke arah Ipoh melalui jalan lama.






Hmm. Lupa sudah apakah gambar ini diambil di bandar Sungai Siput atau pekan Chemor. Harus dicatatkan bahawa kami ada singgah di Chemor untuk ke bengkel di mana kereta kami pernah ditinggalkan selama 6 bulan selepas mengalami kerosakan teruk dalam perjalanan ke selatan Thailand (rujuk Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Memulakan proses menutup cerita setelah 6 bulan tertangguh). Kali ini didapati ada sedikit masalah dengan hos radiator ke enjin. Masalah ini baru disedari apabila kami membawa kereta ke Kuala Kangsar petang Ahad 14 Jun. Alhamdulillah saya dapat mengenal pasti masalah tersebut ketika sampai ke Padang Changkat. Ia pun dapat diperbaiki dalam masa yang singkat.


Seterusnya kami berhenti untuk makan tengah hari dengan menghabiskan nasi lemak yang dibekalkan oleh kawan dari Padang Changkat.


Kami makan di hadapan masjid jamek Tanjung Rambutan, pinggir bandar raya Ipoh.


Di sini juga kami anak beranak menjamakkan solat Zohor dan Asar.


Perjalanan diteruskan masuk ke bandar raya.


Tapi tak jadi pula hendak masuk ke pusat bandar raya. Sebaliknya kami meneruskan dengan masuk ke jalan lama utama ke arah Kuala Lumpur dan selatan.


Selepas Gopeng kami membelok ke arah bukit batu kapur yang membentuk Gua Tempurung.


Sudah disebut dalam artikel Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Memulakan proses menutup cerita setelah 6 bulan tertangguh bahawa dekat bukit inilah kereta kami mati akibat kerosakan. Ingat nak masuk jenguk Gua Tempurung, nak tengok apakah ada apa-apa kaitan. Tapi ia sedang ditutup.


Tak mengapa. Dengan menggunakan Google Map saya cuba pula mencari jalan luar lebuh raya yang terdekat ke tempat kereta kami mati iaitu di kilometer 305.5 Lebuh Raya PLUS.


Melihat pada kedudukan dalam peta saya menjangkakan lorong ini membawa pada kedudukan terdekat itu.


Saya memanjat naik tepian lorong yang membawa pada tepian lebuh raya...





Nah. Letaknya pada kilometer 306 Lebuh Raya PLUS. Ertinya tempat tepat kereta saya mati itu adalah cuma 500 meter ke hadapan.






Beginilah kedudukan tepat kereta dalam paparan satelit apabila dilihat menggunakan program Google Earth. Kelihatan berwarna putih di tengah peta lorong tempat saya berhenti untuk meninjau kedudukan terdekat di lebuh raya. Nampak bagaimana ia memintas melalui bawah lebuh raya yang ditanda dengan dua baris berwarna jingga? Lorong dan kedudukan boleh dicapai melalui jalan yang ditanda warna kuning. Kedudukannya keluar beberapa kilometer dari jalan utama.


Ketepatan kedudukan dapat dipastikan menggunakan satu kemudahan yang dipanggil Street View dalam Google Earth. Apabila lokasi yang sudah dikenal pasti dilihat pada paras jalan memang boleh kelihatan papan tanda kilometer 305.5.


Beginilah kedudukan keseluruhan kawasan apabila dilihat menggunakan Google Map pada skala yang lebih besar. Tempat kereta mati itu berada dekat dengan tanda "AH2". Jalan yang digunakan untuk mencapai kedudukan dari luar Lebuh Raya PLUS pula kelihatan jelas mengelilingi satu kawasan bukit dan hutan yang ditanda sebagai Hutan Lipur Sungai Salu. Ia sebenarnya adalah sebuah gunung kerana saya dapat mengesan puncaknya mencapai ketinggian lebih 4,000 kaki dari paras laut. 


Dengan itu dapat dikenal pasti kawasan dataran antara celah bukit/gunung (antara Gua Tempurung dan Hutan Lipur Sungai Salu) yang dilihat daripada tempat kereta mati. Rujuk balik artikel Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Memulakan proses menutup cerita setelah 6 bulan tertangguh.



Apakah signifikannya kawasan tersebut? Biar disimpan untuk diri sendiri. Yang pasti melalui  jalan berkenaan boleh sampai ke pekan Chenderiang yang setahu saya terdapat ramai keturunan Sayyid bercampur keturunan raja Perak. Dari situ juga boleh sampai ke air terjun Lata Kinjang yang boleh kelihatan tinggi atas bukit daripada tepian Lebuh Raya PLUS lalu kami pun singgah. Sekian. Tamatlah siri "Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 ".