Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...
Daripada artikel Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah
Daripada artikel Makam Syiah Kuala... dan makam Maharajalela Abdul Rahim...
Daripada artikel Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch
-------------------------
-------------------------
Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...
Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.
Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh
-------------------------
Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.
Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...
Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-
Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.
Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...
Jumaat, Januari 25, 2019
Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Jumaat di Ayutthaya dan kawasan menghadap kiblat
Khamis, Januari 24, 2019
Dari "Berpetualang" ke pengembaraan demi pengembaraan ke merata ceruk rantau
Secara rata-rata artikel-artikel awal sehingga penghujung tahun 2007 terdiri daripada sedutan-sedutan terpilih daripada tiga buku pertama saya dalam siri trilogi novel "Berpetualang ke Aceh". Untuk makluman, buku pertama yang memiliki tajuk tambahan "Mencari Diri dan Erti" terbit Jun 2006 diikuti buku kedua "Membela Syiar yang Asal" (Mei 2007) dan buku ketiga "Sirih Pulang ke Gagang?" (November 2007). Turut dikongsikan cerita-cerita usaha-usaha promosi buku juga pengembaraan-pengembaraan berkaitan.
Memang pun blogspot ini asalnya dibuka untuk mempromosikan siri trilogi. Selepas beberapa lama baru mula dikongsikan cerita-cerita pengembaraan yang tiada kena mengena dengan buku. Pada ketika menulis ayat ini CATATAN SI MERAH SILU yang merupakan blogspot utama saya sudah memiliki 1,735 buah artikel. Saya juga telah berkongsi 1,951 artikel di blogspot berbahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH dan 1,936 artikel di blogspot dwi-bahasa SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Dalam proses penelitian tajuk-tajuk artikel lama baru tersedar dan teringat bahawa saya mula blogging atau menulis di blogspot bukan di CATATAN SI MERAH SILU tetapi di BERPETUALANG KE ACEH. Artikel pembukanya, A New Beginning yang dibuat petang Jumaat 10 November 2006 menerangkan ini dilakukann atas saranan seorang bapa saudara yang mula blogging beberapa bulan lebih awal. Kata beliau blogging ini menenangkan dan menjadi semacam ubat dan penawar jiwa dalam melalui pelbagai liku kehidupan. Saya sendiri dapat merasakan ketenangan itu setelah meluahkan secara jujur beberapa perkara yang bermain dalam fikiran.
Sambil itu blogspot BERPETUALANG KE ACEH diterbitkan untuk menjadi wadah bagi menterjemahkan siri trilogi "Berpetualang ke Aceh" ke dalam bahasa Inggeris secara berperingkat (konon... :]). Setelah dua hari dimulakan terus timbul rasa elok juga dibuat sekali blogspot dalam bahasa Melayu untuk mempromosikan isi buku lalu terbitlah CATATAN SI MERAH SILU dua hari kemudian. SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) pula dimulakan pada pagi Sabtu 18 November 2006 untuk berkongsi minat berkenaan seni Melayu lama terutama rumah tradisional. Setelah beberapa lama ia menjadi wadah untuk berkongsi cerita tentang bangunan-bangunan bersejarah dan menarik yang dilawati dalam pengembaraan demi pengembaraan ke merata ceruk rantau.
Blogspot BERPETUALANG KE ACEH mula menjadi wadah untuk berkongsi cerita tentang tempat-tempat yang memberikan pemandangan menarik dan sebagainya. Lalu kedua-dua blogspots menjadi tempat melepaskan artikel-artikel sokongan bagi membantu penceritaan keseluruhan pengembaraan yang dipersembakan dalam CATATAN SI MERAH SILU. Saya tergerak untuk meneliti tajuk-tajuk artikel lama agar dapat mengumpulkan artikel-artikel kompilasi tentang pengembaraan-pengembaraan yang telah dikongsikan setakat ini. Biar diatur menurut kronologi atau turutan masa bilakah ia dipersembahkan. Nota akan ditambah jika pengembaraan atau peristiwa yang diceritakan berlaku pada tahun yang tidak sama dengan tahun ia dikongsi.
2007
1. Koleksi gambar BKA tour run untuk tatapan semua...
(Lokasi : Beberapa tempat di Semenanjung Malaysia)
(Lokasi : Seperti di atas)
2008
1. Satu renungan sementara menunggu saat dan ketika yang sesuai...
(Perjalanan berlaku penghujung 2007 hingga awal 2008. Lokasi : Semua daerah di negeri Johor)
2. Selesai bab Utara, sampai masa ke Timur pula. Sambil merenung pengalaman dahulu untuk bekalan perjalanan seterusnya...
(Lokasi : Beberapa tempat di negeri Kedah dan Perak)
3. Tamat cerita kembara terbaru Pantai Timur @ tamat juga kembara post-BKA... Masa untuk kembali ke kehidupan biasa seperti orang lain...
(Lokasi : Beberapa tempat di Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Kelantan)
4. Kembara Negeri Sembilan 18 Mei... Akan disambung tak lama nanti?
(Lokasi : Beberapa tempat di Negeri Sembilan)
5. Perjalanan ke Perak: DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" dah siap!
(Lokasi : Beberapa tempat di Perak)
2009
1. Satu Jumaat dan projek buku masjid
(Perjalanan berlaku penghujung 2008, Lokasi : Masjid-masjid terpilih di hampir seluruh Semenanjung Malaysia)
2. Buku "Rumah Azan" dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC
(merujuk kepada pengembaraan sama seperti di atas)
3. Cerita An-Nur yang membawa kepada Umrah 2005 dan seterusnya...
(Peristiwa dan pengembaraan berlaku tahun 2005. Lokasi : Sekitar Lembah Klang membawa ke kota Madinah dan Mekah)
4. Koleksi cerita perjalanan Aceh yang lebih teratur...
(Lokasi : Beberapa tempat di Aceh)
5. Mengenang lawatan spontan ke Singapura 2006...
(Perjalanan berlaku tahun 2006. Lokasi : Beberapa tempat di Singapura)
2010
1. Koleksi artikel "Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan"
(Perjalanan berlaku hampir penghujung 2009. Lokasi : Beberapa tempat di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Perak)
(Perjalanan berlaku penghujung 2009. Lokasi : Beberapa tempat di Johor dan Singapura)
(Perjalanan berlaku penghujung 2009. Lokasi : Beberapa tempat di Selangor, Melaka, Muar dan Pahang)
(Lokasi : Beberapa tempat di Aceh)
5. Siri "Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak" complete!
(Lokasi : Beberapa tempat di Perak)
6. Tempat-tempat di Selangor yang membuka jaringan ilham...
(Lokasi : Beberapa tempat di Selangor)
(Lokasi : Beberapa tempat di Perak)
8. Segala macam ragam petualangan Al-Rasyid ke Aceh
(Lokasi : Beberapa tempat di Aceh)
9. Dinasti Al-Kamil bakal bangkit semula...
(Lokasi : Beberapa tempat di Muar)
10. Pembongkaran yang bakal menggegarkan dua keSultanan?
(Lokasi : Beberapa tempat di Selangor dan Perak
11. Kemeriahan Al-Rasyid berhari-raya
(Lokasi : Beberapa tempat di Selangor, Muar dan Melaka)
12. Menyelesaikan bab yang belum lagi selesai?
(Lokasi : Beberapa tempat di Perak)
13. Tribute untuk lawatan tak dijangka ke Brunei bulan Ogos
(Lokasi : Beberapa tempat di negara Brunei membawa ke Labuan dan Miri, Sarawak)
(Pengembaraan dibuat pertengahan 2009. (Lokasi : Beberapa tempat di Negeri Sembilan dan Pulau Besar, Melaka)
15. Dari Lubuk Pusing, Selangor terus 'berpusing' ke hilir Perak...
(Pengembaraan dibuat pertengahan 2009. Lokasi : Beberapa tempat di Selangor dan Perak)
16. Kesukaan pada sungai
(Meliputi pengembaraan-pengembaraan pada tahun-tahun sebelumny. (Lokasi : Seluruh Semenanjung Malaysia dan beberapa tempat di luar negara)
17. Projek buku keretapi
(Lokasi : Seluruh Semenanjung Malaysia membawa ke Singapura dan selatan Thailand)
18. Al-Rasyid naik keretapi ke Singapura selesai udah...
(Lokasi : Beberapa tempat di Singapura)
2011
1. Susah-payah mencari jejak Merong
(Perjalanan dibuat hampir penghujung 2010. (Lokasi : Beberapa tempat di Kedah membawa ke Hatyai di selatan Thailand, Perlis, Pulau Pinang dan Perak )
2. Kompilasi "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur"
(pengembaraan berlaku penghujung 2010 hingga awal 2011. Lokasi : Beberapa tempat di Pahang, Kelantan dan Terengganu)
2012
1. Mengenang kembali perjalanan mengambil video pusing Negeri Sembilan hingga ke Pulau Besar tahun 2008
(pengembaraan dibuat tahun 2008. Lokasi : Beberapa tempat di Negeri Sembilan dan Pulau Besar, Melaka)
2. Siri refleksi sejarah...
(Daripada majlis ilmu di pelbagai lokasi di Semenanjung Malaysia sejak penghujung 2009)
3. Koleksi "Jejak 'Berpetualang ke Aceh'"
(Pengembaraan berlaku penghujung 2011. Lokasi : Beberapa tempat di Aceh)
4. Koleksi Kembara Johor-Riau
(Pengembaraan berlaku penghujung 2011. (Lokasi : Beberapa tempat di Johor, Singapura dan Pulau Bentan)
5. Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - The compilation...
(Lokasi : Separuh Semenanjung Malaysia)
6. Koleksi artikel "Pusing Pulau Jawa"
(Lokasi : Lebih separuh Pulau Jawa)
7. Compiled - Perjalanan jauh bermotosikal besar pertama setelah 9 tahun
(Lokasi : Beberapa tempat di Pahang dan Perak)
8. Explorasi bermotosikal besar Pantai Timur bersama rakan - Complete
(Lokasi : Beberapa tempat di Terengganu dan Kelantan)
2013
1. Pengembaraan terakhir tahun 2012 - Kelantan-Langkawi-Perak hujung tahun
(Pengembaraan berlaku penghujung 2012. (Lokasi : Beberapa tempat di Kelantan, Langkawi dan Perak)
2. Misi penganjuran HIKMAH IV - Dari perjalanan bermotosikal besar hingga kembali berkereta 2,700 km
(Lokasi : Beberapa tempat di Kelantan, Terengganu dan Pahang)
3. Ziarah dan umrah 2013 - Dari mula sampai ke tamat....
(Lokasi : Beberapa tempat di kota Madinah dan Mekah)
4. Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - The compilation
(Lokasi : Beberapa tempat di Sulawesi Selatan)
2014
1. Kompilasi Misi HIKMAH Pulau Pinang
(Pengembaraan berlaku penghujung 2013. Lokasi : Beberapa tempat di Pulau Pinang)
2. Berjayanya misi HIKMAH Aceh
(Lokasi : Beberapa tempat di Aceh)
3. Borobudur tinggalan Nabi Sulaiman? - Mencari kebenaran di sebalik dakwaan yang melampau
(Lokasi : Sekitar Jogjakarta, Jawa Tengah)
2015
1. Kompilasi artikel perjalanan ke-7 di Aceh
(Lokasi : Beberapa tempat di Aceh)
2. Misi Pulau Pinang dan Perak : The compilation
(Lokasi : Beberapa tempat di Pulau Pinang dan Perak)
3.Jejak Kalimantan Barat – Compiled
(Lokasi : Beberapa tempat di Kalimantan Barat)
4. Trip anak-beranak ke Desaru – Compiled
(Pengembaraan berlaku penghujung 2014. Lokasi : Beberapa daera di Johor terutama Kota Tinggi)
5. Ke utara menutup kalendar 2014 - The compilation
(Pengembaraan berlaku penghujung 2014. Lokasi : Beberapa tempat di Kedah, Pulau Pinang dan Perak)
6. Melepasi 100 artikel khas untuk dunia pemikiran
(Daripada majlis ilmu di pelbagai lokasi di Semenanjung Malaysia sejak penghujung 2009)
7. Mengabadikan HIKMAH dan perjuangannya
(Daripada menganjurkan majlis-majlis ilmu sendiri di hampir semua negeri di Semenanjung Malaysia membawa ke Aceh sejak penghujung 2012)
8. Menjayakan projek dokumentari Daulah Melayu
(Daripada pengembaraan dan penggambaran untuk satu projek rencana televisyen. Lokasi : Beberapa tempat di Semenanjung Malaysia)
2016
1. Daulah Melayu di Jawa Timur - Baru buat kompilasi
(Daripada pengembaraan untuk penggambaran hampir penghujung 2015. Beberapa tempat di Jawa Tmur)
2. Mengharapkan terungkai lebih banyak perkara tersurat dan tersirat daripada perjalanan 3 kali ke Pantai Timur dalam tempoh dua bulan
(Lokasi : Beberapa tempat di Kelantan)
2017
1. Misi jejak Aceh-Langkasuka - The compilation
(Lokasi : Beberapa tempat di Kelantan membawa ke selatan Thailand. Beberapa tempat di Patani, Songkhla dan Hatyai diikuti Kedah, Pulau Pinang dan Perak)
2. Jejak kerajaan lama tengah Sumatera - The compilation
(Lokasi : Sumatera Barat membawa ke propinsi atau wilayah Riau)
3. Misi HIKMAH Aceh 2017 - Kompilasi perjalanan 8 hari
(Lokasi : Beberapa tempat di Aceh)
2018
1.Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - The Compilation
(Pengembaraan berlaku penghujung 2017. Lokasi : dari Malaysia membawa ke selatan Thailand naik ke Segenting Kra terus ke Bangkok dan Ayutthaya)
2. Jejak Wasilah Patani - The compilation
(Masuk selatan Thailand melalui Perak, pusing Patani sebelum keluar melalui Kelantan)
Apa yang dikumpulkan ini adalah pautan untuk artikel-artikel kompilasi. Bermakna setiap artikel mengandungi pautan artikel-artikel yang membentuk satu siri pengembaraan yang sudah lengkap diceritakan daripada mula sampai habis. Ada pula artikel bersiri yang tidak pernah dikumpul atau dibuat kompilasi pautan lalu tidak masuk dalam senarai. Selain itu banyak lagi perjalanan telah dilakukan di celah-celah itu yang tidak diceritakan secara bersiri lalu tidak mendapat tempat di sini.