Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.


Friday, June 22, 2007

Cerita-cerita Muar dalam "Berpetualang ke Aceh"...

Hmm... Rupanya saya masih ada sedikit masa lagi untuk berceloteh. Tuan kedai komputer di Raub tempat saya memakai line wi-fi ini membenarkan saya berada lebih lama sedikit, cukuplah untuk membuat sebuah lagi posting.
Oleh kerana kebelakangan ini, saya telah bertemu kembali ramai juga kawan-kawan lama daripada Muar, biar saya letak sedikit excerpts cerita-cerita berkaitan Muar yang ada dalam siri buku "Berpetualang ke Aceh"... Excerpts ini telah disediakan malam semalam. Mari kita mulakan dengan buku satu, "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti" atau BKA I ya... Sila... :]

p/s: Beberapa pembetulan serta komen tambahan dalam artikel ini ditambah sekitar jam 4 petang Ahad 24 Jun 2007 di Kuala Kubu Bahru, setelah turun dengan bas daripada Fraser's Hill. Kebetulan di kawasan warung tempat saya minum teh halia ni ada signal wi-fi free, tu yang boleh update tu... :]

---------------------------


Bab 1 mukasurat 28-29

Bayangkan, ketika sedang menduduki peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) pun Rasyid sempat lari rumah kerana bergaduh dengan ayah. Sebab ibu asyik complain pemuda ini selalu keluar malam, melepak main gitar dengan kawan-kawan entah di rumah siapa, hampir Subuh baru nak balik ke rumah. Study jangan haraplah, sejak keluar sekolah asrama dia tidak pernah lagi mengulang-kaji pelajaran. Sekolah asrama dulu lainlah, terpaksa... Semua pelajar diwajibkan prep, singkatan untuk preparatory class. Mesti berada di kelas selepas Isyak sehingga jam 10, siap ada pengawas memastikan mereka mengulang-kaji pelajaran. Sejak masuk sekolah harian biasa, Sekolah Tinggi Muar tiada siapa yang boleh menegurnya lagi kecuali ayah yang jarang berada di rumah. Itu yang dia makin “besar kepala”...
Apabila ayah kembali dari Kuala Lumpur (dia bekerja di sana sejak 1982, seminggu sekali balik ke Muar) ibu pun mengadu kepadanya. Kebetulan rambut Rasyid telah hampir mencecah kolar, maka ayah yang sedang marah pun masuk ke bilik untuk mengambil gunting. Anak muda itu teringat pula bagaimana rambutnya telah ‘ditakik’ sehingga berlubang sana-sini oleh guru disiplin di sekolah berasrama penuh dahulu, akibat rambut panjang mencecah kolar juga. Maka dengan jiwa yang memberontak, dia pun terus keluar lari dari rumah sehelai-sepinggang lalu menumpang di rumah kawan.Nyaris-nyaris tidak meneruskan SPM...
Dipendekkan cerita, setelah berfikir masak-masak tentang masa hadapannya, pemuda ini menelefon seorang adiknya supaya membawa pakaian sekolah untuk dipakai ke dewan peperiksaan. Rendesvous di warung tempat kawan-kawan biasa melepak... Tiga hari kemudian, barulah dia kembali ke rumah, setelah terserempak dengan ayah dan ibu ketika menolong seorang kawan menjual rojak di tepi Sungai Muar, selepas selesai menduduki satu kertas peperiksaan, masih lagi dalam pakaian sekolah!
Dalam keadaan ini, Rasyid masih mampu mendapat Gred 1 walaupun aggregatnya tidaklah sehebat mana, cuma 14 sahaja... Sepatutnya, dia masih boleh memperolehi keputusan yang lebih elok tetapi anak muda ini kurang peduli. Ketika. kebanyakan pelajar Grade 1 material boleh score dalam matapelajaran Agama Islam dan Bahasa Malaysia, boleh dapat 1 kerana dua matapelajaran ini dikira bonus, sering dianggap senang oleh kebanyakan pelajar Melayu dan Islam, dia pula setakat mendapat 6 untuk Agama, 3 untuk BM. Bahasa Inggeris dan Matematik pula yang dapat 1... Kalau tidak mesti sudah dapat agregat 10 ke bawah.


p/s: Warung tempat rendesvous yang dimaksudkan ialah warung Pak Yem di hadapan sekolah menengah Sultan Abu Bakar. Maha Suci Allah telah menemukan saya kembali dengan anak Pak Yem iaitu Khairul @ Aloy melalui Internet selepas 20 tahun tidak bersua-muka. Lalu perkenalan kembali ini disusuli dengan pertemuan di hadapan mata semasa majlis pelancaran siri buku "Berpetualang ke Aceh" yang diadakan di Khazanah Fathaniyah di Chow Kit 9 Jun.

-------------------

Bab 2 mukasurat 59-60

Setahu Rasyid, makam Sultan Alauddin adalah satu-satunya makam Sultan Melaka yang masih wujud. Makam-makam lain nampaknya hilang begitu sahaja, mungkin kerana telah dirobohkan Portugis, untuk menghilangkan segala kesan warisan keSultanan Melaka selagi dapat? Malah pemuda yang pernah menjelajah hampir seluruh pelusuk Perak semata-mata untuk menziarahi makam-makam lama ini percaya, penjajah Barat itu sanggup merobohkan masjid-masjid dan istana-istana di Melaka lalu menggunakan batu-batu asasnya bersama batu-batu nesan raja-raja untuk mendirikan kota demi menangkis segala serangan orang Melayu.
“Itulah Kota A Famosa yang sangat dibangga-banggakan sebagai warisan peninggalan sejarah Melaka, sering diwar-warkan sebagai salah satu tarikan utama pelancong ke bekas pusat empayar Melayu itu bersama bekas peninggalan penjajah yang lain seperti Gereja Saint Paul,” kata Rasyid penuh geram setiap kali mendapat peluang untuk mengemukakan ‘penemuannya’ itu kepada sesiapa sahaja yang sanggup memasang telinga.
Nasib baik Sultan Alauddin dimakamkan di Pagoh, dalam daerah Muar, Johor. Kalau tidak, makam baginda pun agaknya turut lenyap sama!
“Itupun ada orang yang mempersoalkan kesahihannya walaupun penduduk setempat menyatakan batu nesan baginda yang bertulisan jawi merekodkan nama pemiliknya sebagai Sultan Alauddin Riayat Shah ibni Sultan Mansur Shah ibni Sultan Muzaffar Shah,” katanya penuh semangat. “Apakah ada Sultan lain dengan nama yang sama? Yang nama ayahanda serta nendanya juga serupa dengan Sultan Melaka itu? Saya rasa tidak...”
Maka timbullah satu persoalan yang menjolok fikiran - Mengapa baginda tidak dimakamkan di Kota Melaka, pusat pemerintahan empayar yang mengandungi makam diraja Melaka seperti Sultan-sultannya yang lain? Pagoh bukannya pusat pemerintahan atau pentadbiran kerajaan. Malah cuma sebuah jajahan terpencil di luar lingkungan kebesaran dan kemewahan Kota Melaka. Apakah istimewanya pekan kecil di kawasan pendalaman Muar ini sehingga seorang Sultan yang tersohor dalam sejarah keSultanan Melaka boleh dimakamkan di situ? Bukankah ini aneh? Atau wujud satu cerita lama yang telah digelapkan, cerita tersembunyi yang mengandungi punca sebenar kejatuhan Melaka ke tangan Portugis nanti?
Rasyid teringat lawatannya ke makam Sultan Alauddin di Kampung Raja, Pagoh setahun lalu. Makam berhadapan sebuah perkuburan lama ini terletak di perkarangan sebuah masjid berwarna kuning yang rekabentuknya serupa dengan sebuah masjid yang pernah dilihatnya dalam sebuah mimpi. Cuma dalam mimpi itu, masjid ini terletak di lereng bukit yang sederhana tinggi, bukan di atas bukit rendah seperti di Kampung Raja. Dan mimpi itu membayangkan sebuah lokasi di Perak yang pernah terletak berhampiran bumi Serambi Mekah suatu zaman dahulu...

p/s: Tentang ini, ada lagi satu cerita yang menarik. Usaha saya mewar-warkan cerita-cerita lama Melayu sebegini melalui Internet telah menyebabkan saya juga ditemukan dengan seorang lagi rakan lama, kali ini seorang rakan yang pernah duduk sebilik di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang. Kawan ini memakai nama Pofs dalam Internet.
Sebelum itu, kali terakhir kami bertemu adalah ketika menuntut di Tingkatan Empat tahun 1986. Tetapi setelah bertemu kembali lebih 20 tahun kemudian, baru saya tahu rakan ini adalah seorang anak Muar malah rumahnya terletak di Pagoh, tidak jauh daripada makam Sultan Alauddin Riayat Shah!

---------------------------

Bab bertajuk “Sedikit mengenai Sheikh Abdul Qadir al-Jilani” page 165

Rasyid juga pernah beberapa kali mengunjungi Pulau Besar di Melaka, sebuah pulau yang dianggap sangat keramat, bukan boleh diziarahi secara sembarangan, untuk mencari makna sebuah mimpi yang pernah dialaminya lebih enam tahun lalu. Pemuda ini sudah lama mendengar cerita-cerita tentang kekeramatan dan ‘keras’nya pulau itu, salah satunya, orang yang berniat buruk atau tidak bersih seperti cuba membawa arak masuk ke sana atau ingin berzina akan tenggelam dipukul ombak. Rasyid dilahirkan dan dibesarkan di Muar, kampung ibu, boleh nampak pulau itu dari Tanjung Emas, tempatnya selalu bersantai dahulu. Tetapi dia cuma mendapat “panggilan pulau”, tergerak untuk ke sana selepas lama mencari tempat yang dapat memenuhi ciri-ciri yang terdapat dalam mimpi yang dialaminya tahun 1998, mimpi yang menunjukkan Semenanjung Tanah Melayu pernah bersambung dengan Sumatera suatu masa dahulu.
Kebetulan pula mimpi yang sama telah membawanya untuk mengenali siapa itu Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani. Maka apabila sampai masanya, pemuda inipun bergegas ke Anjung Batu, Melaka untuk menaiki feri ke pulau itu. Barulah Rasyid tahu tentang kewujudan sebuah makam keramat yang dianggap paling utama di antara banyak makam keramat di sana. Itulah makam Sultan Ariffin Sheikh Ismail yang menonjol dengan panjangnya yang luar biasa, dikunjungi beribu malah berpuluh ribu orang terutama pengikut Tariqat Qadiriyah dari seluruh Nusantara. Lalu terjumpalah sirah menyatakan nama sebenarnya ialah Ismail bin Abdul Qadir bin Abdul Jabbar bin Saleh bin Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani...

p/s: Teringat kawan-kawan yang selalu melepak sama makan angin di Tanjung sambil menikmati angin dan pemandangan laut. Masyaallah! Kalau difikirkan, memang banyak sangat kenangan lama mengusik jiwa sampai tak terkata...

-------------------

Dalam buku dua, "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal", ada lebih banyak cerita berkenaan Muar. Nanti saya letak di sini ya... Wassalam! :]

p/s: Nak tengok gambar-gambar Muar, boleh masuk ke sini... Nostalgia kenangan silam di bandar Muar. Ada cerita mengenai kenangan serta dunia pemikiran saya semasa zaman kanak-kanak dahulu...

11 comments:

Puti said...

Alhamdulillah. Thanks to Khairul, dapat track my long lost friend Radzi. Missed warung Pak Yem's mihun hailam... I frequent that warung almost everyday in 1986 and 1987, after school and before starting duty at the SABGS's Co-op. 20 years ago....

Rodrigo said...

Oi, achei teu blog pelo google tá bem interessante gostei desse post. Quando der dá uma passada pelo meu blog, é sobre camisetas personalizadas, mostra passo a passo como criar uma camiseta personalizada bem maneira. Até mais.

ZLAA said...

Salam. Interesting blog. Mohon izin utk link dari blog saya? Saya berminat dgn buku2 ini dan harap masih ada naskah apabila saya kembali nanti. I'll be coming back to M'sia in maybe 3 years time, jika Tuhan memberi umur.

Radzi Sapiee said...

Wassalam... Sesiapa pun dibenarkan buat link ke blog-blog saya malah nak pakai material dan gambar pun boleh. Syaratnya cuma satu sahaja... Mesti ada acknowledgement... Gambar atau cerita diambil daripada blog ini atau mana-mana lagi blog saya. Jangan pandai-pandai mengaku sebagai hasil kerja sendiri, itu aje...
Oh... Lagi satu... Jangan gunakan untuk maksiat dan perkara yang bukan-bukan...
Yang ini, Allah Al-Haq akan pantau sendiri. Sesapa yang melanggar syarat, akan tahu le makna tulah dan daulat... Hehe! :]

eM said...

As Salam Tn. MS. Terlebih dahulu saya mohon maaf sekiranya ada komen2 saya yang keterlaluan. Tanpa prasangka, saya akui tersilap sedangkan TN. MS telah membuat penafian sedari awal penulisan. Saya baru berjinak2 dgn blog ini. Saya kagun dengan usaha tuan. Banyak info saya dapat disini. Teruskan usaha murni tuan ini. Semasa mula2 melihat gambar dan nama tuan..saya teringatkan sesuatu dan tertanya2..benarkah ini orangnya.Ada hasrat untuk bertanya..tetapi telah terjawab dengan membaca posting ini. Alhamdulillah telahan saya benar. Tuan lah orangnya iaitu seorang pelajar di Sek. Tinggi Muar yang agak gila2..kehulu ke hilir dengan gitar tongnya di sekolah. sempat gak layan jamming/nyanyi ngan nko lah radzi. Hehehe...zaman2 nakal. Btul tak, mat talentime? "dorang kat HSM gelar nko cm tu le" selepas lebih 20 tahun kot..tak sangka jumpa di alam maya ini ekkk..apa pun tahniah dan teruskan berkarya.

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Orang Muo rupanya. Sebut le nama... :]

eM said...

sori la radzi x kenalkan diri dulu.. nama saya ibrahim othman dari sengkang bkt.gambir. tapi masa kt High School orang panggil "eM" masa tu dok hostel kat jln junid, sebelah sek.dumpar. Kawan2 lain yang mungkin ada sekelas dengan awak rasanya Norazam Md. Saad nama gelar 'ateng" lain2 hazrizal hassan (pengawas) nama gelar 'gendon, hehehe bukan nak memalukan diaorang..cuma sekadar hint mana le tau sedara masih ingat lagi kawan2 lama kt HSM. Besa la sama2 lepak kat warung pak yem..hehehe belajo2 isap rokok..penyudahnya sampai sekarang tak boleh berenti..

Radzi Sapiee said...

Engko dah sebut ni baru aku ingat. OK. Ateng gempal2 gelap2 sikit kulit kan? Gendon cerah sikit, lagi tinggi beso daripada Ateng. Engko ni Em yang selalu sebut Hab Hab (Wahab) kat aku kan? Badan kurus, muka selalu sengih, rambut cacak pakai spek kan? Lagi satu mamat aku tak ingat nama. Pendek dari aku tapi badan gempal tough, juara gusti lengan kelas...

eM said...

betul lah tu memang selalu panggil nko cm tu.bis selalu layan nanyi ngan nko..trima kasih la ingat aku n kengkawan lain.. aku pun gelap2 gak hahaha rambut keriting dan ada lesung pipit dua2 pipi. psl ateng ngan gendon tu betul la tu. Masing2 ada kat bukit gambir sekarang. aku plak kat segamat..gendon ngajor kat sek. keb. gersik. ateng lak dah brenti kerja dan sekarang jadi petani moden. Sebenarnya ramai lagi yang aku dah ingat2 lupa.hehehe maklum lah dah masuk golongan tua..pelupa la pulak hahaha

eM said...

Insyaallah bro..aku tolong panjang2 kan/promosi buku n blog ni pada member2 lama kita...email aku - ku2selatan@gmail.com

Radzi Sapiee said...

OK. email aku merahsilu@hotmail.com . Fesbuk pun nama merahsilu... link situ le senang...