Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.


Monday, July 16, 2007

Mendaki Bukit Panau

Bukit Panau, bukit penuh lagenda di Kelantan.


Biar saya bercerita ringkas... Saya sedang kesuntukan masa kerana merancang untuk ke Langgar, Kedah petang ini. Dan saya juga sedang kepenatan akibat sudah lebih seminggu mengembara ke sana ke mari termasuk berjalan kaki berbatu-batu, kalau dijumlahkan, rasanya tak kurang 30km!

Adapun Bukit Panau terletak di dalam jajahan Tanah Merah, Kelantan. Di kalangan orang lama tempatan, ia terkenal sebagai tempat orang dahulukala meningkatkan ilmu persilatan selain membuat pertapaan. Malah ada yang percaya, Bukit Panau itulah sebenarnya Bukit Pancalusa yang disebut dalam kitab Hikayat Hang Tuah sebagai salah satu tempat Laksamana Hang Tuah belajar ilmu perang. katanya dengan seorang mahaguru bernama Adi Putra.

Menurut sumber-sumber tertentu, Adi Putra juga dikenali sebagai Sheikh Samman atau Sayyid Thanauddin yang merupakan salah seorang ahli rombongan Wali Tujuh. Rombongan yang diketuai seorang Ahlul Bait anak cucu Rasulullah bernama Sayyid Hussein Jamadil Kubra ini dianggarkan datang ke Tanah Melayu dalam abad ke 14 Masihi begitu.

Ada orang menyebut, Bukit Panau juga merupakan tempat duduk Puteri Sa'adong yang terkenal dalam cerita rakyat Kelantan. Pihak lain menyebut, Puteri Sa'adong bersemayam di Bukit Marak (saya pun tak tahu kat mana), ada pula menyebut memang baginda pernah bersemayam di Bukit Marak sebelum berpindah ke Bukit Panau pula.

Mungkin sang puteri menurut jejak ibu angkatnya Chek Siti Wan Kembang yang pernah bersemayam di sekitar Tanah Merah, dalam sebuah negeri lama yang dikenali sebagai Tanah Sekebun Bunga Cherang Tenggayong sebelum 'bersara' lalu duduk di kawasan Gunung Stong Gunung Ayam di Ulu Kelantan? Apapun, biar saya bercerita perkara yang senang... Tentang apa yang saya rasa apabila mendaki bukit lagenda setinggi 234 meter ini!



Sebaik sahaja sampai ke Tanah Merah dengan menaiki keretapi 5.30 pagi daripada Gua Musang, saya terus disapa pemandu teksi... Tanyanya hendak ke mana, kata saya Bukit Panau. Berapa tambangnya? RM12. Jawab saya tak payahlah, biar saya cari bas... Lainlah kalau berkongsi tambang dengan orang lain kerana saya perlu berjimat belanja...

Saya baru sahaja hendak meninggalkan kawasan stesyen keretapi... Tiba-tiba dipanggil pemandu teksi, ada orang lain juga hendak ke sana, tapi setakat sampai di perkampungan di kaki bukit sahaja. Saya pun menurut sahaja... Dipendekkan cerita, saya ditinggalkan di kaki bukit sebelum memulakan pendakian.

Kalau diikutkan, stamina saya bukanlah kuat sangat kerana sudah lama tidak bersukan... Umur pun sudah menghampiri 40 dan saya sebenarnya kurang sihat kerana gangguan-gangguan tertentu, tak payahlah dipanjangkan gangguan apa itu...

Alhamdulillah, saya masih ada kekuatan semangat yang kental serta sedikit petua orang lama yang diamalkan menyebabkan saya mampu bertahan memikul beban tubuh badan serta jiwa yang berat-berat... Dapatlah juga meneruskan pendakian walaupun nafas sudah mula kencang.


Bila melihat sahaja pada jalan bercerun sebegini, boleh rasa patah semangat untuk meneruskan pendakian terutama apabila nafas dah tercungap-cungap...


Syukur ke hadrat Ilahi, pendakian dapat diteruskan... Sekitar 15-20 minit begitu, sampailah ke stesyen pemancar menandakan kemuncak hampir dekat.


Dari stesyen tadi, saya tergerak mengambil sebuah denai ke kanan jalan lalu sampai ke tebing curam dengan pemandangan Sungai Kelantan yang sungguh indah ini... Masyaallah! Subhanallah!


Tu dia! Cantik bukan!


Bila diperhatikan dengan teliti cerun tadi, tenyata batu-batunya telah dicat berwarna-warni... Rasanya ini kerja orang Hindu yang ingin memuja sesuatu. Saya pula sempat menunaikan solat Dhuha di atas batu dengan menggunakan wudhuk yang diambil daripada kolam di kaki bukit tadi.


Tiang pemancar kecil ini menandakan puncak sebenar Bukit Panau. Cukuplah setakat ini ya!

7 comments:

Radzi Sapiee said...

Assalamualaikum...
Ingin saya menambah... Tentang batu-batu yang diwarnakan di atas Bukit Panau tadi.
Adapun baru-baru ini saya diberitahu seorang warga Kelantan yang bekerja di Pahang bahawa Bukit Panau tidak ada apa-apa kaitan dengan orang Hindu... Batu-batu yang bercat itu rupanya diwarnakan oleh orang-orang Pekida...
Hmm... Mana saya tahu. Tapi kalau melihat pada batu-batu itu sendiri, memang nampak macam kerja orang Hindu. Maka itu ingin saya berpesan-pesan, kalau ya pun orang Pekida hendak menandakan wilayah, biarlah dengan cara yang nampak lebih Islamik ya... Saya bukan anak jati Bukit Panau untuk memandai-mandai tetapi saya tahu ia bukan tempat sembarangan... Tempat orang dulu-dulu (dan segelintir orang skarang) menajamkan ilmu persilatan dan amalan kerohanian serta Tasawuf, tempat yang ada kaitan dengan perjalanan para wali besar di Tanah Melayu ini.
Saya juga difahamkam orang Pekida pun ada berlatih silat di atas tu dan batu-batu yang diwarnakan adalah tempat yang sangat bermakna kerana ada sejarah tersendiri.
Apapun, Pekida sebagai satu badan yang dikatakan membawa dakwah Islamiyah biarlah nampak dakwah itu betul-betul Islam. Jangan sampai simbol dan warna yang digunakan terus dikaitkan dengan gangster Melayu ya...
Sekali lagi. lihat sendiri gambar batu-batu bercat. Apakah ia kelihatan Islam atau Hindu? Harap maklum demi kebaikan perjalanan dan pembelaan umat Islam...
Hmm... Mungkin juga sesuatu daripada Bukit Panan harus dihidupkan kembali mengikut adabnya sebelum dapat dipancarkan nuh kerohaniannya ke seluruh jagat Tanah Melayu. Hmm...

Anonymous said...

bukanlah.. kalau tok silap ambo.. kaum cina selalu naik atas bukit panau tu buat upacara.. setahun sekali... bukit panau tepi umah ambo jah... umah ambo dkt masjid paloh tu lah... hok dale gambar tu.

dulu2 ada jugak ore bwk pala kambing wat naik bukit panau.. loni tak dok ore gi dah sini.. cina pun tak ramai dahhh ore muda tak minat mistik2 ni

Anonymous said...

salam semua hati2 naik bukit panau
sebab 2 orang sudah meninggal dunia ketika mencari akar kayu di bukit panau ....

1)tahun 2010 seorang pengawal keselamatan menara telefon bukit panau meninggal ketika mencari akar kayu.

2)semalam 02march 2011 sekumpulan dari terengganu mendaki bukit panau dengan niat mencari akar kayu.. salah seorang darinya meninggal dunia... punca kematian wallahualam.

cara kematian seakan-akan sama...
mati secara terkejut..

sekian terima kasih.
tak percaya boleh telefon balai polis tanah merah...

Anonymous said...

Salam, saya dilahirkan di Bukit Panau dan dibesarkan di Johor Bahru. Kini umur 22 Tahun, Masa kecik2, ingat lagi saya pergi bukit panau, mandi air terjun, panjat bukit waktu pagi.. dan kini, saya ingat nak daki bukit panau lagi. Adakah selamat?

afique said...

salam, saya baru naik masa krismas hari tu..nak tanya..ada mcm kubur kt puncak tu..kubur siapa ya?

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Ada yang kata itulah makam Sayyid Thanauddin @ Adi Putra, guru kepada Hang Tuah. Ada yang kata itu makam Sheikh Abdul Qadir. Wallahualam.

sketing simen said...

assalamuaikum..makam di atas bukit panau itu adalah makam penduduk sekitar,msa banjir besar(boh meroh) 1927 dan 1967,mreka naik ke bukit panau untuk mnyelamatkan diri,,ada orang2 tua mati disana,,jdi dikuburkan di atas tu..skg ade yg menjalankan upacara khufarat di kuburan tu..Wallahualam..