Salam awal pagi 29 Ramadhan. Semoga ada peluang untuk menggamit malam Lailatul Qadar. Siapa tahu? Oleh kerana sudah dimudahkan biar dibuat artikel kompilasi ini. Semoga mudah juga untuk menyiapkan lain-lain cerita yang perlu supaya dapat dibuat analisis tentang tren/corak perjalanan-perjalanan saya sejak tahun 1989.
Perjalanan ini berlaku 20-24 September 1997 kerana dihantar untuk meliputi acara kenderaan pacuan empat roda yang dipanggil sebagai National 4x4 Challenge. Ketika itu saya baru setahun 2 minggu gitu bertugas sebagai wartawan di akhbar The New Straits Times. Sekitar 3 bulan sebelum itu saya telah dihantar untuk mengikut satu rombongan mendaki Gunung Kinabalu. Lihat Kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997. Nampaknya saya banyak diberikan tugasan lasak di luar kawasan selain tugasan biasa harian meliputi majlis-majlis perasmian yang selalunya melibatkan para menteri kabinet di Lembah Klang.
Perjalanan yang bermula dengan pelepasan dari Ming Court Hotel (kini Corus Hotel) ini melibatkan 50 buah kenderaan pacuan empat orang dengan lebih 120 orang pergi ke Perak dan masuk ke dalam hutan. Daripada jumlah itu 21 buah kenderaan yang setiap satunya dibawa oleh seorang pemandu dan pembantu masuk bertanding menguji kecekapan dalam 11 peringkat pertandingan, dipanggil special stages. Ia diinyatakan sebagai sebahagian daripada Pesta Perak 1997 lalu kami disertai Menteri Besar Perak ketika itu iaitu Tan Sri Ramli Ngah dan isteri melawat kampung Orang Asli di Kampung Tonggang.
Selain bertanding acara juga melibatkan kebajikan dengan cara bersilaturrahim dengan Orang Asli di penempatan-penempatan dalam perjalanan. Selepas Kampung Tonggang kami masuk lebih jauh ke dalam hutan untuk ke Pos Poi diikuti Sungai Dala. Didapati sekitar 127 km perjalanan dibuat dalam hutan menggunakan jalan atau laluan balak. Ini termasuk jarak sekitar 570 km atau lebih di Perak. Secara keseluruhan lebih 750 km diliputi termasuk perjalanan pergi balik ke Lembah Klang.
1. Kenangan 4x4 tahun 1997 - Butiran yang harus dilanjutkan cerita
2. Kenangan 4x4 tahun 1997 - Mempromosikan Perak ke mata dunia
3. Kenangan 4x4 tahun 1997 - Bermesra dengan Orang Asli
4. Kenangan 4x4 tahun 1997 - Mengira jarak ke tempat-tempat membawa ke jarak keseluruhan perjalanan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan