Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, September 18, 2007

Jerusalem, Perang Salib, Gerakan Zionis dan kebangkitan Islam daripada Timur...

Assalamualaikum semua... Di atas atas sebuah ilustrasi lama menunjukkan peta bandaraya Jerusalem dan berlakunya Perang Salib...
Beberapa hari kebelakangan saya sibuk menyiapkan proses suntingan buku ketiga saya "Berpetualang ke Aceh: Sirih pulang ke Gagang?" atau BKA III. Alhamdulillah, sudah sampai mukasurat 280 sedangkan buku itu akan mencakupi sekitar 320 mukasurat cerita.
Adapun beberapa mukasurat yang disunting semalam bercerita tentang Perang Salib, juga kaitannya dengan penjajahan Barat di Tanah Melayu... Saya tak mahu cerita panjang kerana kepala kurang sedap dan Cyber-cafe akan tutup sebentar lagi... Cukuplah dinyatakan, Insyaallah apabila sampai gerak, saya akan post kan di sini mana yang patut menurut sukatan yang perlu.
Dalam pada itu, saya terfikir apakan Iran akan diserang tidak lama lagi? Kalau Iran diserang, kemungkinan besar perang akan merebak seluruh dunia... Maka bersedialah kita untuk menghadapi serangan Dajjal dan semoga kebangkitan Islam daripada Timur akan menyusul cepat...
Sementara itu, baca apa yang saya tulis sedikit tadi di blogspot-blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Tajuk-tajuknya ialah A thought on the Crusade War dan Sesuatu untuk difikirkan (Food for thought) . Sekian...

6 ulasan:

PerpatihTulus berkata...

Assalamualaikum, aku ada, ada sekali tu (6 sept 07)pernah juga pergi zawiyah sorang-sorang sebelum puasa haritu, jumpa dengan Ansari. Ansari baru baik dari masydub dia tu. yang kali ke 4. hmm pening kepala di bueknyo.. nanti lah kalau ada masa kita jumpa. Char kuew teow.. entahlah.. kau pergilah makan mana tahu ada idea baru,.. tapi cari char kuew teow udang punya.. pergghh sedap beb.. (tapi bukan maksud aku Char kuew teow tu suruh kahwin ke, apa ke.. heheh .. jangan marah hah).. mengenai akhir zaman ni.. lagi satu aku pening kepala nak bagitahu kau ni.. bab member aku yg berkecimpung dengan rufaqa tu, dah contact aku balik, jumpa dengan aku sekali tu (29 aug 07 rabu). bukannya apa dia ada bagi aku satu buku baru tajuknya Ustaz Ashaari ialah Pemuda bani Tamim. dalam tu cite pasal mujadidlah, orang tuhanlah, dan macam-macam lagilah.. aku dah cakap terang-terang dengan dia, aku tak yakin dengan ashaari ni.. tapi aku malas nak berhujah dengan dia, sebab dia ni orang yang baik (lagipun dia bekas GM aku dulu). sebelum ni memang aku ada follow diorang kejap, tengok apa diorang buat. ahli-ahli diorang memang bagus-bagus, baik-baik. lepas tu bila keluar citer kat paper aku , aku tahulah mana salah , mana betul.. dan yang paling buat aku frust bila dia keluar kenyataan menafikan dengan selamba (sepatutnya protect).. bila aku bangkitkan isu ni, dengan member aku ni, dia kata itu tipu muslihat.. simple aje.. sebenarnya aku ada hujah-hujah yang lain lagi.. tapi aku taknak tulis kat sini. kalau kita jumpa nanti insyaAllah kita borak panjang.. wassalam.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam bro... Tu le masalah, banyak sangat orang mengaku ketua akhir zaman... Aku dah jumpa bukan satu dua, aku ingat dah dekat 20 jemaah daripada tariqat sampaile persilatan bathin yang ada pengikut sekurang-kurangnya beratus sampai beribu, semua mengaku ketua masing-masing sebagai khalifah yang akan bawa kebangkitan Islam daripada Timur.... Kira semua mengaku Pemuda Bani Tamim le tu...
Tu le masalah... Pada aku, kalau betul pun diaorang pemimpin Islam yang perihatan maka buat aje le kerja ngan dakwah senyap-senyap naikkan martabat orang Islam dan bina balik keyakinan ummah... Tak payah nak ngaku itu ini... Tuhan lagi tahu...
Sedangkan Imam Mahdi pun setahu aku dia tak tahu dia Imam Mahdi malah dia keturunan Nabi pun dia tak tahu sampai le satu peringkat hidup... Lepas tu Allah tarbiyahkan DALAM SATU MALAM SAHAJA! Tiba-tiba je daripada tak tahu macamana nak handle masalah ummah, besok dah tahu dah camana dan apa nak buat sebab Tuhan sendiri ajar...
Kalau Imam Mahdi pun macam tu, apalagi Pemuda Bani Tamim... Kalau le dah confirm siapa PBT ni, engkau ingat US ngan Zionis duduk peluk tubuh aje ke... Sekurang-kurang mesti port 'PBT' dah kena attack ngan assassin...
Hmm... Elok gak ramai orang mengaku jadi khalifah akhir zaman... Bagi musuh pening sikit, sapa le diaorang nak cekup... Banyak sangat nak jadi ketua. Allah! :}

Tanpa Nama berkata...

http://www.kavkazcenter.com/eng/

mamBang berkata...

Asslamu'alaikum bro,

Sesekali terjenguk gak blog ko nih kira ok gaklaa kan walaupun ko posting dah lama. Kita pernah berdating sekali kat Puduraya 4 tahun dulu, keep up the good work.

Masalah mengaku Khalifah ker Imam ketua ker segala tok nenek ayah abang ker yang kononnya menggunakan Islam sebagai medium sangat meletihkan bro. Brapa ramai yang mengaku seperti di atas tu yang bila sampai waktu mengajak anak buah mereka berjemaah/ ke masjid? Yang banyak berjemaah ke kedai mamak banyak laa aKoo tengok. So .. tepuk dada tanya seleralaa kan.

Semoga Allah permudahkan apa yang bro cari .. wassalam

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Amin bro... :]

Rhondaooiq berkata...

Wassalam. Amin bro... :]