Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, September 26, 2014

Hikayat Iskandar Zulkarnain dan panggilan tak disangka ke Borobudur





Salam Jumaat. Pada penghujung artikel Forum Keindahan Sistem Kesultanan Alam Melayu-Nusantara : Menuju aspirasi raja yang insan kamil ada disebut saya telah mendapatkan senaskah buku Hikayat Iskandar Zulkarnain. Ia adalah terbitan ketiga dari Dewan Bahasa dan Pustaka (2013). Adapun sebab utama saya mahu mendapatkan buku ini adalah untuk memastikan betulkah di dalamnya tercatat cerita Raja Iskandar Zulkarnain adalah anakanda kepada Raja Darab dari Parsi hasil perkahwinan dengan seorang puteri kepada Raja Kilas dari kerajaan Makadunia (Macedonia) di Eropah...

Ini kerana saya ada terbaca penulisan di Intenet bahawa Raja Kilas yang disamakan dengan Raja Philips ini kemudian mengahwini puterinya.  Ketika itu katanya syariat membenarkan seorang lelaki mengahwini puteri sendiri. Ini berlaku setelah Raja Darab menyerahkan kembali puteri itu kepada ayahandanya. Sedangkan puteri itu sedang hamil dan apabila lahir anak yang diberi nama Iskandar itu, maka diwar-warkan kepada semua sebagai anak Raja Kilas.

Tidak beberapa lama selepas itu saya pun mula membaca hikayat itu. Ternyata cerita ini memang disebut di dalamnya berserta asal-usul keturunan Iskandar yang katanya berat pada kerajaan Parsi dan Babil (Babylon), sebelah ibunya itu yang berasal dari Macedonia, satu kerajaan yang sejarah kegemilangan lamanya menjadi kebanggaan Eropah dan Barat. Raja Darab kemudian mengahwini seorang puteri lain lalu mendapat anak lelaki lain bernama Raja Dara. Setelah Raja Darab mangkat Raja Dara naik menggantikan kerajaan lalu menuntut ufti dari Makaduniah yang ketika itu sudah diterajui oleh Raja Iskandar. Masing-masing tidak  mengetahui mereka sebenarnya adik-beradik. Berlakulah peperangan yang akhirnya dimenangi Raja Iskandar.

Saya tidak ingin menyebut lanjut tentang ini kecuali mahu menyambung bahawa selepas itu Raja Iskandar memulakan kempen menuju ke arah matahari masuk lalu menakluki negeri-negeri Maghrib (ke arah Barat). Saya dapati setelah itu hampir semua cerita berlaku di benua Afrika. Menariknya, Nabi Khidir yang dikatakan setia menemani Raja Iskandar selalu disebut menunggang zirafah.

Menarik lagi adalah setelah menakluki dan mengIslamkan orang-orang Habsyi masuk agama Islam syariat Nabi Ibrahim perjalanan diteruskan ke barat lalu bertemu mereka dengan satu lembah yang banyak semut. Dengan ini biar diletakkan gambar dan update yang saya kongsikan di Facebook





LEMBAH SEMUT YANG DILALUI NABI SULAIMAN BERADA DI AFRIKA BUKAN BOROBODUR DI JAWA?


Dan tadi, ketika membaca Hikayat Iskandar Zulkarnain susunan Khalid Muhammad Hussain (cetakan pertama 1971, pada saya cetakan ketiga 2013) sampailah pada cerita Raja Iskandar Zulkarnain membawa raja2 orang Habsyi dan para pengikut mereka serta orang Andalas dan Rom menuju ke tempat "matahari masuk". Sampailah mereka pada satu tempat banyak semut lalu Nabi Khidir yang turut sama menyebut pada pandangan hatinya inilah tempat Nabi Sulaiman berjumpa angkatan semut (seperti termaktub di dalam Al-Quran, Surah An-Naml). Ini berlaku selepas berjaya membawa orang Habsyi masuk Islam syariat Nabi Ibrahim. "Matahari masuk" harus bermaksud "matahari terbenam" iaitu ke arah Barat, bermakna tempat jumpa semut itu harus ke Barat Habsyah atau Ethiopia di benua Afrika.



Kalau ini benar maka terbatallah dakwaan sesetengah pengkaji pro Jawa dan Indonesia bahawa Lembah Semut itu terletak di kawasan Candi Borobudur, berdekatan kota Jogjakarta di Pulau Jawa. Dengan itu dakwaan mereka bahawa istana Ratu Balqis terletak di satu tempat dipanggil Istana Ratu Boko, kira2 36 km dari Borobudur juga boleh dipersoalkan. Saya tak tahu jika raja2 Habsyi yang disebut dalam Hikayat Iskandar Zulkarnain ini adalah keturunan Ratu Balqis. Yang saya tahu memang ada tercatat dakwaan bahawa raja2 Habsyah itu berketurunan dari ratu besar yang dikatakan menjadi seorang isteri Nabi Sulaiman ini.




--------------------





Adapun status update ini dibuat pada petang 23 September iaitu 3 hari lalu. Malam itu seorang kenalan yang pernah membeli siri buku "Berpetualang ke Aceh" terbitan saya 2006-2007 telah menelefon mengajak pergi ke Borobudur. Beliau malah sanggup menanggung segala belanja, tiket penerbangan, makan, minum, penginapan, pengangkutan juga belanja untuk mengikuti satu pakej pelancongan. Ini kerana beliau mahu melihat pandangan saya tentang dakwaan penulis dari Indonesia bahawa Borobudur itu peninggalan Nabi Sulaiman.

Perkara ini pernah saya ulas dalam artikel Tentang dakwaan Borobudur adalah peninggalan Nabi Sulaiman yang ditulis lebih sebulan lalu. Setelah meneliti isi buku yang tertera hujah penulis saya berpendapat dakwaan beliau belum cukup kukuh. Apapun saya bersikap terbuka. Saya menetapkan satu hari nanti akan meneliti perkara ini dengan lebih mendalam.

Sebetulnya sejak pertama kali menjejakkan kaki ke Borobudur pertengahan tahun 2012 saya ada menyimpan hajat untuk datang lagi. Ini kerana ketika itu saya terkejar-kejar, tidak dapat meneliti lebih baik apa yang ada kerana sedang berjalan jauh bersama isteri dan anak-anak mengelilingi Pulau Jawa dalam tempoh 2 minggu. Lihat Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Wali Hassani di Kebumen, Buddha di Borobudur dan Jawa Kejawen di Jogja.... Siapa sangka muncul peluang yang sangat baik?

Siapa sangka setelah membaca Hikayat Iskandar Zulkarnain sampai ke bab Lembah Semut itu saya boleh mendapat tawaran? Siapa sangka perjalanan akan dibuka pada hari ini Jumaat 1 Zulhijjah, pada penghulu hari dan tarikh yang berkat? Dan pada tarikh ini juga, tengah malam Jumaat saya dapat menghabiskan seluruh penceritaan hikayat yang memakan hampir 400 muka surat.

Dengan selesainya penulisan artikel ini lepaslah satu gerak. Bolehlah saya bersiap untuk berjalan. Untuk pengetahuan petang ini saya akan bertolak ke Jogjakarta, kota terdekat ke Borobudur. Akhir sekali biar dikongsi sedikit atur cara atau itinerary perjalanan seperti disampaikan kepada saya. Doakan segalanya berjalan lancar ya. Semoga semua mendapat manfaat. Amin... :]



Agenda (Itinerary):


27 September (Sabtu) : 

- Mengunjungi Dinding Zulqarnain (Batu Blencong) di Bukit Menoreh

- Eksplorasi 12 fakta di Candi Borobudur

- Penjelasan dan update temuan terbaru tentang materi Borobudur Peninggalan Nabi Sulaiman dan Menelusuri Jejak-Jejak Peradaban Nusantara


28 September (Ahad ):

- Mengunjungi Bukit Sutumbu (melihat pemandangan Borobudur di atas awan saat sunset)

- Eksplorasi 7 fakta di Situs Ratu Boko dan menelusuri jejak Nabi Idris AS. yang dipandu langsung oleh KHFB (penemu teori Borobudur Peninggalan Nabi Sulaiman)


Acara dimulai hari Sabtu pukul 10:00 WIB dan berakhir hari Ahad pukul 13:00 WIB. Penginapan di Pondok Tingal Borobudur.


Ahad, September 21, 2014

'Sunway Lagoon' Rawang

OK. Selalunya kalau cerita macam ni saya buat di blogspot berbahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH, Itupun kalau datang mood rajin menulis. Kali ini saya menulis di sini kerana isteri seronok dengan tempat ini dan mahu ia lebih diketahui ramai orang Melayu. Mari... 


Siang tadi kami pergi ke Kampung Melayu Batu 16 di Rawang, Selangor lalu masuk ke sebuah jalan yang agak 'solok'.






Sampailah ke sebuah rumah batu dalam kawasan bukit dan hutan.



Di luar rumah ada sungai kecil.



Berdekatan sungai tapi dalam kawasan rumah ada pondok rehat.



Menariknya adalah kolam-kolam mandi di sebelah pondok.



Siap ada slide seperti di Sunway Lagoon.



Airnya datang dari bahagian atas sungai kecil tadi. Dekat kolam ada taman yang menenangkan.



Kolam yang besar adalah 7 kaki dalam.


Di sebelahnya ada 2 kolam kecil sedalam 2-3 kaki kalau tak salah.



Saya diberitahu tempat ini dipanggil Kolam Tok Wan. Orang boleh datang mandi dan berehat berapa lama mereka suka dengan bayaran RM2 sahaja satu kepala tak kira dewasa atau kanak-kanak.


Saya datang bersama isteri dan anak-anak juga kawan-kawan sepejabat isteri dan keluarga masing-masing untuk berkelah...






Alhamdulillah, seronok juga mandi dan berenang di sini. Tak sangka kat Rawang ada tempat macam ni. Tak perlulah pergi ke Hutan Lipur Kanching (sering dipanggil sebagai Templer's Park walhal Templer's Park adalah tempat lain berdekatan) yang terkenal tapi terlalu sibuk dan ramai orang itu. Kat sana parking bayar lain masuk harga lain dan kena masuk jauh ke dalam hutan sebelum dapat berjumpa kolam yang cukup luas dan dalam untuk berenang. Sedangkan air di kolam ini juga berasal dari punca serupa... dari sebuah anak sungai yang katanya membentuk aliran di Hutan Lipur Kanching juga...