Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.


Thursday, July 23, 2009

Misteri Lubuk Pusing dan keramat Sheikh Sayyid Ahmad Marzuki

Alhamdulillah. Setelah membuat beberapa buah artikel baru di blogspots BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) , baru saya boleh menceritakan secara lebih teratur satu perjalanan terbaru yang dibuat Sabtu lalu. Mari...


Adapun asbab perjalanan kali ini adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara belah isteri di Bagan Datoh, Perak. Lalu peluang ini digunakan untuk pergi ke satu tempat lain juga yang saya belum pernah sampai seumur hidup, cerita tentangnya pun baru saya ketahui tidak sampai 2 minggu sebelum itu.

Sampai di Sungai Besar, Selangor, saya mengambil jalan masuk ke kanan. Saya mendapat tahu jalan ini setelah melihat dalam Google Earth seterusnya bertanyakan orang tempatan.


Perjalanan diteruskan menyusuri tali air yang agak cantik ini...

Sawah padi yang menghijau menyejukkan mata, mengingatkan kembali pada perjalanan di Aceh yang dibuat lebih sebulan lalu, perjalanan yang ceritanya belum lagi selesai dilepaskan di blogspots saya malah masih banyak lagi tetapi sengaja 'ditergendalakan' buat sementara... demi menurut gerak bercerita perjalanan-perjalanan terdekat buat masa ini.


Ah... setelah masuk 15km gitu sampailah kita pada simpang yang dicari.


Tidak lama kemudian sampai pula kami di hadapan masjid lama yang memiliki ceritanya yang tersendiri, Masjid Marzukiyah di Lubuk Pusing, Sabak Bernam, Selangor.



Saya mendapat tahu tentang kewujudan masjid ini dari Ustaz Halim, pembantu kanan almarhum Ustaz Wan Saghir iaitu pengasas pusat kajian Khazanah Fathaniyah yang banyak menerbitkan artikel-artikel bermutu tentang ulamak-ulamak terkemuka Nusantara di dada-dada akhbar. Pada satu hari tiba-tiba dia menalifon untuk memberitahu bahawa dia sudah sampai ke makam Datuk Sempedang, orang yang dikatakan mengetuai beberapa keluarga berhijrah dari Pasai di Aceh hingga ke Jempol di Negeri Sembilan melalui Sungai Muar, kata orang sebelum wujudnya keSultanan Melaka.

Sebelum itu beliau ada menalifon bertanyakan jika saya tahu tentang sesiapa ulamak Aceh dahulukala yang pernah bermastautin di Negeri Sembilan. Saya teringat cerita tentang Datuk Sempedang lalu memberitahu tentangnya. Sila lihat artikel-artikel lama Kembara terbaru ke Pantai Timur... Sesi dibuka dengan menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan! dan Sambungan cerita "Menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan!"... Menyusuri juga makna sebuah mimpi lebih 10 tahun lalu dan kehadiran hantu Siam?

Oh... untuk melihat lebih banyak gambar masjid sila baca artikel Masjid (mosque of) Marzukiyah, Lubuk Pusing, Sabak Bernam yang baru dibuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) tadi.



Setelah bercerita tentang lawatannya ke makam Datuk Sempedang, Ustaz Halim kemudian memberitahu saya tentang kewujudan makam 2 orang pahlawan Negeri Sembilan di Seri Menanti. Saya kurang berminat tentang itu tetapi sebaik sahaja dia menyebut tentang Masjid Lubuk Pusing di Sabak Bernam dan cerita di sebaliknya, saya terasa wajib menziarahinya.

Ceritanya begini. Dahulukala di kawasan ini terdapat sebuah sungai besar yang sering dilalui kapal-kapal besar, katanya sebahagian dari Sungai Bernam juga. Tetapi di sekitar ini terdapat sebuah lubuk dengan air berpusing-pusing, maka itu dipanggil Lubuk Pusing. Masalahnya, seperti cerita Bermuda Triangle di Lautan Atlantik berdekatan Amerika Tengah, lubuk ini sering menelan kapal-kapal lalu mengorbankan banyak nyawa. Maka orang menjadi takut lalu mengharapkan jika ada sesiapa dapat menolong menyelesaikan perkara ini.


Ini adalah bangunan kayu lama di sebelah masjid. Untuk pengetahuan ia pernah dijadikan tempat orang bersuluk dahulukala, katanya untuk pengikut tariqat Naqshabandiah. Saya pula tertarik apabila mula deja vu melihat tasik di hadapannya. Seterusnya baru saya teringat pernah melihat tasik dan bangunan kayu itu dengan tidak sengaja secara batin beberapa tahun lalu.


Maka tersebutlah kedatangan seorang ulamak dari Perak bernama Sayyid Ahmad Marzuki, dipanggil juga sebagai Sheikh Marzuki ke Lubuk Pusing. Ketika itu, kalau tak salah saya seluruh Bernam masih terletak di dalam jajahan takluk Perak.

Orang-orang Lubuk Pusing pun mengadukan masalah mereka kepada Sheikh Marzuki. Sheikh itu bermunajat lalu mendapat satu ilham dari Allah.

Di atas adalah gambar makam Sheikh Marzuki yang terletak di hadapan masjid. Sila lihat artikel Makam (tomb of) Sheikh Sayyid Ahmad Marzuki di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



OK. Biar cerita tentang Sheikh Marzuki 'ditergendalakan' sebentar ya. Saya pun masuk ke masjid untuk bersolat...

Apabila keluar saya dapati isteri saya sudah selesai bersolat dan sedang rancak berbual-bual dengan seorang tua.




Dari orang tua itu baru kami tahu di sisi kiri hadapan masjid, bersebelahan sahaja dengan makam Sheikh terdapat sebuah kolam yang airnya sering digunakan untuk orang berubat juga mengambil berkat. Malah terdapat sebuah bilik mandi kecil untuk pengunjung. Timbul pula rasa untuk mandi-manda.

Tetapi kami harus menunggu satu keluarga ini selesai mandi, ada 7 orang anak-beranak kesemuanya kalau tak salah ingatan. Mereka sanggup datang jauh dari Petaling Jaya setelah mendapat nasihat daripada seseorang agar mandi air di kolam masjid Lubuk Pusing ini...




Sambil itu saya terasa ingin tahu makam siapakah yang terletak jauh di sana dengan bumbung kuning agak terserlah... saya pun berjalan kaki ke sana...



Rupa-rupanya kubur seorang penduduk biasa sahaja. Tiang berbumbung kuning ini digunakan untuk melindungi kubur baru...



Ini adalah kedudukan bangunan suluk, masjid juga bangunan makam Sheikh Marzuki yang kelihatan apabila saya kembali ke arah masjid.


Memandangkan keluarga tadi masih belum selesai mandi, kami membuat keputusan untuk pergi ke satu tempat lain berdekatan, tempat lain yang dikatakan tempat terletaknya kedudukan Lubuk Pusing yang sebenar...




Ini laluannya...



Kami perlu masuk ke ladang kelapa sawit yang agak sunyi...



Ah. Baru kelihatan salah satu kolam yang menurut ceritanya 'sisa-sisa' Lubuk Pusing penuh misteri lagi bersifat seperti Bermuda Triangle itu!




Kelihatan airnya menggelegak berbuih-buih tetapi tidak panas.




Terdapat 2 lagi kolam sebegitu yang boleh dilihat di sini. Sekarang baru boleh disambung cerita tentang Sheikh Marzuki...



Setelah bermunajat kepada Allah SWT, Sheikh Marzuki pun diberikan satu ilham. Beliau memberitahu kepada penduduk sekitar, apakah mereka mahu jika lubuk yang berpusing-pusing itu dihilangkan? Katanya jika mahu, Insyaallah dengan kuasa Tuhan sungai besar di sekitar boleh menjadi daratan.


Memikirkan bahaya besar lubuk yang sudah menelan banyak kapal dan nyawa itu mereka pun bersetuju. Kata Ustaz Halim, orang memberitahu kapal yang ditelan Lubuk Pusing ada yang kemudian ditemui rosak tetapi keluar balik di Selat Melaka sekitar 25km ke 30km gitu dari situ.

Sheikh Marzuki pun mengajak penduduk kampung sama-sama bersolat hajat. Dengan kuasa Allah, keesokannya kawasan merbahaya itu terus mulai menjadi daratan, yang tinggal cuma beberapa kolam kecil di atas bekas lubuk yang berpusing dengan air sentiasa berbuih menggelegak hingga kini sebagai tanda.

Nak tengok bagaimana airnya menggelegak walaupun sejuk? Sila lihat klip-klip video yang telah diletakkan pada artikel The 'Bermuda Triangle' that is Lubuk Pusing in Sabak Bernam di blogspot BERPETUALANG KE ACEH tadi. Kemudian saya cuba mencari pula bagaimanakah kaitan kawasan ini dengan aliran Sungai Bernam yang wujud sekarang. Bagaimanakah agaknya sungai besar dahulu yang dikatakan wujud di sini boleh 'beralih' aliran. Sila lihat artikel Looking for the Selangor-Perak connection along the Bernam river di blogspot itu juga...

Tentang Sheikh Marzuki pula, ternyata dia dianggap sebagai seorang ulamak keramat besar di sini. Beliau juga memimpin Tariqat Naqshabandiah di sekitar lalu mendirikan sebuah rumah suluk di sebelah masjid di Lubuk Pusing. Dalam perjalanan ke bandar Sabak Bernam untuk terus ke Perak pula, saya ternampak sebuah lagi masjid yang dinamakan sempena beliau. Lihat artikel Masjid (mosque of ) Marzukiyah di (at) Jalan Sepintas... di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) . Nampaknya masjid ini juga mesti ada aura tertentu kerana ia dijadikan tempat orang Tabligh beramal. Sekian...


18 comments:

PerpatihTulus said...

peergh best nya tempat ni.. tak tahu langsung aku ada tempat camni..

awanbadai said...

Salam,

Aku dah sampai kat kampung ni awal tahun dulu. Tapi tak pulak sampai
ke lubuk pusingnya.

TARABAS said...

salam,

wahhhh...cantiknya tempat ini jumpakkanun.

Anonymous said...

aku pernah bermimpi ada geliga embun kat perigi depan masjid lama tu .... p tak jumpa pun

some one said...

salam...
nie kampung sye...
huhuhuhu...

gayapeneroka said...

ini kg saya di masjid ini tempat saya dibesarkan...
Saya mohon mengambil artikal ini untuk blog saya.

ada sedikit kesilapan sejarah pada ingatan saya berkaitan telaga dan pusaran lubuk.

pusaran itu berhenti semasa ayah saya remaja lagi dan telaga itu berlaku sesudah saya masuk felda tahun 1982.
sekitar tahun 1967 sungai tersebut masih dalam dan masih dilalui oleh bot besar mengankut minyak sawit dari estet sepong.

sg tersebut menjadi daratan sekitar tahun 178 -1982
Sungai masih ada lagi semasa saya
sekolah tahun 1978

Radzi Sapiee said...

Silakan. Terimakasih atas versi lain penceritaan. Saya cuma melanjutkan apa yang didengar dari pihak lain.

Anonymous said...

Setakat yg aku tahu, sungai tersebut jadi daratan kerana sungai ini berbelok seperti Sungai Perak kt teluk Intan. British ambil keputusan meluruskannya. Hasil pemendapan jadilah tasik ladam pd sungai asal, yg akhirnya jadi daratan. Sila lihat google maps untuk memahaminya.

LaYar_LaRa said...

owhh...sya yg duk kawasan sekitar pun xpenah tau tntang ejarah ni....gud info...:)

Anonymous said...

Itu sebabnya kawasan tu dinamakan Pulau Gandasuli.... Dulu kawasan tu kat sebelah Perak, bila sungai dah putus ia masuk ke Selangor.... tapi sebenarnya ia masih negeri Perak

Wongjowo said...

Betullah tu... Sungai lebih cepat jadi daratan kerana sisa air yang penuh kelodak dari Logi Pembersihan Bagan Terap dialirkan ke situ...

Anonymous said...

Lubuk Pusing itu asalnya berada di tengah-tengah sungai, sebelum sungai itu menjadi daratan. Kerana terlalu banyak kapal yang binasa maka atas ehsan Kiyai Haji Marzuki, beliau telah MELEMPARKAN SERBAN-nya ke dalam lubuk tersebut, maka amanlah kawasan itu dari lubuk yang membinasakan.

Kiyai Haji Marzuki dan jemaah tarikatnya berhijrah dari Sungai Sumun ke kawasan Lubuk Pusing, di sebabkan ke tidak senangan Sultan Perak di ketika itu dengan kegiatan Tarikat di Sungai Sumun.

Kiyai Haji Marzuki, anaknya bernama Haji Ehsan, makam mereka berdua bersebelahan di dalam kawasan luar masjid.

Menantu kepada Haji Ehsan yang dapat kenal pasti adalah Bendahari Masjid Kampung Baru, dan cucu Haji Ehsan pula ada yang bekerja dengan RTM di Pantai Baru.

Kepada yang berminat, sila-silalah mencari.

-Melayu Dagang

Wongjowo said...

Sebelum ke Lubuk Pusing Kiayi Marzuki menetap di tapak PPK lama di parit 18, Hutan Melintang (cerita lisan orag tua2), berhadapan dengan kilang Kokomal...

Anonymous said...

sy sofieya...menrik citer nie....sy pnh dgr citer nie dr bakal suami awal bulan 11 hari tu n berminat nk tau n skg sy lg seronok nk tau...aper pun jika diberi kesempatan sy akn mintak bakal suami bawak sy ke kg nyer

noi said...

Posting saudara Radzie yang ini memang ada berkait rapat dengan Laut Tawar yang dah kering dalam posting Puteri Buih itu. Selang beberapa tanjung dari sungai Lubuk Pusing yang menjadi daratan terdapat kuala yang berpunca dari Sungai Chawang. Sungai Chawang ini pula di hulunya bergabung dengan Sungai Petai. Kedudukan Sungai Petai ini dengan Sungai Sungkai tidaklah berapa jauh dalam anggaran 1 atau 2 kilometer sahaja.

Ain Dila said...

Sy tgl kt bgn terap..dkt gle dgn lubuk pusing.tp x pnah g.x sangka nama lubuk pusing ada sejarah nye

ratumaryam said...

Arwah moyang saya adalah salah seorang murid sheikh marzuki..♥

Sheikh Z said...

Slm..kpd pncinta sejarah Tanah Melayu trtma Kedah Tua blh contact ana: lavender.bizz@gmail.com