Menyambung proses berkenaan daripada artikel Mencari batu nesan Aceh di Negeri Sembilan. Kali ini melibatkan majlis ilmu.
Selain selalu berjalan ke sana ke mari saya juga rajin menghadiri majlis-majlis ilmu bersifat akademik di universiti-universiti dan institusi seperti Arkib Negara dan Perpustakaan Negara. Seperti biasa apabila mendapat suatu pengalaman berharga saya akan menulis tentangnya. Kecuali apabila melibatkan amanah dan rahsia. Yang itu disimpan untuk perkongsian sendiri atau untuk kelompok tertentu sahaja. Apapun, saya selalu juga menulis tentang majlis ilmu dan pengisiannya di blogspot.
Ini nyata bermula pada tahun 2009. Sehingga kini saya telah berkongsi tidak kurang 300 artikel tentang majlis ilmu. Daripada sekian banyak majlis yang dihadiri ada memerlukan saya membuat perjalanan pergi balik sehingga 400 km. Tetapi tidak pernah diambil kira kepenatan dan masa berjalan jauh itu. Ini kerana saya cuma merekodkannya sebagai majlis ilmu lalu mengabaikan faktor perjalanan untuk ke tempat majlis.
Bermula hampir penghujung tahun 2012 saya mula mengadakan sendiri majlis-majlis ilmu atas nama HIKMAH - Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman. Acara pertama diadakan di Shah Alam 4 Nov lalu perjalanan-perjalanan yang dilakukan untuk menjayakannya termasuk membuat persiapan awal boleh diabaikan kerana berlaku dalam lingkungan kurang 80 km dari rumah. Tetapi acara seterusnya di Melaka pada 25 Nov tidak boleh diabaikan lagi faktor perjalanannya. Ini kerana turut melibatkan beberapa perjalanan susulan lalu memakan jarak keseluruhan lebih 1,000 km.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan