Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Thursday, December 13, 2012

Terbaru (dan mungkin terakhir untuk 2012) : Perjalanan misi ceramah di Kelantan sebelum bercuti di Langkawi



Assalamualaikum. Setelah membuat artikel Berbusana tradisi melaksanakan misi di Istana Kesultanan Melaka 4 Disember, baru kini saya hendak mencoretkan sesuatu. Biar diberitahu pada hari Jumaat malam Sabtu 7 Disember saya dan keluarga telah bertolak menuju ke Kota Bahru, Kelantan, singgah di rumah sepupu di Raub, Pahang untuk mengambil sejumlah buku "Berpetualang ke Aceh" yang ada ditinggalkan di sana beberapa tahun lalu. Kami ke Kota Bahru kerana saya diminta memberi ceramah ilmu tentang sejarah Melayu dan Islam sempena Maal Hijrah 1434 di Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian 8 Disember. Kalau tak salah, ia adalah masjid terbesar di Kelantan. 

Saya memberi ceramah pada dua sesi, satu selepas solat Asar berjemaah, satu lagi selepas Maghrib. Esoknya pagi Ahad kami bertolak ke Kuala Perlis melalui jalan Jeli-Gerik-Baling untuk mendapatkan feri ke Pulau Langkawi. Dapatlah feri jam 6 petang. Setelah bermalam di rumah seorang rakan, esoknya kami membuat perjalanan pusing pulau. Sempatlah naik bot melihat laluan paya bakau sebelum ke laut melihat lagi beberapa tempat. Hari Selasa pula kami naik bot island-hopping atau 'melompat pulau' lalu singgah ke Pulau Dayang Bunting di mana kami dapat bermandi-manda di tasiknya yang dalam itu. Kembali ke Pulau Langkawi kami menaiki gunung tertingginya iaitu Gunung Raya (sekitar 2,900 kaki dari paras laut)... sebelum menziarahi Makam Purba di Ulu Melaka dan Makam Mahsuri yang terletak sekitar itu.

Petang itu juga kami kembali ke Kuala Perlis menaiki feri sebelum bermalam di Kuala Kangsar. Esoknya singgah ke beberapa tempat termasuk rumah dan bengkel pandai besi dan pakar keris terkenal, Pak Mazin sebelum kembali ke rumah lewat malam semalam. Keseluruhannya saya telah memandu kereta sejauh 1,494 km, tidak termasuk pemanduan kereta sewa di Pulau Langkawi. Nanti bila ada kelapangan saya akan bercerita panjang lebar tentang semua ini ya. Selamat malam Jumaat. :]



3 comments:

Nai Cau said...

aku gila kuasa....

Radzi Sapiee said...

Sabar saudara. Sabar... :]

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.