Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...

Dari artikel Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah

.

Dari artikel Makam Syiah Kuala... dan makam Maharajalela Abdul Rahim...

.

Dari artikel Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch

-------------------------

-------------------------

Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan siri buku BKA dan DVD.... Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...

Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.

Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh

-------------------------

Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Tuesday, November 15, 2011

Akan datang - Jejak "Berpetualang ke Aceh"



Assalamualaikum semua! Sudah 2 minggu saya tidak membuat catatan baru dalam mana-mana blogspots. Walaupun seminggu terlambat biar diucapkan selamat Hari Raya Haji atau Aidil Adha kepada setiap pembaca yang beragama Islam. Untuk makluman, saya, isteri dan anak kecil kami Muhammad Al-Aminul Rasyid telah menyambut 10 Zulhijjah di kota Medan, Sumatera. Ini dibuat dalam rangka perjalanan yang membawa kami tidak kurang 1,000 km di atas kapal terbang, 1,000 km juga di daratan dan beberapa km (tak banyak sangat tapi rasanya ada juga sekitar 20 km) di atas air.

Adapun perjalanan dilakukan untuk mencapai 2 tujuan utama - pertama, menziarahi beberapa tempat yang belum pernah atau tidak sempat disinggahi sebelum ini terutama di Aceh. Kedua, untuk menunjukkan kepada anak dan isteri tempat-tempat yang pernah saya singgahi dan kunjungi ketika cuba memasuki bumi Serambi Mekah itu, ketika ia masih darurat, dalam perjalanan pertama saya ke situ Januari 2004. Maka itu satu siri yang diberi nama Jejak "Berpertualang ke Aceh" akan dibuat di blogspot ini berserta artikel-artikel sokongan di blogspots saya yang lain. Turut disertakan adalah cerita-cerita 'bonus' seperti lawatan ke tanah tinggi Berastagi juga ke Danau Toba di mana kami menginap 2 malam di Pulau Samosir yang besarnya seperti Pulau Singapura lalu mengelilingi pulau dengan menaiki motosikal sehingga lewat malam (akibat tersilap menjangka jarak dan keadaan jalan). Tunggu... :]




0 comments: