Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, November 30, 2016

Misi HIKMAH Bukit Tinggi - Menikmati pemandangan indah sambil meninjau kemudahan sebelum kembali mengharungi dugaan kereta rosak

Melengkapkan satu pusingan hidup yang sangat bermakna. Sebelum masuk bulan Maulidur Rasul iaitu Rabiual Awal pada Maghrib nanti biar disambung cerita daripada artikel Misi HIKMAH Bukit Tinggi - Dugaan yang melanda ke lokasi.



Awal pagi Ahad 27 November 2016. Pemandangan di luar tingkap rumah pemilik Dusun Nora terus menyerlah sebaik sahaja suasana cukup terang.


Terasa hilang penat lelah akibat kereta rosak malam sebelumnya. Lupa langsung masalah sambil saya memberikan tumpuan pada pemandangan. Lihat artikel Views from the house of the owner of Dusun Nora di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Sudah disebut dalam artikel Misi HIKMAH Bukit Tinggi - Dugaan yang melanda ke lokasi bahawa saya pertama kali sampai ke tempat ini lebih 3 tahun lalu tetapi tidak betul-betul dapat menikmati apa yang ada akibat masalah patah kaki. Sekitar dua bulan lalu saya sampai lagi sekali bersama isteri dan anak-anak tetapi masuk lewat malam kemudian keluar selepas Subuh kerana ada komitmen lain. Kali ini kesihatan saya lebih elok, ada pula kelapangan masa. Selepas puas menikmati pemandangan dari serambi rumah saya naik ke lereng bukit belakang rumah untuk melihat keindahan Banjaran Titiwangsa dari atas sana. Lihat Views from behind the main house at Dusun Nora.


Pemilik tempat, kawan yang dikenali ramai sebagai Puan Sri Nora tapi kami panggil Kak Nora ada menceritakan keadaan tempat ketika tanah untuk dusun yang dibeli sekitar 30 tahun lalu masih merupakan hutan tebal di lereng bukit yang curam. Cuma ada satu tempat sahaja yang cukup mendatar dan lapang untuk beliau berehat sambil memikirkan cara terbaik membangunkan tempat. Ia adalah sebiji batu yang kemudian menjadi tempat beliau berfikir dan mendapatkan ilham. Pemandangan pun menarik dari atas batu. Lihat Views from Dusun Nora's 'thinking stone'.



Tinjauan pemandangan diteruskan sehingga ke bahagian paling tinggi dalam kawasan.


Namun tempat paling tinggi tidak semestinya memberikan pemandangan terbaik. Banyak pula pokok yang menghalang pemandangan. Lihat Views from the highest ground in Dusun Nora.



Rehat sebentar di atas "Batu Fikir". Memang sesuai untuk bertafakur juga mencari ilham.



Setelah beberapa lama baru menyambung kembali tinjauan.





Terdapat juga pondok-pondok kecil untuk beramal dan bersuluk.








Turun daripada tepi asrama yang menempatkan 20 buah katil berserta ruang untuk lebih ramai menginap. Tak perlulah tunjuk keadaan dalam asrama ya.


Melangkah ke arah surau...


Masuk ke dalam.


Di sinilah akan diadakan komponen utama acara ke-19 HIKMAH pada 17 Disember nanti. Di sini boleh diadakan tahlil, sambutan Maulidur Rasul dan sesi-sesi pembentangan ilmu.


Melihat lagi ke luar. Kawasan-kawasan luar boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti sokongan semasa acara utama HIKMAH berlangsung, antaranya pameran dan perniagaan juga persembahan silat.








Terdapat beberapa buah chalet boleh disewa. Tetapi untuk HIKMAH, chalet juga penginapan di asrama akan diberikan secara percuma mengikut keutamaan berikut :-


1. Urusetia HIKMAH dan keluarga

2. Pembentang dan keluarga

3. Para penyokong setia HIKMAH dan mereka yang biasa datang menghadiri majlis termasuk peniaga.

4. Lain-lain peserta






Tinjauan diteruskan ke kawasan hujung belakang. Buat masa ini kabin yang menempatkan beberapa orang penjaga tempat dikira paling hujung. Kawasan hadapan kabin biasa digunakan untuk memusingkan kereta agar dapat keluar dari Dusun Nora.


Saya berjalan melepasi kabin. Ada kawasan tambahan sedang dibina.


Difahamkan kawasan yang kelihatan akan dimanfaatkan untuk kelancaran acara.



Sekurang-kurangnya sedikit ruang akan ditambah untuk orang meletak lebih banyak kereta.



Di sebelah rumah utama iaitu kediaman rehat Kak Nora ada menara tinjau. Lihat Views from Dusun Nora's observation deck.


Masuk ke dalam rumah untuk bersarapan bersama keluarga.


Cadangnya kami ingin berehat di sana sehingga sekitar jam 3 petang. Tetapi turun hujan lebat yang memanjangkan waktu rehat.


Sekitar jam 6.15 baru kami bersedia untuk keluar. Adapun sebelum hujan turun saya ada memeriksa keadaan kereta lalu mendapati radiator kering langsung, begitu juga bekas air di sebelah. Apabila dicurahkan air ke dalam radiator tidak lama kemudian terus keluar menitis laju di bawah bahagian enjin. Nampaknya water pump dah rosak dan bocor teruk.

Kipas radiator juga tidak berfungsi langsung, tidak seperti pada malam sebelumnya di mana walaupun aliran air penyejuk enjin bermasalah teruk, kipas masih hidup. Bermulalah cabaran untuk membawa kereta kembali sekurang-kurangnya ke bengkel kami biasa berurusan di Rawang sekitar 60 km perjalanan. Beberapa botol air disediakan untuk menampung keperluan.


Enjin mulai panas melepasi tahap berjaga-jaga apabila hampir sampai ke pekan Bukit Tinggi. Berhenti rehat sebentar menyejukkan enjin kemudian isi air baru jalan lagi. Hal serupa berlaku sebelum terowong di Genting Sempah kemudian beberapa kilometer sebelum tol Gombak . Selepas itu hentian dibuat dan perkara diulang di hadapan Batu Caves diikuti Selayang dekat kolam air panas dan stesyen BP sebelum bandar Rawang. Campur perhentian di bengkel dalam bandar di mana kereta akhirnya dapat direhatkan, jadilah 7 perhentian kesemuanya. Esoknya baru pemulihan dilakukan.

Memang keadaan ini amat mencabar. Dicampur bil lebih RM1,600 untuk menggantikan dan membaiki segala yang rosak boleh terduduk kami suami isteri. Nampak aje kami memiliki ramai kenalan juga ahli keluarga yang berada. Tetapi disebabkan haluan hidup yang dipilih dan demi menjaga prinsip, kami sendiri hidup cukup-cukup makan walaupun kalau ikut pada kelulusan, kelayakan, pengalaman dan jaringan contact saya seharusnya sudah lama dapat memberikan anak dan isteri kehidupan mewah seperti halnya ramai kawan yang setaraf.

Apapun alhamdulillah kami dapat juga sampai ke rumah dengan selamat. Daripada bengkel malam itu, ada rakan sekerja isteri sanggup menghantar kami 14 km ke rumah. Semoga dugaan yang diharungi ini digantikan Allah SWT dengan kebaikan yang berganda-ganda, amin. Untuk makluman ini adalah artikel ke 1,515 di blogspot ini. Ada banyak lagi gambar sekitar Dusun Nora tetapi biar dikongsikan pula di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)...


Selasa, November 29, 2016

Misi HIKMAH Bukit Tinggi - Dugaan yang melanda ke lokasi

Salam semua. Cerita satu misi yang berlangsung hujung minggu lalu kemudian timbul cabaran tertentu.


Merujuk pada artikel Kamera baru Sony dan semangat 46 yang dibuat pagi Sabtu 26 November 2016. Petang itu sampailah masa untuk kamera baru itu memulakan jasa.


Saya ingin membawa isteri dan anak-anak ke rumah rehat seorang kawan di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Di situ akan diadakan acara terbaru HIKMAH lagi 18 hari dari sekarang. Rujuk artikel Tentang sambutan Maulidur Rasul, keindahan lokasi HIKMAH Bukit Tinggi dan senarai pembentangan ilmu di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).



Sambil membawa keluarga bercuti saya ingin meninjau dengan lebih teliti kemudahan yang terdapat di rumah rehat yang dipanggil sebagai Dusun Nora itu. Kali pertama kami ke sana adalah pada lebih 3 tahun lalu. Ketika itu saya tidak dapat menikmati apa yang ada dengan baik kerana sedang dirundung masalah akibat kecederaan patah kaki. Lihat Antara Janda Baik, Bukit Tinggi dan Hospital Sungai Buloh.



Lagipun sudah banyak perubahan berlaku pada rumah rehat itu sejak kedatangan tersebut. Oh, ini adalah persimpangan tinggi yang sedang dibina di selatan bandar Rawang.


Sekitar 2 bulan lepas kami sekeluarga ada naik lagi ke rumah rehat itu.


Tetapi kami masuk lewat malam dan keluar selepas Subuh kerana ada komitmen lain. Tidak sempat meninjau segala penambahbaikan yang ada kecuali melihat sebuah bangunan surau yang dibina beberapa lama selepas lawatan pertama pertengahan 2013.


Adapun sejak melepasi persimpangan yang sedang dibina di selatan Rawang, kadangkala saya dapati enjin rasa tersangkut kemudian lancar balik. Saya pun tak tahu mengapa, saya main jalan aje. Tiba-tiba isteri terlihat penanda suhu atau temperature enjin telah naik begitu tinggi melepasi paras bahaya merah! Terus saya membawa kereta ke tepi lalu berhenti di bahu jalan.

Masyaallah saya tidak tahu bagaimana boleh tidak sedar ini berlaku. Selalunya saya cukup teliti, kalau berlaku jarum penanda suhu naik hampir separuh meter pun saya akan sedar lalu memberhentikan kereta. Ini tidak, Dah naik habis ke kiri baru perasan. Itupun sebab isteri yang sedar. Kalau tidak kemungkinan besar saya akan terus sahaja berjalan... selagi kereta boleh bergerak...


Ketika itu tinggal 5 km sahaja sebelum sampai ke Genting Sempah dan terowong atas sana. Ketika gambar ini diambil jam kamera menunjukkan waktu 6.43 petang.


Selepas menunggu suhu turun beberapa lama, ada pula mekanik berhenti membuat pemeriksaan kemudian memasukkan coolant dengan sedikit bayaran. Setelah terasa keadaan sudah kembali normal, perjalanan ke rumah rehat di Bukit Tinggi pun diteruskan.


Sekadar memberitahu, yang dituju bukan pekan Bukit Tinggi yang terletak sekitar 4 km selepas Genting Sempah tetapi kawasan Berjaya Hills Bukit Tinggi, lebih 10 km lagi selepas pekan.


Setelah 1-2 km melepasi pondok pengawal atau guard house jalan naik ke Berjaya Hills suhu enjin naik lagi lalu kereta diberhentikan.


Bila dilihat tangki air di tepi radiator nampaknya masih ada isi. Tetapi suhu tetap naik ke tahap merah. Kipas radiator pun masih berfungsi ketika itu. Setelah beberapa lama mengalami keadaan ini, ada juga sekali dua berhenti lagi saya mengambil keputusan nekad untuk meneruskan pendakian bukit. Perjalanan ketika itu cuma berbaki dalam 2 km lagi untuk sampai ke simpang masuk ke Dusun Nora. Sampai ke simpang baru berhenti lagi.


Alhamdulillah, dapat juga kami sampai ke tempat yang dituju walaupun dalam keadaan jarum penanda suhu terus berlegar pada paras bahaya merah.


Tentang hal kereta biarlah dilupakan seketika. Biar diberikan tumpuan pada kesegaran udara di lokasi.


Adapun kami sampai itu selepas jam 8 malam. Tidak lama kemudian masuklah waktu Isyak. Kalau tidak kerana masalah kereta harus kami sudah sampai sebelum masuk Maghrib iaitu sekitar jam 7. Sekitar jam 10.30 kawan kami membawa naik ke puncak bukit untuk melihat tarikan pelancongan di atas sana. Lihat artikel A night visit to Colmar Tropicale di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Sukacita dimaklumkan tarikh hari itu iaitu 26 November 2016 adalah hari ulang tahun saya yang ke-46. Nampaknya hal kereta rosak itu juga adalah dugaan hari ulang tahun buat saya...