Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, November 28, 2014

Program Penghayatan Warisan Kesusasteraan Melayu Tradisi : Hikayat Merong Mahawangsa

Salam pagi Jumaat. Semalam saya bergegas ke bangunan Jabatan Warisan Negara di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.



Menggagau juga nak cari tempatnya sebab tak pernah sampai sebelum ini. Ada acara "Program Penghayatan Warisan Kesusateraan Melayu Tradisi : Hikayat Merong Mahawangsa".



Saya datang menaiki motosikal kesayangan berbusana tradisional bersampin, bertanjak. Keris je masa tu tak rasa nak bawak keluar. Cukup simpan dalam beg...



Bangunan ini dahulu diduduki Arkib Negara. Ia telah diperbaiki untuk kegunaan Jabatan Warisan pula,


Disebabkan beberapa hal yang mengganggu, sampai cermin kiri motosikal pun boleh patah, saya sampai lewat iaitu dekat jam 11.


Acara bermula jam 9. Selepas pembentangan ringkas menggunakan slaid ia lebih pada bicara santai sambil menjawab soalan hadirin.


Pembentang, Prof Dato' Dr Siti Hawa Salleh bukan nama yang perlu diperkenalkan lagi dalam dunia kecendekiawanan Melayu terutama dalam bidang sastera. Cuma saya dapati usia beliau yang sudah mencapai 74 tahun sudah mula mengganggu fokus dan perkongsian ilmu.



Walaupun saya datang lewat hampir 2 jam saya dimaklumkan tidak banyak yang saya tertinggal kecuali cerita pengalaman peribadi Prof Hawa membesar di Kedah. Cerita dalam Hikayat Merong Mahawangsa digunakan untuk menerangkan pengaruh Siam zaman berzaman. Saya sebenarnya ada banyak persoalan yang mahukan jawaban tuntas, paling utama untuk membina kembali time line sejarah Kedah malah Asia Tenggara yang lebih tepat berdasarkan penemuan-penemuan terbaru arkeologi di sekitar Lembah Bujang. Kalau tak salah ada penemuan yang didakwa menunjukkan kewujudan ketamadunan cukup tinggi di Kedah seawal abad ke-5 Masihi, lebih awal daripada zaman Alexander the Great di Macedonia, Greek, lewat sedikit daripada zaman Cyrus the Great memerintah Parsi, satu lagi calon yang dipercayai watak besar yang dikenali sebagai Raja Iskandar Zulkarnain. Saya bertanyakan beberapa soalan tetapi nampaknya Prof Hawa sering memberikan jawaban lain lalu tidak dapat membantu pemahaman.

Namun ada satu bahagian yang mungkin Allah SWT gerakkan Prof Hawa untuk berkata tepat dan benar. Walaupun beliau seringkali terkeluar daripada topik lalu lebih banyak bercakap tentang zamannya membesar, untuk persoalan ini saya rasa berbaloi berada di situ. Seorang hadirin membuka mukadimah dengan bertanya apakah Prof Hawa tahu tentang wujudnya keturunan Merong Mahawangsa selain Sultan Kedah dan kaum kerabat baginda. Seterusnya dia bertanya apakah Prof mahu mendengar sejarah yang 'benar' tentang Merong Mahawangsa?

Ketika Prof Hawa kelihatan agak keliru untuk memahami soalan saya pun memotong. Kata saya ada kumpulan mendakwa keturunan Merong Mahawangsa, daripada waris Raja Siam, katanya layak memerintah Kedah malah seluruh Asia Tenggara membawa ke dunia! Siapa yang tahu tahu le kumpulan mana dimaksudkan. Sejak dari awal saya dapat menghidu orang yang bertanya itu daripada puak ini.  Maka persoalannya saya atur balik menjadi begini : "Apakah Prof percaya dengan dakwaan itu?". Jawab Prof Hawa mudah. "Merepek.". Saya dapat lihat bahawa hadirin tersebut cuba mendapatkan pengiktirafan seorang tokoh ilmuwan ternama bagi kumpulan itu. Bagi saya jawaban yang diberikan memang terang tak perlu lagi bersuluh... :]



Ini gambar diri saya ambil sendiri selepas selamat kembali ke rumah malam tadi. Selepas acara ditamatkan awal iaitu sekitar 12 tengah hari (ikut jadual sampai ke 4 petang) saya singgah ke beberapa tempat sebelum tergerak untuk ke PWTC melihat suasana sekitar Perhimpunan Agung UMNO. Dengan berpakaian begini tapi bertanjak (ni dah masa rehat ni), saya menaiki LRT daripada hentian berdekatan SOGO kerana motosikal ditinggalkan dalam parking bangunan lantaran hujan lebat turun. Seronok gak berjalan seorang diri begini melihat pelbagai gelagat manusia.

Oh, selepas acara di Jabatan Warisan saya diajak makan tengah hari semeja dengan Prof Hawa juga beberapa orang pegawai sana. Terbitlah satu perbincangan hangat tentang peranan Jabatan Warisan dalam melihara tinggalan-tinggalan sejarah yang ada. Persepi ramai terutama anak muda adalah mereka tidak membuat kerja. Selepas saya menyatakan persepsi ini dalam nada agak panas, suasana kembali aman apabila ada yang sudi memberikan penerangan panjang lebar walaupun jawaban itu pada saya tidak cukup memuaskan.

Apapun saya terima penerangan itu sebagai apa yang mampu diperkatakan menurut realiti keadaan semasa. Secara mudahnya mereka terikat dengan akta-akta dan kepentingan politik tertentu. Walaupun ada perkara Jabatan Warisan boleh membantu kalau disuakan surat rasmi permintaan berserta hujah atau bukti untuk menyokong kepentingan suatu tempat saya fikir lebih baik anak-anak muda mengambil inisiatif sendiri. Lihat sahaja bagaimana anak-anak muda di Aceh sering melalukan gotong-royong membersihkan makam-makam dan masjid lama dengan belanja sendiri sejak beberapa tahun kebelakangan. Itu lebih baik daripada marahkan jabatan itu jabatan ini tak buat kerja. Sesekali fikirkan kalau kita sendiri berada di tempat mereka, ada hati yang perlu dijaga, ada pihak yang jangan disinggung, kita pula ada anak bini perlu diberi makan minum ditanggung. Kalau hilang kerja bagaimana? Siapa nak jawab? Senang cerita kurangkan bercakap banyakkan bekerja. Cukup.


2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Abang Radzi.Saya adalah salah seorang peserta program Hikmah Jejak Merong di Merbok Kedah tempoh hari.Saya terlupa memaklumkan bahawa selain dari kiraan tahun menggunakan kalendar Hijrah ,Negeri Kedah juga menggunakan Kiraan Kalendar Piama yg menggunakan kiraan matahari.Tidak dapat dipastikan umur kalendar piama tersebut cuma telah dipermodenkan dgn diberi nama bulannya dgn perkataan Arab oleh seorang Syeikhul Islam(Mufti)disuatu masa yg dulu.Nama nama tahunnya masih menggunakan nama purba iaitu nama nama haiwan.Puak sejarahmerapunagarasiam tu belum sedar bab ini.Kalau diorang sedar pasti diorang akan dakwa bahawa yg mencipta kalendar piama ini adalah datuk nenek moyang mereka.Tentang Kalendar ini ada saya coretkan di Forum Cari.

yg benar(Sayapghaib)

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Terima kasih atas maklumat. Kongsikanlah lagi...