Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Februari 12, 2019

Pemansuhan hukuman mati dan kes pembunuhan Adib - Satu konspirasi untuk melemahkan kedudukan orang Melayu dan Islam?

Salam semua. Sejak minggu lepas hampir setiap hari saya perlu keluar ke Kuala Lumpur lebih 40 km dari rumah malah sehingga hampir 80 km ke Bangi untuk menghadiri majlis-majlis ilmu, forum dan sebagainya. Pagi tadi ada satu majlis lagi. Kalau ikutkan penat juga urusan harian keluarga tak patut lagi saya bergegas ke KL hari ini. Sebagai seorang penulis yang bekerja sendiri adalah menjadi tanggungjawab saya menghantar anak-anak ke sekolah waktu pagi kemudian mengambil mereka selepas tengah hari. Selepas itu harus menghantar mereka ke sekolah agama, petang ambil dan hantar mereka mengaji muqaddam dan quran pula. Tetapi disebabkan rasa prihatin terhadap suatu perkara besar saya keluar lagi hari ini. Isteri pun mahu ikut sama sehingga mengambil cuti setengah hari. Ini ceritanya...


Beberapa hari lalu saya dimaklumkan tentang satu majlis meja bulat untuk membincangkan perkara seperti tertera dalam poster. Majlis dianjurkan oleh satu badan gabungan NGO-NGO Melayu dan Islam bernama UMMAH, singkatan untuk  Gerakan Pembela Ummah. Mereka pernah bertanggungjawab menganjurkan perhimpuan anti-ratifikasi ICERD (International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination) pada 8 Disember 2018. 

Ini adalah perhimpunan untuk menentang usaha pihak-pihak tertentu agar negara mengaplikasikan sejumlah perkara yang digariskan dalam Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Sekilas pandang ia kelihatan adil seperti mahu memberikan kesejahteraan saksama lagi sama rata antara semua kaum yang wujud di Malaysia. Tetapi di sebalik itu ada niat jahat untuk menghapuskan hak istimewa orang Melayu,  institusi raja-raja Melayu dan kedudukan tinggi Islam dalam Perlembagaan Negara.

Semasa perhimpunan itu berlaku saya dan keluarga baru sahaja kembali daripada pengembaraan lasak merentas darat melalui negara Cambodia dan Thailand 22 November hingga 3 Disember. Kembali sahaja ke Malaysia saya terus disibukkan dengan kerja-kerja pengajian pasca-siswazah di ISTAC (Institusi Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) juga hal-hal keluarga. Keadaan ini menyebabkan saya cuma dapat menyertai perhimpunan ketika ia tinggal 'ekor' sahaja. Hal ini ada dikongsikan dalam artikel Antara perjuangan dan pelbagai macam kehendak dan tuntutan... tepat 2 bulan lalu.


Pagi tadi Selasa 12 Februari 2019 saya pun ke lokasi majlis meja bulat di Kuala Lumpur. Walaupun mejanya tidaklah bulat konsep majlis adalah begitu. Ia adalah wadah perbincangan di mana para pemimpin dan wakil-wakil NGO diletakkan setara. Saya datang atas kapasiti presiden HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman). Rujuk blogspot kami Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Topik perbincangan adalah "Pemansuhan Hukuman Mati dan Kesan Pada Kes Permbunuhan Adib". Pemansuhan merujuk kepada usaha pihak tertentu agar hukuman mati dimansuhkan pada sidang Parlimen akan datang (katanya bermula 11 Mac) sedangkan kes pembunuhan merujuk kepada peristiwa seorang ahli bomba bernama Muhammad Adib yang mati akibat kecederaan dipukul perusuh ketika berlaku kekecohan di Kuil Mariamman, Seafield, USJ Subang Jaya. Kekecohan tercetus apabila sekumpulan lelaki menceroboh kuil awal pagi Isnin 26 November 2018. Berlakulah pergaduhan antara dua pihak, satu kebetulan berbangsa Melayu, satu lagi India lalu diapi-apikan hingga menjadi isu perkauman..

Ketika ini berlaku saya dan keluarga sedang berehat sebelum menjejakkan kaki ke pusat empayar Funan di Indo-China. Kebetulan tarikh tersebut adalah hari ulang tahun kelahiran saya yang ke-48. Lihat artikel Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Menyambut hari lahir di tapak pusat empayar. Rusuhan menyaksikan banyak harta benda dirosakkan dan beberapa kereta dibakar. Awal pagi Selasa 27 November masuk dua kenderaan bomba, lori dan van ke lokasi untuk memadamkan api. Sebaliknya mereka diserang perusuh lalu Adib dipukul teruk. 

Ketika itu saya dan keluarga sudah berada di Phnom Penh iaitu ibu negara Cambodia pula. Tetapi kami tetap mengikuti perkembangan melalui Internet. Lihat Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Kehebatan kota Phnom Penh. Tiga minggu kemudian Adib meninggal dunia akibat kecederaannya. Berikut adalah kronologi peristiwa seperti dipaparkan akhbar Berita Harian 18 Disember :-



26 November 2018

- pergaduhan membabitkan dua kumpulan berhubung isu pemindahan tapak kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Seafield, Subang Jaya, jam 3 pagi.

- 18 kenderaan terbakar dan 700 anggota keselamatan digerakkan bagi mengawal keadaan.

- Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun umum polis tahan 17 lelaki dan adakan kawalan 24 jam, orang ramai yang berkumpul di sekitar kuil diarah bersurai.

27 November 2018

- anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib, 24, diserang dan pukul hingga parah dan jentera bomba dirosakkan selain dua kenderaan lain dibakar.

- Muhammad Adib dimasukkan ke unit jagaan rapi di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, kira-kira jam 1 pagi, sebelum dipindahkan ke IJN, pada keesokan malamnya.

- Ketua Polis Selangor beri jaminan keadaan terkawal.

- Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy minta semua masyarakat India bertenang.

- Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tegaskan insiden berunsur jenayah bukan perkauman atau agama.

28 November 2018

- Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman dakwa Muhammad Adib parah akibat kemalangan jalan raya.

- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia tubuh jawatankuasa khas siasat kejadian.

29 November 2018

- Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun tegaskan dakwaan pihak kuil tidak benar.

4 Disember 2018

-Selepas seminggu dirawat, Muhammad Adib beri tindak balas kepada orang sekeliling, tetapi masih tidak dapat bertutur.

5 Disember 2018

- Muhammad Adib mendapat sistem sokongan kepada mesin Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) yang membantu fungsi paru-paru.

- Jantung Muhammad Adib juga mampu berfungsi dengan sendiri tanpa sokongan mesin bantuan.

7 Disember 2018

- Muhammad Adib tunjuk perkembangan positif walaupun masih kritikal dan stabil selain tidak bergantung kepada mesin sokongan jantung.

8 Disember 2018

- Muhammad Adib masih bergantung beberapa mesin sokongan untuk memastikan organ dalamannya dapat dipulihkan pada tahap optima.

10 Disember 2018

- Muhammad Adib memberikan respons dengan menulis pada papan putih untuk berkomunikasi.

15 Disember 2018

- Muhammad Adib terpaksa menggunakan semula mesin ECMO kira-kira jam 9 malam selepas penilaian mendapati paru-parunya mula mengeras.

16 Disember 2018

- kesihatan Muhammad Adib kembali merosot dan kritikal. Institut Jantung Negara (IJN) memaklumkan selepas penilaian menyeluruh, paru-parunya menunjukkan tanda-tanda konsolidasi dan pengerasan tisu, menjadikan pertukaran gas tidak berkesan.

17 Disember 2018

- Muhammad Adib disahkan meninggal dunia jam 9.41 malam.


Kematian Adib menjadi sensasi kerana sehingga kini belum ada pihak dipertanggungjawabkan atas kematian beliau. Sebaliknya kelihatan ada usaha untuk mengalihkan perhatian dengan menyatakan beliau mati akibat dilanggar lori bomba yang berundur sehingga melanggar van bomba di belakangnya. Satu inkues telah dimulakan pagi Isnin 11 Februari semalam untuk menyiasat dan menetapkan punca kematian. Namun ada kebimbangan bahawa ia sekadar wayang untuk menutup perkara sebenar kerana ada kepentingan-kepentingan politik tertentu bukan Melayu sedangkan hal ini sangat menghiris hati orang Melayu.

Berbalik kepada majlis meja bulat. Usaha pemansuhan hukuman mati dilihat akan memberikan kesan kepada kes Adib juga banyak kes-kes bunuh yang sudah berlaku di Malaysia  Kelihatan  dalam gambar peguam Christina Teng  menyatakan kebimbangan jenayah berat akan meningkat jika hukuman mati dimansuhkan. Beliau adalah panelis pertama membuat perkongsian dalam majlis. Teng pernah mewakili keluarga Sosilawati dan Kevin Morais - kedua-duanya dibunuh secara kejam dalam dua kes berasingan sedangkan pihak yang bersalah kelihatan belum menerima hukuman yang cukup setimpal dengan kekejaman mereka. Sila rujuk sendiri di Internet tentang dua nama tersebut dan kes pembunuhan.



Panelis kedua, Adnan Seman juga adalah seorang peguam. Menurut beliau pemansuhan hukuman mati bukan sahaja akan membuka ruang untuk jenayah berat bertambah pesat. Ia akan menyebabkan mereka yang merasa teraniaya akibat ahli keluarga atau rakan terbunuh membuat keputusan untuk membalas dendam dengan membunuh pula penjenayah yang terlibat. Kata Adnan usaha pemansuhan hukum bunuh juga berlaku dan disokong sesetengah peguam kerana memiliki kepentingan. Antaranya mereka memiliki anak-anak guam yang sudah dijatuhkan hukuman mati lalu menunggu masa sahaja untuk hukum dijalankan. Kalau pemansuhan berjaya dilakukan maka terselamatlah mereka daripada hukuman.


Panelis ketiga, mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan pula berkongsi pengalaman beliau menangani jenayah berat terutama melibatkan kumpulan-kumpulan gangster atau samseng dan jenayah terancang. Menurut beliau ada kumpulan-kumpulan penjahat yang dilindungi akibat memiliki hubungan gelap dengan ahli-ahli politik yang berkuasa. Menjadi cabaran besar buat pihak polis untuk membina kes pada kala orang-orang berkedudukan masuk campur tangan mengganggu siasatan.


Secara rata mereka yang berusaha untuk memansuhkan hukuman mati menggunakan alasan hak asasi manusia. Kononnya penjenayah berat berhak meneruskan hidup sebagai manusia biasa. Maka dipersoalkan - bagaimana pula hak asasi mereka yang terbunuh dan keluarga serta kenalan mereka? Lagipun pengalaman menunjukkan ramai penjenayah akan mengulang kembali jenayah apabila tamat tempoh hukuman penjara. Apakah jaminan seorang pembunuh tidak akan membunuh kembali jika dilepaskan?


Seorang wakil UMMAH (tak ingat nama) kemudian berkongsi harapan keluarga Adib agar beliau mendapat pembelaan. Semoga inkues dapat memberikan keadilan. Selepas itu majlis pun dibuka untuk hadirin lain menyatakan pendirian atau bersoal jawab.


Saya sendiri mengambil peluang untuk menyoal kembali 'usul' berlakunya pembunuhan Adib. Kita tahu bahawa ia melibatkan sebuah syarikat milik orang Cina menghantar kumpulan samseng berbangsa Melayu menyerang kuil orang India sehingga jadilah ia isu perkauman. Kenapa jadi begitu? Apakah ia satu konspirasi? Bagaimana pula boleh ditemukan sijil silat dan buku panduan silat pada penyerang? Tidakkah ini pelik? Dengan ini biar dikongsikan rumusan rasmi meja bulat seperti diambil daripada Facebook UMMAH. Ia boleh dirujuk di sini :-


KENYATAAN MEDIA :

Sidang Meja Bulat UMMAH Berhubung Kesan Pemansuhan Hukuman Mati

Oleh : Gerakan Pembela UMMAH
12 Februari 2019

1. Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) telah mengadakan sidang meja bulat sebentar tadi, bagi membincangkan mengenai kesan keputusan pemansuhan hukuman mati secara umumnya, dan kaitannya dengan kes pembunuhan Muhammad Adib (“Adib”) secara khususnya. Sidang ini dihadiri antara lainnya oleh tokoh-tokoh rentas bidang, termasuk oleh para aktivis di pelbagai peringkat, mantan ketua polis negara, pengamal perundangan dan juga syariah, serta ahli-ahli akademik.

A. KES PEMBUNUHAN ADIB

2. Setelah mendengar pandangan dan hujah yang disampaikan oleh pihak-pihak yang hadir dalam perbincangan ini, UMMAH merumuskan bahawa terdapat sebab yang kukuh untuk meragui ketelusan Peguam Negara dalam menangguhkan pendakwaan terhadap pembunuh Adib, dan sebaliknya melengahkannya dengan menjalankan prosiding inkues, atas sebab-sebab berikut:-

(b) di bawah Bab XXXII Kanun Acara Jenayah, satu-satunya asas utama untuk mengadakan siasatan inkues adalah jika terdapat ketidakpastian sebab kematian mangsa; sedangkan dalam kes pembunuhan Adib, pihak polis sudah pun mengenal pasti suspek, melalui kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim pada 21 Disember 2018 yang mengumumkan bahawa empat orang suspek yang dikenal pasti, telah disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh; [1]

(b) pada 24 Disember 2018, polis juga dilaporkan telah menyiapkan hasil siasatan ke atas empat orang suspek tersebut, dan telah menyerahkannya kepada Jabatan Peguam Negara untuk diambil tindakan lanjut; [2] dan

(d) justeru, memandangkan siasatan polis telah secara jelas mengenal pasti suspek, tindakan Peguam Negara untuk mengadakan inkues seolah-olah punca kematian Adib belum dikenal pasti adalah dikhuatiri hanya akan melambat-lambatkan pendakwaan terhadap para pembunuh Adib, dan membangkitkan keraguan kononnya Adib tidak dibunuh, di mana kini empat orang suspek tersebut telah pun dilepaskan dan tidak diketahui menghilang ke mana.

3. Apa yang lebih membimbangkan ialah apabila di atas semua kejanggalan ini, kini terdapat pula cadangan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Portfolio Undang-Undang) yang mengumumkan hendak menghapuskan hukuman mati, yang berkemungkinan akan dibentang untuk diluluskan dalam sidang Dewan Rakyat pada bulan Mac nanti. [3] Sama ada berkait atau tidak, Ummah melihat ini sebagai satu rangkaian kronologi yang tidak baik dan tidak sihat untuk sebuah negara yang seharusnya mengutamakan kedaulatan undang-undang, melindungi masyarakat awam dan menghukum para penjenayah.

B. CADANGAN PEMANSUHAN HUKUMAN MATI ADALAH TIDAK WAJAR

4. Dalam hal ini, UMMAH merumuskan 6 sebab hukuman mati perlu dikekalkan, dan tidak wajar dimansuhkan secara terburu-buru:-

(i) Utamakan kepentingan awam. Kerajaan seharusnya mengutamakan hak dan kepentingan 33 juta rakyat negara ini, berbanding para penjenayah yang jumlahnya sekadar minoriti, iaitu 1281 banduan akhir, yang sedang menunggu hukuman mati (i.e. 0.00039%). Hak asasi dan keselamatan masyarakat majoriti rakyat Malaysia seharusnya diberikan keutamaan. Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan meletakkan tanggungjawab kepada Kerajaan untuk melindungi nyawa setiap rakyat Malaysia, dan ini tentunya termasuk tanggungjawab menghukum para pembunuh. Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan secara atas talian oleh akhbar New Straits Times, 82% menyokong mengekalkan hukuman mati, dan menentang usaha untuk menghapusnya. [4] Manakala petisyen atas talian “Do not abolish death penalty” pula telah mendapat sokongan hampir 60,000 penandatangan setakat hari ini. [5]

(ii) Mencegah jenayah. Undang-undang yang ketat dan tegas bertindak sebagai pencegah jenayah sebelum ia dilakukan oleh mereka yang mungkin berniat melakukannya. UK misalnya telah menghapuskan hukuman mati sejak dari tahun 1965. Sejak dari itu, jenayah membunuh meningkat dengan mendadak. [6]

(iii) Wang pembayar cukai. Dalam pada kerajaan hari ini mendendangkan bahawa hutang negara berada pada kadar yang tinggi, dan potongan dibuat pada banyak sektor, termasuk pendidikan dan kesihatan, maka seharusnya kewangan negara disalurkan bagi perkara-perkara yang lebih bermanfaat, berbanding digunakan untuk menyara hidup para pelaku jenayah serius. Jika hukuman mati dimansuhkan, kehidupan mereka perlu ditanggung sepanjang hayat mereka di dalam penjara. Kos bagi menyara hidup seorang banduan bagi setiap satu hari adalah RM41, justeru berdasarkan jumlah banduan akhir seramai 1281 orang ditahan di dalam penjara selama 30 tahun, kosnya adalah RM41 x 356 x 30 = RM575 juta. Ini adalah wang pembayar cukai yang seharusnya boleh digunakan untuk perkara-perkara yang lebih bermanfaat, seperti penambahbaikan pendidikan, pemberian biasiswa, penjagaan kesihatan, pembinaan infrastruktur, meningkatkan penguatkuasaan undang-undang, dan lain-lain.

(iv) Undang-undang Islam. Hukum syarak menetapkan hukuman mati bagi kesalahan-kesalahan tertentu. Ini termasuk bagi jenayah membunuh, misalnya, Islam menetapkan qisas, iaitu bunuh seharusnya dibalas bunuh, jika berjaya dibuktikan melangkaui sebarang keraguan, dan jika ahli keluarga mangsa tidak memberikan kemaafan melalui diyat. Ini selaras sebahagiannya dengan seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang menetapkan hukuman mati bagi kesalahan membunuh.

(v) Hukuman mati perlu bagi kesalahan-kesalahan serius. Baru-baru ini Yemen telah menghukum dua orang penjenayah dengan hukuman mati setelah dibuktikan mereka menculik, merogol dan kemudian membunuh seorang kanak-kanak berusia 12 tahun. [7] Di Malaysia, kita tidak kurang dengan kisah-kisah tragis di mana kanak-kanak menjadi mangsa seperti ini, di mana sejak lima tahun lalu, sebanyak 9781 kes kanak-kanak hilang telah dilaporkan di seluruh negara yang melibatkan 2280 lelaki dan 7510 perempuan. [8]

(vi) Konflik kepentingan. Undang-undang negara tidak seharusnya dibenarkan untuk dimanipulasi oleh para penjenayah atau melalui NGO-NGO yang mendapat sokongan para penjenayah, kononnya untuk menepati standard antarabangsa. UMMAH mengesyaki bahawa sesetengah NGO yang menuntut pemansuhan hukuman mati ini adalah terdiri daripada para peguam yang mempunyai kepentingan tersendiri, kerana mewakili para penjenayah selaku peguambela yang sedang menghadapi pertuduhan yang boleh membawa kepada hukuman mati. Justeru, dalam mengimbangi kepentingan para penjenayah dengan masyarakat awam, seharusnya kepentingan masyarkat awam didahulukan.

C. TUNTUTAN UMMAH

5. Justeru, UMMAH menuntut daripada kerajaan seperti berikut:-

(a) Hentikan moratorium terhadap pelaksanaan hukuman mati dengan serta-merta. Hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah hendaklah dilaksanakan, dan kerajaan selaku cabang eksekutif tidak berhak untuk menangguhkan mahupun melengah-lengahkan hukuman yang telah diperintahkan;

(b) Tangguhkan pembentangan rang undang-undang bagi menghapuskan hukuman mati. Hukuman mati perlu dikekalkan, dan berikan kebebasan kepada para Hakim untuk menentukan hukuman yang wajar berdasarkan kepada fakta kes secara keseluruhan, termasuk menjatuhkan hukuman mati bagi kes-kes serius; dan

(b) Berikan pendedahan penuh dan berterus terang mengenai kepentingan para Menteri dan ahli-ahli parlimen, terutamanya yang mempunyai karier sebagai peguambela dan mempunyai kepentingan sama ada secara langsung mahupun tak langsung terhadap 1281 banduan akhir, kerana mereka mungkin akan bertindak bias membelakangi kepentingan awam.

Tuan Haji Aminuddin Yahya
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)



Sebagai mengakhiri artikel ini ingin saya berkongsi ilham yang terbit dalam hati tentang perkara ini. Saya rasa orang lain pun ada terfikir perkara yang sama. Cuma hendak menyatakan ia secara teratur tu mungkin ramai tak yakin atau tidak dapat kalamnya.

Melihat pada tempoh masa rusuhan yang mengakibatkan kematian Adib berlaku saya bertanya kepada isteri mesti ada terkait dengan suatu perkara besar tetapi apa dia? Kalau ada konspirasi dan saya percaya memang ada konspirasi tentu ia terkait dengan perkara besar itu. Isteri saya pun berfikir sejenak. Ah. Rasanya ia terkait dengan perhimpunan anti-ICERD yang berlaku 8 Disember. Terus terbetik dalam hati rusuhan yang tercetus awal pagi 26 November iaitu kurang 2 minggu sebelum perhimpunan tersebut memang bertujuan untuk menggagalkan atau memburukkan himpunan tersebut. 

Umum tahu bagaimana usaha untuk meratifikasikan ICERD ini disuarakan oleh seorang menteri berbangsa India yang sering mendakwa bangsanya ditindas orang Melayu. Bila berlaku rusuhan beliau dan beberapa orang politik bangsa India terus membuat tuduhan ia berlaku akibat serangan orang Melayu dan Islam terhadap kuil mereka. Polis pula didakwa lambat bertindak sedangkan ramai tahu kebanyakan anggota polis adalah berbangsa Melayu. Sentimen negatif dimainkan dan diapi-apikan sebegitu rupa sehingga menjadi isu perkauman Melayu lawan India. Sedangkan isu sebenarnya adalah puak mereka telah mendirikan kuil atas tanah milik orang lalu diminta keluar.

Mahkamah telah pun memerintahkan mereka keluar dan untuk itu satu tanah ganti telah diberikan untuk mendirikan kuil baru berserta wang pampasan. Sebaliknya apa yang berlaku ia dijadikan isu perkauman, kuil atas tanah haram pula mahu terus dipertahankan, wang pampasan tidak dipulangkan dan tanah yang diberi mahu terus dipegang.

Nampak tak bagaimana celakanya situasi ini? Adib menjadi mangsa akibat sentimen perkauman anti-Melayu dan Islam yang  dikocakgelorakan (saya main bantai aje letak perkataan itu... :]) sehingga sebaik sahaja ternampak kelibat penjawat awam itu berbangsa Melayu terus diberikan ancaman. Saya melihat bahawa rusuhan diapi-apikan untuk memaksa orang Melayu bertindak ganas. 

Apabila itu berlaku bolehlah diwar-warkan kepada dunia bahawa orang India memang 'tertindas'. Dengan itu isu ICERD dapat diangkat dengan bantuan dan desakan masyarakat antarabangsa. Seterusnya ia boleh digunakan untuk menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu, institusi raja-raja Melayu dan kedudukan tinggi agama Islam menurut perlembagaan.

Orang India yang kita tahu cuma membentuk belasan persen penduduk negara Malaysia cuba dipaparkan sebagai pihak yang teraniaya. Tetapi yang saya lihat akan mendapat laba paling besar kalau ICERD berjaya diratifikasikan adalah orang Cina yang membentuk 20 lebih peratus penduduk tetapi menguasai lebih 80% ekonomi negara. Perkara ini akan berbalik  kepada siapakah pemilik tanah yang mengandungi kuil, kenapa dihantarnya samseng berbangsa Melayu untuk menduduki kuil. Bukankah ramai lagi samseng berbangsa Cina boleh dihantar? 

Mohon siasatan dibuat secara terperinci tentang ini. Sekurang-kurangnya biar mendapat kepastian bagaimana boleh ada sijil silat dan sebagainya pada tangan jawatankuasa kuil. Betulkah didapati daripada penyerang berbangsa Melayu? Atau ia 'ditanam' untuk memburukkan orang Melayu terutama warga silat sebagai samseng belaka?

Tetapi apa yang dirancang tidak menjadi apabila berlaku kematian Adib namun orang Melayu tidak bertindak di luar batasan. Bayangkan apakah yang akan berlaku jika orang Melayu mengamuk lalu ada orang India terbunuh? Apakah orang bukan Melayu akan begitu sabar menunggu keputusan siasatan, inkues bagai seperti halnya orang Melayu? Tidak. Kita sudah tahu sangat perangai mereka yang tidak redha lagi kiasu amat mementingkan diri. 

Bila rancangan asal untuk mempersalahkan orang Melayu tidak menjadi malah nampaknya orang India pula akan dipersalahkan cara yang tinggal adalah menimbulkan keraguan agar kesalahan tidak dapat dipalitkan pada mana-mana orang India. Itu yang saya nampak dan saya percaya ramai juga nampak perkara yang sama. Kalau tidak dipantau sebaiknya lalu diberikan tindak balas yang sesuai jangan hairan jika kematian Adib dikatakan sama ada sebab dilanggar lori bomba atau dikecilkan skop menjadi akibat darah beku naik ke otak atau sebagainya. Akan cuba dielakkan dan dibuang ke tepi bagaimana boleh muncul darah beku akibat pukulan atau apa-apa taktik lain yang menghilangkan tanggungjawab orang bukan Melayu.

Baling batu sembunyi tangan. Hal ini terkait juga dengan usaha pemansuhan hukuman mati dan banyak lagi undang-undang bersifat pencegahan yang cuba dimansuhkan oleh pihak-pihak tertentu. Saya melihat ada tangan-tangan cemar yang terkait dengan pemikiran kuku besi ala komunis dan kepentingan kongsi-kongsi gelap yang suka membanyakkan rumah-rumah maksiat, judi, minum arak, rumah urut, zina. menjual dadah, perdagangan manusia dan sebagainya. Cukup.



Tiada ulasan: