Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Ogos 19, 2024

Diskusi buku "Adam (a.s.) and Origin of Man" di ISTAC berlangsung dengan jayanya 15 Ogos

Dalam artikel sebelum ini iaitu Kepentingan sumber dalam pengkajian sejarah - Apa kata Arkib Negara? yang dipersembahkan pada pagi Jumaat 16 Ogos ada disebut bahawa selepas menghadiri majlis berkenaan di Arkib separuh siang Khamis 15 Ogos baru ke ISTAC (Institusi Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) untuk diskusi buku. Rujuk Diskusi buku "Adam (a.s.) and the Origin of Man" di ISTAC dimuktamadkan 15 Ogos. Lalu dinyatakan dalam artikel Arkib itu bahawa artikel tentang diskusi buku mahu disediakan selewatnya hari Sabtu. Namun berlaku bermacam kesibukan selain sedikit yang disentuh dalam artikel Arkib. Lalu artikel buku belum dapat disediakan. 

Tentang kesibukan yang sebenarnya turut meliputi hal seorang bapa saudara baru sahaja meninggal dunia di Melaka pada pagi Jumaat itu lalu saya, isteri dan anak harus berkejar ke sana selepas solat Jumaat akan dinyatakan dalam satu artikel lain. Malam ini sudah masuk tarikh Islam 15 Safar 1446 Hijrah. Maka eloklah ditulis dan dipersembahkankan artikel buku, sebelum disibukkan lagi dengan hal-hal lain termasuk majlis-majlis ilmu. Tarikh 15 Safar untuk berkongsi cerita yang berlaku pada 15 Ogos, tentang buku yang merupakan ke-15 daripada saya. Nampak? :]


Poster tentang diskusi buku ini harus cukup jelas untuk menunjukkan siapakah yang terlibat dalam diskusi, di bahagian manakah di ISTAC diadakan dan pada jam berapa.



Adapun majlis di Arkib Negara sendiri selesai selepas jam 1. Ini diikuti makan tengah hari di mana sekali lagi saya mengambil peluang untuk menyatakan kepada orang penting majlis tentang hal keluarga Laksamana, tiga daripada mereka banyak mengkaji tentang sejarah negeri dan kesultanan Perak. Rujuk Maklum balas rasmi terhadap pihak yang mendakwa berturunan Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di media massa . Sekitar jam 1.50  baru meninggalkan Arkib. Sampai ke perkarangan ISTAC jam 1.56.








Alhamdulillah. Ada cukup masa untuk melangsaikan hajat kemudian menunaikan solat Zohor. Gambar ini diambil jam 2.43 petang, ketika majlis sudah bersedia untuk dimulakan.




Walaupun diskusi dinyatakan secara rasminya bermula jam 2.30 kami harus menunggu cukup orang sudah berada dalam bilik majlis. Antaranya adalah 30 orang pelajar yang dibawa seorang guru daripada 
Sekolah Islam Nur al-Azhar (SINAR), sebuah sekolah agama bersepadu di Port Dickson yang memiliki silibus pengajian moden selain silibus tradisional agama.



Sementara menunggu mereka sampai dimainkan video daripada satu majlis ilmu yang telah 6 tahun lebih awal diadakan di ISTAC namun menjadi asbab terbitnya buku yang mahu didiskusikan. Sila rujuk artikel lama Syarahan "Prophet Adam and the Malays 60,000 Years Ago - Aligment of Time, Revealed Knowledge and Science" di ISTAC.




Jam 2.46 baru majlis betul-betul bermula. Kelihatan ke kiri saudara Arief Subhan Arman, seorang pengkaji bebas lepasan sarjana dari SOAS (School of Oriental and African Studies di London),  memperkenalkan majlis. Beliau sebenarnya adalah yang pertama daripada 3 orang discussant atau pendiskusi buku. Ini adalah mereka yang telah menerima senaskah buku setiap satu untuk meneliti isi lalu membincangkannya dalam majlis ini. 

Beliau turut mengambil alih tugas moderator atau pemudah cara daripada Dr Nurul Ain Norman yang memaklumkan datang lewat kerana muncul suatu hal. Selepas Arief memperkenalkan majlis dan berkongsi dapatan ringkas tentang buku diminta Professor Dato' Dr. Ahmad Murad Merican memberikan sedikit kata-kata. Ini kerana ketua unit Tamadun Melayu-Islam ISTAC itu adalah orang yang bertanggungjawab menghidupkan kembali siri diskusi buku ISTAC yang hampir 5 tahun berhenti. Lihat Tentang siri diskusi bulanan buku di ISTAC

Selepas itu baru saya sendiri cakap tentang buku. Cara yang digunakan adalah dengan menerangkan terlebih dahulu dengan ringkas dan pantas isi pembentangan lama seperti boleh dilihat dalam artikel lama Syarahan "Prophet Adam and the Malays 60,000 Years Ago - Aligment of Time, Revealed Knowledge and Science" di ISTAC. Selepas itu baru diperkatakan isi buku sambil menayangkan versi PDF untuk tontonan dan bacaan semua. Dengan itu juga dapat menunjukkan keluasan sebenar cakupan pelbagai disiplin ilmu dalam buku, bukan sekadar ringkasan dalam slaid yang pada saya ibarat sekadar menunjukkan proposal atau cadangan bagi suatu projek pada peringkat 'cakap-cakap' @ sembang lebat, bukan selepas berjaya dilaksanakan.



Namun yang menjadikan ini betul- betul diskusi buku adalah bagaimana orang lain melihatnya, bukan kata-kata penulis yang boleh dituduh 'masuk bakul angkat diri sendiri'. Sebab itulah diperlukan sehingga 3 orang discussant atau pendiskusi buku. Selepas itu barulah saya sendiri boleh memberikan maklum balas. Hadirin juga diberi peluang untuk bersoal jawab atau sekadar menyatakan pandangan/maklum balas. Gambar yang diambil oleh isteri saya ini menunjukkan puan Saima Ali, seorang pelajar PhD dari Pakistan mengutarakan dapatan beliau tentang buku. Pendiskusi kedua ini pernah memberitahu beliau sebenarnya terlibat dalam dunia pembikinan filem lalu kajian keilmuan beliau adalah daripada sudut itu.



Ini diikuti dapatan daripada pendiskusi ketiga saudara Shazani Masri. Selain menjadi pelajar PhD di ISTAC beliau adalah pensyarah dalam bidang politik di Universiti Malaysia Sarawak lalu berkongsi dapatan melalui Zoom dari seberang Laut Cina Selatan.




Turut berkongsi pendapat atau buah fikiran adalah guru saya, Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar, pemegang Kursi Al-Ghazali di ISTAC. Secara rata majlis boleh dikatakan sangat berjaya. Walaupun ada pihak terus menerus bertanyakan soalan bersifat skeptif terhadap kajian namun saya dapat menjawabnya. Apatah lagi pihak tersebut ternyata belum lagi membaca buku, setakat mendapat gambaran luarannya sahaja lalu mahu mengkritik berdasarkan itu. Ada antara perkara-perkara yang dibangkitkan sebagai 'kekurangan' dalam kajian malah dapat ditunjukkan kepada semua melalui paparan projektor sudah disebut dan diulas panjang dalam buku. Beliau sahaja yang tidak menyedarinya.



Gambar ini menunjukkan saya membuat demonstrasi kira-kira matematik yang digunakan dalam buku. Saya menggunakan konsep "nonlinear vs. nonlinear time" berdasarkan satu Hadith Rasulullah SAW yang diberikan aplikasi matematik, supaya Nabi Adam (a.s.) yang disebut ramai agamawan sebagai turun ke muka bumi tidak sampai 10,000 tahun lalu boleh disamakan dengan makhluk Homo Sapiens terawal yang menurut sains telah wujud lebih 200,000 tahun lalu. Setahu saya ini tidak pernah dibuat oleh mana-mana pengkaji. Hal inilah yang menyebabkan semua pendiskusi mengaku sebagai kelebihan utama buku.



Selepas majlis para pelajar SINAR berpusu-pusu untuk bersalam dan mendapatkan tanda tangan Osman.




Ini kerana salah satu buku guru saya itu iaitu "Tawhid and Science" merupakan buku teks dalam kelas falsafah di sekolah mereka. Hebat juga sekolah ini. Seawal umur 12 tahun sudah ada yang mengambil kelas falsafah.


Video rakaman penuh majlis yang diambil daripada siaran langsung. Walaupun poster menyatakan diskusi berlangung jam 2.30 hingga 4 petang sementara tulisan pada slot video menyatakan 2.30 hingga 4.30 sebenarnya ia selesai selepas jam 5, lebih 2 jam selepas majlis secara rasminya dimulakan. Namun video memaparkan majlis dari satu sudut kamera yang statik sahaja. Selain itu didapati bahagian saya menerangkan konsep matematik iaitu pada jam 1:40:26 hingga 1:43:06 tidak kedengaran suara. Ini kerana berdiri jauh sedikit dari microphone. Dan rupa-rupanya terlupa hendak menghidupkan mic. Kalau hidup insyaallah dapatlah juga tangkap suara walau tak berapa kuat. Oleh itu, untuk memberi gambaran yang lebih menyeluruh biar disertakan video-video pendek berikut yang diambil oleh isteri menggunakan telefon pintar.


 

Menunggu tetamu memenuhi ruang...



. 

Rombongan 30 orang pelajar sekolah agama bersepadu bersama guru bergerak ke bilik majlis...



   

Sebahagian daripada penerangan saya tentang buku diikuti diskusi...



   

Antara maklum balas Prof Osman...



   

Maklum balas pelajar agama yang cuba dipotong pengkritik tetapi diteruskan. Video seterusnya menunjukkan penerangan atau lebih tepat, demonstrasi saya tentang konsep matematik yang digunakan. Ini yang ada audio yang hilang atau tidak dapat direkodkan pada jam 1:40:26 hingga 1:43:06 video keseluruhan.


   


2 ulasan:

alifhamimdal berkata...

MasyaaAllah. Bagaimana untuk mendapatkan buku ini Tuan?

Radzi Sapiee berkata...

Boleh beli daripada saya. Lihat panduan di sini...

https://merahsilu.blogspot.com/2024/05/cara-mendapatkan-buku-adam-as-and.html