Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Thursday, June 20, 2019

Sedikit berkenaan sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2019 di Arkib Negara

Salam petang Khamis 16 Syawal. Merujuk pada artikel Open house impromptu Syawal 1440 Hijriah yang dipersembahkan 16 Jun iaitu Ahad lalu. Sepatutnya pada malam berlakunya open house yang disebut itu saya berada di kampus UTM (Universiti Teknologi Malaysia), Jalan Semarak, Kuala Lumpur untuk satu majlis pelancaran di CASIS (Centre for Advanced Studies on Islam, Science, and Civilisation) diikuti kuliah ilmu. Tapi tak jadi akibat melayan tetamu dan membantu isteri menangani rumah terbuka yang asalnya dibuat untuk meraikan kawan-kawan sepejabatnya sahaja. Pagi tadi pula saya sepatutnya hadir majlis diskusi buku di tempat belajar iaitu ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Ini pun tak jadi kerana rasa tak larat kurang sihat.

Kalau ikutkan memang beberapa hari ini saya tak sedap badan lalu tak mahu keluar dari kawasan. Tapi ada satu majlis dihadiri di Kuala Lumpur 2 hari lepas walau sampai lewat...


Majlis yang dimaksudkan adalah sambutan Hari Arkib Antarabangsa pada hari Selasa 18 Jun 2019 di Arkib Negara. Saya telah diberitahu tentangnya oleh tokoh bahasa terkenal, Profesor Datuk Dr Awang Sariyan yang merupakan salah seorang pensyarah saya di ISTAC. Disebabkan undangan daripada beliau yang berserta tempat peruntukan khas tempat duduk saya memberikan komitmen akan datang. Majlis dijadualkan bermula jam 9 pagi dengan perasmian diikuti pengisahan sejarah bertajuk "Arkib Negara Malaysia: Enam Dekad Mendepani Cabaran".





Tetapi saya sampai selepas jam 2 petang. Rancangnya memang nak hadir daripada pagi tapi saya betul-betul rasa tak sihat dan tak larat nak keluar rumah.


Kalau tidak kerana telah memberikan komitmen tentu saya akan berehat sahaja di rumah. Bila dah keluar tu orang jarang nampak kita sebenarnya sedang kurang sihat sebab dah diketepikan segala rasa kurang enak  apa lagi saya datang berbusana tradisional Melayu lengkap bertanjak, bersampin, berkeris bagai...


Bahagian pagi ke tengah hari acara termasuk makan sudah pun selesai. Saya pun sedang puasa enam bersama puasa putih (13, 14, 15 tengah bulan Hijriah) jadi memang tak perlu makan. Tapi masih ada lagi sesi petang boleh dihadiri. Sementara itu lihat sedikit pameran sementara di ruang legar.


Ia memaparkan gambar tokoh-tokoh yang koleksi peribadi mereka sedang diangkat sebagai simpanan arkib berserta sejumlah koleksi...











Turut diangkat adalah Awang Sariyan dan koleksinya...


Ini bermakna beliau sudah diiktiraf sebagai seorang tokoh besar.