Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Wednesday, January 06, 2010

Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Pontian di siang hari...

Kita sambung lagi cerita pengembaraan yang sudah masuk ke daerah Pontian...



Dalam artikel Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Perjalanan ke Pontian dan sebab-musabab pengembaraan... ada disebut bahawa saya memilih untuk bermalam di satu tempat tertentu di Pontian. Apakah tempat itu? Bolehkah diagak daripada gambar atas yang diambil keesokan harinya?


Kalau tak dapat juga, cuba lihat gambar ini pula. Sukacita diberitahu kelihatan di latar-belakang adalah kapal-kapal yang sedang berlabuh di perairan Singapura...

Maka petunjuknya begini. Kami telah bermalam di sebuah tempat di Pontian di mana boleh kelihatan perairan Singapura dengan terang. Bangunan hijau yang kelihatan inilah tempat kami bermalam. Petunjuk seterusnya... letaknya di atas laut, bukan di daratan.

Tempatnya seperti kelihatan di atas ini. Sudah dapat jawabannya? Kalau masih kabur, lihat artikel Staying above the waves at Tanjung Piai di blogspot BERPETUALANG KE ACEH .



Satu keistimewaan kawasan ini adalah kedudukannya yang unik di peta dunia. Ya, kami berada di Tanjung Piai, tempat paling selatan di tanah besar benua Asia. Lihat artikel The southernmost tip of mainland Asia... juga di blogspot BERPETUALANG KE ACEH .



Dalam perjalanan keluar dari Tanjung Piai kelihatan masjid dengan rekabentuk agak unik ini. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Sungai Durian, Serkat, Pontian di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) . Nama tempat ini iaitu Sungai Durian mengingatkan saya pada satu tempat yang namanya sama di Perak. Lihat artikel Keramat Sungai Durian dan Kota Setia. Apa ceritanya? yang dibuat Julai tahun lepas . Apakah ada kena-mengena?



Seterusnya kami pergi ke Kukup di mana terdapat terminal feri antarabangsa untuk berlepas ke Indonesia...

Kukup juga terkenal dengan restoran-restoran makanan laut segar terutama di kalangan warga Singapura. Lihat artikel The little town of Kukup . Namun kami suami isteri memilih untuk makan di tempat lain...

Sebelum itu kami singgah dahulu di Muzium Bugis yang terletak antara Kukup dan bandar utama Pontian di Pontian Kechil...


Oleh kerana Al-Rasyid sudah nyenyak tidur, kami biarkan sahaja dia 'melihat' dari dalam kereta. Tu dia... penat dia nampak mengalahkan driver! Bayi le katakan, umur pun baru lepas 40 hari...


Kami ingin makan di satu kawasan tepian pantai di Pontian Kechil...



Kelihatan di situ ombak laut begitu ganas mungkin akibat musim tengkujuh... terus saya teringat berita malam sebelumnya tentang feri yang membawa ramai penumpang tenggelam di perairan berdekatan. Lihat artikel The fierce waves in Pontian dan klip video yang ada...


Selesai makan baru kami menyambung perjalanan untuk ke daerah lain. Boleh agakkah ke mana dengan melihat papantanda?






Yang pasti di jalan menuju ke daerah itu boleh kelihatan Gunung Pulai yang tingginya lebih 2,000 kaki... tak lah setinggi mana tapi masih lagi daratan tertinggi di sekitar itu.




Sampai di Pekan Nenas timbul juga rasa untuk 'melencong' ke Gunung Pulai. Tetapi ketika itu sudah melepasi jam 4 petang dan kami mahu menikmati suasana siang secepat mungkin di daerah seterusnya. Cukuplah tentang Pontian.


12 comments:

future phenomenon said...

salam...

kami di FAB akan keluarkan t-shirt yang akan promokan blog-blog yang membincangkan perkara dan isu yang sama...

jadi, kami nak masukkan address blog saudara ke dalam design baju tersebut sekiranya saudara berminat...

Jika Ya, kami akan masukkan address blog ini ke dalam design t-shirt itu yang akan di keluarkan dalam masa 2 minggu dari sekarang, insyallah.

Jadi, kami meminta agar saudara dapat notiskan/promosikan t-shirt ini di laman blog saudara

Apapun, ini adalah untuk 'awakening' dan public awareness.

wassalam

p/s: kalau ada yang berminat sila emailkan alamat blog kalian di hasellusiby@gmail.com

Radzi Sapiee said...

Wassalam. OK, teruskan...

bendera merah said...

Salam bro..brogua nak dengar lu punyer opinion on the Herald, coz lu nyer background lagi mengerti tersirat..hope to hear from u bro

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Simple je. Itu percubaan untuk mengelirukan umat Islam. Bila perkataan Allah tu dah lulus besok dia boleh le 'transfer' ayat-ayat Bible jadi rupa macam Al-Quran. Makin senang le orang kita diKristian dan dimurtadkan. Malah silap-silap perkataan Islam tu pun besok depa nak hak gunakan atas alasan Islam tu bermakna peace atau kedamaian dan pada mereka Kristian le jalan kedamaian yang sebenar.

Tapi tu le, Malaysia dah teruk sangat. Politik punya pasal orang Melayu sendiri boleh sokong bila Ngah n Ngeh kat Perak baca ayat Al-Quran walaupun dengan pelat cibai, Lim Guan Eng ngaku nak ikut macam Umar ibnu Aziz walaupun haram jadah mereka cuma nak Cinakan segala tempat yang mereka perintah.

Penggunaan Allah kat Herald tu satu lagi langkah untuk menghapuskan Islam dan hak orang Melayu dan Islam. Ia satu dari rantaian percubaan untuk merepublikan Malaysia, menjatuhkan raja-raja dan seterusnya kedudukan Melayu dan Islam yang berjalan selari lalu memastikan Islam tidak dapat bangkit dari bumi Timur ini...

p/s: Tentunya usaha jahat mereka ini mendapat sokongan Vatican, Illuminati, Yahudi, CIA, Mossad dan PAP serta juak2 mereka yang berjaya ditanam begitu rancak di sini semasa zaman pemerintahan Pak Lah. Agak2 le, Majlis Peguam dan segala macam NGO adik-beradik mereka tu sokong sapa? Konon hak asasi manusia... itule slogan paling celaka ciptaan Yahudi yang digunakan untuk menjatuhkan apa-apa sahaja pemerintahan yang boleh menggugat rancangan mereka sejak 300 tahun lalu.

Bugis Suluk said...

Mungkin itu adalah PENDANGAN dan PENDAPAT anda sebagai seorang Muslim yg mempunyai KEEXTREMEAN yg boleh menyesatkan generasi baru d Negara ini.....EXTREME ini boleh juga MENYESATkan JIWA kita sebagai Muslimin.Menyesatkan daripada berpandukan Al-Quraan dan Al-hadis yg ada...

Radzi Sapiee said...

Jadi pandangan yang tidak extreme itu bagaimana? Biarkan orang Kristian teruskan menggunakan Allah sehingga jadi Allah bapa, Allah anak dan Allah roh suci? Biarkan arak boleh dijual di kawasan orang Islam demi menjaga hati orang kafir harbi? Macam tu?

Anonymous said...

Salam,

Isu kalimah Allah-isunya mudah saja nak beri izin atau tidak beri izin gereja katolik tu guna kalimah Allah.

Jawabnya - tidak boleh beri izin.

Hujahnya - mintalah petunjuk Allah, mintalah petunjuk Allah, mintalah petunjuk Allah.

ahmad said...

Kalimah Allah disemadikan dalam diri disertakan dengan perbuatan dalam Solat.
Aliff - Berdirinya mukmin memulakan solat.
Lam, Lam - Kedua dua tangan yang mengangkat takbir.
Ha - Kedua belah tangan bersatu di hadapan tubuh.

Anonymous said...

salam saudara ahmad dan bapak radzi sapiee.. kuala linggi tanjung tuan, ... ..... ...., ... ..... TUHAN. pucuk paku ulam paku, paku berada diseberang jalan, suluh AKU carilah AKU, AKU berada depan mu TUAN...benarkah KAWAN!?

Radzi Sapiee said...

Wassalam. AKU itu tidak bertempat, tidak berjisim tidak ada perumpamaan. AKU itu bukanlah juga di dalam diri kita2 yang kerdil ini. Itu cuma bayangan sahaja ibarat melihat matahari di dalam baldi penuh air, mataharinya tetap lebih besar di luar sana tidak boleh langsung dimuatkan di dalam baldi.
Mencari AKU itu ibarat watak-watak khayalan dalam komputer mencari kita yang di luar komputer. Kita tidak duduk di dalam komputer namun kita boleh mencipta watak2 di dalam komputer.

p/s: Jangan terlalu banyak bercakap tentang AKU. Takut nanti yang ada cuma aku-akuan sahaja, mengaku diri sendiri itu dan ini sedangkan sebenarnya tak sampai ke mana hakikat dan makrifatnya kecuali angan2 dan khayalan semata2... :]

Seruling Senja said...

Salam saudara,
Sudah terang lagi bersuloh...musuh sudah melepasi perbatasan benteng...sayang, masih ramai lagi yang tidur...di buai mimpi2 indah, sampai tak kenal yang mana benar yang mana salah...yang mana intan yang mana kaca...demi sebuah idealisma sogokan lasykar iblis dan dajjal laknatullah.."In the name of freedom of speech, freedom of xpression, freedom of choice, freedom of etc.." Akibatnya, satu persatu negara dan masyarakat Islam dirobek dan dimamah tanpa mereka bangkit dari ketiduran yang panjang...lihat saja jiran terdekat kita..indonesia...anak2 mudanya, hari ini islam, esoknya kristian, lusanya kembali islam..."apa pusing2 pak, yah, agamanya kok berbeda, tapi tuhan yang sama..!"
Maka itu diutuskan Allah para AnbiaNya..demi memurnikan kembali akidah yg rosak.
"Benar Allah tuhan ku...alLatta dan Uzza juga tuhan ku"..katanya musyrik di zaman jahiliah. Kalau ini masih tidak salah...kenapa nabi diutuskan Allah?
Extremis? Cuba check balik, siapa yang popularkan istilah Extremis nie..? Try not parroting what's the mass indoctrinate to our mind!
Kalau saudara Radzi is labelled extremis...Sahabat Ras. saw 100x lebih extremis...pernah baca kisah satu kawasan yg mana penduduknya habis kena tebas gara2 menarik tudung seorang muslimah di pasar? Takder jalan berdialog ker masa tu..!? Tolong check balik.

Bagi yg masih inginkan persepaduan dengan mereka yg pertahankan Idealisma ini...cubalah "berkenalan" dahulu dengan watak-watak berikut..Black Pope (paus), jesuits, vatican, vatican assassin, origin of trinity, freemason, kabalah, knight of templar, zionist, rothschild, rockefella, nazi dan yg sewaktu dengannya.
Tak tahu mana nak cari, insyaAllah, sy bole tolong carikan. Seorang insan yg saya kenali, Dr. xyz (yes, dia ada Phd), sudah menjalankan kajian secara solo selama 30 tahun dalam hal ini, before, saya ada sikit skeptik, but now the picture is clearer...diakhir zaman ini, segala janji2(prophecies) dulukala sudah hampir tertunai kesemuanya..!
Tanah melayu bumi bertuah...bukan sembarangan gelaran diberi...kajilah dengan akal yang jernih. Ikhlaskan hati demi kerana Allah swt. Nur Hidayat pasti menyinar...subhanallah!
InsyaAllah, tuan...mereka merancang, Allah juga merancang....

Bro Radzi, as to my understanding you live around BTP..? me too..!
Reading from your postings...we do hv a lot in common..=)

wassalam.

Radzi Sapiee said...

Wassalam. :]