OK. Melengkapkan gerak dengan artikel kompilasi...
Gerak untuk membuat perjalanan ini tercetus akibat dua perkara :-
1. Memikirkan bagaimana hendak membuat perjalanan jauh 400 km ke atas pada kala tidak boleh merentas negeri akibat PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bagi membendung penularan wabak virus Covid-19
2. Kerana terlihat artikel lama perjalanan beriktikaf dari masjid ke masjid pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan.
Tidak lama kemudian timbul arahan baru PKP bahawa penduduk enam daerah di Selangor dilarang membuat perjalanan rentas daerah, tinggal tiga sahaja daerah boleh dibuat perjalanan sebegitu. Tetapi hadnya di dalam tiga daerah itu sahaja. Rumah saya terletak di dalam daerah Hulu Selangor lalu boleh membuat perjalanan ke daerah Bernam dan Kuala Selangor.
Maka dirancanglah laluan yang boleh memanfaatkan keadaan dengan tujuan utama mahu meraikan malam 27 Ramadhan atau malam Tujuh Likur yang merupakan hari kelahiran saya menurut kiraan Hijriah di satu masjid yang diketahui ada keistimewaannya. Di setiap masjid yang disinggahi saya akan mengambil masa untuk sekurang-kurangnya menunaikan 2 raka'at solat sunat Tahiyatul Masjid kemudian menghadiahkan senaskah buku ke-13 saya "Kenangan Kembara Solo Hitchhike Eropah Tahun 1995" yang terbit Jun 2019. Ia dapat membantu menjawab kenapa ada orang seperti saya suka keluar seorang diri sehingga bermalam di masjid-masjid. Selesai perjalanan yang bermula petang Jumaat 25 Ramadhan didapati saya telah berjalan sejauh 399 km dan singgah di 20 buah masjid. Campur perjalanan seminggu sebelum itu yang sangat ada kena mengena ia menjadi jumlah 658 km.
1. Akan datang - Cerita perjalanan iktikaf terbaru bagi penghujung Ramadhan tahun 2021
2. Iktikaf penghujung Ramadhan tahun 2021 - Mukadimah di Kuala Langat
3. Masjid (Mosque of) Ulu Yam Lama
4. Iktikaf penghujung Ramadhan tahun 2021 - Dari Hulu Selangor ke Hulu Bernam
5. Lawatan baru ke (New visit to) masjid (mosque of) Sungai Selisek
6. Views from the top of Sungai Selisek mosque...
7. Bridge across the Bernam river at Sungai Selisek
8. Bangunan sekolah (School building of) Sungei Selisek
9. Masjid (Mosque of) Felda Gedangsa
10. To an island on the river Bernam
11. Masjid (Mosque of) Nurul Hidayah, Jalan Sungai Panjang
12. Bernam river near a Drainage Department office at Jalan Sungai Panjang
13. A part of the Bernam river for giant catfish
14. Surau (Praying hall of) Al-Hidayah, Jalan Tok Khalifah
15. Surau (Praying hall of) Tok Khalifah
16. Surau (Praying hall of) Radiah, Pulau Ganda Suli
17. The part of the Bernam river which used to be land connected to the rest of Perak
18. Iktikaf penghujung Ramadhan tahun 2021 - Sungai Bernam dan kisah Pulau Ganda Suli
19. Latest visit to the mysterious place called Lubuk Pusing
20. Lawatan baru ke (New visit to) Masjid (mosque of) Marzukiyah, Lubuk Pusing
21. Lawatan baru ke (New visit to) makam (tomb of) Sheikh Marzuki
22. Makam (Tomb of) Raja Chinong
23. Makam (Tomb of) Raja Mahadi?
24. Makam di tapak masjid Tok Khalifah? (Tomb at the site of Tok Khalifah mosque)?
25. Rupa baru (New look of) Masjid (mosque of) Marzukiyah, Jalan Sepintas
26. Masjid (Mosque of) Al-Abrar, Jalan Sepintas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan